Monday, December 28, 2009

Cerita Tahun Baru

Hari ini, hari pertama memulakan tugas selepas bercuti lama..Tugasan pertama adalah menghadiri mesyuarat.Tugasan ini diterima melalui SMS..sekarang dah maju dan serba serbi melalui jalinan teknologi..dah tak ada surat menyurat  rasmi macam dulu kala.. pendek kata kalau hp teredam dalam air atau hp rosak atau tertinggal di kampung..maka tak datang mesyuaratlah hari ini...

Apabila saya melangkah masuk ke bilik mesyuarat itu, pandangan pertama tertumpu kepada satu kumpulan  rakan-rakan  yang baru berpindah ke sini..masing2 tersenyum simpul kerana saya rasa mereka tak sabar menunggu tugasan  yang bakal diberikan..tapi, kalau lambat diagihkan janganlah menangis yek. Anda perlu bersabar kerana akan tiba masanya anda diberikan jawatan-jawatan penting tertentu. Jadi bersabarlah menanti. ..
.
Pada rakan2 senior tak perlu lagi 'gila kuasa' .Istilah yang selalu disebut2 jika diberikan tugasan yang terlebih (kesian)...  maka  terkendurlah sedikit urat2 tu kerana dah ada asistant untuk berkongsi kerja....

Antara perkara yang disentuh dalam mesyuarat....

- Etika kerja untuk melonjakkan kecemerlangan
- Tanggungjawab dan dedikasi
- Etika berpakaian
- dan lain2 yang tak perlu disebutkan .....

- Lagi satu yang menarik...pengumuman tentang  peruntukan kementerian dipotong..Kami pun terasa tempiasnya. Peruntukan bayaran elektrik juga dipotong menyebabkan hari ini kami bermesyuarat dalam kepanasan.. alat pendingin hawa tidak dipasang macam selalu dan yang lebih seronok tiada kipas angin di bilik mesyuarat itu yang kurang aliran udaranya...bayangkan diri ini dalam kehangatan untuk beberapa jam kerana berjimat cermat ...

Berkorban apa saja ..... Itulah pelajaran pertama yang dapat ku kutip pada hari ini sempena tahun baru .... 

Beberapa tugas2 penting telah pun diserahkan kepada rakan2 sejawat pada hari ini. Oleh itu bermulalah lembaran2 baru 2010..... episod2 baru..... tekanan2 baru......... Namun harus ditangani dengan bijak. Hidupkanlah  semangat kerjasama , toleransi serta membudayakan  nilai-nilai murni  yang lain  untuk memastikan peranan kita berjalan lancar..


Orang lama tapi semangat perlu baru!!!

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2010..
.

Wednesday, December 23, 2009

berkongsi kesyukuran

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya diberi kesempatan kepada Hani untuk merasai nikmat dan kepuasan untuk memperoleh keputusan 8A dalam PMR...


Justeru, sebagai ibu ingin sekali saya mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan tuan pengetua (ayahanda) SMKTDS, J.Bahru yang tentunya telah bertungkus lumus serta tidak pernah mengenal erti penat dan jemu berusaha untuk melihat anak didik mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang.


Tidak lupa juga, saya  ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru tuisyen Hani kerana mereka juga sama-sama seiring dan berganding bahu berusaha keras untuk memastikan prestasi murid-murid mencapai sasaran yang diingini.


Kepada Hani  yang masih berada di sekolah kerana meraikan kejayaan bersama guru-guru dan warga SMKTDS, ibu ucapkan tahniah di atas kejayaan itu..walau bagaimanapun ibu berharap jangan terlalu alpa kerana sedarilah anakku..kecemerlangan yang diperoleh itu hanyalah titik permulaan di dalam perjalanan hidup ini ..Ingatlah anakku..kejayaan dalam pelajaran tidak semestinya berjaya dalam hidup..


Anakku..ibu selalu berpesan kpd Hani beri ibu 3A yang  ini semoga Hani mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat....apa dia anakku......


A pertama: menjadi anak2 yang  beriman dan beramal soleh..


A kedua: cermerlang dari segi sahsiah di sekolah, rumah dan di mana-mana sahaja berada..termasuk dari segi budi bahasa, tingkah laku, adab sopan,menghormati guru2 dan orang tua dan lain-lain. 


A ketiga :Aspek pengurusan diri.


Semoga sedikit pencapaian baik yang diperolehi ini  memberi dorongan kepada Hani untuk belajar dengan lebih tekun di masa akan datang tanpa mengabaikan kualiti diri dalam pelbagai aspek yang lain terutama dari segi kerohanian.

Tuesday, December 15, 2009

Berdoa Untuk Kesejahteraan Hidup ...

Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.... 


Kata-kata tersebut itu adalah salah satu contoh urusan takdir dan perencanaan Allah  yang di luar bidang kuasa manusia tetapi kita percaya di sebalik apa yang dikurniakan itu  mengandungi seribu rahmat, hikmah dan kebaikan yang mungkin tidak kita sedari..

 tenang ketika menghadapi ujian yang didatangkan oleh Allah

Walaubagaimanapun kehidupan dan pengalaman akan mengajar kita bahawa apabila kita berfikir sejenak untuk mencari keredaan ilahi..kita akan temui rahsia dan jawapannya mengapakah kita telah ditentukan sedemikian rupa...... 


Namun, sebagai hamba Allah, kita tetap beruntung dan bertuah... Allah kurniakan kita  pelbagai deria untuk menikmati naluri dan perasaan  ..... mempunyai rasa untuk mengecapi sesuatu kebahagiaan, kegembiraan dan keselesaan.....Mempunyai sekeping hati untuk merasai penderitaan dan kepahitan.....
Berdoa untuk kesejahteraan diri
 
Justeru sebagai insan yang memiliki akal fikiran yang sempurna kita dianugerakan pula berkeupayaan untuk membuat penilaian dan pertimbangan atas apa yang kita telah lalui itu...



Apakah pula kekuatan kita sebagai manusia dalam membuat pertimbangan tersebut.....


Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonannya orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu"

Surah al-Mukmin ayat 60 bermaksud "Berdoalah kamu kepadaKU nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"


Umar al-Khattab menganggap doa adalah tentera yang hebat. Beliau berkata 'Sesungguhnya yang aku fokus bukan doa itu sendiri disebabkan apabila kelian diihlamkan untuk berdoa, yakinlah Allah SWT akan mustajabkan doa itu'

Oleh itu..Mintalah hidayah dan taufik daripada Allah SWT  disertai dengan doa-doa agar dipermudahkan segala urusan kita..


Semoga doa memberi kekuatan kepada kita untuk melalui liku-liku dan cabaran dalam kehidupan ini.....AMIN...SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJAH..

Saturday, December 12, 2009

girl

Ketika merayau-rayau di alam maya...
saya terjumpa site imej bergambar yang cantik dan clear..

lalu ku hadiahkan foto girl ini special for you ..duhai teman2..



(maaflah yek..foto girl dah ghaib...ganti bunga ok..cantik juga..)


dan sebagai tambahan..

di bawah ini ada sedikit  kata2 buat renungan bersama...
untuk peringatan diri saya dan semua..



Kadangkala, Kita terlalu leka dengan hal-hal dunia seolah-olah kita akan  hidup untuk 1000 tahun lagi  !!!


Kita terlalu mengejar kebendaan..kemegahan..tetapi  kadangkala  kita terlupakan  untuk bersyukur di atas rahmat dan nikmat yang dianugerahkan itu!!!


Kita hanya memandang keistimewaan yang ada pada diri orang lain dan mengeluh kerana kita tidak memilikinya... Walhal kita juga memiliki pelbagai keistimewaan yang kadangkali kita tidak menyedarinya!!!

Tuesday, December 8, 2009

Hantarannya Senaskah AlQuran

Suasana pagi itu sungguh cerah. Secerah air muka pasangan kekasih itu. Mereka masuk ke sebuah kedai buku, melihat-lihat..meninjau-ninjau dan tercari-cari..

 
“Adam, tengok nih. Cantiknya.... Warna keemasan. Sesuai untuk dibuat hantaran "kata Nadia sambil memandang AlQuran yang berkulit keemasan itu. Dia sangat teruja.

“AlQuran yang ini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Adam yang rambang mata. Tujuan mereka ke kedai itu untuk membeli hantaran senaskah AlQuran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Nadia yang sedang leka membelek2 AlQuran itu.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Adam. Nadia tergelak. Namun hatinya berbunga riang dan bahagia kerana mendapat  calon suami yang prihatin seperti Adam.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.


“Oh, kami mencari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sapa Adam. Nadia tersengih malu.



“Oh. Baguslah. Adik selalu baca, waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" jawab Adam yang tiba-tiba lurus bendul itu.Nadia masih tekun memilih senaskah untuk dibawa pulang, tanpa menghiraukan perbualan Adam dengan pakcik itu.

“Kalau gitu, tak perlulah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian AlQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik ..mula-mula beli dulu, nanti kami baca la kalau free” tiba-tiba Nadia menyampuk pula setelah mendapat apa yang dihajatkan.

“Oh, baguslah kalau gitu. Belilah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti  ahli masjid.

“Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” kata Nadia sambil mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan yang bersaiz kecil sedikit.

“Jangan lupa baca ya” kata pakcik itu, kemudian berlalu dari situ dan  meninggalkan pasangan tersebut.
 

Adam terdiam sebentar.  Kata-kata pakcik yang muncul secara tiba-tiba membuat dia terkedu...



Hari yang dinantikan sudah tiba. Terlalu indah buat kedua-dua mempelai ini. Pasangan ini tidak sabar-sabar menantikan akad yang menandakan secara rasminya mereka disatukan serta memohon doa restu daripada para tetamu yang meraikannya...










“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema...

Adam yang duduk segak di hadapan para tetamu itu tiba-tiba terkejut sedikit apabila melihat kehadiran Pak Iman. Jantungnya bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan. 



Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman mengambil berkat daripada Pak Imam. Apatah lagi air muka Pak Imam itu berseri, tenang dan bersih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Adam mengigil. Nadia juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku dua bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya sukalah hendak mendengar bacaan adik Adam. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan sahaja. Maklumlah, ustaz. Apa sahaja yang dicadangkan semua baik-baik belaka.

 Adam menelan air liur. Baginya inilah saat-saat paling gementar . Peluh mula membasahi baju Melayunya..dia tidak peduli lagi akan penampilannya yang segak ketika itu...

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Adam cuba mengagahkan diri. Nadia tekun mengintai dari sebalik tirai. Dia amat cemas kalau-kalau Adam..........



“Oh, ayat yang mudah je. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
 

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd?

“Apa benda nih” detik hati Adam.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” Adam berlagu .

Tiba-tiba kedengaran gemuruh dan riuh rendah rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Nadia merah padam wajahnya. Nadia entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.. Adam, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
 

Adam berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Adam, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula....

Ustaz menyambung lagi...


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.



Adam, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orang yang memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkannya... menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..”  Ustaz Sa’ad menutup kutbahnya. Seisi rumah mengagumi ceramahnya.

Hari berganti hari...minggu berganti bulan...

Mengambil berkat dari peristiwa akad itu....Adam kini sudah pun berubah, bukan sahaja dia telah menjadi suami yang penyayang tetapi telah mendalami  Kitab AlQuran dengan sempurna...


Monday, December 7, 2009

Emak..ibu.....

Pagi itu,  pada pukul 8.30 saya menghantar angah ke destinasi 
yang ingin di tuju....
Di dalam kereta... saya sempat marahkan angah..
Sebab dia lewat beri information ... 10 minit lagi hendak keluar baru beritahu..
jadi saya tak sempat buat apa2..sempat pakai tudung..bermake up jauh sekali...
terus start kereta dan  jalan...


Angah duduk  di sebelah dan mendiamkan diri...dia tahu , dia bersalah...
Cuti ini ...Saya memang rehat skit....bab hantar-menghantar ni urusan hubby ..
lagi pun along ada, dia  rajin . kalau adik-adiknya ada hal2 di luar...along excited nak hantar..
Dia lesen baru..lesennya hampir 2 tahun.. 
jadi dia masih suka pegang stereng  !


Tapi hari itu hubby bekerja dan along ada urusan..
terpaksalah saya menguruskan angah...







Masa balik menghantar angah ... 
tercapai cd lagu ibu dalam dashboard kereta....
buka lagu ibu..

Oh ibu...
kau disirami bayu pagi..
kehilangan terasa kini..
dan kesepian..dan aku...
bagai purnama gerhana...
ibarat lautan kering..
tiada tempat kulayarkan..
hasratku ini..
masih belum sempat..
kubuktikannya padamu..
ibu tersayang...kucurahkan rasa hati...
bla....bla....bla...
mendengar suara penyanyi yang mendayu2 itu....

terfeeling sekejap ...
tiba-tiba teringatkan arwah emak..

Besar sungguh pengorbanannya..

kini...saya pula jadi ibu..
menggalas tanggung jawab itu..
sebagai pelapis...

Merasai pengalaman jadi ibu..
baru terasa betapa... 
memikul tanggungjawab itu..

mengapa tidak?
kebimbangan sentiasa bersarang di hati..
nasib baiklah anak2 tak sosial ...jarang keluar rumah..
kecuali ada hal..

tapi..banyak perkara lain yg perlu dilihat....

mudah2an tidak tersilap langkah...
Emak bela kami susahkah?
Bangga tengok mak..
Emak takada pelajaran tinggi... hanya boleh membaca jawi..
dan mengaji quran dengan baik..emak berjaya mendidik anak2..
Paling tidak anak2 boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan dan beriman...
Terima kasih, emak ...
Terima kasih atas jasa emak yang mendidik kami..
Siapalah kami adik-beradik kalau bukan mak dan ayah!!!!

Terbayang Pada saat2 akhir mak.. 
kebetulan di rumah saya....

Hari tu kakak Nor menelefon dari kampung..
kak Nor suruh mengambil emak di kampung..
saya ni sebuk ketika itu dan berharapkan agar sedikit masa lagi untuk tunaikan permintaannya..
Kakak Nor beriya2 supaya saya balik  juga..
Akhirnya dia malas hendak menyusahkan saya ..
lalu dia sendiri menghantar emak sampai depan rumahku..


Saya akur..
Kak Nor beritahu bahawa emak rindu sangat ....
Emak rindu sangatkah?
Saya merenung mata dia dalam-dalam apabila mak sampai di rumah..
Kami bertentang mata  ....
Emak tersenyum puas...
entah kenapa tiba-tiba.... 
Saya cukup rasa bersalah dan rasa sayu..
Maafkan saya mak....
Saya tengok mak tak berapa sihat..lemah sikit..

rupanya dia demam..saya memberikannya ubat..
Saya tinggalkan emak di rumah kerana  bertugas..
Along ada di rumah. Dia tunggu SPM ketika itu dan dapat menjaga neneknya.. 
Saya tinggalkan pesanan pada along sebelum keluar bekerja..

Berada di rumahku..

saya layan makan minum emak dengan baik..

Bersihkan biliknya..bajunya..tilamnya..dan membantu dia mengambil wuduk..
Jaga makan minumnya..

di tempat kerja ingatanku hanya pada emak ....
dan mahu pulang segera.. 
Kemudian petangnya tanpa disuruh, 
saya pergi shopping untuk membeli barang2 emak..
dan keperluan2 hariannya yang lain..
banyak jugak beli..nak suruh dia duduk lama2 di rumah..


 












Sebenarnya senang bersama mak..

Dia tak pernah merungut..tak mengadu sakit..Tak banyak kerenah..

Emak memang suka bercerita..sangat mesra....kami layan..
Subuh Sabtu tu..selepas solat subuh dia bercerita lagi..
Dia kata ada tetamu datang dan beri salam kat dia..
dan menyebut kalimah ALLAH...
Menyebut lailahaillalah..

Saya jadi pendengar setia..
Saya akui kurang arif....
Hanya orang2 tertentu yang boleh menginterpritasi apa yang tersirat ..

Lalu saya pun menyuruh mak sentiasa menyebut nama Allah..
lailahaillallah..

dan lain2 ayat quran..
dia nampak ok..

Emak mengiyakan kata saya..
dan mengangguk-ngangguk....

Pagi Sabtu emak kata hendak jumpa anak2nya yang lain..
Adik-beradik saya pun datang pada hari sabtu itu..

Mereka berbual dengan mak..peluk cium emak..
Saya lihat wajah emak sangat ceria dan segar..
Esoknya hari Ahad saya sudah merancang 
untuk membawa emak ke tempat perubatan tradisional..
Walaupun ubat yang diambil dari klinik diberi juga..
Namun hajat saya tak kesempaian.....

Pada subuh Ahad itu..

Emak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
dan meninggalkan kami..

Emak nampak terseyum..ada peluh di dahi..kata orang berkat..

Ajal maut di tangan tuhan..
Kita hanya mampu merancang..tuhan menentukan..
Kalau boleh diputarkan masa..
akan ku hadiahkan emak..
Masa berkualiti yang lebih banyak bersamanya..

serta kasih sayang dan perhatian yang jauh melebihi semalam..
tapi..hanya tinggal kenangan!!!

Semasa jenazah emak diurus, dimandikan dan di kebumikan ..
Setitik air mata saya tak tumpah langsung...
Kecuali ketika abang long sampai ke rumahku..

Allah pinjamkan kekuatan  ketika itu ..
dan saya tenang menghadapi semuanya..

Mungkin kerana tak berhenti2 saya membaca ayat2 lazim..
dan beristigfar..

kalau tidak..dah pengsan kot!!!
Malam tu di rumah kak Nor...
lepas solat barulah air mata saya deras mengalir...
macam air sungai  ..

sangat sayu..

terasa dunia ni kosong....sepi..
Sungguh saya terasa kehilangan..

eh...
lalu saya beristigfar..

muhasabah diri..
Kasih sayang tu sebenarnya anugerah..
Bukan hak mutlak kita..
Anugerah Allah..

yang diberi dalam bentuk pinjaman...  
Pinjaman... kasih sayang  terhadap anak2, ibubapa..
terhadap adik-beradik.. whatever yg kita ada dan sayang..
hanyalah dalam bentuk pinjaman..

Kalau dah namanya pinjaman..
DIA akan ambil balik pada bila2 masa yang DIA kehendaki....
Selepas muhasabah diri...saya dapat kekuatan  lagi.


 




tapi rintihan bersambung lagi..
emak beruntung ...
alhamdulilah..sebab anak2 emak semuanya pandai mengaji..  
selalu membaca ayat2 suci..

bermakna..emak banyak dapat hadiah ayat2 suci....
lepas muhasabah diri ..
Saya jadi kuat sikit ketika itu!!!!....
dan meneruskan kerja seharian semula..


Friday, December 4, 2009

Serangan Jantung

Pengetahuan  tentang serangan jantung yang menjadi pembunuh utama ini amat penting supaya kita  dapat menambah ilmu kesihatan serta mengamalkan cara hidup sihat..


Selain itu, info ini bertujuan agar kita sama-sama beringat2 dan berwaspada  terutama kepada golongan yang berusia.

Berdasarkan statistik kematian penduduk dunia oleh pertubuhan kesihatan sedunia (who) kematian serangan jantung (heart attack)adalah punca utama di Malaysia 2007.

Serangan jantung koronari terjadi apabila salur darah ke jantung tersumbat secara tiba2.Oleh itu tiada pengaliran darah yang membawa oksigen ke tisu jantung mengakibatkan kematian tisu jantung.

komplikasinya kematian tisu jantung dan kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan,dinding jantung terkoyak atau pecah, injap jatung mengalami kerosakan dan rentak jatung menjadi kurang normal. Antara tanda-tandanya:

1. Pedih ulu hati disertai dengan kesukaran bernafas, hampir pitam atau berdebar.

2. Sakit dagu,belakang dada, bahagian belakang akibat kecederaan otot tulang belakang.

    


3. Berdebar..akibat pemakanan ubat-ubatan,alkohol,nikotin,kafein dan dadah .


4. Degupan jantung laju dengan disusuli rasa susah bernafas dan lemah .

5. Hampir pitam dan sakit dada, sukar bernafas serta rasa tekanan pada dada.

6. Loya dan muntah disertai rasa sakit dada & sukar bernafas.

7. Berpeluh sejuk  dan sukar bernafas.

8. Lemah dan letih..

ref: Mingguan Wanita 16-22 okt (Dr Rashidi Ahmad)

Tuesday, December 1, 2009

Detik-detik terakhir Rasulullah..

Hari ini saya terbaca tentang kisah2 mengenai sikratulmaut...saya amat tertarik dgn kisah ini..dikongsikan bersama semoga kita semua mendapat manfaat....

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. 

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

CR to Moderator blog dakwah2u

Monday, November 30, 2009

Ampunkan aku

Kadang-kadang aku terpikir jugak..
mengapa aku menolak 
GPK....
n stay..
untuk GBK..
GBK..
Jiwamu ada ruang2 
bersama..
untuk berkongis suka duka...


Ampunkan aku Tuhanku

Ampunkan..
sesekali aku terkedu.

ku reda.......
Kerna ini amanah Engkau!!
Kerna ini adalah suatu mesej 
daripada Engkau
untukku..
Aku bukan yg terbaik..
tapi..
aku berusaha..
utk memberi yg terbaik.

lalu aku berdoa kepadaMu..
berilah aku kekuatan..
permudahkanlah segalanya!!

Sunday, November 29, 2009

Hikmah berwuduk (sudut sains)

Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri.Begitu juga dengan berwuduk.
Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?
 
Hikmah berwuduk dari sudut sains dan kesihatan.
 
Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang).


Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots

Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. 


Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini.

Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. 
Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. 


Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
 

Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....

rujukan: Quran Saintifik (Dr. Danial Zainal Abidin)

Monday, November 23, 2009

salam Idul Adha

Image Hosted At MyspaceGens

...Wish all of you Happy Eidul-Adha and
May ALLAH bless you wherever you are...

Saturday, November 21, 2009

Cerita Tentang Hujan..

Hari ini saya ada masa terluang... Dah lama tak menikmati masa senggang..
Jari jemari ini dah terasa nak menari-nari supaya dapat menulis sesuatu 
di halaman ini.....

Tapi mesej apa yg nak disampaikan.....saya cuba mencari idea, sebelum 
mengetuk butang2 laptop ni...eh.. tak payah bermesej-mesejlah......
bersembang je...ibarat bercakap di kedai kopi, mana ada topik khusus....
......asalkan dapat berkomunikasi..

Lagipun saya tahu, blog ini memang terpencil..blog kami yg dikongsi 
bersama ibu dan hayat dirasakan seperti sebuah pondok buruk 
di hujung kampung.....
di kiri kanan jalan menuju pondok, hanyalah jalan sempit dipenuhi 
rumput meliar yang menyukarkan gobok buruk ini untuk dikesan ....

Ramai teman2 tidak menyedari akan kehadiran blog kami ini..sengaja tak dihebahkan..
Nak buat publisiti? tak penting..kami hanya mahu menulis....
menulis itu kadangkala satu kepuasan ....
lalu, kami berusaha menghiaskan gobok ini dengan 'pelita' seperti ayat Quran, 
kata2 hikmat agar memberi panduan dan sinar menerangi sudut hati ....
insyaalah!!

Oh, tiba2 saya teringatkan akan apoinment hari ini. Ada satu jemputan kahwin 
yg tidak dikenali tapi ia perlu dihadiri....saya mengintai keluar melalui pintu kaca 
yg transparent. Cuaca yang kurang baik seperti tidak mengizinkan.. 
memang hari semakin gelap , 
langit bagai nak runtuh kerana diselimutkan oleh awan mendung yg tebal....

kad kahwin itu berwarna putih bersih......
Saya cuba mengamat-amati kad tersebut di atas meja untuk memastikan 
tuan pengirimnya....lalu ternampak pula segugus madah cinta di depan kad ini...

Cinta..
dapat mengubah debu beralih emas..
keruh menjadi bening..
sakit menjadi sembuh..
derita menjadi nikmat..
kemarahan menjadi rahmat..

wah, hebat!!!!

Em..falsafah org bercinta... memang sentiasa mekar dengan kata2 .... 
segar dengan angan2 ??

Inikah restu dan harapan pasangan pengantin ini???....sudah semestinya..Amin..
lalu saya memanjatkan kesyukuran dan doa kepada mereka....
semoga impianmu yg tertulis itu menjadi kenyataan yg akan menggembirakan!!!!

Mendung masih menebal di luar sana .. ... 
ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa menerjah 
rumah melalui ruang-ruang udara yang terbuka..terasa mengigit kulit...
tiba-tiba saya teringatkan satu peristiwa..
seperti lintas langsung, dia datang menerpa minda......
kejadian ini berlaku beberapa bulan yang lepas...

Waktu itu,waktu tengah hari..ayah menelefon dari pejabat..
menyedari cuaca buruk, 
ayah mengingatkan supaya mengangkat pakaian di porch......
adik Hani keluar mengambil pakaian yang telah kering..
tiba-tiba kedengaran angin kuat menjerit....
eh jeritannya yang panjang itu menyeramkan.... dan kekuatannya menakutkan.....

Adik Hani berlari masuk ke rumah dan menutup pintu kaca..
tiba-tiba terdengar letupan kuat...
Saya mengintai di luar untuk memastikan apa yg berlaku....

Kelihatan jelas angin yg menggila itu berpusing2 menerbangkan dedaun dan 
apa sahaja yg ada di hadapannya....... 
tiba-tiba angin yang berpusing2 itu mengangkat bumbung porch rumah saya...
Kebetulan Pak Ngah dan Mak Ngah bertamu di rumah ketika itu..
Pak Ngah melaungkan azan...laungan azan itu bergema di seluruh ruang rumah..
serta merta zing bumbung rumah yg terkuak itu dikembalikan ke tempat asal..

Zing yg terkuak itu seperti sediakala......
Allahhu akbar!!!!!

Maha Perkasa Allah.. dilangit dan bumi ini adalah kepunyaannya.....
sungguh menakjubkan !!!
........ Kejadian ribut itu , adalah kali pertama yg saya alami ..

Setelah reda semua jiran keluar..
beberapa bumbung rumah jiran-jiran telah diterbangkan oleh angin ribut..
wartawan sibuk merakam gambar untuk memuatkan berita2nya 
di akhbar..

Bunyi guruh mula kedengaran memecah kesunyian.......
serta merta ia menutup gambaran lama, lalu ....
Mematikan igauan ngeri itu..

Saya kembali ke alam realiti, kemudian ...perlahan-lahan membetulkan posisi.....

Sekali lagi saya mengintai semula keluar... 
pandangan mata saya memang tidak berubah sama seperti tadi ..
cuaca masih mendung dan pekat ......
saya menjadi fobia..lalu membatalkan niat untuk pergi jemputan...
lagipun, esok pagi kami akan menerima tetamu...
sepupu2 hayat di sekitar JB ni nak datang...

Nak masak apa esok? minda ini mula berpusing ligat..

Apa yg terlintas di fikiran ialah nasi jagung dan roti jala...
best jugak, pagi dengan menu roti jala dan tengah hari nasi jagung..cukuplah...
dah lama tak menjamah masakan itu....

Cuti ini...... meskipun dirasakan belum rehat sepenuhnya kerana 
ada tugasan yg direncanakan masih belum selesai...
tapi ia tetap berbeza dengan hari2 biasa ..kalau hari bekerja, terikat dengan 
rutin, sampai rumah dah petang ... 
kemudian keluar semula untuk menjemput angah atau adik dari sekolah..
tak sempat nak memasak....

Nak merasa masakan Hani, ketua chef kami....
hari2 minggu atau cuti barulah dapat menikmati masakannya yg sedap tu....he..he..he..

Hujan di luar masih berterusan...
dan saya akui bahawa hujan itu juga sebenarnya adalah satu rahmat!!!!

Oh, jam di dinding sudah berbunyi menandakan saya sudah cukup lama berada
di depan laptop ini.Hari ini....
saya berazam untuk membuat limitasi kepada kerja-kerja penulisan seperti ini...
agar dapat memberi laluan kepada perkara2 lain yang tidak kurang pentingnya........

OK....sehingga bertemu lagi , wassalam .........



Thursday, November 19, 2009

Menjelang cuti

CUTI....CUTI..

Maaflah post yang ini hanya
memuatkan gambar shj semalam,
takde cerita.
terpaksa menghentikan operasi.

sebab di sini telah beberapa hari hujan turun dgn lebat...

Cuaca kurang baik sehingga menjejaskan
talian internet di rumah
...talian terputus-putus..
kadangkala mengambil masa berjam-jam untuk pulih..

Apabila cuba membuat capaian dengan mana2 web..
tiba-tiba terhenti kerana gangguan tersebut...
itulah yg terjadi pd post yg ini semalam,
dibuat sekerat2 jalan..

namun.. hujan itu satu rahmat..
dan kita boleh mengalihkan perhatian
kepada perkara2 lain yg
tak kurang pentingnya !!!

adik2 thn 6 yg akan melangkah
ke SMK Mutiara Rini


Sebelum bercuti,along  sempat mengabadikan
kenangan dengan adik2 thn 6
yang akan melangkah keluar
meninggalkan SKTMR2...

berjumpa dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata,
tapi di hati tidak lupa..

ingat lagu itu?

kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
berdoalah agar umur kita panjang
boleh kita berjumpa lagi..
*******
adik Hani pula..
dah beberapa hari bercuti dulu...
kerana sekolah digunakan untuk SPM

Berbeza dengan along
yang masih ada kerja yg belum diselesaikan ...
tapi adik pula dah dapat izin daripada ibu
untuk sesekali bercelebrate dgn kawan2

wah wah wah adik makan di luar,
tak ajak kakak..

******

angah?
dia pun belum bercuti lagi...
ada kerja yg sedang dibuat....
harap semua..
berjalan dengan lancar...




angah, di majlis penyampaian sijil

kepada kawan2 along kat uni ..
yg sama2 bercuti semester..
diucapkn selamat beristirehat dan
semoga gembira selalu..