Thursday, October 18, 2012

Istimewanya Tomato...

Assalamualaikum..
Makan tomato ???
yum..yum...I like..
suka tengok warnanya yang merah-merah !!!

Selain itu, ia juga mempunyai keistimewaan yang lain..
Tomato mengandungi lycopene yang dapat mencegah 
kedutan dan bintik hitam akibat sinaran matahari.
Lycopene juga antara bahan antioksida yang boleh
menghentikan proses penuaan akibat kesan sinaran matahari..

Tuesday, October 16, 2012

Kita Hanyalah HambaNya...

Ketidakkongruen itu adalah ujian..
kelangsungannya membina ketahanan..
Kita hanyalah hambaNya....
yang perlu menitipkan keikhlasan....
Kerna keikhlasan itu mendamaikan.. 
Kerna keikhlasan itu mendekat diri pada ketenangan..

Kita hanyalah hambaNya !!!!

Saturday, October 13, 2012

Terima kasih...

Assalamualaikum..
Kami memulakan perjalanan seawal 8.00 pagi..
dan sampainya jam 1.00 petang..
Park kenderaan agak jauh sedikit...
kami berjalan kaki melalui bangunan-bangunan tersergam indah dan kukuh ..
sekukuh penghuni-penghuni di dalamnya yang tidak jemu2 menimba ilmu
memenuhkan ilmu di dada....InsyaAllah..
 Pemandangan di kawasan ini..
 sumber air bersih
di bawahnya ada paip ..
 Masjidnya yang luas ..
digunakan  bukan shj untuk solat malah pelbagai  aktiviti yang bermanfaat
dapat dijalankan di sini.

 melawat library..
 Dipenuhi dengan perbagai sumber ilmu..
Masa untuk pulang....
merasakan ini merupakan perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk anak2 didik ini..
terimakasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada  pelajar-pelajar UIAM..
terutama kepada presiden pelajar, projek manager, asistant, semua AJK dan fasilitator  
yang telah menjayakan program ini...
TERIMA KASIH..

Saturday, October 6, 2012

Semalam...

Assalamualaikum
Semalam, ibu menemankan along dan kawannya
untuk membuat rakaman sesuatu tugasan....
Secara kebetulan, ibu ikut kerana nak pergi ke tempat lain, satu jalan.....

Sampai di sana memang  agak lewat 
daripada masa yang ditetapkan..
tapi semua dirancang berjalan dengan lancar
syukran..
Salah satu pemandangan air terjun di bilik itu..
tenang...
Mengumpul data dan maklumat..
Alhamdulillah selesai tugasan mewawancara seorang personaliti..
*****
Malamnya kami pun bawa kawan along jalan-jalan,
dia baru dua kali datang ke sini..
Kali ini dia teringin nak ke JPO ...
wah JPO......branded !!!!
baiklah kami pun membawa dia ke sana...
Pemandangan di hadapan tangga..
Damai sungguh melihat pancuran air  yang mempunyai pelbagai warna..
Reka bentuk bangunan di sini juga memang cantik ..
lanskapnya pun cantik juga..
sesuai dengan individu-individu yg bercitarasa tinggi!!!
kat sini, tengok jeee yeee tuan puan.....
 kilatnya cermin..
kilatnya duit...
 diskaun..diskaun..diskaun..
tu diskaun dia..
diskaun kita ???
 Tempat baru begini masih tak ramai orang...
berbanding di tempat2 lain spt Giant, Tesko, Jusco
yang  barangnya lebih banyak pilihan dan flaksible dgn kemampuan..
Apabila kaki dah penat berjalan..
kami pun balik..

Friday, October 5, 2012

Ada berani???

Assalamualaikum..
Sudah beberapa hari pameran sains itu berlangsung, baru sempat menjengah..
Itu pun dah lewat ... pameran itu sudah hampir tamat,
para petugas dah mula berkemas-kemas...

Kemudian terpandang  seekor haiwan reptilia yang ini...
Renung sekejap si tompok hitam.......
Cantiknya dia di dalam sangkar itu...tapi kalau terserempak di luar harus lari lintang pukang.....

Ada berani nak pegang ???..........ohhhh tidak...

'takde apa-apa, peganglah' kata kawan, mimik wajahnya selamba tapi yakin .....

Dia pun capai ular tu, bukan setakat sentuh...terus usung keluar...Hamboi, berani betul dia !!!!
Anak-anak yang ada di situ mengikut jejak langkah...
 Mencuba-cuba untuk merabanya....pegang tak lepas !!!


Sangkaan ibu badannya licin macam belut....rupanya kulitnya keras dan kasap...

Ya Allah....first time dpt pegang reptilia ini !!!!


Saturday, September 29, 2012

Payah Nak Control...

Assalamualaikum..
Setelah selesai menghabiskan satu tugas LDK semalam, Ibu pun pulang....keadaan di jalan raya pada petang itu  sesak menyebabkan terasa lama  dalam perjalanan .. kereta bergerak  tersengut-sengut akibat jem..menyebabkan kaki terasa lenguh2 ...

Keletihan...tidur awal...
bangun pun awal juga...
Subuhnya terasa fresh...

Aktiviti pd jam 11.00 pgi  ....menghadiri   majlis kenduri kahwin.....

Bab makan di majlis itu: Beberapa menu terhidang di atas meja semuanya enak2 belaka. Tetiba ibu terpandang ubi rebus dan  sambal tumis ikan bilis .........serta merta teringat di zaman kanak-kanak...

Mengimbau nostalgia zaman lampau, apabila emak hidangkan pisang rebus, ubi rebus.....hhhmmmm sedapnya tak terkata..tapi lucunya  anak  pernah bercerita dia dan rakan-rakannya  dihidangkan ubi rebus dalam satu majlis.. .mereka tak sentuh pun, pulang dengan hampa dan perut  keroncong kelaparan ...huhu, ruginya tak sentuh sikit2..belum cuba, tentu tak tahu, kan......

Beza benar zaman kita dan anak-anak sekarang......
Teruja dengan ubi rebus di majlis itu, ibu pun capai, masukkan dalam pinggan.... makan ...nikmatnya !!!!

'Kita ni, apb dah berusia..kena jaga makan..kawal kencing manis dan darah tinggi kalau ada' seorg tetamu satu meja bersuara memberi nasihat..sambil menceritakan pengalamannya apabila kena strok dan terpaksa ditahan di hospital beberapa hari akibat makan makanan yg tinggi kolestrol. Makan dgn kadar yg banyak.......

Ohhhhoooo.....dengar dengan tekun..

Tapi...biasanya dan realiti kehidupan.... jika makanan kegemaran di depan mata...
payah nak control yee !!!!

tepuklah dada, tanyalah diri...

Berikut gambar2 pelamin
semasa menghadiri majlis walimatulurus di situ ....




Saturday, September 22, 2012

Sarapan..

Assalamualaikum..
Meh sarapan roti canai..
Ada tiga keping semuanya ....
cubit sikit2 tak berapa nak laju sebab makan pun sorang2..
kalau ada anak2 tentu rebut2 makan....

kalau makan ramai2
yg tak sedap jadi sedap
yang sedap bertambah sedap !!!

Syukran...
Alhamdulillah, kenyang..