Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita memang perlu berhati -hati kerana kadangkala dipertemukan dengan perkara2 yang tidak disangka-sangka ..Saya juga tak lepas mengalami dugaan tersebut ....
Di pagi yang hening itu, sudah niatku untuk hadir awal ke tempat bertugas.Tepat pukul 6.30 pagi saya sudah membuka pintu pagar kemudian start kereta. Perjalanan ke sana cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.....
Dengan memandu pada kelajuan 60 kmj, saya melalui jalan dalam dan kenderaan belum begitu banyak. Suasana masih gelap namun lampu jalan membantu menerangkan jalan dengan melimpahkan cahayanya. Dalam perjalanan suram itu ..tiba2 saya dikejutkan dengan bunyi 'prang' di jalan raya berdekatan dengan kawasan perumahan itu...
Hati tiba2 tak sedap...macam ada sesuatu yang menarik2 untuk berpatah balik. Jadi kereta yang dipandu diperlahankan kemudian membeluk ke kawasan perumahan itu lalu pergi ke tempat kedengaran bunyi, kira2 1/4km jauhnya.......
Hati tiba2 tak sedap...macam ada sesuatu yang menarik2 untuk berpatah balik. Jadi kereta yang dipandu diperlahankan kemudian membeluk ke kawasan perumahan itu lalu pergi ke tempat kedengaran bunyi, kira2 1/4km jauhnya.......
Apabila menjenguk keluar.. terlihatlah seorang murid berbaju putih berseluar hijau tahi lembu terhenjut2 memegang tangannya. Beberapa murid yang berada di situ memberitahu bahawa budak tersebut jatuh motor..
Kemudian saya memberhentikan kereta ..si mangsa dengan muka kesian menunjukkan tangannya yang luka dan koyak kira2 3 cm atas tapak tangan, Apabila diamat-amati ternampak daging yang tersiat serta memperlihatkan tulang tangannya yang memutih.Macam tulang ayam.
"Ya tuhan, Apa perlu dilakukan ini, sedangkan saya pun mengejar masa untuk bertugas di pagi itu.....takkan nak meninggalkan murid sekolah lain itu ...kalaulah anakku ditinggal-tinggalkan dan dibiar-biarkan apa pula perasaanku"...
"Ya tuhan, Apa perlu dilakukan ini, sedangkan saya pun mengejar masa untuk bertugas di pagi itu.....takkan nak meninggalkan murid sekolah lain itu ...kalaulah anakku ditinggal-tinggalkan dan dibiar-biarkan apa pula perasaanku"...
Saya meraba di dalam handbag, tak ada credit rupanya...kalau hp ini berfungsi orang yang pertama dihubungi tentulah hubby. Pada dialah tempat mengadu. Saya hanya boleh memandu..ditakdirkan ada apa2 yang berlaku dalam perjalanan dialah tempat meminta pertolongan. Manjakah!!
Nak ke mana ni..klinik buka pukul 9.00 pagi..sekarang baru kul 7.00 pagi..minda ini ligat untuk membuat keputusan.
Mata ini mencuri pandang pada murid itu, dia bermuka sayu sambil menahan kesakitan, tiba-tiba terasa ada kekuatan dan keyakinan apabila mengingatkan pengalaman menjaga bilik kesihatan ..pernah merawat murid2 yang luka.....ya, berbekalkan keikhlasan hati dan keyakinan diri..cuba menolong..
Darah berjejeran. semakin banyak pula cecair merah pekat itu keluar dari tangannya menunjukkan dia memang perlukan perhatian...Saya meraba tisu..menyuruh dia mengelap sendiri.. langsung tak ingat ada beg pembalut luka dalam bonet kereta....
'Biasanya doktor datang lewat ke klinik.Hp cikgu ni tak ada credit, jadi mari ikut cikgu balik sekejap untuk telefon. Lagipun darah banyak ni, kat rumah bersihkan luka sebelum kita ke klinik' .Saya mengarahkan mereka..Dalam apa2 keadaan, keutamaan pertama adalah rawatan dulu.Budak yang bernama Shahmi itu mengangguk..Danial kawannya juga mengangguk..
'Kamu ni baru berusia 15 tahun, dah bawa motor tanpa lesen..berani sungguh, salah tau".kataku dengan nada sedikit keras..macam polislah pula menerangkan pada budak itu agar dia faham akan kesalahan undang2 jalan raya..
Tak semena-mena teringat pada Hani..Beberapa bulan lalu, dia merengek meminta keizinan supaya membenarkannya belajar dan mengambil lesen motor..'Oh, tidak, Saya sangat takut untuk mengizinkannya....menangislah kau Hani.. ibu tak layan".bertekad...
Apabila tiba di rumah, dia membasuh tangan , mengajar dia membubuh ubat dan membalut lukanya sendiri dengan bantuan Danial ....Nasib baik along ada, panjang sikit langkah.. mengajak along untuk menemankan kami ke klinik berdekatan sebelum menghantar budak itu pulang ke rumahnya.. ..
Pagi itu kami dapat mengadakan sesi lawatan tak rasmi. Sempat menziarahi tiga buah klinik berdekatan ..semua jawapan yang diterima mengecewakan ..pembantu klinik mencadangkan supaya murid ini dihantar ke hospital kerana doktor mula bertugas kul 9.00 pagi.
.
Nak ke hospital? uh, jalan jem.kereta banyak ni.1 jam belum tentu sampai...saya mengeluh ..namun tiada pilihan?..ke hospital jawapnya....betul sangkaan.jalan ke bandar memang jem..sampai di wad kecemasan along mencari parking...sementara saya, Shahmi dan Danial terus menjengah ke wad kecemasan..
Pembantu hospital menyambut..terus membawa Shahmi untuk mencuci lukanya..keputusan x-ray menunjukkan tulang tangan Shahmi ok, tiada tulang tangan yang patah atau retak..alhamdulilah..selama 2 jam lamanya berada di hospital dan 2 jam juga lamanya along terpaksa menunggu di luar hospital dan berada di kereta kerana parking penuh..
Dalam masa itu, dapatlah berbual-bual dengan Shahmi untuk mengumpul maklumat mengenai dirinya, Shahmi anak yatim ..".Oh, Padanlah rasa terpanggil untuk menolong kamu Shahmi. Nasib baiklah kamu anak yatim , murah rezki kamu hari ni" berkata2 dlm hati..Setelah selesai urusan, Shahmi dan Danial dihantar pulang....
.
Apabila tiba di rumah,termenung sendirian untuk bermuhasabah diri. Allah memberikan kesempatan membuka mata , menggunakan masa, tenaga dan wang untuk membantu pada orang yang memerlukan.....