Wednesday, February 20, 2013

Pelbagai Situasi ..

Assalamualaikum..
Merenung sejenak...
Allah hadirkan situasi  yang kita merasa sedih, 
sebagai hamba, ketabahan itu penting...

Dia hadirkan situasi gembira dan bahagia, 
sebagai hambaNya, Dia memberi peluang 
utk kita menikmati kesyukuran...
Allah menghilangkan seseorang ahli keluarga kita  menemui Ilahi..
baru kita merasa bahawa singkatnya perjalanan ini....

Kehidupan ini tidak sunyi meniti pelbagai situasi ....

Justeru, sesibuk mana, situasi apa yg sedang kita alami....
muhasabah diri bahawa semuanya tak kekal,

Mengingatkan diri bhw yg kekal abadi di sana....
harus menyediakan bekalan  yg perlu dibawa......

Rezki...

Rezki ada di mana, Kadang kala hadirnya tak diduga. Jangan lupa utk berusaha, berdoa dan tawakal..moga memperoleh kebaikan

Saturday, February 16, 2013

Risiko Kurang Tidur..

Assalamualaikum...
Kajian menunjukkan semakin ramai yang kurang tidur dan tak cukup rehat
berikutan sukarnya untuk tidur, tuntutan kerjaya dan lain-lain...

Pertambahan usia juga salah satu faktor
 yg menyebabkan kesukaran untuk tidur..
serta tidak cukup rehat di waktu malam..
kurang rehat dan kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan..
serta menyebabkan tekanan darah tinggi, jantung dan masalah yg lain.. 

Oleh itu gunakan masa malam dengan baik untuk 
berehat dan tidur dengan sempurna 
 kerana ia  membantu kecerdasan fizikal, 
mental dan dapat memulihkan tenaga..

Tuesday, February 12, 2013

Cara-cara Membuat Aiskrim

Assalamualaikum..
Cuti CNY..anak-anak mencadangkan untuk membuat aiskrim....
Adik Hani pun cari resepi kat internet..
bahan2 yg digunakan 
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat ( ikut anda...boleh kurangkan jika terasa manis sgt )
- Satu biji telur
- Satu sudu kecil esen vanila..
- Satu sudu besar ovalett (cari halal)
Cara membuatnya
Campurkan semua bahan2 tersebut ke dalam mangkuk
pukul dengan mesin pemutar sehingga kembang ..
bayangkan macam buat kek..
kalau ada yg tak suka letak esen vanila, tak pe..suka hatilah..
 putar antara 15 hingga 20 minit..
putar sehingga tekstur tersebut menjadi  kembang, pekat, likat..
spt cream berlemak yg disukai ramai, ye puan-puan....
lepas tu...
asingkan mengikut perisa yg digemari....
Oleh kerana kami hendak membuat 3 perisa..
maka, kami pun asingkan kepada 3 mangkuk..
mangkuk pertama: campur dengan milo , putar semula...
ini dia mangkuk pertama yg  dicampur  milo, tekstur berwarna coklat
mangkuk kedua campurkan  perisa durian dan putar. Tekstur jadi kuning
mangkuk ketiga campurkan jem blueberry dan putar. Tekstur sedikit ungu
Berikut  aiskrim yg telah siap...
berperisa milo, durian dan blueberry..
sebenarnya terpulang kepada kita nak letak perisa apa..
Seterusnya ..masukkannya  ke dalam peti sejuk untuk proses pembekuan..
 esoknya  dah beku..
..rasa aiskrimnya  macam beli kat kedai juga....

alhamdulillah..
next time..bolehlah mencuba lagi..
buat penambahbaikan...insya-Allah..

Pelamin...

Assalamualaikum..

Cuti2 CNY..
Ramai pasangan yg memilih tarikh untuk menjadi raja sehari..
Ibu pun dapat beberapa kad jemputan ..
Ini salah satu  majlis yg dihadiri..
ibu sempat  snap-snap..
Pelaminnya berlatar belakangkan design pepintu berwarna putih 
lapang dan ceria...
semasa ke Plaza Angsana untuk membeli sesuatu....
secara kebetulan terdapatnya pameran galeri seni hiasan pelamin 
yg sedang berlangsung di situ. Mereka mengadakan promosi untuk tempahan..
Sekadar mencuci mata..
singgah sebentar untuk melihat kreativiti-kreativiti mereka..
salah satu pelamin yg dipamerkan 
juga berlatar belakangkan warna kream...
dihiasi dengan kombinasi bunga rose besar dan cantik..
Ada juga bunga gantung-gantungan yg kecil-kecilan..
tak tahulah apa namanya.....
sekadar berkongsi keseninya..
kepada mereka yg sukakan hiasan...

Monday, February 11, 2013

Anemia, buah-buahan dan Zat Besi..

Assalamualaikum
Anemia dikaitkan dengan individu yang kekurangan sel darah merah..
Gangguan anemia atau kurang darah menyebabkan tubuh cepat lesu,
pucat dan cepat mengantuk...

selain daripada makanan laut...
buah-buahan  juga membantu menyerap 
dan menambah sel darah merah...

Buah anggur, tembikai, tomato ini...
sedap2..

Buah-buahan berikut mengandungi  zat besi 
seterusnya membantu menyerap oksigen  ke dalam hemoglobin 
untuk kegunaan tubuh terutama otak..

Saturday, February 9, 2013

Berhati-hati

Seorang wanita terpaksa bergelut dgn penjenyah brsenjatakan pisau
.......berita spt ini sungguh menakutkan....
Jadikn iktibar supaya kita lebih berhati2