Assalamualaikum
Secebis kisah: Ning Pendatang....
"Dasar penumpang..merempat..sekarang kau jajah pulak perasaan aku " Nisa memaki hamun.."Pap!" Nisa menampar pipi Ning. Ning tidak mengelak. Jauh sekali melawan..tubuh kurusnya kemudian tersandar ke dinding dapur . Anak kembar Ning yang sentiasa setia berada di sisi terjaga.. .
'Pap !!!" satu lagi tamparan singgah di belakang tubuh Ning. Jiwa binatang Nisa semakin merakus. Ning merenung Nisa kemudian mengheret kakinya yg letih dan lesu. Ning berundur dalam renungan hati yg celik, menjeling sedih. Ning berjalan perlahan-lahan membawa hati sebak dengan rasa malang. Iris matanya yang jernih bercahaya seakan-akan ada nur yang begitu suci dan penuh doa mewangi untuk Nisa..
"Ya,Tuhan, ampunilah Nisa" Ning seolah-olah berbisik tulus dan mulus dari lubuk hati. Sedangkan Nisa pula telah mencampakkan naluri keibuan .. wajah saja yang cantik memikat ..perasaan empati terasa jauh dan lembab tumbuh bercambah ....
Dia selalu melayan Jiwanya yang tak keruan...bayangan Ning selalu berantakan dan mengacau fikiran....
Sedangkan Suami ikhlas untuk menumpangkan Ning di rumah banglo itu. beriya-iya benar membawa Ning dan anak kembar berteduh. Suka atau tidak, Nisa terpaksa akur mengongsikan kehidupan harian dengan sang petualang di rumah !!!
Kotor..bisik hati Nisa..
Sedangkan Suami ikhlas untuk menumpangkan Ning di rumah banglo itu. beriya-iya benar membawa Ning dan anak kembar berteduh. Suka atau tidak, Nisa terpaksa akur mengongsikan kehidupan harian dengan sang petualang di rumah !!!
Kotor..bisik hati Nisa..
Suatu hari anak kembar Ning tidak lena tidur kerana sakit. Suami bersusah payah bangun. Nisa dengar suami berbisik di celah pintu tetamu. Anak2 Ning didakap dengan kasih sayang dan belaian manja. Cemburu?? sudah pasti...Suami sanggup meninggalkan bilik semata-mata mendahulukan anak-anak Ning yang hanyir dan berhidung lembap, bernafas busuk, bermata jernih serta tak habis-habis menagih simpati...
'Kita perlu jaga perasaan Ning dengan ikhlas...dapat pahala..' Nisa terkebil-kebil mendengar syarahan suami .Auranya amat lembut...tahap keperihatinan suami mula meningkat.. kualiti kebapaan mula terserlah berikutan keinginan sang suami untuk memiliki zuriat spt Ning ...lalu Nisa perlu bersedia kehilangan hak. ... Hak mutlak seorang wanita yang dikongsi-kongsikan..Cebisan hatinya mula dirobek apabila memikirkan tentang ketidakselesaan......
'Apa yang kita makan, Ning berhak dapat'. kata suami..sambil menghulurkan susu segar dan ayam goreng buat Ning. Nisa terasa tercabar apabila melihat suami mengkhususkan makanan kepada makhluk pendatang...
Makhluk pendatang juga telah mengubah perwatakan suami. Dari seorang yang tidak lekat di rumah, kini sering pulang awal dari kerja semata-mata mahu melihat anak-anak. Anak-anak Ning...bukan anak-anak Nisa...seribu tahun lagikah Nisa perlu hidup dibayangi rasa kebencian..???
Kasih suami sudah tertumpah pada anak-anak Ning malah lebih jauh lagi ....Suami mula membentang sejadah, mula membilang biji-biji tasbih ..mula merayu kepada Nisa dengan membelikan sepasang telekung .. 'Kita ini gagah dan kuat...ikhlas menjaga anak2 Ning kerana Allah'....pujuk suami.. Nisa menurut perintah walau berat.....memulakan posisinya di belakang suami yang bertindak sebagai pemimpin. Akhirnya meringankan kaki.... Ning berada di sisi seolah2 pembakar semangat....nikmat dan hikmah berjemaah mula dirasakan bersatu di rumah banglo itu....
Rahmat Allah....doa suami termakbul apabila doktor memberitahu Nisa mengandung lima minggu.....suami dan Nisa terharu....
Hati Nisa berbunga riang... Sebagai hadiah Nisa menghulurkan susu segar untuk Ning sambil terintai2 melihat Ning yang sedang menyusukan anak....simpati mula menerjah..diusap2 kepala si anak-anak dengan penuh kasih sayang..tersenyum sumbing melihat anak-anak Ning membesar, nakal dan riang.
'Betul kata orang ye abang..kucing pembawa rezki. Rumah yang ada memelihara kucing, banyak rezki yang masuk. Alhamdulillah Allah pilih rumah kita' Bicara Nisa menjadi lembut. Dia sudah mengapai hatibudinya lalu memberi pengiktirafan Ning untuk menjadi sebahagian drp kehidupan...
Demi kasih sayang yang sejati dan abadi, Nisa sanggup berkongsi kasih dengan Ning dan anak-anaknya!!!.
Demi kasih sayang yang sejati dan abadi, Nisa sanggup berkongsi kasih dengan Ning dan anak-anaknya!!!.
13 comments:
ouh....kucing rupanya.....
Hahahaha bermadu dengan kucing rupa nya :P
terbaik ni !
Indah sekali garapan yg dicanai buat kakak salah tafsiran. Ning sangkaan kakak bibik kisahnya lain. Cantik!!
kucing rupanya...nice story!
kucing binatang kesayangan rasulullah :)
chomel hehehe
Salam Sal... anak kucing rupanya.. akak ingatkan betul2 pendatang...heheheh..jalan cerita yang ringkas dan baik sekali
Bagus kisah ni.. Buat baik pada semua makhluk.. In Shaa Allah ada ganjaran disisiNya..
He he. Satu pengajaran yg baik.
Orang kata rumah yg kucing singgah tanda tuan rumah tu penyayang.
Ikhlas membantu sesama makhluk Allah pasti ada rahmat dr Allh swt
poembawa rezeki... tetapi saya belum cukup sabar nak melayan kerenah kucing yang suka mencuri makanan dan masuk dalam rumah ... huhu
Kucing! Suspen ms mula2 baca tp sgt meninggalkn kesan!
Post a Comment