Assalamualaikum..
moga kita sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu..
Syukran...setelah dua minggu terfokus menyiapkan tugasan itu, akhirnya dah selamat...ku kira dapatlah menarik nafas lega setelah kerja2 penyeliaan dan pemantauan itu selesai....fail2 yg bersusun2 mula dikemaskan dan dibawa balik semula ke bilik ....wah, berat juga ..terfikir , klu timbunan tu terjatuh menghempap.... ..aduhai,.boleh ..................Subahanallah !!!!
Kemudian, semalam menemankan anak ke U Mall...Sekadar duduk2 kunyah2 sedikit makanan dan minuman ringan, lagipun dah kenyang....jadi sekadar cool block dan kaya ball menjadi santapan.....teringin menghirup udara luar, tidak terperap kat bilik saja. ..mungkin cara itu dpt realise tention si anak yg baru habis periksa. ..
Ibunya masih ada kerja lain....pd Hari Sabtu ni, attend satu seminar anjuran Puteri Islam ..terbaca tajuk kursus.....eh, macam lain je bunyinya ........
SEMINAR WANITA ANGGUN !!!!!
Tajuknya membuat ibu tersenyum sekejap.......
thinking positive..mungkin ada sesuatu yang bermakna nak disampaikan supaya menjadi anggun2 .....
Kesibukan melanda berterusan sehingga Hari Ahad ..Ada Program gotong royong Rukun Tetangga di kawasan perumahan....dah org2 di sini percayakan kita utk jadi AJK..buat kerja2 kebajikan..layan jeelah..so minggu ni tak lekat kat umah..sibuk tak tentu hala...
Sejenak ibu termenung ...memikirkan diri ....sesekali kita tak sunyi dilanda musibah, kan?????...
ubat yg paling baik adalah bersabar...
'Dan bersabarlah terhadap apa jua yang menimpa kamu...."(surah Luqman, 31:17)
'Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar" (surah al-Baqarah 2:153)
Cuma sesekali kita teralpa .....dan Dia pun menarik sedikit nikmat kegembiraan yg kita alami.....supaya kita beringat...
kesimpulannya: bersabar selalu dan perbaharui keakraban diri kita semula kepadaNya walau sesibuk mana pun kita, itulah yang terbaik.......
Wassalam....
Friday, October 14, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Saturday, October 8, 2011
kembali muda???..
Pagi tu, anak saudara bercerita
tentang produk makanan kesihatan..
tentang produk makanan kesihatan..
supaya sihat dan ceria....
kulit pun cantik dan kembali muda, katanya
Dia sarankan makanlah ni....
si makciknya senyum dan hangguk2 je...
kulit pun cantik dan kembali muda, katanya
Dia sarankan makanlah ni....
si makciknya senyum dan hangguk2 je...
lalu terbayanglah ....
kulit wajah yang kusam dan tua...
akan berubah menjadi ....
v
v
v
v
v.
v
v
v
v
v.
nasib baik terbayang sekejab....hik2
maklumlah, berita terkini umur persaraan telah dinaikkan kepada 60 tahun ......
(Kesihatan yang baik, badan yang sihat dan cergas
merupakan nilai tambah dan juga rezki pada kita yek..)
merupakan nilai tambah dan juga rezki pada kita yek..)
p/s: sejak dua menjak ni sibuk sangat ..alhamdulillah, klu dpt tengok2 blog kejap.. .
Namanya Berat..
Seharian si ibu keletihan melalui pengalaman getirnya menyebabkan akhirnya dia diberi suntikan rehat oleh doktor...Setelah tersedar drp lena pada dini hari, dia melihat bayinya di sisi..Masih lemah..tapi si ibu sempat menyentuh pipi bayi yang mulus itu.....
Si ibu duduk perlahan-lahan, mengusap rambut anaknya yang bermata bulat..terlalu gembira tanpa disedari air matanya bercucuran menitis..
Tak henti-henti bersyukur..sebelum itu, dia sudah terbayang akan status nyawanya seperti telur di hujung tanduk..syukran Ya Rabb..Allah masih mahu merasakan si ibu melihat dunia...
Setelah selesai menjalani pemeriksaan rapi, si ibu membawa bayinya pulang...
Si bayi membesar di depan matanya tapi cabaran menanti..si anak sering tak sihat, sakit, demam...menangis...
Selalu demam..akhirnya seorang rakan menasihatkan agar si bayi ditukarkan namanya kepada alternatif lain sebab katanya nama bayi itu berat dan mungkin dia 'tak terbawa'...
Nama anak berat ???
Suatu hari si ibu memberanikan diri untuk bertanya akan maksud nama bayinya kepada seorang ustaz..
Kata ustaz ' maksudnya : hidup sempurna'..
Apa ustaz, hidup sempurna ???? si ibu terkedu, dia kaget..
Nak tukar nama??? oh tidak, tawakal sajalah ..moga nama itu menjadi sebuah harapan dan doa..
Sememangnya tiada manusia yang benar2 sempurna..Meskipun mereka memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri tapi sudah tentu manusia pun ada kekurangannya..Namun keistimewaan yang dimiliki oleh seseorang itu boleh menutup segala kelemahan yang ada pada diri. Apabila si anak dapat memenuhi impian untuk menjadi anak yang baik dan merealisasi cita-citanya..maka itu pun sudah memadai untuk si ibu bersyukur dan merasakan diri anaknya sempurna ..mudah-mudahan..InsyaAllah..
Dan kini si anak telah pun dewasa...SELAMAT HARI JADI..Moga akan dilimpahi rahmat dan kebahagiaan untuk menjalani kehidupan. AMIN Ya Rabb..
~Mutiara kata : Tidak ada seorang pun yang benar2 sempurna tetapi setiap orang digalakkan mencari kesempurnaan secara sederhana...
~Anakku: Sendirian adalah kesempatan terbaik untuk menjalani hidup berdikari bagi menimba pelbagai pengalaman. Bukankah itu satu kelebihan untuk merasai situasi2 baru asalkan berada di dalam landasanNya??......tapi, jika suatu hari nanti terasa mahu pulang ......pulanglah .....( ... hikmah dan syukran.......)

Tuesday, October 4, 2011
Diana..
Semalam saya call anak. Anak cerita tentang Diana (bukan nama sebenarnya).Kini Diana belajar foundation di sebuah kolej di KL . Yuran pengajian ditanggung oleh ayahnya. ketika mengakhiri perbualan, anak menyuruh saya menghubungi Diana....
Diana????.........ingat dia.. classmate anak di sekolah rendah. Ayahnya seorang doktor perubatan. Namun ada beberapa hal tentang ayah Diana yang tidak begitu menyenangi saya, lalu menasihatkan anak supaya berpada-pada ketika berkawan ngan Diana. Itu cerita di sekolah rendah.Selepas itu, kami lost contact. Masing-masing berpindah sekolah. Tetiba baru beberapa minggu ni, Diana ditemui melalui FB.
Atas permintaan anak, saya call Diana..
'Makcik, saya kini telah menjadi saudara baru...' kata Diana di hujung talian.....
'Makcik, saya tak minta izin dengan ayah untuk masuk Islam, apabila ayah tahu, dia marah lalu dia tak menghantar duit belanja lagi..saya terpaksa berjimat2, kadangkala makan meggi jee . Ayah suruh saya kembali.......saya tak mahu.' kata Diana bernada sayu..
Saya memang tahu ayahnya strict .
'Mengapa masuk Islam..Siapa dorong awak ?' Saya bertanya padanya soalan direct
'Tiada siapa yang dorong saya. Saya dah Islam setahun yang lalu. Saya mimpi tentang Islam. Sya mimpi melihat kaabah. Saya dengar azan. Hati saya tenang..." Hujah Diana bersungguh-sungguh..
Tak dapat dinafikan hidayah itu datang daripada Allah. Sesiapa yang Dia kehendakinya itu urusan Allah.
Diana kini masih terumbang ambing. takde sesiapa di sana yang membantu.Dia perlukan sokongan moral, bimbingan, kewangan dan keluarga angkat...
Setakat ini je yang saya tahu tentang perkembangan terbaru......

Saturday, October 1, 2011
Tetamu Tak Diundang..
Assalamualaikum..
Melewati Bulan Shawal, menjenguk Bulan zulkaedah ....seperti biasa kita masih bertemu dengan majlis tertentu, majlis kenduri kahwin dan majlis pergi haji . Aktiviti out door juga meningkat ....
Apabila kurang beringat , meredah cuaca panas dan hujan, menjamah sesedap rasa pada makanan yg kita alahan, maka timbullah tetamu tak diundang. Kerja virus mencari tempat menginap kemudian membawa penyakit demam dan batuk2, hidung berair, selsema, cirit birit .....
Mungkin perkara ini boleh dihindari kalau kita berhati-hati sikit...
Kesihatan merupakan nikmat Allah yang paling besar kepada kita yang kadangkala diabaikan.......
Dengan nikmat tersebut manusia menggunakan kesempatan ini untuk mencari rezki, beribadat, berinteraksi, beriadah, apa sahaja aktiviti yang memberi faedah dan kebaikan kepada diri dan keluarga dan ummah..
p/s: Dapat bercuti dua ni, iaitu hari Sabtu dan Ahad, legalah sedikit, selsema dan demam dah beransur baik ..Alhamdulillah...

Nikmat Kesihatan
Assalamualaikum anak-anak..
Moga kita semua dalam perlindunganNya
Kesihatan adalah anugerah ALLAH. Sesungguhnya badan kita ini milikNya, amanahNya. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan disifatkan Al-Quran sebagai mencampakkan diri dalam kebinasaan. Kurang peka kepada nikmat kesihatan membuatkan kita tidak begitu menghargai anugerahNya ini..
Kadangkala kita berinternet, berkaraoke berjam-jam sampai ke pagi tetapi lupa bersolat subuh dua rakaat.
Sementara badan masih sihat, masih banyak masa untuk memperbaiki diri, kerjaya, pelajaran, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Dia.
Tidak bererti terus melupakan dunia...cuma meninggalkan sesuatu perkara yang bercanggah dengan agama serta memudaratkan, jika ianya baik maka ikutlah..
Anak-anak,
Kesempatan badan yang sihat, jadilah individu yang komited. berpersonaliti hebat, memantapkan pendidikan, akhlak, kerjaya. Remaja yang hebat dan cemerlang adalah remaja yang berjaya di dunia dan akhirat. Taat, hormat kepada ibubapa dan guru-guru. Penuhkan ilmu di dada, berazam dan berkeyakinan untuk merealisasikan cita-cita dan impian, InsyaAllah Dia akan mendorongkan kita ke arah kejayaan setelah kita berdoa dan bertawakal..
Dunia kita banyak tipu daya. Ramai remaja yang mencari keseronokan tetapi akhirnya kecundang di pertengahan jalan. Sesudah itu barulah melahirkan rasa penyesalan.. Oleh itu, Ingatlah anak-anak sementara masih muda, masih kuat, masih sihat . Muhasabah diri selalu untuk menjadi anak2 cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah..
Untukmu pula...Selamat menghadapi peperiksaan, moga berjaya ..
The largest room in the wold is the room of self-improvement.
The largest room in the wold is the room of self-improvement.