Tuesday, July 3, 2012

Nisfu Sya'ban

Assalamualaikum..
Moga dalam perlindunganNya 
lebih-lebih lagi saat menghampiri malam Nisfu Sya'ban..

Saturday, June 30, 2012

Subuh Sabtu Yang Hening..

Assalamualaikum..
Subuh Sabtu yang hening..
Kedengaran suara alunan Al Quran dari kaset itu berkumandang di bilik along..
Suaranya yang mendayu-dayu menyentuh kalbu....tenang dan damai.....
Ya Allah, ampunkan kealpaan -kealpaan kami !!!....

Ada sesuatu peristiwa yang membuatkan ibu lebih close
dengan anak2 sejak akhir-akhir ni..

Hikmahnya dlm kesibukan...
cuba  memperuntukkan masa berkualiti untuk mengumpulkan mereka.
Along pula bercuti sem, jadi banyak aktiviti yang dpt dilakukan bersama-sama....
menonton tv, masak, mengemas, santai dan lain2 ..Alhamdulillah.. ..
Terfikir juga ..
kalau dapat bersama-sama dalam aktiviti/program lain yang bermanfaat....
Alangkah baiknya !!

Waktu-waktu mereka berjaya dikumpulkan, ibu pula sibuk bertugas ....
Nak buat camne..tapi pagi tu ibu sempat  menyediakan alas perut ....
bubur, nasi goreng, ayam goreng dan lain2..simple je..
Sejujurnya jarang  buat breakfast hari Sabtu..
Ayahnya rajin membeli belah sarapan !!!
Petangnya pula ....
Kami  ke kampung bersama2..drive bergilir2
Semasa ke kampung angah drive....semasa balik ke JB semua along pula ..
Giliran bermaufakat membawa berkat..!!!

Singgah di pasar raya di kampung..sayurnya segar-bugar dan harganya berpatutan..

Terpandang ..
Dari arah jalan  bertentangan itu  jem..
Mungkin disebabkan ada jom heboh di angsana,  JB..
Jadi org berpusu-pusu ke sana....
Ya Allah ada dua benda yg ibu nampak sama banyak...
antara mencari keberkatan bulan Syaaban dan hiburan !!!

Andainya kita berkesempatan untuk mendptkan
keberkataan-Nya di bulan Syaaban, alhamdulillah !!...

Sunday, June 24, 2012

Bukan Air Mineral

Sekali pandang air ni macam air mineral biasa yang selalu dibeli dari kedai ...

Sebenarnya ia lebih istimewa..

Ia adalah air Nuuru Syifa' 
Air tersebut mengandungi bacaan  30 juzuk Al Quran
yang dikeluarkan oleh Tabriiz Resources.
http://www.annuurusyifa.org/v2/
Air Nuuru Syifa' merupakan satu ikhtiar kepada semua jenis penyakit (gangguan) 
dengan berkat bacaan 30 juzuk Al Quran 
oleh para hafiz Quran dan  doa-doa ruqyah syifa' .

Kandungannya : campuran air zam-zam
Diruqyahkan: bacaan 30 juzuk Al Quran, 
bacaan Asma Ul-husna dan lain-lain.

Sebenarnya hari tu, menemankan sepupu daripada kampung 
untuk mendapat rawatan perubatan secara
Islam di sebuah masjid di Johor Bahru. 
Saya terpandang berjenis-jenis barangan yang dijual termasuk
Air Nuuru Syifa' ini yang berharga RM10.00 sahaja. 
Ramai yang membeli dan Saya juga tak nak ketinggalan . 
Elok juga kita dan anak-anak minum...
  

Friday, June 22, 2012

Sedikit Kejutan di Pagi Hari..



Assalamualaikum..Memulakan pagi ini dengan rasa syukur agar apa yang dilalui merupakan barakah dan hidayah.......
Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah...Badan yg sihat, kudrat yg kuat merupakan rezki  kerana banyak perkara yg dpt dilaksanakan sekiranya kita sihat...

Minggu lepas, satu deringan telefon daripada family di pagi itu membuat sedikit kejutan.... informasi : abang long masuk hospital.....

Walaupun sedikit cemas, tapi masih terkawal dan masih sempat menyudahkan tugasan yang penting untuk hari itu..kemudian 10.10 pagi permisi pulang...

Bekejar ke hospital yg sejauh lebih kurang sejauh 100 km bersama keluarga terdekat...ikut jalan kampung, tak lalu highway sebab nak ambik seorang lagi kakak..

Di sana, terpandang abang dengan tiup2 bergantung-gantungan di hidung.. oksigen disalurkan untuk bantuan pernafasan..stabil tapi badannya kelihatan lemah...kurus......tak bermaya..lama juga menghabiskan masa di sana..sehingga habis waktu melawat..Abang dapat bercakap dengan kami walau  suaranya tak tersekat-sekat....

Apabila pulang melintasi bilik2 yang  berhampiran, sempat mengerling ke arah wajah2 yg kelihatan seperti itu...Allah hu Akbar !!!

Menyaksikan keadaan  pesakit di hospital timbul rasa kesian..insaf sehingga badan pun dah  terasa macam nak demam pula.....

"Dan milik-Nya meliputi segala apa yg ada di langit dan di bumi, dan kepada-Nyalah ketaatan selama-lamanya...." An-Nahl :52


Berdoa agar abang Long sembuh kembali..Amin !!!!

Sejuknya

Assalamualaikum

Sejuknya hati melihat anak2 ini...
Sejak kecil telah dilatih utk menjadi hamba 
yang taat kepada suruhanNya...

Sempena bulan Syaaban ni..
banyak pngajaran yg boleh kita cari dan gali
untuk kita hayati...

Tuesday, June 19, 2012

Assalamualaikum...
Sejujurnya rindu nak menulis...
tapi masa tak mengizinkan..maaf...

Di lain masa , di lain ketika jika waktu mengizin..
saya akan kembali ke sini..InsyaALLAH..

Berdoa agar semua urusan kita  berjalan dengan lancar
Sentiasa dirahmati dan diberkati ..

Selamat menyambut bulan Syaaban..
Moga pada kesempatan ini, kita berpeluang untuk menambah amalan
pd ketiga2 bulan ini Rejab, Syaaban dan Ramadan....

Sampai ketemu lagi..

Wednesday, June 13, 2012

Minggu kepanasan.....

Assalamualaikum..
Minggu ni minggu kepanasan
cuaca terik dan berbahang....
best makan aiskrim...jom....
yang sejuk-sejuk dan berkaler..
kalau makan ramai-ramai, pasti sedap..
makan sorang2..eh, jenuh pulak nak habis..
atau yang di bawah nih....
hitam putih tinggi membukit..
 ais campur spt nih, penghilang rasa haus ..
tapi  lepas makan ni, kena minum air putih segelas..
sebab manisnya terasa melekit kat tekak...
petang ni  pula nak masak apa ?
masak simple je..
sayur campur ..
masak pun tak  banyak mana....
kalau bab makan...tak nak masak kegemaran adik.... 
takut terkenang2 kan dia  kat asrama  ...dah makan ke belum...
hati ibu..naluri ibu selalu camtu, kan..
tapi adik ni..dah tak kisah pun..dah mula berdikari..
 
semalam nampak fotonya kat  fb ..
Adik  berbaju  biru...
kemain lagi..seronok sakan..
 skrg  dah tertawa ria..syukran, kalau  dia dah ok  kat sana......
.