Tidak dapat dinafikan bahawa naluri manusia memang suka berkawan..Oleh itu , hidup kita tidak akan sunyi kerana rakan2 sentiasa mengisi rongga kehidupan kita samaada mereka adalah rakan sekolah.. rakan kolej atau rakan uni..dan rakan sekerja. .
Namun, tidak semua rakan itu dikategorikan sebagai sahabat …..Sahabat itu lebih istimewa kepada kita kerana kesesuaian dari segi emosi, tingkahlaku dan lain2 menyebabkan kita senang berdamping dgnnya.
keakraban sahabat itu tidak semestinya spt kuku dgn jari..tetapi kehadirannya disenangi dan bermakna dlm kehidupan kita.
Menurut seorg sarjana barat, sahabat yang baik adalah hadiah yang berharga buat kita (Robert Louis Stevenson..)
bandingan sahabat umpama hadiah yg bernilai ....kerana ia diperlukan....
Betulkah? Jawapannya sudah pasti 'ya'..mengapa tidak? Jika Sahabat kita itu sanggup menolong kita, boleh berkongsi suka duka, memahami perasaan, sentiasa menunjukkan kebenaran dan yg paling penting sahabat boleh membimbing kita menjadi individu yg baik....
Sahabat..spt lilin yg boleh menerangi kegelapan..membimbing kita menjadi individu yg baik..
Sedikit fakta berikut mungkin membantu kita untuk mengenali individu yg didampingi itu adalah rakan atau .......kita meletakkan dan memertabatkan dirinya sebagai sahabat......
sahabat...
1. Seorang yang setiakawan. Meredakan kesedihan , menghilangkan kebimbangan dan menjadi penghibur di kala duka...
2. Insan yang memahami diri dan perasaan kita, berada di sisi apabila diperlukan serta membuatkan diri kita berasa selamat.
3. Insan yang jujur dan ikhlas sediakan memberi pertolongan tanpa meminta balasan.
4. Tidak memburuk2kan kita di belakang tetapi dalam masa yg sama menegur dan menasihatkan kita.
5. Bersimpati dengan kita apabila ditimpa kesusahan..sanggup mengorbankan masa dan tenaga sekiranya kita meminta pertolongan, selagi tidak membebankan...
7. Insan yg ikhlas dan boleh dijadikan tempat untuk meluahkan pemasalahan dan perasaan kita.
8. Insan yg boleh dipercayai . Mampu menyimpan rahsia dan keaiban .
9.Boleh berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman dan tidak kedekut.
10.Mengambil berat tentang diri kita dan sanggup mendoakan akan kejayaan dan kebahagiaan kita dengan hati yg ikhlas.
Antara ramai rakan yg didampingi, adakah anda telah meletak rakan anda itu setaraf dengan sahabat....kalau anda memilikinya …tidakkah anda merasa bertuah???….
No comments:
Post a Comment