Assalamualaikum...
Sejujurnya kami dah lama tak ke sini......Desaru...Suatu destinasi pelancongan yang agak terkenal di Johor...kebetulan tempat kerja menganjurkan Hari Keluarga di sini.. .....
Pagi tu cuaca redup sahaja......seolah-olah mempermudahkan perjalanan ...sekarang dah mudah kerana ada highway ...terasa taklah jauh..tapi jarang pergi....
Kalau ke Desaru pasti melalui jambatan ini...Di bawahnya ternampak motobot yang sedang bergerak........sayup-sayup...
di hadapan bangunan sepang resort...
kami park kereta berhampiran kawasan di sini...
kemudian ke tepi pantai...mengambil angin..banyak tempat duduk dan pokok2 yang rendang...
sesuai untuk membawa family...
Sempat join pelbagai aktiviti yang disediakan.....semuanya sukaneka untuk keluarga :
khas untuk anak2 bawah umur, pertengahan umur dan dewasa..
ada BBQ lagi...
bermain pasir sambil join aktiviti...
anak2 diawasi ibubapa mereka...
ketika itu belum pasang...maka senanglah bermain air laut ...
pemandangan waktu pagi...cuaca mendung .
cahaya matahari menyorokkan cahayanya ketika itu..sangat cantik..
selepas ke tepi pantai...
pergi mengadap kolam renang pulak dekat resort....
Sebuah masjid tersergam indah iaitu Masjid Putih.....
lokasinya dekat dengan resort ...kami bersolat zohor di sini.....
ruang solat untuk wanita..
selepas zohor...aktiviti sukaneka diteruskan.
Menikmati udara laut....Along dan adik berehat sebentar di sini ....
haha....bertuah..
dpt cabutan bertuah dan hadiah pertandingan keluarga....
semuanya berupa makanan ...rezki ini ingin dikongsikan ...
jom join makan...
ps :Happy dan syukur dengan sedikit yg kita miliki hari ini..
di luar sana ada ramai yang tidak bernasib baik...