Saturday, December 8, 2012

Pisang Kaki..

Assalamualaikum...
Hari ni bercerita tentang pisang kaki..

Pisang kaki, nama diberi..
Buahnya licin  manis sekali...
Sekali merasa teringin lagi..
warna oren memikat hati...
rupanya seakan-akan tomato.. 
setelah dihiris-hiris..
lama sangat  kat peti sejuk..saya cuba buat jus dan jelly..

Cara2 Membuatnya..
Jus Pisang kaki : caranya kisar tiga pisang kaki ni, dua sudu gula pasir
 dan 1 gelas air. Setelah semuanya selesai dikisar,
Simpan di peti sejuk dulu..kemudian barulah diminum.
Kalau rasa pekat dan likat sangat...
boleh juga tambah air lagi...ikut taste..

Jelly Pisang kaki : caranya kisar dua pisang kaki, tiga sudu gula,
tiga sudu susu tepung, air putih 3/4 gelas. Selepas dikisar masuk ke dalam bekas.
Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum setelah 1 jam.
Rasa Jelly pisang kaki ni manis, kenyal2 dan lembut..


9 comments:

Anonymous said...

Kak ani pun suka pisang kaki ni, sedap.

sal said...

kunang-kunang..
kak ani, pisang kaki ni menurunkn darah tinggi yee..sesuai untuk org yg ada darah tinggi..

ibuintan said...

memula dulu pelik juga namanya pisang sebab takde rupa pisang pun... tak pernah lak buat jelly ni, boleh cuba juga nanti

Pn Kartini said...

aduhaiii kak..terliur lah pulak!
heheh...

sal said...

Ibuintan..
saya pun memula pelik dengan namanya..
rupanya jauh sngat dgn pisang..
tpi pinjam pula nama pisang dipangkalnya namanya..

tpi sekarang dah biasa dengar..

sal said...

Pn kartini..
manisnya macam ciku....tpi ciku lebih manis..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

macam ni yea jus dia. terima kasih kongsi resepi kat sini.

ps: jemput join segmen pokok2u

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya jelly pisang kaki tu.. feberet akak buah pisang kaki ni :D

munna said...

anak2 munna suka makan buah ni....

Post a Comment