As salam..Lama benar rasanya ibu tak menulis..Namun apabila pulang dari mengerjakan umrah beberapa hari lalu, teringin untuk mengabadikan sedikit catatan di sini..mungkin akan beberapa siri, buat kenangan...Insyaallah..Lagi pun semasa ingin ke sana, ibu rajin google blog rakan-rakan berkaitan pengalaman mengerjakan umrah untuk mendapatkan sedikit gambaran yang boleh membantu agar cepat menyesuaikan diri..
29 Mei 2016,..itulah tarikh penting buat ibu.. Ibu bersama keluarga pergi umrah. Siapalah yang tak seronok jadi tetamu Allah, tak di sangka-sangka, lagipun ketika itu ibu baru berpindah kerja, minda ini sibuk mengingatkan kerja-kerja di tempat baru... Melihat anak-anak ibu yang masih belajar di IPTA teruja nak ke sana, semangat menjadi kuat kerana Dia..Alhamdulillah semuanya berjalan sempurna..syukur sangat ke hadrat Ilahi..
Penerbangan dari KLIA2 ke Jeddah mengambil masa 9 jam. Oleh itu,niat bermiqat disempurnakan di 'flight' setengah jam sebelum sampai Jeddah, Tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, mutawif memberi taklimat. Seterusnya sempatlah kami mengerjakan solat Magrib dan Isya' secara jamak, sementara menunggu bas tiba.
Hilton Tower. Di tingkat 21.Itulah penginapan kami di Mekah Mukarammah.Tak kisah tingkat berapa pun, jauh mana pun, hanya ingin memohon agar dipermudahkan......
Lokasi Hilton Tower...
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi waktu Jeddah..5 jam bezanya dengan waktu Malaysia.Akhirnya kami sampai juga di tempat penginapan, Hilton Tower..Di Hilton, kami menyimpan bagasi, Usai makan malam kami tidak menunggu lama lagi, meneruskan niat yang satu ini, untuk melakukan ibadah umrah.. Tahu sajalah dalam ihram, bermakna kami perlu sentiasa berjaga-jaga...
Turun saja lif, maka di situlah persekitaran Masjidil Haram..Taklimat lagi..' kalau sesat, tengok KFC, tu, laluan itu berdekatan dengan Hotel !!!' kata mutawif mengingatkan akan lokasi penginapan...Walaupun dekat KFC, tak tergerak nak makan KFC, tapi terjamah juga akhirnya apabila anak-anak membeli..Haha..
Kami meneruskan langkah, setapak demi setapak menghampiri masjidil haram..dada berdebar-debar. Jantung berdetap detup..Kalau datang ke sini hati perlu dibersihkan dengan zikir untuk memohon keampunan, Perlu istigfar banyak-banyak . Segala perbuatan kita selalu dibayar 'cash' pesanan kawan-kawan terngiang-ngiang dalam telinga...
Ibu memang mengakui, Kali pertama dtg ke sini...persediaan belum benar-benar mantap..namun kesungguhan untuk memijak bumi ini, kesungguhan untuk menjadi tetamu Dia, digagahkan semangat.. Hanya iringan doa, sedikit pembacaan dan persediaan kursus-kursus anjuran Tabung Haji dan agensi yang dihadiri menambah sedikit keyakinan dan sedikit ilmu di dada..yang lain tawakal tu al ALLAH....
Kini, kami telah sampai di masjidil haram, Besar dan cantik, ada lokasi masih dalam pembinaan..Kemudian kasut ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam beg yang dibawa, Perlu diingat nombor pintu yang kita masuk agar masa balik keluar ikut pintu yang sama, pintu seakan-akan serupa sahaja, berhati-hatilah.,...
kemudian ibu, en suami dan anak-anak meneruskan langkah, berhati-hati,. rasa tidak sabar untuk ke tempat itu...
Ya Allah, udah terpandang Kaabah di depan mata..Subahanaallah..Alangkah syahdunya rasa.. sesiapa berpeluang datang ke sini mungkin akan merasa sedemikian..kesesakan orang ramai di situ, tidak menghalang keterujaan...semata-mata kerana Dia...(kali pertama memandang kaabah,ada doa perlu dibaca kerana doa kita mustajab, insyaallah)..
Tawaf 7 kali pusingan...sambil berpimpin tangan dengan angah, si adik berpimpin tangan dengan ayahnya. Bahu pula perlu dijaga agar sentiasa ke arah kaabah..Si adik pegang buku doa..kami mengaminkannya..Air mata ayahnya berjurai-jurai. Saya menahan sebak. Orang ramai berpusu-pusu dengan bacaan masing-masing..adakalanya ayat-ayat Quran dan doa yang dibaca oleh orang-orang di situ dapat difahami oleh itu, ikutlah bacaan mereka..
Doa yang diajarkan apabila kedudukan kita setentang dengan pintu kaabah" Ya Allah, ini rumah-Mu, tanah haram ini, tanah haram-Mu, dan keamanan ini keamanan-Mu dan inilah tempat orang berlindung dari azab-Mu. Selamatkanlah aku dari api neraka.'.....amin..amin..amin..
Setelah selesai tawaf tujuh kali, kami pun beredar dari kawasan itu perlahan-lahan pergi minum air zam-zam, group kami yang lain sudah tidak kelihatan kerana terlalu ramai orang..Hanya kami masih berempat..kemudian kami meneruskan rukun umrah.. iaitu solat sunat tawaf dan seterusnya pergi sae dan bertahlul
Alhamdulillah, Selesai sudah umrah kami pada kali itu. Memanjat rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat mengerjakannya ..Moga Allah sentiasa memberi keampunan, moga Allah menerima umrah kami dan anda semua yang telah mengerjakannya ..Amin..amin..