Sunday, May 30, 2010

Sekadar foto

Sekadar ingin mengabadikan foto kenangan 
majlis perkahwinan..
  Majlis pernikahan di rumah kak Aju...jiran..
berbunga-bungaan..
Hantaran pengantin perempuan  bertemakan  coklat..
warna yang purple tu sebelah lelaki..
Semua benda2  dimasuk dalam bakul dan raga kemudian dihias
cantik2 dengan kuntuman2 bunga .. 
 Hantaran Al-Quran
Makanan seperti buah2an, coklat dan kek ..
Majlis perkahwinan diadakan 
di Dewan Rumah Alumni UTM, Skudai, Johor
menunggu tetamu hadir..
 
Sambil menikmati hidangan yang disediakan
kedengaran alunan nasyid memuji2 nama Allah
bergema di dalam dewan..
 
 hiasan dewan putih, kuning, coklat.....

Semoga Allah memberkati kehidupan pasangan mempelai ini
Bahagia hingga ke anak cucu dan seterusnya..

Tuesday, May 25, 2010

Facebook dan bunga

Salam. Semoga kita sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T. 
cantikkan bunga-bunga ini ....
tapi bukanlah nak bercerita pasal bunga..
Bunga2 ni hanya hiasan semata2 ,
kerana  terpikat akan kecantikannya
dikirim oleh cikgu Salmah rakan blogger kita...

Sebenarnya saya ingin  berkongsi perihal
facebook

Di kalangan kita tentu memilikinya fb....


Tidak dapat dinafikan bahawa facebook tu 
ada banyak kelebihannya..
kalau kita memanfaatkannya betul2..
sahabat lama didekatkan..
orang  jauh dirapatkan.
yang dekat dijauhkan (ada tak?)



fb memuatkan  infomasi  yang berguna
dan  boleh dikongsi bersama
seperti  motivasi, kumpulan doa dll..
sebaliknya FB juga memudaratkan jika....
(Dipetik drp info rakan blogger peringatan tentang fb)
 
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

2) Terlebih gambar

3) Penyamaran

4) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam
yang membuka aurat.

5) Mengutuk diri sendiri & kebaikan


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala,
jika diguna dengan betul, boleh menjadi sebaliknya
jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi.
Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Ukhuwwah itu terhad sesuatu
yang membawa kepada ingatan kepada Allah,
mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran.
Lihatlah surah al-Hujurat dan
fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah
di kalangan mukmin.
Sekian.. wassalam.
Moga kita menjadi pengguna fb yang lebih  berhemah.

Kepada rakan blogger
yang memuatkan perihal fb ini
diucapkan terimakasih kerana memberi peringatan
Moga Allah memberkati kehidupan kita
di dunia dan akhirat.Amin..

Saturday, May 22, 2010

Indahnya..

Entry kali ini hanya ingin memuatkan foto-foto ini .
Entah mengapa apabila terlihat akan gambar-gambar yang cantik  mengenai keindahan alam semula jadi
terasa sangat  mendamaikan..
Sebenarnya saya dapat gambar ini daripada 
 Cikgu Salmah . Terima kasihlah cikgu Sal atas kiriman  ini.
Sungguh menakjubkan.. 
betapa besarnya kekuasaan Allah yang memberi anugerah 
kepada hambanya kehidupan untuk dinikmati  di muka bumi ini...
Kami jadikan muka bumi yang tegak kukuh, 
supaya jangan dia bergerak2 bersama mereka dan kami adakan jalan2 yang luas di atasnya, mudah2an mereka mendapat petunjuk.
(Al-Anbiyaak:31)

.
kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi dan 
kepada Allah tempat kembali (An Nur :42).

.... Allah menurunkan hujan dari langit, dari gunung 
lalu Allah menumpahkan air itu kepada orang2 yang dikehendaki 
dan menjauhkannya dari orang2 yang tidak dikehendaki. 
(An Nur : 43)

Katakanlah: Qur'an ini diturunkan Allah 
yang mengetahui rahsia di langit dan bumi. 
Sesungguhnya Dia maha pengampun dan maha penyayang. (Al-furqaan:6)
Itulah Keindahan dunia......bagaimana pula keindahan syurga?

 Nilai dunia dibanding syurga: Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa: 77 yang ertinya : "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun."

Rasulullah SAW bersabda :
"Tidaklah dunia ini dibanding kenikmatan akhirat kecuali seperti salah seorang di antaramu yang mencelupkan jarinya ke dalam air laut, maka lihatlah berapa banyak air yang ada 
di jarinya." (HR. Muslim).

 Rasulullah SAW pernah menjelaskan keindahan syurga di antaranya adalah : "Batu batanya dari emas dan perak, perekat (batu-batu) nya berupa misik harum, kerikilnya berupa permata dan yakut dan tanahnya dari zafaran. Barangsiapa memasukinya akan mendapatkan kenikmatan dan tidak pernah celaka, kekal tidak mati, pakaiannya tidak akan usang dan selalu awet muda." (Hadits shahih riwayat Ahmad, dan Tirmidzi).

Makanan, minuman dan pakaian penghuninya
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Waqiah : 20 - 21 yang ertinya
: "Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."

Dalam Surah Al-Insan : 5 yang ertinya
: "Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur." 
 
Juga dalam Surah Al-Insan : 21 yang ertinya : "Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih."
 

Thursday, May 20, 2010

Masalah

Dalam hidup ini tiada siapa pun yang akan terlepas daripada masalah. Samada besar atau kecil bergantung kepada  individu yang mengalami . Kekadang rumit bagi kita, kecil pula dirasai orang lain  dan ada masa kita merasakan masalah itu kecil dan simple tetapi bagi orang ia merupakan masalah besar.

Kita mungkin tidak selesa jika hidup ini dibebani dengan masalah. Jangan bersedih..tidak ada yang tidak kena dengan diri. Masalah itu sekadar perbezaan antara di mana kita berada dan di mana pula kita impikan. Biasanya masalah timbul apabila kita tidak dapat apa yang dikehendaki dan kita berada di tempat yang tidak kita inginkan itu. ketika itu kita merasa tidak selesa dengan apa yang terjadi.
Penyelesaian  masalah merupakan sebahagian pemikiran. Ia dianggap sebagai fungsi intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas (Goldstein & Levin, 1987).

 Sebenarnya orang mati saja tidak mempunyai masalah di muka bumi ini. Kita yang masih hidup pula perlu bersyukur kerana dengan adanya masaalah, kita akan mencari jalan untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik...Sesetengan orang berpendapat tanpa masalah kehidupan  tidak menyeronokkan..

Apabila masalah menghampiri kita, Kesabaran adalah penting . Kemahiran dlm menangani pelbagai masalah diri juga merupakan salah satu anugerah yg tidak ternilai harganya.

Antara mereka yg terhebat diberi kelebihan itu adalah para-para nabi dan rasul. Ilmu sahaja tidak mencukupi jika tiada pimpinan dan pertunjuk dari yg maha kuasa…Semoga kita semua dikurniakan ilham dan hidayah dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran…Amin..
Wasalam.

Saturday, May 15, 2010

Ucapan Hari Guru

Sejak semalam saya terima SMS mengenainya..
terima kasih kepada mereka yang mengingati diriku..

saya juga dengan berbesar hati ingin mengucapkan

SELAMAT HARI GURU..


Kepada semua warga pendidik/pensyarah
serta bakal2 guru ucapan2 ini kita kongsikan bersama
moga bermanfaat..


A teacher's achievements is not how many 'A's or 'B's she produces 
but how many lives she changes n how many hearts she touches
Happy Teacher's Day!!..(ANONYMOUS)

I may not be the ' Perfect Friend' that u'r looking for. 
Not even the 'best'  among others. 
But,  surely  I'm a friend who will always remember u
HAPPY TEACHER'S DAY  (IMAN)


 Semoga segala yang kita telah...
ajar, tunjuk, bimbing dan pandu dengan  ikhlas 
bakal menjadi amal jariah yang tak terhingga nilainya.Amin.
Selamat hari guru  (SITI AMINAH)

Kekayaan di dunia 
dikurniakan kepada orang yang gigih berusaha untuk diri sendiri.
tetapi kekayaan di akhir dikuniakan...
kepada orang yang gigih memakmurkan orang lain.
kepada guru jangan Kesali keikhlasan yang dicurahkan 
kerana ada  kekayaan untuk anda..
'SELAMAT HARI GURU'  (BUDIMAN)

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya  ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra.
Dalam diam ada bijaksana.
Dalam tangannya kita terbina. 
Berbahagialah menjadi guru. 
SELAMAT HARI GURU ..(BALKISH)

Dulu,murid hormat dan takut guru, 
kini..Guru takut murid. 
Dulu,guru chalk n talk. 
kini..guru  kena slow talk. 
Dulu guru boleh  claim.
kini.....x boleh  complain. 
Dulu  Hari guru dpt wang saku.
kini..hari guru  dapat 'penyapu'..
kena gotong royong 15 Mei.. 
SELAMAT HARI GURU....(MAHMUD)

Salam. 
Guru lahirkan semua kerjaya termasuk guru generasi kedua. 
Berjuanglah kerana perjuanganmu  bukan sia-sia.
Salam Hari Guru..(AHMAD YASSIN LAUTO).
 
(Emmm yg ini dah terlebih2 puji lak,,) 
Di situlah terletak:
Manis/kacak orangnya..
Anggun gayanya pesona wajahnya..
Hemah tegurnya pesona wajahnya..
sopan santunnya murni pekertinya..
Kasih sayangnya  halus jiwanya.....
Tinggi impiannya tekun ajarnya..
DAN
GARANG ORANGnya
Kerana dia adalah..
'KITA'
SELAMAT HARI GURU..(MARSITA)

Selamat Hari Guru kepada semua guru
yang telah banyak menabur bakti,berjasa
dan berkorban mendidik ummah.
smoga keikhlasan menjadi bekalan dalam mencari keredaan Allah 
di dunia demi bekalan akhirat
RAFEK
.

Friday, May 14, 2010

Mesej Untuk Angah...

 Ini mesej Untuk Angah..

SELAMAT HARI JADI..
Moga angah tabah menghadapi cabaran ..

Kalau nak ikutkan..
memanglah rindu....
rindukan senyum.. tawa.. nakalmu ......
tapi dah tiba masanya..
Angah mesti belajar berdikari di sana...

 Kejauhan ini ada hikmahnya..
Allah menghilangkan wajah orang2 yang disayang
daripada pandangan mata sekejap
supaya kita dapat menikmati  erti  rindu..
supaya kita menghargai  apa  saja kebaikan yang pernah dicurahkan...
  
sayangkan anak tangan-tangankan..
sayangkan isteri tinggal2(mencari rezki)......

Sifat manja dan kebergantungan pada  ibu bapa itu telah berlalu..
hadapi segala dugaan hidup di luar sana ..
dengan semangat gigih, tabah dan tanggung jawab...
.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...
(Ar-Ra’d, Ayat 11)


Oleh itu jika ingin mencapai apa yang diinginkan..
DIA juga meletakkan prasyarat ....
  bahawa individu  itu terlebih dahulu harus berusaha ...
Sesuatu kejayaan yang bernilai itu..
tidak akan datang bergolek...
Ia juga gabungan... ..
daya usaha, kudrat, tenaga dan masa..

SELAMAT HARI JADI..

And so we talked all night about the rest of our lives, Where we’re gonna be when we turn 25, I keep thinking times will never change, Keep on thinking things will always be the same, But when we leave this year we won’t be coming back, No more hanging out cause we’re on a different track, And if you got something that you need to say, You better say it right now cause you don’t have another day. FRENDS, I ♥ U! ;p...ida.. 

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu...

Salam. Oh..Hampir terlupa mengenang hari istimewa ini, sehinggalah seorang teman memaparkan entrynya di blog tentang ucapan untuk ibu beberapa hari sebelum  berlangsungnya hari tersebut.... ..

Oleh itu, kepada semua yang bergelar ibu dengan senyum lebarnya diucapkan selamat hari ibu..doa saya untuk kelian moga sentiasa tabah serta menjadi ibu mithali ...insyaAllah.. 
Kalau ditanya.... pada saya tak ada apa2 yang istimewa, seperti biasa saja, cuma setiap tahun pasti rakan2 yang menyandang jawatan ibu akan mengirimkan SMS .  rasa gembira dan terharu apabila kami saling ingat-mengingati dan berpesan2.......


Buat along, angah dan Hani..terima kasih kerana celebrate..... mulanya ibu  gelisah kerana along balik lewat  dari  kelas Iqrak .. tapi kerisauan itu  terhapus apabila tiba di rumah…kemudian senyum2 kambing apabila along tetiba mengenggam tanganku untuk mengucapkan hari jadi dan hari ibu sambil  menghulurkan sekotak kek ..masaAllah dia singgah kedai kek rupanya..…. Buat  seketika saya  menyelami  perasaannya untuk lebih sporting...memotong kek macam artis di depan anak2 itu kehendaknya..   demi menjaga hati mereka, dilakukan juga........hu..hu..

Balik dari sekolah pula, Hani mempelawa kami makan yong taufu sekeluarga dengan wang RM 50.00 yang baru diperolehinya daripada hadiah anugerah cemerlang Sekolah. Dia berhajat sangat membelanja kami, rasa kesian juga duit itu nak dibazirkan semata2 nak celebrate hari jadi dan hari ibu.. ..

Buat renungan ibu2 muda....Apabila sudah mendapat gelaran serta ternobat dengan title ibu, umi, ami dan lain2 yang sewaktu dengannya..…maka akan terpikullah satu tanggungjawab dan amanah ALLAH untuk melaksanakan kewajiban. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan..keutamaan adalah kebajikan anak2..kadangkala kita terpaksa mendahulukan keperluan mereka terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri...betullah kata kakak , dalam doa pun macam tu juga, kadang2 doa untuk anak2lah yang terlebih  banyak sedikit daripada mendoakan untuk diri sendiri ..really....

Mengimbas kembali sewaktu zaman persekolahan dahulu,  seorang guru wanita menyatakan bahawa alam persekolahan itu yang paling menyeronokkan kerana kurang  memikirkan tentang tanggungan keluarga. Apa yang perlu diingat hanya mengurus diri menjadi pelajar berjaya. yang lain2 tak perlu difikirkan, tiada memikirkan perbelanjaan keluarga, tiada perbelanjaan untuk anak2..tidak perlu difikirkan tentang lampin pakai buang, tidak perlu diingat mulut siapa yang hendak disuap  ...semuanya hanya untuk mencukupkan keperluan diri sendiri..Setelah bergelar ibu barulah terfikir akan realiti  kata2 guru itu apabila ditinjau dari sudut tanggungjawab .......

selamat hari ibu utk kelian
SMS yang dikirim oleh rakan2, saya forward kepada para ibu yang membaca blog saya ini. Ucapan dan doa  ini juga adalah untuk kelian drp saya pula...

 SMS pertama diterima.. 'Ya Allah, wanita yang membaca sms ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat , sabar dan saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan keimanan. Limpahi dirinya dengan  rezki yang berkat...selamat Hari Ibu  '  terimakasih siti ......terima kasih sahabat .....

SMS kedua…Amin..amin..amin..ya rabbal Alamin, Selamat Hari Ibu....

SMS ketiga..Ya ALLAH mohon  juga berkatilah wanita yang telah mendoakan kesejahteraanku.. moga  Pengorbananmu sebagai ibu mengasuh dan mendidik anak2 selama ini  tidak dipersia-siakan. didoakan dirimu agar dirahmati Allah sentiasa. Selamat Hari Ibu...

SMS Seterusnya..Happy Mother's Day to you .Salam daripada saya di Jepun.. 

SMS berikut berupa peringatan:' To all mothers, please read these..It's normal when u're in  ur 20s, u 'll  look very MENGANCAM  when u're @ 30s, u begin to behave BERMACAM-MACAM when u turn 40s-50s, u'll feel TERANCAM and sadly, when u reach above 60s, orang langsung tak boleh CAM .. Happy Mother's Day '....terima kasih sahabat, nak buat camna, kalau dah sampai peringkat  ibu klasik.. terimalah hakikat .. alhamdulilah, syukran kalau sihat  dan  panjang umur.....

sempat snap gambar  ibu2 muda ketika  sedang menjalani latihan kokurikulum...

Kepada yg lain2 juga yang mengingati  hari ibu dan hari jadiku. …terimakasih.....

Buat ibu2 veteran …  ingat tak lagu ini ...

Kasihnya ibu membawa ke syurga..
kasihnya saudara masa berada,.
berkorban nyawa tandakasihnya...
berkorban raga rela binasa     2x....

Kasihnya ayah sangguplah berpisah
dan kasih anaknya berkorban nyawa.
Biarlah jiwa, akan tersiksa,
Ikhlas dan rela asalkan bahagia  2x.. .....

Oh teringat  arwah Mak dan ayah....lirik lagu syarifah Aini ini terkesan di hati......

Saya kira perasaan dan naluri wanita yang bergelar ibu itu sama saja ....

Semoga tanggungjawab dan bebanan tugas kita sebagai ibu akan dipermudahkan oleh Allah….

SELAMAT HARI  IBU…

Tuesday, May 4, 2010

Hati seorang Wanita

Hari ini terasa fresh sedikit...bayu yang segar pun semakin dingin apabila hembusannya menderu masuk ke ruang tamu setelah  pintu rumah dibuka ..

Kesunyian dini hari  tiba-tiba terganggu dek bunyi kicauan burung bersahut-sahutan di taman perumahan  yang terletak di pinggir bandar itu. Kelihatan sepasang suami isteri veteran berbangsa Cina  sedang berjalan berpimpin-pimpin tangan untuk berjoging. Sungguh  intim sekali ..tapi saya baru tau cerita si suami. Suaminya  itu hilang penglihatan akibat diabetis. Betapa mulia hati si isteri kerana bersusah payah menemankan suaminya pergi berjoging setiap pagi..Lalu saya terfikir, kalaulah si Isteri  yang kekaburan mata dan kurang  penglihatan  akibat penyakit itu  adakah sang suami sanggup melayani si isteri serta boleh  menjadi setabah itu? ...

Semalam pula saya ke hospital kerana  melawat jiran di Hospital Pakar Puteri akibat keracunan makanan. Mereka baru balik melancong ke luar negara...Balik dari situ, suaminya muntah2 dan demam tak kebah seminggu sehingga dikejarkan ke hospital kerana makan banyak makanan laut. Dah beberapa botol air dimasukkan ke dlm badan. Isteri setia menemani suami menjaga makan minum sepanjang si suami sakit, membawanya ke bilik air..bersengkang mata tak tidur malam kerana menjaga suaminya. Sungguhpun keletihan masih sempat tersenyum..manis pula senyumannya, bukan dibuat-buat..

Saya teringat masa ayah sakit dan berhari-hari di hospital..Adik beradik perempuan semua bekerja dan mempunyai komitmen sendiri. Adik beradik lelaki tak ramai  hanya dua orang.Tugas kami digilir2kan  untuk menjaga ayah sakit di hospital. Pernah satu ketika kerana sangat keletihan, pulang ke hospital pada pukul 4.00 subuh dan bertugas pada pagi itu, memandu seorang diri..sehingga hampir terlelap ketika membawa kereta . Perjalanan subuh yang memakan masa 1 jam itu digagahi . . .

Begitulah cekalnya hati sebahagian wanita ketika berdepan dengan cabaran, kalau dah diasak begitu, terpaksa berani  merempuh, akan jadi tabah.....

Dari dalam rumah, kedengaran pula  suara wanita begitu  gemersik  di biliknya sedang membaca ayat Al quran..suaranya yang sayup-sayup.. tak pernah pun disuruh2 ataupun dipaksa2. Lahir dari dalam dirinya. Dia seakan2 tahu rutinnya .. Moga dia juga menjadi  wanita solehin yang tabah ....

Maaflah..kalau tika ini saya senang sekali memuji2 akan ketabahan hati wanita....kerana kita  juga sebahagian  daripada mereka..

Saturday, May 1, 2010

Persaudaraan dan Kekeluargaan

Salam. Entry kali ini mengenai kekeluargaan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani



 mereka bersaudara sepupu...

Islam sendiri menekankan konsep kekeluargaan sebagai asas tarbiah yang membolehkan terjalinnya ikatan kasih sayang antara saudara. Bersikap ikhlas dan hormat menghormati. Sekiranya kita imbau kenangan  bersama keluarga sudah pasti ia tetap terpatri dalam ingatan sekalipun telah bertahun tidak berjumpa. Ikatan persaudaraan sebenarnya dapat menjana kekuatan ingatan. Walau jarak memisahkan, hubungan kekeluargaan  masih utuh seperti pepatah 'air dicencang tak akan putus'.

Menghidangkan makanan kepada saudara mengikut kemampuan 
adalah satu cara mengeratkan persaudaraan.

Bagaimana pula hubungan dengan ibubapa...ikutilah cerita tersebut 
moga ianya menjadi iktibar kepada kita... 
KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN BABI


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". 

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursin kemudian mencari pemuda tersebut.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk maka beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut di sebuah  kampung. 


Setelah tiba, tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

Haiwan itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah  dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. 

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. 

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. 

Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL