Friday, March 5, 2010

Ikhlaskan hati

Hari ini ketika mahu menulis sesuatu di New Post ini, sempat juga saya melawat2 jiran tetangga blog...

Walaupun blog rakan2 terletak di kiri kanan teratak saya (jiran tetangga) dan tertera dengan pelbagai kisah menarik. Namun saya akui kadang-kala tak sempat menjengah lagipun sejujurnya saya tidak begitu mengenali penulis blog. Bunyinya macam orang sombong bongkak..maaflah yek....

Hanya sesekali  bertandang  and  just to write 'hello' 'salam'..'hai-hai'. At the end  'bye bye' ..

Namun saya sedari mereka mempunyai gaya penulisan  yang pelbagai variasi. Ada yang  islamik, puitis, bombastik..seni sastera.....kelakar...diharap penulisan mereka memberi impak positif pada minda serta ada info yang boleh dimanfaatkan dan tidaklah sampai  melalaikan..
 
Memanglah... kadang-kadang kami ini sebagai penulis blog juga mahu  mengelak untuk bercerita hal2 diri kerana agak peribadi untuk dikongsikan...lebih suka memuatkan blog ini dengan sesuatu yang berbentuk universal atau pengetahuan...

Wahai orang2 yang berilmu, curah2kan ilmu anda dan jangan disimpan2..

Pada individu yang  terambik sedikit  word @ something yang bernilai ..halalkanlah yek...petikan anda  tentunya menarik..

Untuk peringatan diri saya dan yang lain.

Bilamana anak Adam meninggal dunia, terputuslah segala pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya” (Bukhari : Nasai’)

Itulah kelebihan orang berilmu, apabila  telah meninggal dunia maka terputuslah hubungan dengan dunia melainkan beberapa perkara. Antaranya ialah ilmu pengetahuan yang dikongsikan dan dimanfaatkan oleh orang lain, selagi mana ia digunakan selagi itulah dapat pahalanya...  ..Nah..bertuahlah kepada orang yang berilmu kerana dapat saham di akhirat..tidakkah itu  nikmat, hikmah dan tuah orang yang berilmu??

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah saja yang tahu...
Hakikatnya setiap benda yang bernyawa itu akan mati...cuma cepat atau lambat(semoga panjang umur)...

Cerita pasal ilmu, teringatlah saya mengenai  ilmu yang  saya dapat daripada seseorang. Bukan ilmu hitam..tapi ilmu resepi  ...

Ketika masih muda remaja, muda belia... baru posting . Saya rapat dengan seorang guru senior..Cikgu itu dianggap macam ayah . Saya suka makan Maruku yang dibuat oleh isterinya.

Suatu hari saya pergi ke rumahnya. Isteri beliau mengajarkan saya bagaimana membuat maruku itu. Sehingga  sekarang, saya pandai buat Maruku  Melayu. (Maruku Orang India keras  skit). Kalau buat betul-betul.. saya boleh dapat income.....but business is not my priority.




Takdir menentukan segalanya.  Apabila balik dari menunaikan haji, beliau dipanggil Ilahi...    pulanglah beliau  ke rahmatullah....

Setiap kali menjelang Hari Raya,  kadang-kadang puteri2  saya nak buat kuih itu. Apabila terkenangkan dirinya,  saya akan bertafakur sebentar untuk  memberi sedekah Al Fatihah kepada Allahyarhamah sebelum saya  mengadun kuih itu  dan  berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.

Dah biasa buat kuih ini,bukanlah nak makan sangat pun, tapi  rajin  berikan kepada adik beradik dan saudara mara saya yang datang ke rumah. Begitulah hebatnya ilmu yang beliau sampaikan..Saya percaya kalau sesuatu itu  dimulakan dengan niat yang baik..maka dia akan jadi ikhlaslah jugak....

Menyentuh tentang keikhlasan..untuk anak2 termasuk anak2 ibu...ikhlaskan hati kelian dalam setiap perjuangan hidup..ikhlaskan hati dalam setiap pekerjaan..ikhlaskan hati  dalam persahabatan...ikhlaskan hati sekiranya ada apa2 yang membuatkan rasa kecewa di tengah jalan... .

Apabila kita belajar erti redha dan  ikhlas, insyaAllah hati  akan tenang dan bahagia dengan ketentuan daripada ALLAH yang maha penyayang. Ketenangan dan Kebahagiaan itu sebenarnya  terletak di sudut hati..Berdoalah dengan penuh harapan bahawa..SURIA ITU MEMANCARKAN SINARNYA.......insyaAllah. 

1 comment:

insan pendidik said...

salam,

ketulusan hati tu amat penting agar segalanye mendapat keberkatanNya...

Post a Comment