Assalamualaikum..
Setelah selesai menghabiskan satu tugas LDK semalam, Ibu pun pulang....keadaan di jalan raya pada petang itu sesak menyebabkan terasa lama dalam perjalanan .. kereta bergerak tersengut-sengut akibat jem..menyebabkan kaki terasa lenguh2 ...Keletihan...tidur awal...
bangun pun awal juga...
Subuhnya terasa fresh...
Aktiviti pd jam 11.00 pgi ....menghadiri majlis kenduri kahwin.....
Bab makan di majlis itu: Beberapa menu terhidang di atas meja semuanya enak2 belaka. Tetiba ibu terpandang ubi rebus dan sambal tumis ikan bilis .........serta merta teringat di zaman kanak-kanak...
Mengimbau nostalgia zaman lampau, apabila emak hidangkan pisang rebus, ubi rebus.....hhhmmmm sedapnya tak terkata..tapi lucunya anak pernah bercerita dia dan rakan-rakannya dihidangkan ubi rebus dalam satu majlis.. .mereka tak sentuh pun, pulang dengan hampa dan perut keroncong kelaparan ...huhu, ruginya tak sentuh sikit2..belum cuba, tentu tak tahu, kan......
Beza benar zaman kita dan anak-anak sekarang......
Teruja dengan ubi rebus di majlis itu, ibu pun capai, masukkan dalam pinggan.... makan ...nikmatnya !!!!
'Kita ni, apb dah berusia..kena jaga makan..kawal kencing manis dan darah tinggi kalau ada' seorg tetamu satu meja bersuara memberi nasihat..sambil menceritakan pengalamannya apabila kena strok dan terpaksa ditahan di hospital beberapa hari akibat makan makanan yg tinggi kolestrol. Makan dgn kadar yg banyak.......
Ohhhhoooo.....dengar dengan tekun..
Tapi...biasanya dan realiti kehidupan.... jika makanan kegemaran di depan mata...
payah nak control yee !!!!
tepuklah dada, tanyalah diri...
Berikut gambar2 pelamin
semasa menghadiri majlis walimatulurus di situ ....
semasa menghadiri majlis walimatulurus di situ ....