Sunday, June 26, 2016
Cerita Umrah1
Sunday, February 22, 2015
Khasiat Air Limau Nipis.
- Merawat Darah Tinggi - ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dengan segelas air. Minum setiap pagi dan petang.( bubuh gula jika suka).
- Menurunkan berat badan.
- Mengatasi kurang darah : Sediakan sebiji limau nipis,sebiji kuning telur, madu, segengam daun bayam merah yg ditumbuk Campur semua. Minum setiap pagi dan petang.
- Kempeskan perut: Ambil air perahan limau nipis, kapur sirih, minyak kayu putih campur semuanya sapu pinggang.
- Melembutkan tangan dan muka : Ambil air perahan limau dan sapu pada muka, tangan dan biarkan sepuluh minit dan basuh.
- Kalau batuk kuat: Ambil perahan limau nipis dicampurkan sedikit garam serta secamca madu asli.
- Ramuan mandi: rasa lebih segar, harum dan bersih.
Saturday, March 15, 2014
Hujan Di Wangsa Maju.
Cuaca mendung.. Pagi ini kami keluar dari penginapan untuk hantar ank belajar di sini. Sebelum sampai ke destinasi, singgah sarapan di restoren Wangsa Maju.
Ketika ibu menjamah nasi lemak yang dipesan, tetiba ternampak rintik-rintik hujan...Ya Allah rindunya melihat hujan ..Lama dia tak turun. Terasa nyaman, sejuk dan tenteram apabila melihat air jernih itu menitis membasahi bumi..
Kuasa Allah..Pada masa ini kita dapat menyaksikan beberapa perkara di luar jangkaan. Ada tempat kering kontang, ada pula tempat kering dengan kesan pokok-pokok terbakar akibat kepanasan melampau, ada pula kawasan yang dilanda banjir menyebabkan kerosakan..Subahanaallah!! Ujian..
Perkara utama yang selalu difikir, sentiasa muhasabah diri..bhw kita sgt kecil di sisi-Nya...
Ok dah hantar anak, balik semula di tempat penginapan...haha..sempat menulis di sini..kalau di rumah tak dannnn nak menulis sebab tersibuk sendiri...
Ok jumpa lagi...
Perjalanan ke kl...
Assalam...
Dah pukul 10.00 lebih...malam semakin tua...saya meneruskan perjalanan ke KL untuk menghantar anak belajar...
Meskipun dh larut...kereta kiri dan kanan masih bertali arus menunjukkan penghuninya masih sibuk. Adik tekun membaca Gps untuk menuju ke hotel penginapan...maklumlah..silap jalan akan lmbatlah tiba..
Doakan moga dipermudahkan urusan..
Saturday, December 14, 2013
Tuesday, December 10, 2013
Renungan..
Oleh itu, ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah masa untuk beramal kerana itu kunci kebahagiaan hakiki..
Thursday, November 14, 2013
Peristiwa Yang Berlaku 10 Muharram
2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan
4. Allah menjadikan 'Arasy
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril
7. Nabi Adam a.s dicipta
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar
larangan Allah
9. Nabi Idris a.s diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit
10.Diselamatkan Nabi Nuh a.s dan pengikutnya dari banjir besar selama 6 bulan dan bahtera baginda
selamat berlabuh dipuncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud
12. Nabi Yusof a.s dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
13. Nabi Yaakub a.s telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya yusuf di hari tersebut.
14. Nabi Ayub a.s disembuhkan penyakitnya
15. Nabi Musa a.s telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelah Laut Merah
16. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
17. Nabi Yunus a.s selamat keluar daripada ikan paus setelah berada di dalamnya 40 hari 40 mlm
18. Kesalahan Nabi Daud a.s diampunkan Allah
19. Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar
20. Nabi Isa a.s diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda
21. Saidina Hussien Ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di karbala oleh tentera Bani
Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid