Friday, April 6, 2012

Selera kami...

Assalamualaikum...

 Tomyam............cepat dimasak sedap dimakan.....

Lagipun masak ni menjimatkan masa...rebus2 je...yg lambat sikit itu, bab potong2..

rakyat jelata di rumah pun suka..

Kalau masak menu yg  family suka...senang sikit ....klu masak  benda org tak  berapa suka, maka jawabnya kenalah  sediakan menu  yg lain pula....ada sikit m..
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (potong kecil2),1 pkt kecil cendawan tiram (siat2), 1 pkt jangung muda, 2 batang carot, 1/4 biji kobis,3 helai daun limau purut (disiat2), 4 btg serai (ketuk), 3biji limau nipis (ambil jus), 2 biji tomato (belah 4), 1 biji bwng besar (belah 6), 1 kiub tomyam (klu  tak letak pun takpe), sedikit ketumbar, 4 biji bwg putih, air, garam secukupnya.
bahan untuk dikisar halus:
1 biji tomato, 1 biji cili merah, 1/2 in lengkuas, 1 in halia, 5 biji bwg merah kecil, 4 biji bwg putih.

Cara-cara:
1. Jerang air bersama bahan2 kisar. Masukkan ayam serta bahan2 yang lain kecuali perasa, sayuran & jus limau. Apb dah mendidih, masukkan sayuran kecuali cendawan, tomato & daun ketumbar. Biarkan mendidih & sayur nampak lembut. Masukkan cendawan & kacau2 biar mendidih. Masukkan jus limau dan perasa. akhir sekali masukkan tomato...sejukkan..hidang...

lain2 menu .....
Suka makan tempe ???
Kalau di tempat kerja..inilah makanan popular..
paling tidak, seminggu mesti ada sekali benda ni...
 Ini pun sedap...masak halia..buang angin....
masak rebus2, ada org tak berapa suka, kan..
tapi alhamdulillah fmly  suka...
bergoreng-goreng......sesekali sekala pembuka selera.....

Ibu ni...cerita pasal makan jee.......
bilalah nak diet...
bilalah pula nak bersedekah2 makanan .....


Wednesday, April 4, 2012

Makan Bendi Dan Ulam..

Makanan rebus dan ulam-ulam???
ya..
Pada saya sedap... cecah pula sambal ...wah, tak toleh lagi  !!!

Sejak dua menjak ni, berazam nak kurangkan makanan  berlemak2 dan berminyak2. InsyaAllah nak cuba....Mula2 anak  menjeling2 tengok cara pemakanan ibunya yg dah bertukar 90 darjah,  mrk pelik kot...sehari , dua..tiga..sebulan dua berlalu..lelama tergoda  si anak2 nak jugak ikut jejak ibu, makan yg rebus2..hehe...senanglah sikit...

Salah satu yang sedap direbus ialah bendi...

Bendi tu campak ke dalam gulai kari atau gulai asam pedas pun sedap..

Tadi baca tentang bendi....sayur ni baik untuk otak kita, khasiatnya mengurangkan  nyanyuk apb dah tua ..Sayur bendi kaya  dengan kalsium. Oleh itu  memang baik untuk tubuh manusia terutama tulang dan gigi.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
• Melawaskan pembuangan air kecil
• Boleh meredakan bengkak dan radang
• Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)



Di sebelah barat pula..kacang bendi dipercayai dpt membantu mencuci hati, menstabilkan kandungan gula dlm darah, membantu melicinkan bhg dlm usus besar, mengurangkan sembelit, merawat ulser dan kekejangan sendi..dn radang paru2...

Dah tau khasiatnya.........marilah kita menjamu selera dengan bendi..

P/S: Sebenarnya bnyk makanan semulajadi yg berkhasiat..tapi terkadang  kita tetap memilih  makanan instant atau makanan proses yg mudah dan cepat.....



Monday, April 2, 2012

Malam itu....

Bismillahirahmanirahim...
Malam tu, kami menyusuri jalan yg sibuk  untuk memenuhi hajat kakak. Kakak dan anak2 buah mengajak kami makan mlm bersama di sebuah restoren..

Suasana  di luar  hingar bingar. Parking penuh, banyak deretan kedai dan kereta bersimpang siur di bahu jalan menyebabkan kami mengambil masa beberapa minit untuk meletak kereta..tak kisah pun... sekurang-kurangnya dpt juga kami  melihat fenomena malam yg bekerlipan ..dh lama tak menikmati  wajah2 mlm di sekitar bandar itu......

Dari jauh kulihat kakak, abang dan anak2 saudara sudah menunggu... mereka sedang duduk di atas kerusi yg mengandungi dua meja besar yg dicantum..........

Kemudian pelayan membawa dua ekor ikan kerapu besar yg tergolek2 di dalam dua pinggan berasingan, sudah dihias cantik beserta iringan sayur mayur, daging burung puyuh goreng, tomyam, udang goreng planta dan lain2 yg enak....

kenyang sungguh malam tu....Alhamdulillah.....sempat  terucap di dalam hati...
Terimakasih anak2 buahku  yg menaja makan mlm  ini....

Ku terpandang  kakak dan abang, tersenyum...
ku mengerti  senyumannya yg sungguh luhur itu.......lahir dari hati ibubapa  yg pernah merasakan keperitan memelihara dan membesarkan ... menjadikan anak-anak sehingga bergelar insan-insan yg sempurna dari kaca mata ..perit bukan!!!!!.

Kini dia dah menuai hasilnya apabila insan-insan di depan mata itu dah bekerjaya sendiri....guru, akauntan,jurutera... ...

Syukran, barangkali.....beliau  juga mewakili ibubapa yg lain..merasa bahagia apb telah melunasi tanggungjawab mendidik!!!!

P/S: Tahniah kepada kakak, abang dan semua ibubapa lain yang telah berjaya mendidik anak  menjadi manusia-manusia yg sempurna!!!!...

Friday, March 30, 2012

Khasiat Parsli...

Assalamualaikum
Semakin payah nak kemaskini blog  mutakhir ini..tapi terasa sayang pula pd blog ni...maklumlah di sinilah tempat  kita berbicara..bergosip..meluahkan, harap beretika dan bermanfaat..InsyaAllah...
.
Hari ini, jom kita  layan  tips kesihatan.....penting,kan !!!!
sembang2 tentang buah pinggang. Pembantu ini  banyak jasanya..


Bertahun-tahun lamanya  kita guna dia  tanpa henti-henti. Buah pinggang  bertugas membuang segala macam toksid spt garam, racun yg merbahaya..klu kereta kita dpt intai kotornya dan cepat saja  nak  service....


klu  dalam badan, tak berapa  perasaanlah pulak  ......


Ada satu petua untuk membersihkan buah pinggang secara semula jadi tanpa memerlukan kos yg tinggi.....Ia mudah..Ambil sedikit parsli dan basuh dengan air bersih..potong-potong dlm kepingan kecil....


Tahu daun parsli??  daun yang dimasukkan dlm sup...


Seterusnya  masukkan daun parsli ke dalam periuk , tuang air dan masak selama 10 minit. Setelah dimasak, minumlah  airnya. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Khasiatnya racun dan garam berlebihan akan keluar melalui air kencing. Buatlah selalu supaya bukan sahaja buah pinggang malah darah kita bersih.Tu panduan drp lubuk petua warisan.
Daun parsli merupakan satu kaedah rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang secara semula jadi..


Khasiat daun parsli
Daun parsli kaya dengan vitamin C dan mineral seperti provitamin A, B, E, K, beta kerotena, magnesium, fosforus, besi, sodium, kalium, sulphur dan kalsium.

Parsli juga boleh menyembuhkan penyakit antibarah, melindungi hati dan usus menetang barah, antireumatik, perangsang penghadaman dan buah pinggang, membuang toksin dan batu buah pinggang. Ia juga bertindak sebagai antioksidan. Selain daun parsli, bijinya juga mampu merangsang kesuburan dan membantu menentang penyakit tumor otak.

Daun parsli bagus dimakan mentah2 kerana boleh mencuci darah, melarutkan mendapan melekit dalam vena, mengekalkan keanjalan pembuluh darah, memudahkan pembuangan batu karang, dan batu dalam buah pinggang, merawat telinga yang kurang pendengaran (pekak) dan jangkitan telinga.

p/s : mari kita mencuba..

Monday, March 26, 2012

Belum Makan Nasi..

Assalamualaikum...
Rindu nak menulis tapi tak berkesempatan..

Semalam over time dan masa balik pula dah  magrib..

Sampai sahaja di rumah...
tempat pertama yg dilawati adalah  ruang dapur.. 
kelihatan bersusun2 tapware penuh dengan makanan..

Amboi !!!
Kekenyangan semua isi rumah..
Ada nasi kerabu pemberian jiran tetangga....sodap..
murah rezki makan !!!
Alhamdulillah..syukran

namun hati terdetik, .
kalau siang sikit tentu boleh beri makanan yg brlebihan ni
kepada org lain  pula ..

lepas tu, sebelum tidur si ibu tergerak nak  tengok fb ..
tetiba anak di rantau sempat menyapa dalam ruangan chating..
'ibu, seharian angah tak makan nasi ni, 
tak selera tengok lauk yang sama setiap hari'..

MasaAllah...klulah dekat..sudah tentu menjengah...... 
hati cepat saja tersentuh klu tengok orang lapar-lapar ni...

tapi, bila difikir-fikirkan..biarlah...
anak-anak dah besar..
pandai-pandailah bawa diri di rantauan....
mungkin pengalaman  spt  yg dilaluinya ini..
membuatkan dirinya  lebih tabah dan kuat !!!..

Wednesday, March 21, 2012

Telefon bimbitku diambil.....aduhai.

Peserta-peserta kursus diarahkan menyerahkan Hp  ke meja urus setia semasa  kursus berlangsung...

Saya terlibat dalam kursus tersebut yang diadakan selamat empat hari. Ini bermakna 4 hari juga  saya terhenti hubungan dengan masyarakat di luar..terasa kekalutan melanda diri seketika  kerana memikirkan kerja yang ditinggalkan belum beres lagi.. Apabila balik  dari kursus nanti, kerja yg satu lagi dah  menunggu dan perlu diuruskan....oleh itu saat2 begini perlu pantas mengejar waktu   berurusan dengan pelbagai  pihak supaya urusan program seterusnya berjalan dengan lancar, klu hp takde???.....aduhai !!!

Dalam keadaan camni susah juga tiada hp yee......

Tidak dpt dinafikan Hp memberi kemudahan...
Namun harus berhati2  kerana HP mengandungi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet)  ..

  • Apakah itu E.M.R?
    E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. 
  • Adakah telefon bimbit membahayakan?
    Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak  di kalangan pengguna telefon bimbit.
  • Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
    Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan.

    Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'

    Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

    Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'

    Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
    (Sumber dari BBC News)


    Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik

    Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma - penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
    (Sumber dari CNN, Dis 2008)


    Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan

    Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
    (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')


    Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda

    Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor  otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
    (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Lindungi Kesihatan Diri dan Insan Tersayang Anda

Kini, terdapat alat teknologi canggih dari Jepun yang dicipta daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah dan Ion Negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet 


RUMUSAN : Gunakanlah telefon bimbit secara berhemah

Saturday, March 17, 2012

ceria-ceria selalu..

Assalamualaikum..

v
v
v
v
v
v
MasyaAllah...kuat semangat !!!
v
v
kemudian mari kita merenung ayat berikut ini pula..
Antara hikmah membaca ayat ini ialah menghiburkan hati yang sedih..
Ayat Al.kautsar 

p/s : Ada pelbagai perkara yang mungkin menyebabkan kita terkedu  & sedih..
tapi  tentu ada  perkara lain  pula yang di lalui  
 boleh membuatkan kita tersenyum gembira..
Allah hu Allah..
ceria-ceria selalu..