Saturday, April 9, 2011

Pokok Bungaku..

Ada satu ketenangan dan kedamaian  apabila terlihat kehijauan dedaun bunga..


Barangkali rakan2 pun seperti saya sukakan pokok bunga..
Saya letakkan dua  pokok bunga ini di rumah. Seronoknya apabila pergi ke dapur tentu mata akan mencuri pandang pada dia... kemudian apabila berkesempatan singgah sekejab utk pegang dan belek2, siram….emmm..terasa tenanglah....


Sebenarnya  menanam pokok  bunga ni pun  perlukan  bakat  dan kebolehan, tapi saya memang   tidak berbakat..seringkali pokok  bunga ini kelayuan. Lepas tu dia mati ...... dulu semai pokok lada , dia mati.. semai pokok sawi  dia lagi tak menjadi..kata anak2 , ibu  ni  hangat2 tahi ayam..tangan keras kot..


Tengok pokok puding ni 
Saya beli dari  nusery..
dia dah merajuk ..
Dah  jirus.... dah baja tapi  tetap nak layu-layu...
Layu di tasik madu gamaknya ..huhu , apa lagi yg tak cukup ni.......


Sesekali   jealous juga tengok  jiran..pokok sayurnya subur..saya intai  untuk mendalami ilmunya.. rupa2nya  dia timba  air longkang yang….....   lalu  dijirus  pada pokok sayur itu  ..
itulah pasal, pokok sayur  makcik Cin tu  sihat walafiat


Sebenarnya  start minat pada pokok bunga  baru jee...
Suatu ketika   dulu ada gotong royong di tempat kerja....kawan2  ajak  tanam pokok bunga sama2  ....

Bermulalah misi  rajin lalu  teringin untuk   memilikinya ..… rupanya menanam ni  ada seninya yee..bukan hentam keromo jeee.. ..

First, berusaha untuk mendapatkan pokok yg kecil2 dulu..
pokok  kenit  ni  pun dah cukup  bermakna buat permulaan penggal pertama bgi insan seperti kita ni....huhu

Yang ini dah bertahan beberapa bulan..
Nama saintifiknya  plant  scindapsus  aureus


Kita menjaganya  sejak  dia kecil lagi..
Kini  dia dah besar sikit
Beli kat ikea….

Berkongsi ilmu  dengan kakak  cleaner..
Mencadangkan  supaya  menyiram pokok bunga dgn air teh dan air beras...
Setelah   mempraktikkannya,   nampak berhasil.. pokok beransur-ansur  subur dan bertambah hijau..alhamdulillah …

Diri kita...


 




Friday, April 8, 2011

Pisang Oh pisang....

Jemput makan  ya  kawan-kawan 
minggu  ni kita kenduri pisang ...
pisang lemak manis..
pisang berangan..
bayangkan...pagi sarapan cekodok pisang..
petang wat bingka .....
mlm makan pisang mentah..
Supper makan kek pisang...
huhu..klu makan ramai2 pasti sedap aje..
selain itu......
pisang boleh buat pengat..
masak lemak pisang  cili api pun sedap..
rumusannya: pisang banyak kegunaannya....
klulah  serasi ngan perut....

Cerita yg menginsafkan pasal pisang:
Arwah emak pernah bercerita...
 Org dulu2  sekiranya tak ada  beras di rumah..
mereka ambil pisang  muda  
potong2 dadu campur ngan beras..
supaya dapat banyak  sikit.
kemudian dimasak..
memberikan  anak2 makan sampai kenyang..
tak pulak kembung perut..

 org dulu2 kreatif  ya..
sekarang..kita tak mengalami kesusahan spt itu..
dan  kita tidak berada di zaman itu..
kita berada di zaman pizza hut..

Sebenarnya, pisang ni kakak yg bagi
MOGA KAKAK murah rezki ...
kerana berbudi pada tanah  .....

sesenang kakak bawa lagi benda2 camni kat umah adik  yee....(oder jee)..

Khasiat Pisang :
Pisang mengandungi  air, protein, karbohidrat, serat,  vitamin A,  vitamin C  kalium.
Pisang juga membekalkan tenaga, mengandungi  asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Camping ....

Minggu lepas, saya memang kurang mengintai blog.....tumpuan lebih terarah pd  camping dan persiapannya....ye program ini menyebabkan sedikit kepenatan krn  memantau pelajar-pelajar. Cuti Sabtu dan Ahad  dihabiskan di sana...bukan saya seorang yg penat,  rakan2  lain  pun sama , oleh itu ingin mngmbil kesempatan  utk mengucapkan  setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yg  menjayakan  program ....

Sebenarnya dlm bnyak aktiviti,   flying fox ni agak menarik ....klu  dulu2  flying fox  terkenal dengan aksi terjun sehingga nak kering darah, tapi  pelajar2 ni berflying fox  mengikut aksi burung  terbang   melintasi kolam......nampak cantik dari jauh.....walaupun mula2 gerun..


Sejak mlm pertama melayan kerenah pelajar......

Yang rasa tercabar, Semasa kat surau ... ada pelajar2 perempuan yg menangis dan murung....saya pun  mententeramkan mereka dan menemankan masuk ke surau, kemudian sama membaca ayat2 lazim..berulang2 supaya mereka kuat semangat..

Apabila  saya keluar sebentar ...baru je nak keluar, pelajar2 ini bertangis-tangisan, bersahut2an...macam histeria. pelik sikit...

Dlm keadaan hingar bingar tu.  .. ..kami bertiga yg lebih senior dirasakan, ibarat tak ada senduk, sudu pun jadilah...nak  mencari  org yg mahir dlm perubatan di malam2  itu memakan masa juga.....

Maka.. berusaha dan  mencuba...bertawakal untuk  memulihkan pelajar yg nampak terganggu ni...pelajar2 lain yg nangis2  dpt ditenteramkan. Kemudian mereka  diarahkan ke dewan bgi menjalani aktiviti seterusnya.

Kami meneruskan  untuk memberi rawatan (membaca ayat suci) pd   tiga pelajar yg agak murung di surau itu. 2 org lagi telah brjaya dipulihkan dan yg tinggal seorang nih agk susah  sedikit..mata tak berkelip dan mulut  tertutup, mujur dia tak bersilat atau  mengganas (krn mindanya masih  di bawah sedar). Kita ajak mengucap, istigfar , dia tak boleh langsung.....mata tetap tak berkelip..

Setelah  kira-kira  45 minit membaca ayat-ayat  lazim di hadapannya barulah  anak mata dia bergerak-gerak  dan mengikut  perlahan2 surah yg  kami baca..kemudian menyebut dgn lancar...syukran akhirnya dia sedar...

Yang anihnya, selepas itu, ada aktiviti  burung hantu antra 12.00 mlm -3.00 pagi..budak ni nak join pula, dah segar bugar dan boleh tersenyum  ....

Itulah secebis kisah semasa di sana...

Pengajarannya.. klu pergi ke rumah2 penginapan untuk bercuti , menginap di mana2 hotel, calet dan lain rumah2 penginapan janganlah suka2 sangat,  sentiasa membaca surah ya anak2....kita tak perasan tempat yg kita pergi tu mungkin keras, maklumlah yg duk kat tmpt2 begini pun bersilih ganti orgnya ......wallahhualam...

Sunday, April 3, 2011

penyakit ketika berusia..

Tekanan Darah Tinggi 
Tekanan sistol (atas) 140 ke atas. 
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas. 
Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu. 
Sukar tidur malam.Mata merah sebam. 
Sering sakit kepala. Leher rasa tegang. 
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang. 
Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).   

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). 
Makan lebih sayur- sayuran dan buah- buahan. 
Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   



Tekanan Darah Rendah 
Kaki dan tangan sejuk. 
Pening bila bangun cepat. 
Cepat letih. 
Muka pucat. 
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung. 
Tegang leher bawah. 
Kepala pening memusing.   

Jangan bekerja keras. 
Kawal perasaan supaya tenang. 

  
Kencing Manis 
Kerap buang air kecil. 
Sering rasa dahaga. 
Badan berasa lemah. 
Mudah letih. 
Mengalami luka yang sukar disembuhkan. 
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu. 
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit. 
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.   

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).Makan lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan.Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   

Jika....

Anak2ku...
Jika  minda  sedang sarat memikirkan dunia..
maka berwuduklah...
Jika  tangan  ini terasa longlai  untuk  menggapai cita-cita..
Maka berdoalah...
Jika bahu terasa lemah  memikul amanah..
Maka bertawakallah..... 
Jika bibir dan hati terasa jauh dariNya ...
maka berzikirlah..
...


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ameen ameen ameen ya Robbal a’lameen


Doa ..
Ya Allah..aku mohon kekuatan untuk terus melangkah
Aku mohon hati ini tenang dengan mengingati-Mu
Aku mohon hati ini tidak mahal dengan air mata
Moga ia lembut setelah dilenturkan dengan mengingati-Mu


Ya Allah, aku tidak punya apa-apa selain yang Kau beri padaku
Aku ini lemah melainkan segala nikmat yang Kau pinjamkan buatku
Jadikan hati ini yang kasih pada-Mu..
Jadikan jiwa ini tenang dengan mengingati-Mu
~along~

Tuesday, March 29, 2011

Sedapnya air..

Sedapnya air…Mungkin  kita akan berkata begitu apabila terpandang minuman berkarbonat atau air gas?


Mari kita share sedikit fact mengenainya…  sekurang2nya mmberi pegetahuan..percaya atau tidak..terpulang..

Minuman bergas contohnya Cok, Pepci, F&N pelbagai perisa? Mirinda pelbagai perisa adalah minuman kegemran  apalagi minum dengan air batu ketika bersantai2.

Kadangkala kita pergi KFC makan ayam dengan cok..uh..nikmatnya..klu ada jamuan2, air tulah yang banyak dihidangkan krn murah dan senang didapati..budak2 memang suka sangat…


Air gas spt cok memang "keras" dan ada "urmph!!"…

Orang Yhudi tak minum Cok ataupun Pepci sebab di dalamnya terdapat bahan kimia yang boleh mengakibtkan kesan sampingan. diorang produce tapi  tak minum, cerdikkan..

Ada orang kata, jika dimasukkan tulang ke dalam satu cawn yang berisi cok, tulang tu akan hancur dalam msa dua hari. Kalau letak cok dlm perut?! 

Kesan hakisan dan karat juga dapat dihilangkan dengan hanya  menggunakan aluminium foil yang telah dicelup dengan coke. Dapat hilangkan pengaratan. 

Pengetahuan drp internet : jika satu tin air coke dijirus di atas najis di dlm mangkuk tandas. Tunggu sejam dan flush. Kesannya better than pencuci tandas yang lain.

Dipercayai juga bahawa kandungan coke adalah 18 sudu teh gula. Standard kita minum kopi atau teh pun, doctor nasihatkan letak 3 sudu jer kan?!


renung2kan...jauhi dia utk kesihatan..