kalau pandai buat, best juga kan..
Hari pertama mencanainya..hantam sajalah labu...betul2 macam lempeng...sendiri rasa pandai pula cakap sedap..yee serius kesedapan dan keenakannya disebabkan lembik dan lembut.. secukup rasa pula tidak tawar dan tidak masin........
Tapi saya pasti, kalau ada pembuat chapati di sebelah tentu fail....dah tahu dah...sebab tak ikut arahan spt dlm resepi..
kali kedua ..rasa confident sikit nak tayang..memang kena ada skill..tapi mudah dikuasai jika berminat nak buat...
mencanai di sini..seperti buat kuih raya....
saya guna dua kuali untuk memasaknya supaya cepat sikit..
chapati ini masih belum diterbalikkan..
dah siap dah....makan dengan kari...
Bahan-bahannya:
225 gm tepung atta, 1 sudu besar minyak sapi, 125 ml air suam, secubit garam, sedikit minyak sapi untuk dilenser pd chapati..
Cara membuatnya:
Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam dalam mangkuk. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil uli.Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab..biarkan 30 minit...Kemudian bahagikan doh menjadi bebola kecil. Canai nipis..Panaskan kuali, masukkah chapati tersebut..setelah masak terbalikkan..selepas itu lenserkan chapati dengan minyak sapi...pastu bolehlah dihidang dengan kuah kari..
Boleh mencubanya...chapati tidak menggunakan minyak yang banyak..
Tak tahu pula samaada sesuai untuk orang yg nak diet ...



