Kata-kata tersebut itu adalah salah satu contoh urusan takdir dan perencanaan Allah yang di luar bidang kuasa manusia tetapi kita percaya di sebalik apa yang dikurniakan itu mengandungi seribu rahmat, hikmah dan kebaikan yang mungkin tidak kita sedari..
tenang ketika menghadapi ujian yang didatangkan oleh Allah
Namun, sebagai hamba Allah, kita tetap beruntung dan bertuah... Allah kurniakan kita pelbagai deria untuk menikmati naluri dan perasaan ..... mempunyai rasa untuk mengecapi sesuatu kebahagiaan, kegembiraan dan keselesaan.....Mempunyai sekeping hati untuk merasai penderitaan dan kepahitan.....
Berdoa untuk kesejahteraan diri
Apakah pula kekuatan kita sebagai manusia dalam membuat pertimbangan tersebut.....
Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonannya orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu"
Surah al-Mukmin ayat 60 bermaksud "Berdoalah kamu kepadaKU nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
Umar al-Khattab menganggap doa adalah tentera yang hebat. Beliau berkata 'Sesungguhnya yang aku fokus bukan doa itu sendiri disebabkan apabila kelian diihlamkan untuk berdoa, yakinlah Allah SWT akan mustajabkan doa itu'
Oleh itu..Mintalah hidayah dan taufik daripada Allah SWT disertai dengan doa-doa agar dipermudahkan segala urusan kita..
Semoga doa memberi kekuatan kepada kita untuk melalui liku-liku dan cabaran dalam kehidupan ini.....AMIN...SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJAH..
Semoga doa memberi kekuatan kepada kita untuk melalui liku-liku dan cabaran dalam kehidupan ini.....AMIN...SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJAH..
No comments:
Post a Comment