Tuesday, December 7, 2010

Hijrah


Bismillahirrahmanirahim

Entry kali ini  kadangkala mencemarkan bahasa  , marah  kengkawan org BM  dan org  BI tapi tiba2 rindu nak buat entry baru, Just feel like sharing..……..terhasilnya  begini , tak de skema langsung  =)


Ku luangkan sedikit  masa bersiar2 ke alam maya..tengok entry2 baru, of course banyak topic fasal yang satu nih....terlalu syahdu…semangat berhijrah ..
statement nih... …..  it's easier said than done
 

**BERHIJRAH**...
Sejujurnya kesedaran  jitu tu  K-U-R-E-E-N-G.. .. 
Adakah ia menjadi cabaran untuk  kita  mengupgrade KEMAJUAN ???  

Mesti berubah di tahap baru yaaaa  makcik, anak2!!!!!..

Angah jadilah yg lebih baik.. 
Adik  wake up......

Mengingatkan  diri sendiri dan  family pun sudah cukup baik.……..


Adik ..
cuba lihat sajak nih..
cantik isinya.. ..
Maknanya lakukan  perubahan....

Syukran pada  sahabat alam maya yang ikhlas memberi teguran .. …

Awal Muharram,  cuti umum,  sempatku  menjenguk along  di  Thistle , ada kursus kat  sana for 3 weeks..



Along minta something untuk kegunaan dan keperluan kursus dan lain2 item, all that things yg dia hendak, diusahakan.....

Mlm tu aku lewat, nephew  dari KL dtg, park keta kat rumah then dia ada hal di luar…lama tak jumpa,bersembang2  menyebabkan terlewat ke Thistle  ,  actually hotel ni kat  town  je..tak jauh sangat  , ½ jam drive sampai ..Tapi depan jalan masuk tu ada pembinaan  … terbabas, tak perasan jalan masuk....berpatah balik …. buang masa aku…

"Along kena stay kat sana.   Accommodation  disediakan oleh pihak penaja n penganjur. Kursus itu kadang2 berlanjutan sampai lewat mlm, habis kursus, do home work  utk  santapan rohani pulak…. Lagi.. lagi ..    prepire for tomorrow untuk proses bentang-membentang ..…..set induksi, objektif emplisit..explisit….mikro teaching…. alat bantu ..uh..uh….x bole tido lagi….berasap minda .." along mengadu..

"Tu ilmu , sayang…KITA KENA BERHIJRAH……" aku mencelah sempena mengingati awal Muharram..
Dia  telan air liur......

"Enjoy kat sana?" I asked....
"tired….. as hayat  kena jadi  group leader senior pun ambik kesempatan suka tolak2 kat junior, banyak  pulak  present ,  tapi best mama …" she said….

Uhhh nasib baiklah along  cakap ok je , senang hati aku..
Dibuatnya  cry  tengah2 mlm….tak ke menyusahkan aku….(mother prihatin) hu..hu..

Part -time job pun kena attend this course...
Coz "memperkasakan pra sekolah"..tu seruan kerajaan…..

New  silibus ..dulu beberapa subjek asalnya BM diInggeriskan . Now  terbalik,beberapa subjek  BI pulak diMelayukan semula. Jadi mengalami evolusi . Impaknya kursus-kursus-kursus , mempersiapkan diri dgn pengetahuan baru..…..menurut perintah……BERHIJRAH.... 

***BERHIJRAH***

Terapkan semangat hijrah untuk lakukan perubahan dan pembaharuan..

Semangat dan roh hijrah Rasulullah  diterjemah dlm pelbagai disiplin kehidupan. Hijrah  dikaitkan dengan kewajiban dan tanggungjawab. Ianya mempunyai makna yang tersirat  dlm melakukan perubahan pemikiran terutama dalam kewajipan dan tanggungjawab  .


Peristiwa hijrah Nabi Muhammad 622 Masihi  BUKAN SAHAJA sebagai  pencetus  pengukuhan dan peningkatan iman dan takwa tapi Juga mengubah pendekatan diri untuk mrnghasilkan tranformasi fizikal, minda dan sahsiah yg baru…..

adik  masih tido?

faham tu angah?
faham tu  hayat?
makcik  ?

ALLAH HU  AKBAR..

Bersediakah  untuk menjadi baru yg  lebih gigih? … …...

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH...

Wednesday, December 1, 2010

JANGAN PERSIA2KAN HARAPAN


Masa berlalu tersangat pantas. Kini, kita hampir menjengah ke tahun baru meninggalkan 2010 yg penuh dengan peristiwa pahit manis yang mungkin bersisa di lipatan kenangan..

Para ibubapa pula tentunya sibuk meninjau2 persiapan anak bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Lebih berat tanggungannya , jika ibubapa mempunyai anak2 belajar di U , kolej, dll kerana  perhatian dalam aspek kewangan harus diutamakan sebagai persiapan  untuk  urusan2   2011.

 

Akan ada  kedengaran suara2 manja si anak seperti ini atau yang membawa maksud yg sama..

* "IBU, saya nak beli buku…"

* "Mama..nak beli barang yang ini, mustahak.."

* "Mak..beritahu ayah..ada keperluan, nak guna duit lebih…………"

Itulah antara kata2 ungkapan  untuk meraih simpati ..

 

Berkongsi cerita dengan kawan2 yg ada  anak2 di IPT , cerita mereka lebih kurang sama, lebih kurang sehala seperti itu..  kita sedar,  bahawa ibubapalah tempat mengadu, tempat merujuk.... 

 

Ibu bapa tentu  prihatin .

 

Walaupun anak2 dpt sumber kewangan dari  PTPTN, MARA atau lain2 agensi..tapi jika anak mengadu..tak sampai hati..tetap diusahakan, asalkan tuntuan itu relevan dgn  kemampuan semasa, permintaan  harus  disegera2kan.....

Ape perasaan  ibubapa...… 

Di hati mereka akan menyebut2  "Kesian anak-anak......."

Pernah sekali  ketika menghadiri  satu majlis jamuan di luar, terdengar suara seorang rakan setugas @ bapa tetiba terhenti untuk menyuap nasi ke mulutnya, spontan teringat si anak sambil berkata "anak aku ni, ntah apelah yg dia makan kat sana....".

 

Tersentuh.

Rakan2 lain nak ambik lauk pun..tetiba terbantut apabila si bapa menyebut2  anaknya  yang di kejauhan itu..

Padahal si anak mungkin makan lebih sedap dari si bapa ..mana tahu..

 

Bagi Ibubapa, apakah impiannya.... .(Bukan sahaja sempena di tahun baru, malah selamanya) 

 

Di hati ibubapa  hanya satu, tentu sekali  ingin melihat anak2 berjaya  menjadi insan berguna dan beriman..

 

Mereka rasa sangat bahagia, apabila melihat anak2 tersenyum lebar mengecapi kejayaan serta pandai berdikari ..

 

Dia tidak mintak balasan.

 

Jadi,  ingatlah anak2 ..

Apa sebenarnya matlamat kita hari ini dan seterusnya ..

 

Hargailah peluang yang ada  kerana ianya tak datang selalu. Kadangkala hadir hanya  sekali. Gunakan masa keemasan ini untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan  menjadi insan yg berguna untuk diri dan keluarga kalau boleh untuk masyarakat dan negara di masa hadapan....jangan persia2kan harapan org tua yang telah banyak berbakti ..…

 

Saturday, November 27, 2010

Penemuan menakjubkan

Pada suatu pagi, ketika Angah sedang tekun menjalankan kajian tentang peringkat pembahagian sel  tumbuhan (mitosis) di makmal sains....

Memerhati sel tumbuhan  di dalam mikroskop yang diletakkan dalam piring kaca...
Tetiba ternampak sesuatu yang menakjubkan ..
kalimah 'Allah" dalam sel tumbuhan tersebut jelas kelihatan...


Beberapa  sel lain yang angah temui hampir serupa ....


Kerana terpegun melihat tulisan itu maka ia sempat merakam..Lihat  foto yang  ini  kelihatan jelas  kalimah "Allah" .  ..Subahanallah....
...mengkagumkan dan moga ia memberi keinsafan dan petunjuk untuk mendekat Dia di hati.......


Katakanlah: "Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat; maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya". (Al-An’aam, 6 : 149)
Amin amin..

Wednesday, November 24, 2010

cuci mata...

Selesai membaca yasin malam tu....kononnya nak pejamkan mata untuk tidur..tapi payah sangat nak lelap ..

Lantas mencapai camera dan melihat-lihat objek apa yang ada dalam camera ini..
Oh ade foto ..sambil menunggu  mata  untuk jadi layu, berkongsi cuci mata dengan gambar2 ini..sekurang2nya free juga minda melihat item2 dapur yang cantik ........

Ibu n along snap semasa melawat Ikea tempoh hari. Suka2.....

Mempamerkan rak-rak buku..kalau rak2 yang seketul begini  sudah tentu sesuai untuk  ruang besar..
tapi kalau rumah kecik tentulah ruang pun comel dan rak2 pun kena cari  yang kiut je, xleh gedabak......

Lampunya simple tapi cantik dan besar pula..
Rak2 buku begini kena pandai susun,
Kalau tidak nampak bersepah dan  tak kemas..

Almari ini bertutup..warna gelap..
Bukan sahaja sesuai dimuatkan buku2 tapi juga barang2 hiasan..

.Mempamerkan  pinggan mangkuk..
x digalakkan letak di atas meja kalau ada budak kecik sebab sekali baling je..selamat..

 Dapur elektrik menjadi alternatif....xde jelaga.x berasap...
Ruang tamu..dengan bantal2 tergolek2..
Memang sesuai untuk beristirehat dan melelapkan mata sekejab...

Dapur moden  elektrik..
Istimewa untuk org2 yg kurang masak di ruang dapur kering spt ini ..
Dapur nampak  bersih jek buat perhiasan.....
Singki yang belum digunakan,  masih berkilat. Boleh wat cermin......

Dapur lagi...lengkap dengan ketuhar elektrik dan peti sejuk..cantik memang cantik..

Tempat sudu dan garpu yang bergantungan..
Kena pandai dan rajin jaga..
Sebab lama2 air bertakung dalam baldi alumunium  tu .
Penat nak cuci, tapi kalau rajin no hal.....

Ketuhar elektrik lagi..boleh wat kek coklat..

Wah...eksklusifnya bilik termenung ni.....

Mencuci  mata di  Ikea..
Selama 4 jam bas rombongan Cik Kiah  singgah kat  sini hari tu....

Dah tak larat  berjalan, tempat ini tersangatlah luas
Sangat penat  menapak.... ..

K, sampai di sini dulu yg sempat dipost ... salam..

Sunday, November 21, 2010

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam

Hidup dirundung malang
"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

 Berjumpa lelaki tua
 Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Rahsia lelaki tua kelihatan tenang
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

Makna perumpamaan
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

Nasihat
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Senyuman
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
sumber : iluvislam.com + discover the beauty of islam   

Thursday, November 18, 2010

Tugas Adik Minggu Ini...


Salam..
Terlebih dahulu diucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha.. 


Aidil Adha baru berlalu. Moga kita mengambil iktibar daripada sejarahnya kerana kelebihan Aidil Adha itu  telah diketahui umum dikaitkan  dengan nilai2 murni  pengorbanan . 

Pengorbanan kepadaNya demi  mengukuhkan  keimanan dan ketakwaan. 


Bagi muslim sejati, semestinya pengobanan terhadap Ilahi menjadi keutamaan kerana kita sangat mengerti terlalu banyak  rahmat yang diberikan kepada kita..dari ujung rambut sampai ujung kaki,  semua hadir atas rahmatNya.....syukur sesangat....

Pengorbanan dalam kehidupan
Penghayatan tentang pengorbanan  dilanjutkan di dalam kehidupan seharian . Berkorban sesuatu untuk diri sendiri serta berkorban untuk  insan-insan tersayang demi mewujudkan sebuah kegembiraan . Moga  pengorbanan kita berakhir dengan kejayaan kerana itulah yang didambakan..…

Apa yg istimewa, mungkin juga satu kepuasan....kita tentu merasa gembira jika kita dpt melakukan pengorbanan dan pertolongan  selagi tenaga kita diperlukan. Walau sekecil mana sekalipun yang kita mampu lakukan...…oleh itu, buatlah  dengan hati yang ikhlas tanpa meminta ganjaran dan penghargaan..

Pengorbanan adalah sesuatu yang suci murni , bermatlamat  serta bagi yang muslim tentulah memohon   keredhaan  Allah dan  kepadaNya  kita serahkan segala urusan....

Hu..hu.. cerita tentang pengoranan melerek-lerek nih  dan bersemangatlah pulak .. jauhnya ....


Cerita Ibu dan Tugasan Pertama Adik
Cerita ibu yg berikut ini berkaitan dgn pertolongan. Belumlah sampai ke tahap pengorbanan …
Minggu ni..minggu kedua terakhir, bermakna minggu hadapan  ada seminggu lagi bertugas  di tahun ini  sebelum  bercuti  panjang...

Sebelum bercuti, nak pastikan si adik dah ada  tugasan masa cuti ..kalau tidak, dia  main internet tanpa kawalan..

Tugasan kedua....

Tugasan ini istimewa sikit......   lebih kurang  mengambil masa 2 minggu jee....

Adik jadi bibik di rumah kawan ibu.. LAGIpun dia memang suka bebudak kecik....Kebetulan cuti awal krn SPM sedang bermula....

Anak2 ibu  diminta untuk menjaga 4 orang anak kawan kerana bibiknya balik kampung..umur bebudak yang dijaga 6 tahun dan yang kecil 5 bulan..kawan minta tolong kerana darurat....jadi, ibu  cuba menolong dengan meminjamkan si adik , hanya dia yang free ketika itu.. 

Pepagi lagi dah bangun awal  untuk memastikan si adik nih bersiap2. Membuat sedikit sarapan untuknya  . Walaupun tahu rumah kawan ada makanan..still masak dan bekalkan sedikit sebelum ke rumahnya.

Lepas tu,   keluar rumah 6.15 pagi. Masih gelap.. 30 minit lebih awal daripada biasa..

Jaga Baby
Di rumah kawan, adik  mandikan baby, kasi makan, basuh kencing berak, buat susu n salinkan pampers kalau basah….kemudian kalau baby tidur , sempat mengajar bebudak yg tiga orang lagi, layan mereka makan  , ajar melukis, belajar  n  apa2 je yang buat diorg senyap dan tak berlasak..….

'Wah, kalau dah passss  n    g-a-t-a-l ..adik dah boleh kawin,
Kan? '  . Hu..hu..hu……….menjeling dia..

‘Adik suka tak tolong......’tanya ibu pd  pagi tu di dlm kereta..
‘Bolehlah’ ..dia bersuara..


Bermakna Untuk Orang Yang Memerlukan
‘Adik….hari ini, kita menolong orang. Pertolongan itu sangat bermakna untuk orang yang memerlukan....manalah tau suatu hari nanti kita pula ditimpa kesusahan , mungkin ada pula orang lain yang sudi menghulurkan bantuan..dunia ini berpusing macam roda sayang,kejab di atas kejab di bawah......terkadang senang , tetiba susah. Mana tahu, Semuanya boleh terjadi..

kita tentu gembira dapat  menolong  orang yang sangat2 memerlukan ..…..’ ibu bertazkirah. ….. 

Si adik senyap dan berfikir…

Wednesday, November 10, 2010

Majlis itu Menggamit Memori


Ke Majlis Jamuan
Hampir pukul 8.00 malam. Ibu menaiki anak2 tangga  GoodHope Hotel untuk menuju ke dewan . Bahagian pendaftaran telah dibuka seawal 7.45 malam untuk menerima kunjungan rakan-rakan setugas ..
 Selesai pendaftaran, kami pun masuk . Sebentar lagi Majlis Jamuan Akhir Tahun akan bermula dengan pembuka bicara, ucapan alu-aluan ..

Beberapa buah meja yang bersalut warna putih sudah dipenuhi tetamu, lampu  hias bergemerlapan walaupun cahayanya tidak begitu kuat namun menampakkan wajah tetamu yang berseri –seri terdiri daripada rakan setugas…
Meja2 buffet dihias indah berwarna kuning n hijau muda dengan  hidangan ala werstern  food dan malaysian food..campur dengan dessert.. 



Sampai pada acara cabutan bertuah..Kedengaran pengacara mengumumkan ..… ' Ini nombor kawin… …nombor 22' kata beliau . Ibu mencapai nombor  di dalam handbag, bangun dan melangkah perlahan2. Dari jauh sudah terlihat... mata jadi silau n berkelip sekejab . Rupanya Sebuah bekas alumunium  buffet segi empat tepat yang menjadi milik ibu…Alhamdulillah..



Ucapan diteruskan dengan orang yang dirai. Bersikap tenang. Sepatah demi sepatah keluar dari bibir sahabat ini . Bait2 perkataan disusun indah dan berhati2 supaya tidak berlaku gangguan emosi.  Wajahnya yang ceria itu bersahaja dan bersemangat… tetiba, di luar hujan lebat mencurah2,  seolah-olah mengiringi kesedihan  di malam itu….

Perpindahan STAFF hujung tahun..

Ya..rakan ini dapat tawaran kenaikan pangkat dan bertugas di tempat lain. Ibu terharu dan gembira.

Berpisah Dengan Sahabat
Wahai Sahabat, sudah lama kita sama2 di sini, esok pula kamu akan bertugas di tempat lain… kuatkanlah semangatmu semasa  di sana, dipanjatkan doa  agar dapat menjalankan tugas dgn baik  dan cepat serasi2 di tempat baru..

Sahabat yang baik adalah hadiah yang berharga untuk kita. ..Teringat kata2 tu..

 Teringat Sahabat Lama
Sahabat yang baik? Teringat zaman muda2 . Semasa menunggu SPM ibu teruja sangat nak kerja kilang di Singapura . Setelah berjaya meyakinkan org tua , akhirnya ibu diizinkan bekerja di sana..selepas traning, dugaan pertama ditempuh apabila ibu dicampakkan ke tingkat  dua. Di situ  rata-rata pekerja china tak pandai nak  communicate Malay language . Mereka guna bahasa Mandrin n bahasa Inggeris..….

huh, berpeluh di dalam air cond sebab takde kawan Melayu….

Tercari2 kawan..akhirnya jumpa sahabat, gadis cina yg hampir sebaya ...malu?  Cuba buang rasa malu.  Berani-beranikan diri  bercakap . Rezki kerana  rakan itu baik hati , tak kisah , dia difaham,  sabar, prihatin, pendengar . Suka menolong walaupun ada banyak perbezaan latar belakang dan budaya....em,  memang teringat..   tapi sayangnya dah lost contact dengan sahabat ini....

Kucing dan Anak Anjing
Tentang persahabatan binatang pula…....pernah terbaca….En Bell telah memelihara seekor anak anjing dan kucing. Haiwan ini  akrab dan ke mana2 sahaja  bersama. Si kucing dewasa bernama Author, selalu membantu si puppy memanjat sofa..


Pada suatu hari Author menemui ajalnya dan ia  ditanam di belakang rumah. Si Puppy  kehilangan lalu senyap2 ia pergi ke belakang rumah bersusah payah menggali kubur Author, mengeluarkannya dan membawa balik ke rumah tuannya. Ia  menjilat2 untuk membersihkan badan Author , akhirnya puppy tertidur  di sisi Author kerana kepenatan …haiwan pun sayang sahabat.. imagine.
Sahabat adalah rakan kita yang sanggup susah dan senang bersama….teman kita di kala suka dan duka.. always listen to us.. Listen
Read phonetically
Read phonetically

Sahabat di Rumah
Kalau di rumah , tentulah suami dan isteri. Beliau yang paling akrab dengan peranannya sebagai  pelengkap dan penyeri ,  sahabat yang sanggup bersusah payah, berkorban apa sahaja demi kebahagiaan bersama di samping menerima kekurangan dan kelebihan  kita..…

Mencari Shabat (Jodoh)
Kepada anak2 pula yang tercari2  sahabat merangkap jodohnya. kalau masih muda  penuhkan ilmu di dada dulu sebagai persediaan, yeah, must be sufficient knowledge  …. when married, you already mature,   strong  mampu hadapi cabaran.

 Keupayaan itu membantu  anak2  mengenali dan menghargai kehadiran  sahabat sebenar2nya  .Kemudian  barulah anak2 merasa erti dan kemanisan bersahabat..…

Moga suatu hari nanti, anak2 mendapat yang baik, setia, serasi .  saling ingat-mengingati ke jalan Allah..moga barakah tersebut, dapatlah  mengecapi kebahagiaan dan permaufakatan yang disinari cahaya keimanan..
Persahabatan yang dijalin atas rasa persaudaraan kerana Allah akan kekal lama dan memberi manfaat kepada diri ... Malah, auranya boleh mendorong kita melakukan kebaikan dan kebajikan...
…….mampukah anak2…InsyaAllah…….