Hari ini terasa fresh sedikit...bayu yang segar pun semakin dingin apabila hembusannya menderu masuk ke ruang tamu setelah pintu rumah dibuka ..
Kesunyian dini hari tiba-tiba terganggu dek bunyi kicauan burung bersahut-sahutan di taman perumahan yang terletak di pinggir bandar itu. Kelihatan sepasang suami isteri veteran berbangsa Cina sedang berjalan berpimpin-pimpin tangan untuk berjoging. Sungguh intim sekali ..tapi saya baru tau cerita si suami. Suaminya itu hilang penglihatan akibat diabetis. Betapa mulia hati si isteri kerana bersusah payah menemankan suaminya pergi berjoging setiap pagi..Lalu saya terfikir, kalaulah si Isteri yang kekaburan mata dan kurang penglihatan akibat penyakit itu adakah sang suami sanggup melayani si isteri serta boleh menjadi setabah itu? ...
Semalam pula saya ke hospital kerana melawat jiran di Hospital Pakar Puteri akibat keracunan makanan. Mereka baru balik melancong ke luar negara...Balik dari situ, suaminya muntah2 dan demam tak kebah seminggu sehingga dikejarkan ke hospital kerana makan banyak makanan laut. Dah beberapa botol air dimasukkan ke dlm badan. Isteri setia menemani suami menjaga makan minum sepanjang si suami sakit, membawanya ke bilik air..bersengkang mata tak tidur malam kerana menjaga suaminya. Sungguhpun keletihan masih sempat tersenyum..manis pula senyumannya, bukan dibuat-buat..
Saya teringat masa ayah sakit dan berhari-hari di hospital..Adik beradik perempuan semua bekerja dan mempunyai komitmen sendiri. Adik beradik lelaki tak ramai hanya dua orang.Tugas kami digilir2kan untuk menjaga ayah sakit di hospital. Pernah satu ketika kerana sangat keletihan, pulang ke hospital pada pukul 4.00 subuh dan bertugas pada pagi itu, memandu seorang diri..sehingga hampir terlelap ketika membawa kereta . Perjalanan subuh yang memakan masa 1 jam itu digagahi . . .
Begitulah cekalnya hati sebahagian wanita ketika berdepan dengan cabaran, kalau dah diasak begitu, terpaksa berani merempuh, akan jadi tabah.....
Begitulah cekalnya hati sebahagian wanita ketika berdepan dengan cabaran, kalau dah diasak begitu, terpaksa berani merempuh, akan jadi tabah.....
Dari dalam rumah, kedengaran pula suara wanita begitu gemersik di biliknya sedang membaca ayat Al quran..suaranya yang sayup-sayup.. tak pernah pun disuruh2 ataupun dipaksa2. Lahir dari dalam dirinya. Dia seakan2 tahu rutinnya .. Moga dia juga menjadi wanita solehin yang tabah ....
Maaflah..kalau tika ini saya senang sekali memuji2 akan ketabahan hati wanita....kerana kita juga sebahagian daripada mereka..
No comments:
Post a Comment