Moga sentiasa dalam perlindunganNya..
Selamat bersahur..
Tentunya rakan-rakan yang bergelar isteri dan ibu yang paling sibuk ketika bersahur kerana menyediakan menu itu dan ini untuk seisi keluarga.
Untungnya keluarga, tak begitu cerewet tentang makan..apa saja menu di atas meja,
makan jee..kadang-kadang lauk berbuka tak habis,
dibawa ke subuh, hanya dipanaskan.
Lagipun kita makan dalam kuantiti sedikit ketika bersahur..
Lainlah waktu berbuka..makan beriya-iya kerana tahap kelaparannya tinggi..hehe..
Kami pun tak kisah pasal juadah, kadang-kadang beli, kadang-kadang masak..
sotong goreng bersalut tepung
udang goreng butter..
Cadangnya subuh ni excited nak bersahur ngan adik..tpi lepas maghrib, dia msj....
'Tak payah ambik adik lepas terawih nanti yee..adik tak jadi balik..
banyak assignment !!!'
Alahai adik !!!!
p/s: marilah kita bersahur secara sederhana
bagi mengelak makanan berlebihan yang boleh membawa pembaziran ....



