Friday, July 29, 2011

Risalah Cinta...

Assalamualaikum ...

SEJENAK MEMIKIRKAN CINTA ...


Cinta adalah sesuatu
 yang dapat mengubah segalanya
 sehingga semuanya  dilihat indah... 
 (R. Graves dalam The Finding of Love)


 Cinta  mengubah pahit menjadi manis ..
keruh menjadi bening.. 
sakit menjadi sembuh..
derita menjadi nikmat..
kemarahan menjadi rahmat.
(Hamka)

Menyempatkan diri menyemai cinta di sini  ...


"Kerana cinta, duri menjadi mawar..
Cuka menjelma menjadi anggur yang segar..
”(Syair Jalaluddin Rumi ) 

Dia  adalah pemilik cinta, dan sekaligus
 Pemberi Cinta kepada kita sebagai makhlukNya
  “Kalau hambaKu mendekat sejengkal,
 Kusambut ia sehasta. Kalau ia mendekat sehasta, Kusambut ia sedepa.
 Kalau hambaKu datang padaKu berjalan, Kusambut ia dengan berlari…”
(hadis Qudsy)

SELAMAT  MENYAMBUT BULAN RAMADAN
BULAN YG MENGGAMIT RINDU  DI KALBU....

Wednesday, July 27, 2011

Khasiatnya

Assalamualaikum..
Moga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah dlm mengharungi kehidupan kita..


Tinggal beberapa hari lagi umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa 
di bulan Ramadhan..harap-harap kita dapat menyampurnakan ibadah tersebut
 dengan sempurna.


Kedatangan Ramadhan,  para isteri tentunya sebuk menyediakan juadah untuk hidangan seisi keluarga, melakukannya dengan hati yang ikhlas  bermakna kita juga menyampurnakan satu lagi ibadah yg memperoleh ganjaran pahala...


ketika menyediakan juadah, kita sering  menggunakan bahan2 semulajadi ini.  Oleh itu Ketahui khasiat makanan tersebut.....
Serai..mengandungi citral. Membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan,
ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala dan membantu menurunkan suhu badan.
Kurma..kaya dengan zat besi dan kalsium..
Lada hitam..ubat dalaman yang mengeluarkan angin dalam perut dan usus,
memanaskan badan, melancarkan aliran darah, mengatasi kembung serta sakit kepala.
Bawang putih..mengandungi kabohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan lemak, 
vitamin c, zat besi menyembuhkan luka dan kekal bertenaga.
kunyit..membersih kan perut, melepaskan gas berlebihan, menghentikan pendarahan, melancarkan pendarahan dan mencegah pengumpulan darah.
Lengkuas..membersihkan darah,menghalang gangguan perut dan merangsang otot.


SELAMAT BERPUASA ..Semoga kita dapat menjalani ibadah dengan baik dan
urusan harian kita dipermudahkan Allah  ..

Monday, July 25, 2011

Persediaan ????

Suasana majlis ilmu itu sangat tenang meskipun agak ramai tetamu..hanya terdengar patah-patah perkataan drp penceramah. Semua hadirin  wanita di situ sedang fokus mendengar… maklumlah setiap kata2 nasihat itu mencerminkan peringatan…











Saturday, July 23, 2011

Mencari kebahagiaan..

Assalamualaikum...
Moga kita semua di dalam perlindungan Allah..


Minggu ini  kita merenung2kan  tentang topik nih....
Semua Insan mengimpikan hidup bahagia..
Adakah kebahagiaan itu  dikaitkan dengan wang ringgit atau harta benda ???..
Bnyk harta  sebenarnya  tidak semestinya  menjamin kebahagiaan....takde duit pun tak boleh jugak...kerana  duit menjadi nilai tambah yang diperlukan dlm kehidupan... 
Tapi ada orang miskin yang serba kekurangan  mampu hidup  tenang, gembira dan bahagia. Ada orang kaya, serba mewah, berilmu pengetahuan,  tidak tenteram dan selalu merasa tidak puas...kerana sesuatu yg dimiliki tidak dengan keimanan dan  kebersihan jiwa, boleh membuat diri menjadi keluh-kesah. 
Tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Khaldun pernah mengatakan: “Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis yang ditentukan Allah dan sifat perikemanusiaan.”


 “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)
Pandangan cendekiawan Islam mengatakan untuk mencari bahagia, bebaskan hati daripada dendam dan hasad dengki, mengumpat keji, takbur.... 
Ya , sememangnya kebahagiaan itu berkait rapat dengan ketenangan hati, kekayaan jiwa ...
Ada pula remaja  memilih kebahagiaan dengan mencari keseronokan seperti bergaul bebas tanpa batasan maka  kebahagiaan yg dicari itu  boleh membawa kehancuran..
Tokoh Islam, Hamka pernah berkata, “Kekayaan harta benda, pangkat atau kedudukan yang tinggi tidaklah dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur. Malah, bertambah banyak kekayaan atau bertambah tinggi kedudukan, maka bertambah pula kekerdilan jiwa dan kekurangan seseorang. Oleh  itu, kayakan batin lebih dulu untuk menghadapi kemungkinan naik atau kemungkinan turun.” 
Jadi ... mendidik hati  dengan keperibadian  luhur dan jiwa yg sihat  boleh memberikan ketenangan , kesejahteraan serta kebahagiaan ....


Renung2kan..selamat beramal..

Wednesday, July 20, 2011

serawa durian

Minggu lepas ibu pergi kat Kip Mart....
nampak buah tuh...
eh geramnya..hijau-hijau..
menggoda..
dah lama mengidam..

beli..

spt biasa ibulah yg makan bnyk..
anak2 lain x berapa suka ..
makan jugak , tapi sikit2 ..
mereka makan sopan santun sb bukan teste mrk..
untunglah ibu...
mengadap sampai kekenyangan
eh, letihnya  makan sorang2..

masih berbaki...
buat serawa..
pas tu simpan kat peti sejuk..

klu buat serawa..
ramailah peminat..
sb boleh  makan ngan roti dan pulut ..laju ..

bahan2 nak buat serawa...

10 ulas durian - buang biji jika suka
6 sudu gula pasir/gula merah (ikut selera)
3 cawan santan
2 helai daun pandan - bersihkan dan ikut simpul 


Cara membuatnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. 
Kacau dan masak hingga mendidih atau pekat.


Selamat mencuba.

Sunday, July 17, 2011

tetamu pagi ini..

Assalamualaikum..
apa khabar semua..
Apa yang dibuat pada hujung minggu begini..
santai2 dengan family???

Ibu pula santai dengan
si kecik-kecik ni...
pagi2 lagi Ibu dah ditemani oleh si cumil2 nih..
mereka  tolong berkemas ...huhu..
tak susah nak layan mereka..
suruh duduk, dia pun duduk..

suruh  makan, dia pun makan
suruh minum, memang suka  minum..
suruh duk diam..dia bole duduk diam...

apabila dah kenyang
mereka pun duduklah mengadap tv..
cerita karton ...
senyap je nonton...

budak2 ni,adalah cucu2 sedara ibu..
tak bnyk kerenah...dan tak berapa lasak...

anak saudara ibu,  adalah ayah kepada budak2 nih...
datang sekejab, singgahkan ank2nya  kat sini
kemudian pergi belajar kat UTM,
 sambung master kat sana...

si kecik2 ni macam tau pulak ayah n ibunya busy.......
pandai bawak diri..

Thursday, July 14, 2011

maaf yeek..

Assalamualaikum..
moga semuanya dlm kedaan yg ceria2 selalu 
dan dirahmati Allah jua hendaknya.


Maaf yeek ...
Agak lama ibu  mengasingkan diri dari teratak Salsuria..
membiarkan blog ni ..
SEPI buat sementara waktu..
Sebenarnya bnyk kerja2 kesetiausahaan dan perkeranian..
yang sedang  dibuat ...
klu situasi sibuk2 begini..
rasanya diam itu lebih baik....
daripada berbicara...
Mengharapkan konsentrasi yang lebih
agar  kerja2 penting tu dapat dibereskan....

wah...hampir merdeka....

Ketika  si adik ni sedang leka menonton KARAK melalui VCD..
Ibu pula sempat  menyelak2 n3  lama dalam blog ni..
baru ibu perasan bhw 
blog Salsuria menghampiri ulang tahunnya.
Fisrt n3 dibuat pd 31 Julai 2009 ...

Syukran..masih tetap bertahan...

Sesekali terasa
yg kaki ini perlu mengundur ...
untuk memberi laluan pada hal2 lain..

namun....
masih SAYANG nak meninggalkannya...
ibu juga banyak  mengutip sesuatu di sini..

paling tidak.....
 belajar resepi MASAKAN yg enak2.....
wlu sedar bhw ketika mencuba resepi itu sendiri..
 belum tentu  enak2 juga..

Menulis ni pun untuk suka2.....
harap2 ada juga manfaatnya
 terutama peringatan untuk  ibu  dan anak2..

OK...
tak lama lagi kita melangkah 
ke  malam nisfu syaaban ...


Ada sejarah dan fadilat tersendiri pd  malam barakah ini..
tentunya kita ingin mengambil pengajaran dan hikmah pd  mlm tersebut..
untuk itu, mari kita  sama2 meningkatkan penghayatan kita ......
sambil mohon keredhaan 
atas segala usaha kita ini ...