Friday, July 8, 2011

Air halia..

Assalamualaikum..
Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah jua hendaknya.


Sejak beberapa hari ini ibu tak sihat. Mungkin bnyk minum air batu semasa menghadiri kenduri..klu pergi kenduri..apa yang dihidangkan tentulah dijamah yee. Tak bertapis-tapis. Tak beringat-ingat tentang alahan itu...Kalau kat rumah pandai pulak control ..


Semalam mulalah terasa tekak  perit..  batuk  .suara tetiba jadi garau..  badan  dah tak tentu rasa..........Nasib baik anak2 tak kena macam penyakit  ibunya.....


Kata kakak ibu, klu tekak perit dan batuk cepat-cepat  minum air  halia ..


Lucunya, Ibu ni   tak suka minum ubat batuk  dan susah nak makan ubat klinik..Kalau pergi klinik, ibu akan mengumpul ubat2 tersebut..betul2 sakit, barulah telan...


Ibu lebih suka cari alternatif lain, atau ubat tradisional..


Tengah hari semalam, dapat minum air halia  badan terasa ringan..picit kepala, urut  badan sikit2..kemudian lepas mandi terus  baring dan terlelap..
Alhamdulillah pagi ni dah boleh bangun, terasa segar sedikit....


Sejak tengah hari semalam, tak jamah makanan kerana tak berselera, 


Pagi ni  teringin pula  nak buat bubur nasi.. 


Wah..berselera dapat menjamah  bubur nasi .......
klu demam itulah menu yang paling sedap sekali..
Dan hari ini niat di hati akan menghabiskan banyak masa di rumah...


ANTARA KHASIAT HALIA..
Boleh mengubati penyakit sendicirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum
.




Tuesday, July 5, 2011

Diamlah...

'Adikkk diam....' kedengaran suara kakak menyergah si adik ..


'Eh...diamlah, tu bunyi azan' sekali lagi si kakak mengarahkan  adik diam..Suara azan berkumandang mendayu2 memecah kesunyian di subuh hening .


'Cuba jangan nyanyi-nyanyi kat bilik air, kan dah tak dengar ....' sergah kakak lagi.


Bunyi air paip yang jatuh diiringi suara gemersik adik. Mungkin juga adik berangan suaranya mcm penyanyi kilauan emas sehingga tak perasan bunyi azan.......


tetiba Ibu yang sedang menyiapkan kerja di pagi itu  tersedar ..
Eh,dah pukul 5.45 pagi.......


Spt biasa, hari ni  ibu bangun kul 4.00 pagi..
kemudian  menyambung rutin pagi .. 


Pukul 4.45 pg :bersahur .


Pukul 5.00 pg : menaip...
Eh, sekarang dah kul 5.45..dah azan pula...


pantasnya masa berlaku.....


sekejab lagi nak masuk Bulan Ramadan dan 
yang lebih menarik promosi kuih raya  mula rancak.....
budjet raya dan puasa camna ??


Perlu  merancang....
masih bnyk yang perlu dipersiapkan dlm masa yg nampak singkat..


namun yang pasti....
masa tak akan menunggu kita..
dan usia pula  semakin meningkat !!!!!!

Sunday, July 3, 2011

Nak Beli ?

Assalamualaikum..
moga semuanya sihat dan dirahmati Allah..

sapa nak kelapa muda....
harganya  ada sikit  tinggi..
sebab petrol dah naik,kan....
air kelapa muda baik utk kesihatan....
(mempromosikan lagi.....)
KHASIATNYA..
Airnya kaya dengan garam galian.  membantu pesakit yang menghidapi masalah sukar membuang air kecil dan batu dalam buah pinggang. Ia bersifat anti bakteria dan digunakan 
di India untuk mencegah taun.

Selain itu,ada org kata, air kelapa digunakan untuk penawar santau.. ia dpt  mengurangkan plak pada arteri , sekaligus baik untuk jantung. Menyeimbangkan kolesterol baik dan jahat. Bagus untuk penderita diabetis. Ia mengurangkn tekanan darah serta mengandungi Cytokinin  iaitu bahan anti penuaan dan anti kanser.


sebenarnya bukanlah nak jual.......
tadi  saya balik ke kampung sekejab..
pergi ke kebun.
suka tengok buah kelapa yg bergayut-gayut nih...
lalu ambil gambarnya..
pastu  petik buah2  ...
 makan isi dan minum airnya...
pokoknya rendah  sebab tu buahnya boleh dipegang..
seronok tengok ia berbuah lebat....

Friday, July 1, 2011

Menu Hari Ini...

Assalamualaikum..
moga sihat , ceria2 selalu
dan dirahmati Allah jua hendaknya..

em..cerita bab makanan lagi..
menu hari ini yang simple..


 sebenarnya teringin nak makan ikan cencaru bakar dengan
cecah air asam..
sebab terkenang semasa makan di sebuah tempat kelmarin tu....
memang sedap sangat rasanya ikan ini dan cecahnya..

lalu ..... berkirim2lah ikan cencaru..
tpi ikan  yg dibawa pulang dari pasar tu..
udah tanggal kulitnya 

aduh, gimana si.....

oh..nasib baik... 
ada kertas aluminum kat rumah
dapatlah balut ikan ini kemudian bakar...
maka sampurnalah hidangan hari Jumaat... 
yang simple ni ikut teste ibu..
*********
lauk semalam pula....
ikut teste org lain di rumah..
emm masak  lomak  dan ayam rendang..

sebenarnya klu masak di rumah ni...tak boleh banyak..
sebab anak2 tak pemakan..
kadang2 tak habis pun makanan dan disimpan je kat peti ais...


kadang2 tu  check kenapa tak nak makan..
rupanya si adik makan coklat, biskut 
entah apa2 yg tak berapa berkhasiat
sedey  gak tengok klu mrk 
lebih mengutamakan makanan macam tu yee..


P/S : Tentu ada yg berpuasa hari ini,
diucapkan selamat berpuasa....
sebenarnya kami pun turut serta berpuasa..
tapi  yang tak berpuasa di rumah ,
makan hidangan tengah hari yg disediakan ini..
dan lauk tersebut, insyaAllah sampai berbukalah  nanti..



Wednesday, June 29, 2011

Hidup Sihat


Tidak dinafikan bahawa
Semakin meningkatnya usia,
Semakin berubah bentuk fizikal. 


Perubahan yang paling ketara,
adalah pada badan kita..
semakin cumil...
semakin kecil..
semakin membesar..
itulah proses penuaan ..
  kita pun sedia maklum bhw
faktor ini dipengaruhi oleh
gaya hidup sihat.... 
persekitaran, pemakanan, 
 genetik dan kesihatan..
sebagai contohnya  
Proses penuaan
BOLEH MENJADI SEMAKIN CEPAT 
apabila mengamalkan
minuman keras, merokok, makan berlemak,
diet tidak seimbang, tekanan dan mempunyai sikap negatif.
sementara Individu yg sering bersikap positif,
 mempunyai psikologi sihat,
boleh melambatkan  sedikit proses tersebut...

makanan seimbang, pengambilan makanan rendah lemak dan 
lebihkan sayur-sayuran  bukan shj  mengelak obesiti.
tetapi melambatkan tuaaaaa..

Selain itu makanan tambahan spt vitamin E,
selenium, vitamin c, beta-karotin,
l-cysteine, asid folik serta zink
dpt melindungi kemusnahan sel2 badan
 serta bertindak untuk melambatkan proses tersebut.

senaman juga
 dpt meningkatkan ketahanan fizikal dan mental
mengurangkan berat badan,
mengawal gula dan meningkatkan sistem imuniti badan
minum air yang bersih 
mampu menajamkan fikiran,
mengelak penyakit dan kulit menjadi cantik..


p/s 1. tazkirah kesihatan ini untuk peringatan diriku
dan dikongsikan bersama..
2. Mengenang kembali mlm Israj Mikraj yg 
bnyk membawa pengertian dan hikmah tersendiri .
di sini sya link (tekan israj mikraj)  utk ke blog tsb
untuk refresh semula pengetahuan kita mengenainya....
moga bermanfaat..



Saturday, June 25, 2011

Sejenak kita berfikir....


kadangkala..  
TUHAN menyempitkan ruang kita..
melalui krikil ujian..
berdepan dengan kesukaran..
Itukah amaranNya
 bahawa    
hidup ini perlu brhati2 
supaya tidak dihanyutkan
  kesenangan dan kealpaan???...
terkadang pula 
DIA membuka ruang yang sempit 
meluruskan  jalan2  yang berliku...
sekadar untuk kita merasakan bhw
itulah  nikmat dan
kasih sayangnya
 yang  melimpah ruah... 


sedangkan kita masih  di sini
berhenti seketika
menghitung amal2 
 yg  masih amat terbatas!!!!!!

sebenarnya..
alangkah syhdunya klu sering diingatkan bhw..
kehidupan  ini... 
adalah perjalanan  untuk pulang.......


p/s..kepada rakan2 yg bergelar  ibu..mungkin sya pernah memberi komen pd blog puan  sebelum ini dengan nama 'ezatul hani' .....sebenarnya ketika itu,  sya pinjam lappy anak dan lupa sign out namanya,.......jika namanya tertera..  pohon maaf  atas kesilapan teknikal itu....

Wednesday, June 22, 2011

Catatanku di sini

Assalamualaikum
Moga semuanya ceria dan dirahmati Allah..

Dari Hotel Sri Malaysia....
Pagi itu nampak tenang saja....lalu membuka langsir..sempat mencuri pandang keluar tingkap bilik itu.. 
Nun di sana, terdapatnya deretan pokok-pokok yang subur menghijau..tak sangka di tengah-tengah bandar ini, masih banyak pokok yang menyejukkan mata..menjeling ke arah anak-anak. Mereka semua pun dah bangun awal..takutlah kalau-kalau  dalam perjalanan menghantar angah akan menempuh jem..perjalanan hanya beberapa minit, tapi kalau tak pernah sampai, tentu teraba2 dan tercari2..hanya berpandukan google map ..
Pukul 7.30 pagi dah ramai penjaga yang sampai. Mereka  turut mengiringi anak2nya..kami terus ke dewan, melihat senarai nama di papan kenyataan , terpandang kos yang anak ambil  tu hanya 23 org sahaja..
Ku berpaling  ke arah anak yang lengkap memakai pakaian hitam putih.... terasa sayu, tetiba, kenangan menerjah..nak menitis juga air mata tapi ditahan2kan di depan anak..Sejujurnya anak2 kita biasanya memilih kerja mengikut minat..minat itu dipupuk daripada persekitaran dan rangsangan orang sekeliling, minat nak jadi seperti rol model ? mungkin juga datangnya daripada rangsangan itu..klu role model  ambik bidang pendidikan ke, perubatan ke, dia pun berusaha dan berlumba2 ke arah bidang yang sama itu, fikirku......


meniru....mencontohi....idola.......budak2 suka begitu, kan????..


Tak apalah, satu perlumbaan yang sihat..itu pun telah ditentukan takdirnya..ibu hanya selalu berdoa agar 'ilmu yang diperoleh untuk anak2 boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat'..


Pagi ini tugas utamaku untuk merasionalkan si anak yang agak takuttt-takuttt  melangkah buat pertama kalinya...
Sementara menunggu anak menyelesaikan pendaftaran, ibubapa ke dewan, di sana ada visual yang dipertontonkan mengenai latar belakang inst. kemudian disambung dengan sesi taklimat ibubapa....
Sudah pukul 11.40, kami harus pulang ke Hotel Sri Malaysia semula..kena check out sebelum pukul 12 tgh hari..
Sebelum meninggalkan anak, pergi ke hostelnya terlebih dahulu.Mengemas barang-barang, kemudian membeli sedikit keperluan di koperasi. 

Anakku sebilik dengan senior yang ambil kos agama. 
Alhamdulillah bersyukur sangat..
bolehlah bersopan santun, fikirku lagi.......
Keluar dari bilik penginapan melawat Parkson pula, kaki belum penat lagi....Park kereta di tingkat  atas dan daripada tingkat atas tu , dapat melihat  beberapa buah bangunan yg tersergam indah...


 first melalui tempat ini..Jakuzi..
tempat  wanita untuk mencantikkan dan memanjakan diri  
dengan spa  Scrub, Sauna & Milk Bath .....
whatever pilihan  tretment untuk cantik dan sihat.........
eh, tak masuk pun....
Anak saudaraku berumur 13 thn yg mengikut kami....
sempat pulak nak main bowling..layankan sajalah...
Perut dah keroncong..dari pagi tadi hanya sekeping roti dan teh 'o' yang singgah di perut...kesibukan mengurus anak menyebabkan tak kisah makan, walaupun ada makanan dihidangkan di hotel dan inst..
Apabila ternampak permis makanan di sini macam meriah, siap ada tempat landing kanak2 ni..singgah sebentar untuk refreshment..


Selesai makan, melawat2 permis baju..tengok2 je dan membuat perbandingan harga...

Sekian, wassalam..