Assalamualaikum
Salah satu kawasan semula jadi yg agak cantik panoramanya ialah Air Terjun Kota Tinggi....lebih kurang 15 minit dari bandar Kota Tinggi...
Entahlah..tetiba anak2 menyebut untuk ke kawasan rekreasi ini..sejujurnya lebih 10 tahun ibu tak ke sini....ketika itu, terasa payah membawa mereka yg masih kecil2, lagi pun banyak komitmen lain yg menghalang....sekarang mereka dah besar, kebetulan sedang bercuti semester...layanlah.....
Di air terjun ni, bolehlah berendam lelama, bersejuk-sejukan...... tak perlu risau dengan sun burn..
Kalau tak nak mandi pun, sekadar melihat2 kawasan persekitaran dan jadi guard, jaga barang-barang family yg mandi-manda... ..sekurang-kurang dpt berehat melepaskan lelah jika penat bekerja...
Kami datang ke sini hari Khamis..agak lengang dan selesa berbanding pada hujung minggu yg mungkin menerima pengunjung lebih ramai...tiket masuk RM7.50 bgi orang dewasa...
Teruja nak mandi??? haruslah... lebih2 lagi apabila melihat airnya yg menderu-deru turun melalui celah2 batu besar kemudian mengalir jernih.... tapi kita kena berhati2 menapak dan menuruni batu-batu yang besar dan kecil di situ... licin.......
Anak-anak tangga kecil yg dilimpahi air...
Ketika duduk, ternampak spesis kerengga ini yg sedang mengutip makanan..
besarnya....saiznya lebih kurang 5 kali ganda dengan saiz kerengga biasa....


















