Monday, October 26, 2009

Jika kamu..

Puteri-puteriku...
Jika kamu...
masih teringat...
akan cerita semalam...
kepingan2 kaca yg retak itu...
telah runtuh...
dan jatuh bertaburan...
di atas lantai jubin yg putih bersih...
itu tandanya........
kamu kena kutip...
satu demi satu...
dengan cermat..
lalu kamu perlu membina semula...
kepingan dinding kaca yg kukuh!!!!!!!



Puteri-puteriku...
Jika kamu...
masih melihat...
luka2 yg berdarah kelmarin...
yg merah...
dan masih berbekas..
itu tandanya.............
kamu perlu membersihkannya dahulu...
dan perlu merawat luka itu sendiri...
dengan rapi...
agar ia boleh sembuh...
meskipun parutnya..
tak mudah hilang!!!!!!



Puteri2ku...
Jika kamu...
terasa bahang api..
yg panas itu..
memeritkan kulitmu..
itu tandanya...............
kamu perlu melangkah pergi..
jauh meninggalkannya..
kerana.....
kamu perlu belajar dahulu..
untuk menbina kekuatan...
sebelum bersedia...
berhadapan dengannya !!!!!!



Puteri-puteriku..
Jika masih bersisa..
kenangan semalam...
yang belum terpadam...
mengenai cerita sebuah kegagalan..
yg amat memedihkan..
maka..
itu tandanya ..................
kamu perlu..
mengatur langkah...
berlari-lari..
untuk mengejar peluang yang datang..
supaya kamu...
tidak mempersia2kan harapan itu !!!!!!



Puteri2ku..
Jika kamu...
telah hadir..
bersama rintik2 hujan..
yang dingin..
lalu bangkit semula..
mengukir senyuman...
itu tandanya.............
kamu perlu belajar bersyukur..
dan mengucapkan alhamdulilah..
kerana kamu tahu..
betapa sejuknya..
hujan yg membasahi bumi itu..
lalu menyuburkan..
pepohon nan kehijauan!!!!!


Saturday, October 10, 2009

Nikmat Menghadapi Cabaran

Semakin matang kita, semakin hebat juga cabaran dan dugaan yg Allah s.w.t berikan kepada hambaNya. Setiap daripada kita tidak terlepas daripada dugaan, cubaan dan godaan yg semuanya diistilahkan sebagai cabaran. Natijahnya, tiada sesiapapun yg terlepas dengan rintangan cuma individu itu didatangkan cabaran secara berbeza-beza..

Satu cara... meluahkan perasaan dengan air mata dapat melegakan sedikit tekanan emosi yg dihadapi ...


Perkara asas yg perlu direnung apabila menghadapi cabaran adalah merenung ke dalam diri... mengenali diri kita terlebih dahulu. Orang yg mengenali diri dan penciptaNya selalu mempunyai kekuatan dalaman yg tinggi. Mengenal diri juga bermakna kita berusaha untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan maka ia memungkinkan kita lebih tenang menghadapi situasi ini tanpa menjejaskan kualiti pemikiran dan kehidupan.

melatih diri berfikiran positif


Individu akan bersyukur kerana didatangkan dengan cabaran kerana situasi itu yg mematangkan kita. Cabaran membuat kita bertindak balas terhadap sesuatu kerana tanpanya kita akan berada di zon selesa . Cabaran membuat kita berfikir, merancang dan bertindak kerana terpaksa meredah hutan belukar.....membedah sesuatu perkara yg belum kita buat selama ini.

kebahagian terletak di sudut hati..hati yg sentiasa tenang dan mengingatiNya.


Individu yg banyak menghadapi cabaran merupakan orang-orang yg matang, dapat membuat keputusan dgn baik, mampu membuat pertimbangan yg bijak, rasional dan bertanggungjawab.


tenang dan damai menikmati kehijauan alam ciptaan tuhan.....


Hadapilah dugaan dengan tenang. Inilah waktu yg terbaik untuk kembali mendekati Allah s.w.t.Tuhan pencipta alam, pemilik segala rezki, pemilik kebahagiaan dan kerahmatan.

Oleh itu bersyukurlah , andainya didatangkan ujian, kerana tanpanya mungkin kita sentiasa dibuai mimpi, leka dengan kehidupan dlm zon selesa..


Tenang dan bertawakal serta cuba berusaha untuk mengatasinya....semestinya kita merasa lega dan ceria sekiranya berjaya melalui sedikit kepayahan dalam kehidupan ini.Ingatlah bahawa Allah akan sentiasa bersama orang2 yg bersabar. amin.....

ps selamat bercuti......cuti2 malaysia.... sempena deepavali...

Merdeka...merdeka..




Merdeka..merdeka...tulah yg terucap di mulut adik Hani pd waktu ini...sambil tersenyum simpul ...senyumnya pun dah sampai ke telinga..punyalah happy..dia kata x perlu risau2..Dah habis PMR....dah tak ada tekanan..tak ada stress..kata adik, muka ayahanda (pengetua) pun dah tak nampak lagi masuk ke kelas untuk bagi ceramah....kalau tidak keraplah ayahanda berkhutbah di kelas ......nak bagi kesedaran pd pelajar2 yg x sedar2...termasuklah adik!!!..



Buku-buku PMR Hani yg bertimbun tu, dah mula dikumpul dan dikemaskan..ada buku sains kat tangga...ada buku sejarah kat atas meja..ada kat bawah katil..ada kat almari buku..maklumlah rajin study.....eh rajin study keeeeeee? ya la tuuuu.........Along bukan tak tau, adik ni cerdik sangat.....Along nampak dalam buku sejarahmu ada novel jiwang...tapi, mama nampak Hani baca buku sejarah aja....em, hampir separuh novel tu Hani baca, baru mama perasan.....kantoi...padan muka adik...


Mama kata, Buku PMR nak kasi Naja (cousin) ..ada satu kotak besar semuanya...harap2 Naja terima buku adik ni dengan hati yg terbuka..Hani cakap ngan Naja, nak buat macam mana..giliran Naja pulak berPMR......kesian adik dah nak demam angkat kotak buku2 PMR tu..sabar dik.....sabar...esok lusa kita bagi Naja ya..


First, habis PMR adik gi beraya. Lagipun, ada 5 hari lagi shawal....kata adik nak gi rumah cikgu.. gi rumah kawan2 utk beraya...release tension...kemudian singgah kat U Mall tengok wayang..kesian juga first time tengok wayang....mama x marah..kata mama pegilah..nanti tak kenal pula ada panggung wayang kat U Mall tu...


Eh..nak tengok sekolah hani puas-puas..tahun depan form 4..Hani tak tau lagi tercampak

di sekolah mana..sudah 3 tahun Hani di sekolah ini..kata Hani macam2 kenangan yg x dpt dilupakan.

Kenangan paling manis apabila group Hani menang reka cipta sains, 'Eye On Malaysia' ..apabila menang dapat penghormatan bercakap di perhimpunan mingguan untuk menerangkan reka cipta di hadapan 2000 lebih pelajar dan 75 org guru...wah, bangga!!..tapi hadiahnya...coklat je...kesian..kesian sebulan lamanya menyiapkan 'Eye On Malaysia' dengan kawan2, tpi dapat makan coklat ........xpelah dik yg penting kepuasan berkarya....

Ok..ni surau sekolah ...pun ada kenangan manis...setiap Ramadan Hani berpeluang bertadarus kat sini ngan kawan2 dia, ngan ustazah...masa bertadarus waktu rehat.



Tahun pertama hadiah bertadarus Hani dapat senaskah quran..quran yg cantik tu ada kat along, along yg baca sehingga sekarang, adik yg bagi along guna. ..tahun ke dua Hani dpt sehelai telekung..Hani belum guna lagi telekung tu, dia sayang...



Depan SMK Desa Skudai ada padang, di padang inilah SMK Desa Skudai menganjurkan pertandingan meluncur roket. luncuran yg paling jauh dikira menang ...Hani and the group masuk pertandingan tu ...wah, roket Hani memang cantik... excited!!!!...kalau dikira cantik pasti group adik menang..tapi pertandingan ini kira jauhlah dik...eh.. masa perlawanan tu tetiba roket semput, berat kot...he he..he.. luncurannya kureeng jauh..masa test ok je....tpi meragam pula masa pertandingan..frust lahtu x menang, xpe lah dik, yg penting pengalaman....adik dah letak mana roket yg cantik tu??.. dah campak kat tong sampah ya...




 
Ok..banyak lagi kenangan kat SMK Desa Skudai yg Adik Hani pernah ceritakan..cerita sesikit je.. diucapkan slmt Merdeka untuk adik ...Merdeka adik cuma seminggu dua tau..pas tu tolong2 kat dapur.... kemas2 rumah...buatlah sesuatu yg bermanfaat......

Tuesday, October 6, 2009

SAHABAT DAN RAKAN KITA


Tidak dapat dinafikan bahawa naluri manusia memang suka berkawan..Oleh itu , hidup kita tidak akan sunyi kerana rakan2 sentiasa mengisi rongga kehidupan kita samaada mereka adalah rakan sekolah.. rakan kolej atau rakan uni..dan rakan sekerja. .
Namun, tidak semua rakan itu dikategorikan sebagai sahabat …..Sahabat itu lebih istimewa kepada kita kerana kesesuaian dari segi emosi, tingkahlaku dan lain2 menyebabkan kita senang berdamping dgnnya.

keakraban sahabat itu tidak semestinya spt kuku dgn jari..tetapi kehadirannya disenangi dan bermakna dlm kehidupan kita.
Menurut seorg sarjana barat, sahabat yang baik adalah hadiah yang berharga buat kita (Robert Louis Stevenson..)

bandingan sahabat umpama hadiah yg bernilai ....kerana ia diperlukan....

Betulkah? Jawapannya sudah pasti 'ya'..mengapa tidak? Jika Sahabat kita itu sanggup menolong kita, boleh berkongsi suka duka, memahami perasaan, sentiasa menunjukkan kebenaran dan yg paling penting sahabat boleh membimbing kita menjadi individu yg baik....
 
Sahabat..spt lilin yg boleh menerangi kegelapan..membimbing kita menjadi individu yg baik..

Sedikit fakta berikut mungkin membantu kita untuk mengenali individu yg didampingi itu adalah rakan atau .......kita meletakkan dan memertabatkan dirinya sebagai sahabat......
sahabat...

1. Seorang yang setiakawan. Meredakan kesedihan , menghilangkan kebimbangan dan menjadi penghibur di kala duka...
2. Insan yang memahami diri dan perasaan kita, berada di sisi apabila diperlukan serta membuatkan diri kita berasa selamat.
3. Insan yang jujur dan ikhlas sediakan memberi pertolongan tanpa meminta balasan.
4. Tidak memburuk2kan kita di belakang tetapi dalam masa yg sama menegur dan menasihatkan kita.
5. Bersimpati dengan kita apabila ditimpa kesusahan..sanggup mengorbankan masa dan tenaga sekiranya kita meminta pertolongan, selagi tidak membebankan...
6. Boleh menjadi sumber inspirasi, bermotivasi dan meningkatkan semangat untuk kita berkerja...
7. Insan yg ikhlas dan boleh dijadikan tempat untuk meluahkan pemasalahan dan perasaan kita.
8. Insan yg boleh dipercayai . Mampu menyimpan rahsia dan keaiban .
9.Boleh berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman dan tidak kedekut.
10.Mengambil berat tentang diri kita dan sanggup mendoakan akan kejayaan dan kebahagiaan kita dengan hati yg ikhlas.
Antara ramai rakan yg didampingi, adakah anda telah meletak rakan anda itu setaraf dengan sahabat....kalau anda memilikinya …tidakkah anda merasa bertuah???….


Saturday, October 3, 2009

Kelebihan BerZikir

Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu’ & tawadu’ dan disedekah kepada ahli keluarga.. InsyaAllah, Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka.....

"Saya ada pengalaman........ Ketika di share iaitu pada 1997, Saya adik beradik rush menziarahi emak di hospital apabila dapat khabar emak sakit tenat kerana kanser. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau, emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan... Alhamdullillah apabila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit.


Kami minta emak makan supaya dapat tenaga... Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak
disentuh pun. Emak bagi tau yg saya sediakan (bagi makan utknya). Saya hairan walhal saya baru sampai....



Baru saya teringat... sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh... Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya."(penulis)

Lelaki tersebut(penulis) pernah terlantar  sakit di hospital.Beliau tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan..Penulis bertanyakan isterinya..lalu isteri beliau diberitahu bahawa isterinya telah membaca alfatiha seberapa banyak pada hari tersebut untuk disedekahkan kepada suaminya.



Moral of the story – sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu’ dan bersungguh-sungguh insyaAllah, Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah .


Mengamalkan zikir “Ya Allah!" : apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapaai segala yang dihajati. 

(fadhilat di bawah dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

P/S Semasa kecil saya adalah pendengar setia cerita2 ayah..mungkin krn kecenderungan itu, sehingga skrg sya suka membaca dan mengumpul cerita terutama spt cerita tsb ....maka cerita ini dikongsikn bersama..........

Bersabar menghadapi dugaan....