Saturday, October 27, 2012

Semasa di rumah Kakak...

Assalamualaikum..
Semoga kita semua di dalam perlindunganNya..

Sesuatu kerja yg dilakukan secara gotong royong memang cepat  siap...
Begitulah suasana ibadah qurban di rumah kakak..
ramai yg tolong kuranglah penatnya...

Dengan menggunakan mesin pemotong..
Anak2 saudara lelaki dan kawan2nya..
memotong tulang2nya..
 dulu2  guna kapak..harus senget2 bahu nak memotong..
Daging kurban dilapah, dipotong-potong...
sementara anak saudara perempuan mengumpulkan daging2 ini...
 kemudian diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya..

Teringat kata ustaz....daging qurban tidak sampai kepada Allah..
tetapi yang sampai hanyalah keimanan dan ketakwaan.......
InsyaAllah...
*********
Terlanjur dah berkumpul ...
Selesai maghrib, buat majlis Khatam Al quran..
kemudian diteruskan majlis tahlil selepas Isya'..
 
Majlis khatam Al-quran dipimpin oleh kakak....
sementara  tuan rumah (abang ipar) 
masih di tanah suci mengerjakan ibadah haji..
deretan kek dan puding ...
 puding...
 kek

 puding..
bunga telur..

Alhamdulillah Selesai sudah semua majlis itu di rumah kakak......
Hari ni perlu menghantar anak-anak ke destinasi masing-masing...
esok ... meneruskan tugas hakiki semula....

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Adil Adha..
Moga kita dapat merenungi sesuatu yang tersirat dan tersurat
dalam pengertian  Aidil Adha yang mempunyai sejarah dan makna tersendiri !!

Sambil meneguk air, anak saudara: Daing Mohammad Azmi menghulurkan 
hand pong-nya...terteralah beberapa set gambar ibadah korban 
yang telah disempurnakan di kampung pgi semalam..
Allahhu akbar...makciknya tak berani nak pandang lama2..

Pagi ni pula akan berlangsung ibadah korban di rumah kakak ..
Akan disempurnakan oleh anak2 saudara dengan bantuan  rakan-rakannya.InsyaAllah..
Kami adik beradik, anak2 saudara, cucu2 saudara dah berkumpul
memberi sokongan moral,  ukhwah family..Moga Allah redha..
Semalam mengunjungi abang long di rumahnya..
lapang sedikit apb melihat wajahnya ceria  selepas beberapa bulan keluar hospital
Juadah di rumah abang Long....
Dulu-dulu waktu sihat bertenaga burasak tu buat sendiri..
tapi kebelakangan ni,  membeli di kampung sebelah, sekeping RM1.00....
Burasak adalah makanan versi lama tradisi turun temurun..
 menyimpan nostalgia..terarah kenangan pd pd arwah emak ayah!!!
Al Fatihah..
Versi baru:  polkadot buatan anak saudara..

Thursday, October 25, 2012

Back To Normal..

Assalamualaikum
Semalamnya , terputus bekalan air di rumah selama 24 jam, walaupun dah note tapi air yang disimpan sangat limited ..

Nasib baik paip di porch mengeluarkan air, walau tak laju..hikmat...dapat memunggah semua pinggan mangkuk yang masih berbaki di dapur untuk dibasuh..berpesta airlah  kita di porch..... kemudian memunggah air sebaldi dua ke dalam rumah untuk kerja2 pembersihan...

Serta merta teringat org dulu di kampung ...Dulu kat kampung takde air paip. Hari-hari mereka mengangkat air daripada perigi ke rumah yang jaraknya agak jauh ...rumah mereka  tinggi-tinggi pula...imagine..insaf...

Today, back to normal..

Pagi tadi bergotong royong  menyiapkan juadah  Aidil Adha....cuma ayam rendang, sambal goreng yang disukai ramai dan arca nanas, nasi tomato...sementara kuah dal masih berbaki semalamnya.. Lauknya simple je...Cukuplah, alhamdulillah...ceriakan anak2.Semua lauk kegemaran mrk, kecuali arca nanas..

Tak masak daging pun kerana  ada majlis ' korban' di kampung nanti...

Oklah..satu lagi...Sempena Aidil Adha moga kita sama-sama menghayati erti  'pengorbanan' .

 Setidak-tidaknya pengorbanan  kpd  keluarga tersayang atau tugas2 hakiki kita....

Selagi kita bernafas....pengorbanan akan tetap berterusan..kalau dilupakan atau tak berapa dihargai, jangan terkilan....at least kita dah mengumpul saham kita di sana nanti...insyaAllah...ikhlaskan hati.....

Monday, October 22, 2012

Lemak Jahat dan Lemak Baik

Assalamualaikum....

Boleh dikatakan hari-hari kita makan makanan berminyak, kan..Tambahan pula jika bekerja,  memang di luarlah tempat kita  menjamu selera. Antara sebabnya ialah  tak sempat nak masak dan  makanan di luar  mengancam pula . Tidak dapat dinafikan kesedapan dan keenakkan sesuatu makanan itu  yg menjadi  daya penarik...
Hari ini  anak-anak berkumpul, lalu ibunya mengajak mereka makan di luar, nak belanja...semua takde respon..agaknya kenyang kerana menikmati nasi goreng buatan sendiri..memang pun nasi gorengnya sedap...tapi di luar tu,  lebih enak, bukan ???? .....
Berbalik pd lemak makanan . Lemak yang dimakan  dikategori kepada dua. Lemak baik dan lemak jahat..

Lemak baik dikenali sebagai HDL yang berketumpatan yang tinggi. Oleh itu HDL membantu membawa kolestrol dari seluruh saluran darah ke hati untuk diproses dan dikeluarkan dari tubuh. Ia berguna melindungi fungsi dan kesihatan jantung.

Lemak jahat pula dikenali sebagai LDL yang berberketumpatan rendah dan membawa kolestrol dari hati ke saluran darah , mengumpul, menyimpan. Akhirnya mengakibatkan pengaliran darah ke jantung tidak lancar, tersumbat  lalu berisiko  menyebabkan sakit jantung !!!!


Jadi marilah kita peka dan berhati-hati  dengan pemakanan kita....

Friday, October 19, 2012

Aduhai Printer..

Assalamualaikum...

Aduhai printer...
suka nak jem apabila tengah banyak kerja...
over load?? tak jugak...
saja nak ngada-ngada..

Satu printer adik, satu lagi ibu gunakan....

Sebelum ni baru je hantar ke kedai komputer untuk dibaiki, 
dah rosak semula....
Kawan kata, printer sekarang pakai buang...macam pampers..

Pagi tadi belek2..guna kaedah cuba jaya..pelan-pelan..
Tepuk2 sikit..baca selawat....

service ..
clean...
Alhamdulillah..
Akhirnya berjaya setelah dua jam masaku habis !!!

P/S: Ada hikmahnya di sebalik kesabaran..
Kita dituntut supaya sentiasa bersabar. 
dalam setiap halangan yang dilalui...




Thursday, October 18, 2012

Pro dan kontra..

Assalamualaikum...
Kehidupan ini selalu menempuh
pro dan kontra..
Ada kekecewaan  tapi menyimpan sepenuhnya harapan..
Ada kepahitan tak kurang kemanisannya....
diselubungi kesedihan tapi bertemu juga kedamaian..
berlaku kekhilafan di dalamnya ada pengajaran..
Di sebalik ketidaksempurnaan, di situ ada keistimewaan..
Berlakunya pro dan kontra ini
Adalah  warna-warni kehidupan
yang mengandungi hikmah pengajaran ..
untuk renungan kita bersama..
p/s : Bersabarlah menempuh cabaran..
kerana cabaran memberi ketahanan mental, fizikal...
Mendekatkan kita pada diriNya..
Menjadikan kita individu yg selalu bersyukur !!!

Istimewanya Tomato...

Assalamualaikum..
Makan tomato ???
yum..yum...I like..
suka tengok warnanya yang merah-merah !!!

Selain itu, ia juga mempunyai keistimewaan yang lain..
Tomato mengandungi lycopene yang dapat mencegah 
kedutan dan bintik hitam akibat sinaran matahari.
Lycopene juga antara bahan antioksida yang boleh
menghentikan proses penuaan akibat kesan sinaran matahari..

Tuesday, October 16, 2012

Kita Hanyalah HambaNya...

Ketidakkongruen itu adalah ujian..
kelangsungannya membina ketahanan..
Kita hanyalah hambaNya....
yang perlu menitipkan keikhlasan....
Kerna keikhlasan itu mendamaikan.. 
Kerna keikhlasan itu mendekat diri pada ketenangan..

Kita hanyalah hambaNya !!!!

Saturday, October 13, 2012

Terima kasih...

Assalamualaikum..
Kami memulakan perjalanan seawal 8.00 pagi..
dan sampainya jam 1.00 petang..
Park kenderaan agak jauh sedikit...
kami berjalan kaki melalui bangunan-bangunan tersergam indah dan kukuh ..
sekukuh penghuni-penghuni di dalamnya yang tidak jemu2 menimba ilmu
memenuhkan ilmu di dada....InsyaAllah..
 Pemandangan di kawasan ini..
 sumber air bersih
di bawahnya ada paip ..
 Masjidnya yang luas ..
digunakan  bukan shj untuk solat malah pelbagai  aktiviti yang bermanfaat
dapat dijalankan di sini.

 melawat library..
 Dipenuhi dengan perbagai sumber ilmu..
Masa untuk pulang....
merasakan ini merupakan perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk anak2 didik ini..
terimakasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada  pelajar-pelajar UIAM..
terutama kepada presiden pelajar, projek manager, asistant, semua AJK dan fasilitator  
yang telah menjayakan program ini...
TERIMA KASIH..

Saturday, October 6, 2012

Semalam...

Assalamualaikum
Semalam, ibu menemankan along dan kawannya
untuk membuat rakaman sesuatu tugasan....
Secara kebetulan, ibu ikut kerana nak pergi ke tempat lain, satu jalan.....

Sampai di sana memang  agak lewat 
daripada masa yang ditetapkan..
tapi semua dirancang berjalan dengan lancar
syukran..
Salah satu pemandangan air terjun di bilik itu..
tenang...
Mengumpul data dan maklumat..
Alhamdulillah selesai tugasan mewawancara seorang personaliti..
*****
Malamnya kami pun bawa kawan along jalan-jalan,
dia baru dua kali datang ke sini..
Kali ini dia teringin nak ke JPO ...
wah JPO......branded !!!!
baiklah kami pun membawa dia ke sana...
Pemandangan di hadapan tangga..
Damai sungguh melihat pancuran air  yang mempunyai pelbagai warna..
Reka bentuk bangunan di sini juga memang cantik ..
lanskapnya pun cantik juga..
sesuai dengan individu-individu yg bercitarasa tinggi!!!
kat sini, tengok jeee yeee tuan puan.....
 kilatnya cermin..
kilatnya duit...
 diskaun..diskaun..diskaun..
tu diskaun dia..
diskaun kita ???
 Tempat baru begini masih tak ramai orang...
berbanding di tempat2 lain spt Giant, Tesko, Jusco
yang  barangnya lebih banyak pilihan dan flaksible dgn kemampuan..
Apabila kaki dah penat berjalan..
kami pun balik..

Friday, October 5, 2012

Ada berani???

Assalamualaikum..
Sudah beberapa hari pameran sains itu berlangsung, baru sempat menjengah..
Itu pun dah lewat ... pameran itu sudah hampir tamat,
para petugas dah mula berkemas-kemas...

Kemudian terpandang  seekor haiwan reptilia yang ini...
Renung sekejap si tompok hitam.......
Cantiknya dia di dalam sangkar itu...tapi kalau terserempak di luar harus lari lintang pukang.....

Ada berani nak pegang ???..........ohhhh tidak...

'takde apa-apa, peganglah' kata kawan, mimik wajahnya selamba tapi yakin .....

Dia pun capai ular tu, bukan setakat sentuh...terus usung keluar...Hamboi, berani betul dia !!!!
Anak-anak yang ada di situ mengikut jejak langkah...
 Mencuba-cuba untuk merabanya....pegang tak lepas !!!


Sangkaan ibu badannya licin macam belut....rupanya kulitnya keras dan kasap...

Ya Allah....first time dpt pegang reptilia ini !!!!