Thursday, March 15, 2012

Tragedi..

Assalamualaikum
tragedi banjir baru-baru ini....
Banjir di KL pada 7 Mac 2012...Tentunya  meninggalkan kesan yang mendalam pada mangsa-mangsa  yang terlibat...harap mereka tabah menghadapi musibah yang menimpa....moga kemusnahan dan kerosakan yang dialami akan digantikan dengan kehidupan yang lebih baik...Amin..

PS: Juga mengambil kesempatan  utk meminta maaf jika bicara ibu terdahulu  menguris hati....

Wednesday, March 14, 2012

Bila engkau....

Assalamualaikum.
                                    g kita perjuangkan mencapai hasilnya 
v
v
v
v
Sabar itu indahnya persis bunga2 an  ...
keharumannya tidak dpt dilihat tetapi mempunyai hikmat yg tersembunyi..
P/S :kata2 hikmah untuk kita semua...

Sunday, March 11, 2012

Bunga Rampai....

Bunga rampai harum mewangi..... itulah penangan dua punjut bunga rampai  di dalam beg tangan yang  masih meninggaklan kesan  haruman  menyegarkan.....

Kelmarin ketika bersama-sama dalam majlis pertunangan anak saudara,  saya dihulurkan sepunjut bunga rampai ... Pada  majlis potong jambul cucu jiran hari tu,  sepunjut lagi bunga rampai  diberikan..semuanya tersimpan kemas di dalam beg ...sehingga layu-layuanlah di situ, seminggu dua tahan...

Unik kan org Melayu, kaya dengan adat resam..adat kebudayaan..Memang diakui protokol sesuatu majlis berbeza mengikut cita rasa individu, kelompok komuniti, ada yang masih mengekalkan pemberian bunga rampai..ada pula yg gah dengan benda2 lain, apa2 pun, yang penting ialah amalan bersederhana ketika mengadakan sesuatu majlis supaya ianya tidak membebankan ...

Mari kita layan sebahagian gambar hantaran yg sempat diambil dalam majlis pertunangan anak saudara lelaki, anak kakak yang ketiga.....alhamdulillah telah pun selamat disempurnakan..
 
Hasil tangan  adik ipar...dikongsikan ilmu seni hias menghias ni...kata adik, klu nak buat sesuatu mesti minat...kemudian kreativiti itu datang dengan sendirinya...ye kee dik??, klu minat tapi tangan kejung, camne ????
 
Selalunya sesebuah hantaran itu memang sinonim dengan bunga-bungaan  ikut tema warna kegemaran ...
 
Coklat, songkok, buku doa  merupakan pilihan hadiah drp wakil perempuan...buku doa  pun ada??? good idea..membaca jambatan ilmu..
 
Yang kuning sebelah kiri tu, kek yang dibentuk seperti beg,  kek besar dan  kenyang dimakan...sebelah kanan adalah peralatan  lelaki spt syampoo, minyak rambut, minyak wangi...
berlangsungnya adat istiadat pertunangan yang sederhana diserikan dengan pantun berkias yang humor tapi mempunyai makna yang tersirat bagi  peringatan dan penghayatan bakal mempelai.....
Pulut kuning dan kuih-muih antara pilihan hidangan pada majlis tersebut..
di ruang makan.....si cilik menikmati hidangan...

cuti datang lagi..... tentunya kita  menerima banyak kad jemputan...
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru pada  anak2 yang akan menjadi raja sehari..moga Allah memberkati dan merahmati hidup kelian hingga ke akhir hayat..amin...

sekian, wassalam..

Friday, March 9, 2012

teringat..

Apabila terpandang foto ini, teringat mereka masa kecik2
nostalgia ....
masa anak2 kecil, memang tak ada mood untuk pergi shopping ..
kalau diajak pun, tak kuasa nak pergi..
sebab, dah dpt bayangkan kepenatan menjaga mereka, 
takut hilang  dicelah2 kain  baju....lari sana ..lari sini..
kita tak perasan si kenit2 ni kerana saiz badannya lebih kecil drp timbunan barang..
lagipun  anak2 ketika itu tengah lasak dan terlebih tenaga..
skrg mereka dah besar panjang...jadi kawan pula kalau gi shopping..
bolehlah diharap tolong angkat barang sana, tolong angkat barang sini..
cepat sangat masa berlalu !!!!
siang..malam..
malam ..siang..
dah bulan Mac...
syukurlah, kalau kita semua sihat !!!

Thursday, March 8, 2012

Dekat Tapi Jauh.....

Assalamualaikum

Hari ini, mula nak bercuti..mahu melupakan sekejap kerja2 yg tak pernah nak habis...lepas selesai satu  bab.. satu bab lagi akan menanti..begitulah  tugasan kita sampai ke hujung tahun, aduhai...

Takpelah, usah berkeluh resah.. hari ni time untuk merehatkan minda, melapangkan fikiran....layan gambar2 ni yg diambil drp En Google. Menikmati alam semula jadi melalui foto bertemakan sesuatu yang tinggi dan susah untuk dicapai.. ..

Suka tengok awan gemawan  ini.....
ia sangat tinggi ...nampak dekat..tapi jauh ..tak tercapai dek tangan !!
Ibarat sebuah harapan juga...
dilihat dekat tapi jauh...
walau jauh  macam dekat aje......
dekat...jauh ......nntah..hehe..
Awan memutih, persekitaran dilitupi salji...sangat cantik..
awan membiru...sungguh  tenang...
Pokok kelapa ni..... MasyaAllah.takjubnya kebesaran ilahi...
walaupun tinggi...batang yg memusing itu  mendekatkan diri
untuk memetik buah dan pucuknya    ..
  lagipun ada galah untuk membantu  menggapai buahnya.!!!!

Rumusnya : Sesuatu matlamat  dan harapan murni itu terkadang susah untuk dicapai..
tanpa usaha, kurangnya doa, ia  hanya akan jadi sisa tunggul harapan....

Monday, March 5, 2012

Bersalah..

Assalamualaiakum..
Apabila membaca cerita ini..perasaan kita bercampur-campur..

Seorang hakim berasa sebak setelah pesalah dijatuhkan hukuman kerana mengaku salah mencuri ubi kayu. Pesalah itu adalah seorang nenek tua yang miskin, anak lelakinya sakit dan cucunya kelaparan.

Nenek itu merayu untuk dilepaskan...Namun pengurus ladang itu tetap membawa pesalah ke mahkamah.

Di ruang mahkamah pengadilan..Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu..

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang., Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.


Nenek itu tertunduk. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.....

Friday, March 2, 2012

Buat Renungan..


Assalamualaikum..
Di Afrika timur..di kem-kem pelarian ...
Melihat keadaan  kanak-kanak ini...Hakikatnya mereka tak cukup makanan dan tak cukup zat yang diperlukan oleh tubuh..
Kesakitan dan penderitaan....
lembu pun mati beragan..akibat kemarau dan kekeringan..
Kanak-kanak dewasa juga mengalami kesakitan dan
ada yang mati kerana tak cukup makanan..
Di Malaysia pula....
Dianggarkan 20 000 tan sisa pepejal sampah dibuang setiap hari. Daripada jumlah itu, 45% adalah sisa makanan.

Sisa makanan yang terbuang lebih ketara di bandar berbanding di pendalaman atau di kampung kerana di kampung, mereka dpt mengitar semula lebihan dengan memberi makanan itu kepada haiwan ternakan ayam dan itik.