Tuesday, June 29, 2010

Hikmah Solat Tahadjud

 Solat Tahajjud banyak hikmahnya. Dari  Umar bin Khattab, Rasulullah SAW  bermaksud 'Barangsiapa mengerjakan solat malam dan dia menjaga solatnya maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara. Lima di dunia dan empat di akhirat..
Lima di dunia
  1. Dia dilindungi Allah dari beberapa bencana.
  2. Berkat ketaatan tampak di wajahnya.
  3. Dia disukai oleh para hamba Allah yang soleh dan manusia semuanya.
  4. Lidahnya mampu mengucapkan kata-kata hikmah
  5. Bijaksana iaitu diberi rezki kefahaman.
empat di akirat
  1. Dia dikeluarkan dari kubur dengan wajah putih
  2. Diringankan dan dimudahkan hisabnya
  3. Melalui jambatan sirat laksana kilat yang menyambar
  4. Diberikan kitab amalan dengan tangan kanan
    • Saidina Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 'Pada malam yang terakhir Tuhan berfirman 'Siapa di antara penghuni bumi yang ada permintaan,akan Aku beri, siapa yang bertaubat, Aku ampuni, dan siapa yang mempunyai hajad akan Aku perkenankan. 
    • Rasulullah s.a.w bersabda'Barangsiapa bersembahyang di dalam masjidku (Masjid Nabawi di Madinah) akan diberi pahala kepadanya sepuluh ribu kali dan siapa yang bersembahnyag di dalam masjidil-Haram, akan diberi pahala seratus ribu kali' Salah seorang  sahabat bertanya'Ya Rasulullah,adakah sembahyang yang lebih besar lagi pahalanya daripapada itu? Rasululah menjawab'ada.iaitu seseorang yang bangun ditengah malam,lalu berwuduk dengan baik kemudian bersembahyang dua rakaat dengan hati yang ikhlas'.
    • Ibnu 'Abbas meriwayatkan Rasullah s,a.w bersabda 'barangsiapa bersembayang sunat dua rakaat di waktu tengah malam,dibacanya pada dua rakaat pertama surah al-fATIHAH DN sepuluh ayat kursi, begitu juga pada rakaat kedua,maka Tuhan menurunkan beberapa malaikat untuk  menjaga orang itu dari kejahatan.
    • Sembahyang tahajud dikerjakan di waktu tengah malam, yang terbaik pada sepertiga malam (lebihkurang pukul 2.00 pagi).
    sekian.moga kita mendapat manfaat daripada amal dan kebaikan yang kita lakukan.

    Saturday, June 26, 2010

    Kelebihan Bendi.

    Suka makan bendi? 
    Ada individu yang tak berapa gemar sayur ini kerana sifatnya yang  belendir. Namun ia mengandungi khasiat tertentu iaitu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

    Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh melembutkan kulit.

    Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

    Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya.

    Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
    •  Mencuci hati
    •  Menstabil kandungan gula dalam darah
    •  Melicinkan bahagian dalam usus besar
    •  Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. 
    •  Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. 
    • Ada yang mengatakan kacang bendi adalah  baik untuk yang murung atau keletihan.
    • Merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
    •  Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan.
    • Mengurangkan  radang paru-paru dan sakit kerongkong .

     Bendi kaya dengan kalsium, mengandungi 7% kabohirat , 90% air , 2% protein, dan 1% serabut, garam galian dan Vitamin B.

    Manakala dalam rawatan tradisional pula ia boleh mengatasi masalah sukar bersalin. Selain dijadikan hidangan seharian .

    Air rebusan biji bendi, akar dan bunganya digalakkan dijadikan minuman bagi memudahkan wanita bersalin. Kerana kata orang2 tua...sifat bendi yang berlendir memudahkan proses melahirkan anak.

    Tuesday, June 22, 2010

    Didera...

    Sungguhku terasa ....Pabilaku mengintai keluar melalui bangunan ini  di tingkat atas, maka akan terpandang hutan dara  yang dulunya segar bugar telah digondolkan....kehijauan pepohon di belakang yang dulunya mendamaikan kini  telah musnah sama sekali  dikerjakan dek atas nama pembangunan....

    Beberapa buah lori,  traktor dan jenis2 kenderaan yg sewaktu dengannya sedang memunggah dan meratakan tanah untuk menjadikan kawasan itu seperti padang jarak padang terkukur . Ya, kupasti akan tercacak2lah besi2  dan tiang2 di permukaan tanah itu sepurnama lagi!!

    Pembangunan Oh, pembangunan ..kamu bagai tak cukup2 di persekitaran ini!!.. Sejak berdiri teguhnya bangunan kita ini....maka kau pun berlumba2 nak berdiri megah memenuhkan keliling..sekejab saja sepisismu mengisi  kawasan hadapan, kemudian ruang di kiri, pastu di kanan dan sekarang di belakang. Pembangunan Oh, pembangunan tidak lama lagi  akan tercacaklah  kerangka2mu  untuk menjadi hutan2 batu yang teguh mengantikan hutan dara menghijau  yang dulu kalanya setia mendamaikan kalbu!!!

    Bunyi2 kenderaan di situ  usah nak dikata. Mereka sangat hyper  bergerak ke sana ke mari bagaikan anak2 kecil berlari dengan bangganya  tanpa segan silu, tidak pula penat dan tidak berhenti2  menyebabkan  cuping telinga ini sudah terasa kebas dan  sengal. Maaf. Bukan orang2nya yg senggal,  tapi  telinganya... suara2 manusia yang mendiami bangunan kita ini lambat laun akan keletihan  kemudian tenggelam ditelan bunyimu..

    Habuk2 memang tak terkira banyaknya ....habuk tanah..habuk simen.. habuk pasir, oh, sudah memenuhi  ruang udara di sini.. masuk dengan ganas tanpa permisi melalui laluan terbuka lalu melekat pada tingkap, lantai, segala jenis permukaan lalu meninggalkan kesan hitam..lebih dahsyat  masuk ke dalam rongga  hidung..disedut masuk ke paru2 ...oh didera.... sangat terdera....

    Pembangunan oh, pembangunan ..Bila hobimu yang suka membangun2 di sini akan selesai ??

    Tuesday, June 15, 2010

    Saja Nak Simpan.

    Beberapa minggu ni entryku  berkaitan tajuk  ini jee..
    Cuti sekolahlah katakan..
    kali ini snap sebahagian gambar  hantaran  yang patut disimpan..
    buat koleksi..

    s.









    ANAK2 DAH  naik kat sini secara rasmi?...
    Kalau sudah..
    Moga kita menyedari  diri 
    yang kita perlu melaksanakan tanggungjawab
    untuk mendapat keredaan Allah..

    Monday, June 14, 2010

    khasiat kacang botol

    KACANG BOTOL ( Psophocarpus tetragonolobus )
    Bagi orang yang suka makan ulam-ulam, 
    yang tekaknya selera kampung..
    kacang botol ini sedap 
    apa tah lagi dicecah dengan sambal belacan..  
    Kacang botol ni sesuai untuk orang yang kurang darah
    kacang botol yang muda mengandungi banyak
    kalsium, zat besi dan vitamin A. 
    Daunnya pula mngandungi protein (5-7%), 
    vitamin A & C serta garam galian.
    
    Nilai kandungan protein yang terdapat
    pada kacang botol lebih tinggi berbanding dengan sayur-sayuran
    tropika lain jenis kekacang. 
    Selain itu, kandungan asid amino dalam kacang botol 
    juga mempunyai persamaan dengan kacang soya.
     
     Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. 
    Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut.

    Akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan 
    untuk mengubati penyakit vertigo
    Manakala air bancuhan daun kacang botol 
    digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. 

    Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan 
    pada bahagian bengkak dan bisul.
    Daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
     
    Demikianlah cerita kacang botol, ulam2  Malaysia
    yang kaya dengan khasiat yang tersendiri.

    Wednesday, June 9, 2010

    Khabar Dari Kampung

    Hari ini ada masa yang terluang.. setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur Hana duduk di atas meja ... buat masa ini, dia tidaklah terkejar2 sangat dengan rutin kerja. Boleh relax sedikit...


    Walaupun masa cutinya sudah sarat diprogramkan dengan sesuatu perkara yang dirasakan perlu dibuat..namun pada ketika ini dia tiba-tiba terasa  sunyi kerana anak2nya tiada di rumah. Mereka sudah pergi ke rumah anty Lehanya dan bermalam di sana .Tinggal dia dan hubby sahaja di rumah..kalau hubby ke pejabat..uh, keseorangan..

    Sesekali bersendirian apa salahnya…lagipun  cuti ni kerap juga bertemu keluarga kerana urusan-urusan tertentu...


    Lagipun dalam masa terdekat ini… ada lagi satu gathering bersama family untuk majlis walimatulurus cucu perempuan sulung arwah ayahandanya ....Miza, anak abang long di kampung.
     
    Hana menganggap majlis ini istimewa. Bukanlah kerana kemeriahannya tapi mengenangkan bahawa cucu perempuan ayahnya tak ramai dan boleh dibilang dengan sebelah tangan....itupun  three of them including Hana 's daughter .
     

    Sedang dia melihat-lihat paparan di internet, tiba2 terdengar deringan telefon..Hana mengangkat gagang ...kedengaran di hujung talian bicara Miza yang lembut dan tersusun2 itu diselang seli dengan deraian tawanya. Yakin dan bersemangat untuk memberitahu hajatnya yang tinggi menggunung ....Hana sedikit kehairanan. Bagaimana Miza bersikap keras  sebelum ini boleh berubah 180 darjah.......

    Hana memanjatkan kesyukuran, Miza akhirnya mengumumkan dasar buka pintunya.....segala puji-pujian hanya bagi Allah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan..disyukuri rahmat dan pemberiannya. Alhamdulilah..



    Hana akui abang longnya tentu berlapang dada dengan keputusan Miza dan kini semestinya dia sudah tidak nyenyak tidur memikirkan persiapan majlis perkahwinan yang perlu dilakukan untuk anak perempuan tunggalnya itu.Tradisi di kampung menebal dengan semangat bergotong royong..bantu membantu..kena buat secara maufakat dengan saudara mara sekampung..itulah kelebihannya tinggal di desa yang subur lagi permai  ini. Maufakat membawa berkat....

    Tiba2 terlintas di minda akan cerita-cerita di bumi Gaza yang sudah tidak permai.. Meneropong  bumi peperangan itu melalui pembacaan. Melihat visual  serta menonton dan membaca media..…Bumi Gaza yang subur dan indah sebelum ini ditambah dengan iklim Mediterranean yan kaya dengan ladang buah2an seperti strawbery yang sedap dan enak itu, kini telah gersang dan musnah disebabkan angkara manusia2 yang cerdik dan genius  tapi haloba. Akhirnya kemusnahan bumi yang  dibedil peluru itu dicemari pula bom fosforus yang memamah kulit dan tulang..uhhhh betapa berat mata memandang, beratlah lagi bahu yang memikul..

    Buat saudara2 seagama di Gaza,  Hana titipkan  doa untuk para pejuang. Semoga mereka diberi perlindungan dan kekuatan Allah dalam memperjuangkan dan mempertahankan tanah air yang dimilikinya..

    Eh..esok Hani anaknya sudah berjanji membuat sesuatu untuk kakak sepupunya. Atas nama family..semuanya setia untuk pulang awal bertemu dengan keluarga yang disayang kerana ingin turut serta berganding bahu  membantu dan memastikan kelancaran majlis walimatulurus....

    Monday, June 7, 2010

    hikmahnya sujud..

    Para ulama menyatakan bahawa dengan memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. 


    Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT.

    Tiada suatu pun ciptaan dan suruhanNYA yang sia-sia, malah setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

    Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
    "Dan sebahagian daripada malam, maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di sepanjang malam". ( Al-Insan : 26 )
    Sujud yang kita lakukan mempunyai hikmah yang tersembunyi. Kelebihannya dari sudut perubatan.
    kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan minda kita. Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, antara hikmah sujud  ialah:
    • Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing). 
    • Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
    • Bernafas ketika sujud akan:Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb).
    • Melegakan sakit hernia.
    • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)
    • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)
    • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
    • Meringankan bahagian PELVIS.
    • Memberi dorongan untuk mudah tidur.
    • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
    • Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation). 
    • Mengurangkan kegemukan (obesity). 
    • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions). 
    • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
    • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pompa darah  ke otak secara kuat dan mengejut.                      
    Dari segi psikologi sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
    Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
    Kesimpulannya  sesuatu pekerjaan dan suruhan Allah kepada hambanya itu sememangnya mengandungi dan mempunyai hikmah tersendiri yang bermanfaat kepada manusia. 

    P/S : Cerita seorang dari pada rakan memberitahu bahawa seorang doktor Neurologi di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana menemui beberapa keajaiban dalam penyelidikannya. Semasa beliau melakukan kajian urat saraf, Beliau menemui beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah  kecuali apabila sujud semasa solat. .....Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

     

    Friday, June 4, 2010

    Selamat Bercuti

    Salam. Kepada semua rakan2 guru diucapkan selamat bercuti.
    Semoga cuti ini memberi kegembiraan 
    kerana kita dapat memanfaatkan masa yang lebih  
    bersama keluarga yang tersayang.
    Pada Pagi ini saya sempat melihat-lihat lagi  blog saya 
    sebelum memulakan perjalanan ke KL 
    kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah  hubby.
    Sempat memuatkan beberapa post
    untuk rakan-rakan blog.
    Moga kita semua dalam perlindungan dan dirahmati ALLAH
    dalam meniti kehidupan ini..

    Thursday, June 3, 2010

    Menjenguk keluar jendela..

    Sejenak kita menjenguk keluar jendela dunia menonton berita2 di tv,  membaca media massa dan media elektronik mengenai Palestin dan Gaza, terasa sedih dan terharu..Mengapa tidak, Mangsa2 serangan terbunuh dengan kejam ..

    Begitu mudahnya negara itu  di bedil dengan bom dan satu demi satu kepulan asap hitam mewarnai setiap ceruk tanah Palestin.




    Kemudian bangunan- bangunan yang menjadi 'target' regim Zionis, dimusnahkan tanpa simpati dan hilang rasa kemanusiaan disebabkan tamak dan rakus..

    Paling menyedihkan apabila bantuan kemanusiaan di sekat dan setiap hari, menafikan hak mereka untuk meminta bantuan.   

    Laporan melalui telefon oleh wartawan al-Jazeera di atas sebuah kapal Turki yang mengetuai flotila itu melaporkan, tentera laut Israel menembak kapal tersebut sebelum mencerobohnya dan mencederakan kapten kapal terbabit.

    Mengapa Gaza menjadi sasaran... Menurut sumber: Serangan ke atas Gaza bukan sahaja atas dasar penjajahan maruah dan tanah umat Islam, tetapi juga daripada sudut penjajahan terhadap sumber alam Palestin, iaitu gas asli. Pada tahun 2000, satu lapangan gas asli telah ditemui di persisiran pantai Gaza dan menyebabkan banyak pihak yang cuba untuk mendapatkkannya.


    Secara sah, takungan gas asli tersebut adalah milik kerajaan dan rakyat Palestin berdasarkan peta namun pihak tertentu juga telah berusaha keras untuk mendapatkan hak terhadap takungan gas asli tersebut.
     
    Kita hanya mampu berdoa agar Allah melindungi orang2 yang tertindas daripada kezaliman dan kerakusan..

    MOGA Allah melindungilah Gaza dan Palestin!