Wednesday, July 31, 2013

Roti John..

Assalamualaikum...
Ingin bertukar selera merasa keenakkan roti John??
Ok jugak..
Simple dan mengenyangkan...
dan kurang berminyak... sesuai untuk remaja purba...
Mari mencuba...
Bahan-bahannya
-Roti panjang
-100gm daging cencang (saya guna ayam cencang)
-2 ulas bawang merah yg dihiris halus
-1 biji telur . Dipukul
-20gm kobis.Dihiris ( saya guna salad)
-20gm lobak merah. Dihiris
-10gm mayones
-1 sudu teh serbuk lada hitam
-1 sudu teh serbuk kari
-Sedikit sos cili
-Garam secukup rasa.


Cara memasak:
1. Di dalam sebuah bekas, campur lobak merah yang telah dihiris bersama mayones, sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Ketepikan.
2. Kemudian di dalam kuali tumis bwg merah hingga naik bau. Masukkan daging cencang dan kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari dan gaul rata. Garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
4. Pecahkan telur di atas kuali dan letakkan inti daging tadi. Letakkan roti di atas inti tadi dan pastikan ia tidak melekat.
5. Angkat roti dan letakkan mayones dan sos cili.
6. Hias dan boleh hidangkan.

Selamat mencuba ..

Saturday, July 20, 2013

Perasaaaaan Tak...

Assalamualaikum..
Renungan dan muhasabah diri....
PERASAN TAK? 
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya.

PERASAN TAK? 
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen: drama Korea, Teduhan Kasih, Adam & Hawa, dll.

PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.


Sumber : FB..

Monday, July 15, 2013

Makan secukupnya...

Assalamualaikum...

Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka.. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak.. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit .."

Pengajaran cerita :
1. Makan secukupnya. Mengelak pembaziran itu yang terbaik..

Wednesday, July 10, 2013

Teluk Batik....

Assalamualaikum..

Sebelum menyambut Ramadan tempoh hari, ibu sempat balik kampung di Perak.. ..
Memulakan perjalanan  dari  JB pada pukul  dua petang.....
tentu sekali sampainya larut malam...memandu pun agak perlahan...
Setelah selesai urusan di kampung, anak-anak menyinggah di Teluk Batik...
kata orang sambil menyelam minum air...
Dari jauh sudah kelihatan lautnya yang kehijau-hijauan dengan deruan ombak yang agak kuat..
Terasa aman beriadah di sini bersama keluarga.
Keletihan mengharungi perjalanan hilang setelah disapa hembusan bayu yang segar

Terletak kira-kira enam kilometer dari Bandar Lumut, Teluk Batik serasi-serasi dikunjungi tetamu  untuk menikmati panorama pantainya yg putih..Anak2 pula berminat untuk menaiki kayak dan bot...
akhirnya hajat mereka sampai.. sebelum motobot meluncur laju..
mereka diwajibkan memakai jaket keselamatan.
Dari jauh...ibu lihat sedikit gerun apabila anak-anak dilambung ombak ...  
Dalam perjalanan balik juga, sempat layan anak2 untuk singgah di Lost World...
tapi tiket masuk agak mahal..RM48 seorang ...
Pemandangan dipersekitaran Lost Wold..
alhamdulillah..tak lost ketika berada di sini...

berhampiran kawasan parking...

Jalan masuk ke sini...
kehijau-hijauan...terapi mata...


Air terjun buatan sendiri...
Pemandangan di hadapan Lost Wold..
Nak beli tiket, perlu melalui kawasan hadapan ini...
banyak spisis tumbuh-tumbuhan di sini...
pemandangan di luar...berhampiran kawasan parking...

Inilah antara dua destinasi pelancongan di Perak sempat dikunjungi ....