Friday, November 30, 2012

Cepatnya ..

Assalamualaikum..
Cepatnya masa berlalu...
Disember pun dah menjelang, menunjukkan wajahnya yang manis...In sya-Allah
Umur pun bertambah, Moga Allah memberi kesihatan yang baik..Amin !!

Malam tadi, dia  sibuk berkemas..punggah barang itu..punggah barang ini untuk diisi ke dalam beg... 

Pagi ni adik Hani dah mula mendaftar sesi pengajian semester 2, di cawangan kampus universiti yang berdekatan ..

Sudah pasti akan teringatlah kerabu, sup sayur, sup ayam, kek caramel, kek coklat buatan adik !!!....
kek caramel..
kerabu..

Masak sendiri, makan ramai2 dengan keluarga... walaupun hanya ayam goreng atau ikan goreng, tempe goreng atau telur goreng...tentu sedap, kan !!!

Di  kejauhan nanti ...  anak2  yang berpisah dengan keluarga termasuk adik akan bertembunglah dengan segala bentuk cabaran hidup berdikari..Moga dipermudahkan urusan kita semua, amin !!!!

p/s : Selamat Hari Jadi duhai anak, 
moga Allah memberkati dan merahmati kamu ...amin !!!

Wednesday, November 28, 2012

Malaikat...

Assalamualaikum
Ibu teringat di zaman persekolahan agama..
Ustazah meminta menghafal  nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya...
Kata beliau, malaikat ni banyak..tapi ada beberapa malaikat
yang wajib diketahui nama dan tugasnya. Iaitu Malaikat Jibril, Mikail, 
Israfil, Izrail, Raqib, Atid, Munkar, Nangkir, Malik dan Riduan...

   Malaikat Zabaniah...Sesuai dengan tugas malaikat ini yg menjaga neraka..Allah tidak memberi banyak kasih sayang di hatinya...Malaikat ini dapat menyelam di lautan api selama 70 tahun, tetapi sedikit pun api tidak memudaratkannya. Cahaya di tubuhnya dapat mengalahkan kepanasan api neraka..

   Allah memberi kekuatan luar biasa kepada malaikat, tidak pernah ingkar melaksanakan tugas '...Sebenarnya mereka (para malaikat itu)  adalah hamba-hamba yang dimuliakan.Mereka tidak berbicara mendahului-Nya dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya..Surah Anbiya ayat 26-27.

   Jibrail tugasnya membawa wahyu kepada rasul dan nabi. Mikail bertugas membahagi rezki dan hujan kepada sekelian makhluk. Israfil meniup sangkakala pada hari kiamat. Izrail mencabut nyawa apabila tiba masanya.. Raqib dan 'Atid mencatat segala amal dan keburukan manusia sewaktu di dunia. Malik menjaga neraka dan Riduan menjaga syurga.

   Di dalam Quran ada disebut mengenai Malaikat Hamatul'Arsyi...'Dan para malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka'.. Ayat 17 Surah al Haqqah..

   Di dalam Quran terdapat ayat menyebut bahawa pekerjaan malaikat di alam roh adalah bertasbih....'Dan kau (Muhamad) akan melihat malaikat berlingkar di kelilingi Arsy bertasbih sambil memuja Tuhannya...' Ayat 75 Surah Az-Zumar.

  Untuk mengetahui keseluruhan malaikat dan tugasnya, tidak terdaya kita melakukannya. Namun kita ketahui bahawa malaikat sentiasa tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan keagungan-Nya. Melaksanakan segala perintah yang diberikan.....

Monday, November 26, 2012

Tip Kesihatan dan Balik Kampung..

Assalamualaikum...
Hari ini mari kita berkongsi info tentang..
tip kesihatan..
perkongsiaan untuk menambah pengetahuan ..moga bermanfaat...
Saya pun baru tahu bhw, jika bateri tinggal 1 bar, 
paras radiasinya lebih tinggi berbanding jika bateri penuh....

Ohye..minggu ni, sempat balik kampung ...
secara kebetulan, semasa balik kampung, banyak buah2an ...
ini pun rezki,kan..alhamdulillah...
buahnya comel-comel shj , first time berbuah..
 durian yang telah dikupas...
oklah jugak..tetap manis..
 kuning2...pisang lemak manis ni ....
 rambutan ...
 sempat mengintai pokok kelapa yang berbuah lebat...
 tak dapat bezakan yang mana kelapa tua..yang mana kelapa muda..
akhirnya terambil yang kelapa tua, isinya  keras sikit......
 manisnya air kelapa muda  nih...
teringat di rumah ada simpanan karipap frozen,
di kampung kami gotong-royong buat karipap secara manual...

Saturday, November 24, 2012

'Emak pesan....'

Assalamualaikum...
Terharu membaca cerita ini,  
tentang kehidupan seorang anak di kota kosmopolitan.. ...

Seorang guru mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur..
Beliau telah mengenalpasti seorang muridnya kerap datang lewat..
Baju dan kasutnya selalu kotor..

Berkali-kali beliau memberi teguran tapi murid itu tetap  lewat...

Tidak puas hati...lalu guru itu membuat intipan di rumah muridnya itu..

Suatu hari beliau mengintip muridnya di rumah yang  tinggal di kawasan setinggan. 
Rumahnya sangat daif. 
Dari jauh guru ini sudah terpandang akan muridnya berdiri di muka pintu 
ditemani oleh seorang wanita, barangkali itu ibunya...

Lebihkurang pukul 1.30 ptg, seorang budak lelaki berlari sekuat-kuat hatinya menuju rumah anak muridnya itu. Tergesa-gesa budak lelaki itu membuka baju dan kasut sekolah yang dipakai dan menyerahkan kepada anak muridnya..

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, anak muridnya sudah berlari ke arah sekolah...

Terkedu melihat keadaan sedemikian, guru itu kembali semula ke sekolah dengan rasa sedih dan kesal.
Beliau mendapatkan  muridnya....

Berkongsi baju sekolah dengan abang...
itulah maklumat yang baru diketahui oleh guru itu..
'Emak pesan, jangan meminta-minta pada orang,
jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang' kata muridnya dengan nada sedih...

Hakikatnya org yang kurang berkemampuan ada di mana-mana..
bukan hanya di Afrika...
Individu seperti ini kadangkala hatinya mulia dan baik....
Moga mereka sentiasa mendapat perhatian dan sumbangan..
Jika diizinkan kita saling bantu membantu..Insya-Allah.


Friday, November 23, 2012

Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains..

Assalamualaikum..

Dalam otak manusia terdapat 14 juta saraf yang berinteraksi 
dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. 
Semua aktiviti yang melibatkan minda meningkatkan aliran bio-elektrik pada saraf otak . 
Kajian mendapati jika seseorang berzikir dengan kalimah Allah seperti subahanaAllah, 
maka beberapa kawasan otak menjadi aktif disebabkan
 pertambahan aliran bio-elektrik di kawasan saraf otak
 yang dapat meningkatkan kecerdasan minda....
'Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia 
dalam bentuk yang sebaik-baiknya'
(At Tin : 4)
'....kami berikan rezki yang baik-baik.
Kami lebihkan mereka (manusia) dengan kelebihan yang sempurna 
atas (berbanding) kebanyakan makhluk yang kami ciptakan'
(Al Israa'70)

ps : Bersyukur di atas kelebihan sebagai hamba Allah....
       Mari meluangkan masa dengan berzikir (In sya-Allah)....

Wednesday, November 21, 2012

Hutan Bandar MPJBT...

Assalamualaikum
Kawasan rekreasi ini memang cantik..
Hutan Bandar MPJBT..
Tempat berjogging dan berekreasi ini amat sesuai bersama family..
Kalau hari Ahad kawasan ini penuh 
kalau hari lain agak lengang sedikit..
 Terdapat sebuah tasik yang 
di kelilingi  pokok rendang..
 selain tempat berjogging
banyak di sediakan tempat-tempat duduk untuk berehat
selepas penat berjogging..
 lanskapnya cantik jugak..
memberi ketenangan..
 senaman kaki....
 sayangnya ketika berjogging hari tu..
matahari dah mula naik..
panas membahang....
 antara yang ingin dicuba..
selain tempat duduk untuk berehat..
surau pun disediakan..

terasa badan ringan dan sihat selepas berjogging...

Monday, November 12, 2012

Kacang Pool..

Assalamualaikum..
Selepas penat jalan-jalan  mencari barang-barang keperluan di Angsana,
Kami singgah pula menjamu selera di  tingkat bawah....
Adik  minta kacang pool ....

Pernah makan kacang pool??? Ibu tak pernah makan...
 Ini dia kacang pool..
Dimakan dengan roti bakar yang  panas-panas dan lembut
Sajian kacang pool  ni berwarna hitam hampir legam..
Antara kandungannya adalah kacang parang dan daging cencang..
klu tak pernah cuba, mungkin tengok pun tak begitu selera..
tapi angah dan adik suka..

Ibunya layan jee..oklah, sedap jugak...
.
Makanan ni popular di Arab..Siapa yang pernah ke Mekah mungkin tau..
Ia dijamu pada orang2 Malaysia  yg mengerjakan Haji di sana,
Akhirnya pengusaha mendapat ilham untuk membuka restoren kacang pool ni di Johor....
Ibu pula suka makan sup sayur, seperti ini..
atau soto..
Adik minum dengan ais limau..
ibu dan angah lebih  suka air limau suam..
donat ini pun sedap jugak
jeli buatan adik ipar....

 Minggu ni, terasa banyak makan  di luar terutama ketika  travel, jemputan dan....
makan pun jenis berlemak, manis, pedas-pedas dll....semua makan ...
Jadi di rumah  ibu melebihkan  buah2an dalam sajian makanan ...

Berikut sedikit informasi tentang makanan..
- Minum air mineral yang banyak dapat mempercepatkan penurunan 
kadar kolestrol yang berlebihan dlm tubuh.
- Individu anemia (kurang darah) bagus makan sayuran hijau, bayam, 
epal, anggur, kismis,kurma, susu, telur 
yang boleh menambah darah (zat besi)
- Bawang merah boleh menormalkan kadar kolestrol dlm darah.

Sunday, November 11, 2012

Jika Ragu-ragu Dalam Solat..

Assalamualaikum..
Terlupa ??
Ragu-ragu??
Jika ragu-ragu  bilangan rakaat ketika mengerjakan  solat..
berikut, disertakan panduan...
Kalau tulisan ini kecil dan tak jelas


Thursday, November 8, 2012

Kerjaya Ini..

Assalamualaikum..
Anak2 kita mungkin  tak biasa didedahkan dengan kerjaya  berikut.
atau kita tidak gemar mengizinkan mereka menceburi di bidang ini..
tailing, plastering, jurubina bangunan, carpentary, plumbing,
building Operation Maintenance, landscaping, wireman...
dan pelbagai  lagi  jenis pekerjaan dalam industri pembinaan..
 Carpentry..
kerja-kerja ini memerlukan kemahiran dan kepakaran...
walaupun tak semestinya mempunyai kelulusan yang tinggi..
tetapi  tahukah anda bahawa pekerjaan ini  cukup 'demand' di Johor Bahru
dan boleh menjana pendapatan yang  lumayan
 setaraf dengan profesional yg lain !!!
plumbing
Taping Drydall
tiling
Ketika mengikuti Seminar Kerjaya Dalam Industri Pembinaan..
 informasi terkini..
bahawa kerjaya  ini sangat diperlukan
berikutan pembanguan pesat di wilayah Iskandar, Johor.
jika ada anak2 kita menganggur, atau sukakan kerja2 kemahiran...
boleh mengikuti Program Latihan Kemahiran Belia..
Akademi Binaan Malaysia (wilayah Selatan/Johor )
atau di mana-mana cawangan di M'sia..
kursus ini ditaja oleh 
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
http://www.cidb.gov.my/elatihan/
http://www.facebook.com/akademibinaan

Saturday, November 3, 2012

Terpandang....

Assalamualaikum..

Semalam pusing-pusing kedai dengan puteriku..
maka terpandanglah dia nih yg cantik molek dan menarik..
Seberat 340 gram dan 7.89mm nipis, mudah diletakkan dlm poket, tas tangan
dilengkapi pemprosesan teras dua 1.4GHz dan Andriod Honeycom 3.2..
kemudahannya : senang menikmati muat turun dengan pantas,
membuat panggilan suara dan video tanpa menggunakan alat dengar

Hamboi, canggihnya sekarang..
samaada dia benar2 boleh dimanfaat atau tidak..
bergantung kpd kegunaan dan keperluan kita..

Thursday, November 1, 2012

Fenomena..

Assalamualaikum..
Berpeluang menyaksikan alam semulajadi ciptaan Allah,
samaada melalui foto @ alam maya @ alam nyata..
 tentu kita merasa tenang melihat keindahannya..
gunung ganang..lautan membiru..awan gemawan..
air terjun dengan bunyi airnya yang mendamaikan...
Sebaliknya kita merasa gerun melihat fenomena alam 
yang berlaku sejak kebelakangan ini..
terbaru, kita dikejutkan dengan Taufan Sandy yang melanda di As
 mengorbankan jiwa, harta benda...
Taufan Sandy dipercayai paling besar pernah melanda Pantai Timur AS...

SubahanaAllah !!!