Saturday, March 16, 2013

Kerabu Mangga

Assalamualaikum
Pernah makan kerabu Mangga?    sedap....

Teringat suatu ketika dulu, apb adik hubby daripada Perak melawat kami. Dia buat kerabu mangga di rumah, sejak itu, kami sekeluarga  suka makan kerabu mangga ..

Semalam ternampak mangga hijau2 di pasar...mangga harum manis ini memang manis walau berkulit hijau..
Saya ambil mangga tersebut dan terus buat kerabu mangga..resepi ambik kat internet..

bahan-bahannya..
5 biji mangga muda
1/2 biji bawang besar
2 sudu limau nipis (diperah jusnya)
2 sudu besar kacang goreng ditumbuk kasar ( tapi saya kisar agak halus)
2 sudu besar udang kering (tumbuk kasar)
sedikit belacan bakar (jika nak bubuh)
sedikit garam
sedikit gula
5 biji cili padi
cara-caranya:
1. Kupas mangga muda dan parut halus atau potong halus.
2. Hiris nipis bawang besar, cili padi,
3. Satukan mangga parut, jus limau nipis, kacang goreng, udang kering,garam, gula sehingga mesra
masa membuatnya, lupa nak snap..
jadi ambil foto kerabu mangga ni kat google..
selamat mencuba bagi yang  sukakan makanan ini...

Saturday, March 9, 2013

Rezki Ikan Pari...

Assalamualaikum
Di Gaza.... rezeki yang tidak disangka2 berupa makanan.....
Sebanyak 220 ekor ikan pari ini terdampar setiap hari..
Merupakan rahmat bagi penduduk di sana lebih-lebih lagi 
apb pelestin telah lama merana akibat sekatan..
subahanallah !!!!
a

Friday, March 8, 2013

Doa Murah Rezki

Assalamualaikum

Allah Maha Lembut takdirNya (serta melimpahkan kebaikan dan belas kasihan-Nya
kepada semua hamba-Nya. Ia memberi rezki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
 (menurut peraturan yang ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa.
(Asy-Syura 42: 19)


Monday, March 4, 2013

Apa perlu dilakukan jika Keluarga Strok?

Assalamualaikum

Setiap saat amat  berharga bagi pesakit  yang diserang strok kerana kerosakan otak boleh berlaku berterusan sehinggalah dia diberikan rawatan. Apabila otak tidak menerima oksigen dalam beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh  otak, tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan.

“Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya.

“Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi.

“Ingat, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya.

“Bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit,” sambungnya lagi.

Bolehkah serangan strok dicegah?


Ya. Seperti penyakit jantung, strok juga boleh dicegah. Nisbahnya , Satu daripada enam orang akan diserang strok. Ini bermakna semua orang berisiko mendapat strok 

Pesakit strok boleh pulih  jika diberikan rawatan dan sokongan yang diperlukan. Untuk mengurangkan beban strok seseorang perlu bertindak ke atas  halangan berikut iaitu:

1. Ketahui faktor risiko anda sendiri: sama ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

2. Menjadi individu yang lebih aktif dan kerap bersenam

3. Elakkan masalah obesiti dengan mengamalkan pemakanan sihat

4. Elakkan asap rokok. Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti sekarang.

5. Belajar mengenali tanda amaran strok dan tindakan yang boleh dilakukan.

Saturday, March 2, 2013

Sibuknya Adik..

Assalamualaikum..
Sibuknya adik...
exam...debat...teater...pementasan...pertandingan bhn terbuang.....camp..sampai tak sempat nak balik????

Tiba-tiba petang ni dia pulang juga walaupun  sekejab...alhamdulillah , hilang rindu ibu..

Adik muncul pada kul 2.00 ptg.. menaiki bas...  kakak jemput di bus stop...

Sampai di rumah...tak sempat rehat...terus buat aktiviti....gunting baju-baju lama untuk dijadikan beg. Semuanya daripada bhn terpakai......

Pukul 8.00 malam dia perlu pulang ke asrama sebab pukul  9.00 malam nak present cara2 menghasilkan beg tersebut   ....kesuntukan  masa....tapi dia relax jee......

Esok pula dia akan gerak ke Ulu Tiram untuk Camp..

Pagi2  sebelum pergi ke sana dia tunjukkan foto melalui phone hadiah tempat kedua berupa makanan yg dia dapat dlm pertandingan semalamnya......riangnya adik  ....

Petang di camp ...Adik kirim lagi gambar kat ibu.......
Apa ni adik???
Ibu teperanjat .....

Masya-Allah...
Rupanya  ini make up jee...bukan real....
Adik dan rakan-rakan kolejnya belajar merawat luka dengan nurse di camp itu. Mereka juga menjalankan aktiviti  menangani kebakaran.....Terima kasihlah atas perkongsian ilmu ini, jika berdepan dgn situasi luka moga adik tak panik ye..... 

P/S :  Mengingatkan diri .....
         Pentingnya menghargai pengorbanan  sendiri .....
         Menghargai idea, tenaga dan masa yg telah kita dicurahkan....
         Selalu bersyukur  atas nikmat kesihatan.....
         Selalu bersyukur atas anugerah & kelebihan yang diberikanNya  !!!! ...
   
Note : Selamat hari jadi buat
anakanda Hairul (anak sedara).
Moga menjadi anak yg soleh
berjaya di dunia dan akhirat..amin.. 

Monday, February 25, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum..
Hari dalam sejarah...first time ibu dan along mengikut perarakan sempena sambutan Maulidur rasul di masjid tempat kami ...kami berarak di bawah panji2 kumpulan Yasin Muslimah di taman ini..berarak keliling taman...terasa  nikmat dan segar dpt  jalan kaki ramai-ramai....

Perarakan ini menemukan along dengan guru-guru form six..pertanyaan cepu emas mereka ?? bila awak nak kawin ??? ......huhu..senyum sokmo..
Selepas perarakan, kami mendengar ceramah agama yang disampaikan  Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz.. Memang meriah, masjid  dipenuh orang ramai...alhamdulillah..

Selesai ceramah, kami makan dalam dulang... makan berlima  sedulang..nasi panas2 sgt enak...habis...lebih-lebih lagi mengingati pesanan Datuk Abu Hassan, makanan terakhir tu kemungkinan berkat.. Jadi kami berjaya ambik berkat makanan terakhir....

Selesai majlis maulidur rasul.....kami pun bergegas ke Kota Tinggi, walaupun terasa penat tapi kami tetap menghadiri walimatulurus kawan along...itupun berpandukan GPS ....

Hari ini dlm sejarah...nak tergelak pun ada..kami memang tak pernah sampai di felda tersebut, Jadi sebelum masuk khemah sempat  bertanya...  penyambut tetamu mengangguk, memberi isyarat bhw inilah rumah pengantin...confident, kami pun mengisi perut lagi..kerana ketika itu dah 3.30 ptg, dah lapar balik...

Selepas makan ..kami bersalaman dengan tuan rumah.....rupa2nya..... nama pengantin seakan2 sama...rumah pengantin pun memang dekat2 saja....aduhai...maafkan kami yee...

Nasib baik tuan rumah mesra alam dan mereka melayan kami dgn baik..... nak buet camne...
Terkedu...Sampai di rumah pengantin yg dicari...kami minum air sajalah...perut dah kenyang. Duduk sekejab kerana kepenatan, sebelum pulang........

PS: moral value: Walaupun guna GPS tapi  perlu lebih peka bertanya sehingga sehingga jwpnya pasti....

Thursday, February 21, 2013

Doa Pening Kepala...

Assalamualaikum..