Tuesday, July 31, 2012

Ujian..

Assalamualaikum
Moga kita dalam perlindunganNya..

Ujian itu sekadar jambatan sementara. Allah hadirkan musibah agar kita lebih mengerti cara didikan Ilahi..

'Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka sentiasa dalam kebenaran' (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Saturday, July 28, 2012

Selamat Bersahur..

Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam perlindunganNya..


Selamat bersahur..
Tentunya rakan-rakan yang bergelar isteri dan ibu yang paling sibuk ketika bersahur kerana menyediakan menu itu dan ini untuk seisi keluarga.


Untungnya keluarga, tak begitu cerewet tentang makan..apa saja menu di atas meja, 
makan jee..kadang-kadang lauk berbuka tak habis, 
dibawa ke subuh, hanya dipanaskan.


Lagipun kita makan dalam kuantiti sedikit ketika bersahur..


Lainlah waktu berbuka..makan beriya-iya kerana tahap kelaparannya tinggi..hehe..
Kami pun tak kisah pasal juadah, kadang-kadang beli, kadang-kadang masak..
 sotong goreng bersalut tepung
udang goreng butter..
Cadangnya subuh ni  excited nak bersahur ngan adik..tpi lepas maghrib,  dia msj....
'Tak payah ambik adik lepas terawih nanti yee..adik tak jadi balik..
banyak assignment !!!'

Alahai adik !!!!

p/s: marilah kita bersahur secara sederhana   
bagi mengelak makanan berlebihan yang boleh membawa pembaziran ....

Thursday, July 26, 2012

Cerita Orang Kaya-Kaya

Assalamualaikum..
Moga selalu dalam PerlindunganNya..
Baru beberapa hari tak melihat blog..rasa rindu nak menulis....

Hari ni tertarik membaca satu berita di BH seorang penjual cendol  menjana pendapatan bulanan antara RM90.000 hingga RM120.000.

Kira-kira 15 tahun dulu, beliau adalah penerima zakat bagi meneruskan kelangsungan hidup menyara sembilan anaknya yang dibelenggu kemiskinan..kini beliau bertuah kerana dapat menjana pendapatan yang lumayan..

Ceritanya pula dah masuk kategori cerita orang kaya-kaya !!!

Jom jual cendol..manalah tau, buah cempedak menjadi nangka, dapat rezki buah durian !!! hehe

Paparan ini sebagai iktibar bahawa berusaha dan bertawakal dapat mengubah hidup yang dibelenggu kemiskinan..

Dikongsikan ayat seribu dinar...
p/s: Jika dalam kesusahan..kesempitan..bacalah berulang2 kali..
tawakal kepada Allah.
Dia memberi kita jalan keluar yang tidak disangka-sangka..InsyaAllah 

Sunday, July 22, 2012

Doa Kita..

Assalamualaikum..
Semoga dalam perlindunganNya..
Selamat berbuka dan bersahur...

Saturday, July 21, 2012

Hikmah Berpuasa..


Kata-kata menjadi TASBIH,
Malam syahduNya penuh IBADAH,
Mengharapkan dosa diampunkan..
Mengharapkan pahala dilimpahkan..

Itulah antara keistimewaan Ramadhan yang boleh dirasa ..Insya-Allah


Antara Keistimewaan puasa dari sudut sains kesihatan pula...
1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.
3. Puasa memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan dalam tubuh.
7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
8. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
9. Puasa boleh menurunkan berat badan.
10. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.



Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan
Indah Ramadhan kerana keinsafan..
Moga dapat meraikannya dengan penuh keikhlasan..


Selamat berpuasa ....


Friday, July 20, 2012

Doa Dalam Sujud..


Assalamualaikum..
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak. 
Bagi saya, Ramadhan kali ini terasa lebih ceria sikit berbanding sebelumnya. Sebab tahun lalu bertembung dengan komitmen anak2... yang periksalah, yang ada program lainlah, mengajak minda memikirkan masalah mereka sekali. Prihatin jugaklah ketika itu......sapa lagi nak ambil berat, kalau tak kita, kan.....
Kali ini  urusan lebih dipermudahkan..Alhamdulillah..

Sempena bulan yang mulia ini sedikit info tentang Doa sewaktu Sujud dan Keistimewaannya untuk peringatan diriku dan dikongsikan bersama .

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja hajat di hati sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah S.a.w yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.
Sabda Rasulullah S.a.w "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya".

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita diikuti. Salah satu amalan yang paling baik dilakukan berdoa ketika sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkan bagiku rezeki yang halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar".

Semoga dengan mengamalkan doa itu, kita mendapat manfaat  dalam mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
pokok ni sujud?? masya-Allah..

Tuesday, July 17, 2012

Bertuah..

Assalamualaikum..
Semoga dalam perlindungannya..

 Kalau kita menghadapi kesukaran,
tentu kita mula bertindak  untuk menyelesaikan  sesuatu masaalah....
setidak2nya mencari alternatif lain...

Begitulah juga ibu yg teringat peristiwa semalam...

Sedang tekun masak di dapur, tetiba gas memasak habis..
Kalau darurat semua benda berguna..
di kala tu, tak perlu nak fikir ...tak sempat nak tunggu gas..maka,
lauk separuh masak tersebut tu dituang ke dalam periuk serbaguna nih..
tutup ketat-ketat sehingga mendidih..
alhamdulillah..dpt menyelesaikan satu masalah..

Sebenarnya banyak kegunaan periuk ni..tpi kurang kesempatan menerokai  ..

Menjelang Ramadhan ni teringat  masakan  jiran yang sedap-sedap tu
bertuah rasanya dapat merasa juadah orang di bulan Ramadhan....
Selain itu, banyak lagi item yg kita merasa bertuah 
menjadi hambaNya di bulan mulia ini, kan !!!
InsyaAllah..bertuah..


p/s : Allah hadir di sisi hambaNya di kala susah dan senang..
        (bagi yang mengingatiNya),

Monday, July 16, 2012

Anti virus..

Assalamualaikum..
Baru berkesempatan nak update anti virus..
Lambatnya menunggu..
harap-harap lepas ni clear..

Saturday, July 14, 2012

Therapy Eyeglass..

Assalamualaikum
Pernah guna produk ni tak??
Ibnu Sina Eyewear - Therapy Eyeglass..
INFORMASI 
Sina Eyewear : Satu teknologi baru  membantu mata untuk pulih 
 seperti sediakala melalui design yg direka..
ia berfungsi  melatih mata mencari titik fokus asal...

Sejauh mana keberkesanannya..
belum diketahui ..sebab i belum cuba ....

Ada sesiapa yg pernah guna ???..

Friday, July 13, 2012

Pagi Yang Hening

Assalamualaikum

Azan subuh menyapa di pagi yang hening..
Maka kita pun terbangun dari lena  tidur diulit mimpi...
Sedekahkan Al-Fatihah  untuk diri sendiri dan orang-orang tersayang..

Hari ini tentunya kita telah merancang sesuatu yg bermanfaat ..
untuk cuti hari Sabtu dan Ahad  !!
Syukurlah jika semua yang ingin dilakukan
 dapat disempurnakan dengan jayanya ..
 Selamat berhujung minggu...
Moga kehidupan diberkati pd hari-hari ini dan seterusnya..


Wednesday, July 11, 2012

Renungan..

Assalamualaikum...

Untuk renungan bersama...
seterusnya...
 moga merasa bertuah menjadi wanita...


Sedih

Sedih nak tinggalkan budak2 ni..
wajahnya yang jernih..rasa terharu..

Semakin lama di sini, semakin banyak dia belajar..

Budak-budak memang sinonim suka bermain, tak fokus study..
Kalau buat salah, ikhlas disapa....
kalau ditegah, pandai diam dengan sopan....pastu melompat semula..
budak-budak tak  pernah berkecil hati ..
Ibarat sebuah keluarga, mereka pasti datang lagi menghampiri cikgu
untuk minta perhatian..

Kata-kata segar melunakkan hati anak-anak ini..

Berat rasa along meninggalkannya..
tapi masih berbaki sebulan lagi..

Di sini tempat dia mengajar dan banyak belajar erti kemanusiaan..
Berjauhan nanti pasti teringatkan mereka..


Namun tugasan yang lebih berat telah menunggu di hadapan..
Kehidupan perlu diurus dengan cabaran yang lebih berat menanti

Semoga kuat menghadapi rintangan mendatang..
Mohon doanya..


Monday, July 9, 2012

Malware dan Cerita Ke Ipoh...

Assalamualaikum..
Semoga kita selalu dalam perlindunganNya..

Aduhai..dia dah datang walaupun tak diundang....
datang menyerang..
Namanya Malware......
Ada idea atau cara2 nak  menyingkirkannya virus yang tegar ni???..

Pd mulanya memang sedar, blog  yang satu diganggu virus,
lama membiarkannya....kemudian dia dah menjangkit  ke blog salsuria pula..
----------

Masih terasa penat...
Kerana baru balik Ipoh, Perak.
Menghantar seorang anak saudara belajar di sebuah kolej di Ipoh....
Anak saudara ni memang bertuah sebab emak saudaranya pun sempat hantar...
memberi sokongan moral...

kebetulan dah lama tak balik ke kampung hubby, jadi ikut mereka...
Dapatlah tidur dua malam di kampung ....

Hanya dua malam saja..
Jadi... yang mustahak didulu-dulukan....
menguruskan keperluan anak saudara tu yg diutamakan,
seperti penginapan, pendaftaran dan lain-lain keperluan....
tak dapatlah nak jalan-jalan sangat....
cuti pun singkat..

Kami sampai di kampung  dah dekat maghrib..
ambil keputusan  singgah di masjid ..
solat magrib &; Isyak secara jamak dan qasar dulu....
kalau didulu urusan spt ini, tak bimbang jika leka berbual panjang....
maklumlah lama tak jumpa saudara...banyak pembentangan dan laporan...
cerita yg baik2 jee.. 
 sarapan pagi di rumah adik ipar..
makan di pinggan antik..
yang lamanya puluhan tahun , masih tersimpan kemas...
Limau barli yang di beli di Tambun..
tak reti nak pilih...ambik dan terus masuk plastik..
balik rumah, baru nampak.. kulitnya tebal, isinya kecik comel..
Tak kisahlah..manis jugak..
Ini masjid kat Ipoh, semasa berurusan di kolej selama dua hari ulang-alik....
masjid ni dah jadi rumah kedua..
sejuknya duduk kat sini..barangkali berjumpa muslimah2  yg baik..
lagi pun dekat dengan masjid ada beberapa bangunan lain..
jadi masjid ini sentiasa meriah dan dimakmurkan..

Habis saja urusan2 pendaftaran, kami pun menuju KL
singgah di rumah anak saudara di Puncak Jalil... ..
Melawat cucu-cucu saudara dan tidur lagi satu malam di sana ...
Pagi Isnin, pukul 4.30 pg bertolak pulang ke JB..

Syukran.. dah selamat sampai..
Terasa lega semua urusan berjalan lancar..Alhamdulillah..

Renungan bersama..moga bermanfaat..



Thursday, July 5, 2012

Bunyi Bising..

Sriiittt.....sritttt....sriitttt...bunyi bising di dapur rumahku seperti di langgar garuda....balik dari bertugas, menjengah sekejab di dapur..tukul, mesin menebuk dan alat pertukangan menari-nari silih berganti mematuhi arahan kontraktornya di dapur.

Habuk dan debu usah dikira..bertebaran mengisi ruang-ruang walaupun tirai perlindungan dipasang namun dia tetap degil untuk menempel pd tempat2 yg senang dihuninya....

Aduhai..mlmnya ada nisfu saaban,  nak fokus  tapi takdirnya itulah harinya kontraktor itu berkesempatan   nak mengodek2 dan membaikpulih bilik termenung yang dah tersumbat...

Hehe terpaksa merelakan ketidakselesaan itu sekejab daripada membiarkan penyumbatan itu bertambah parah....

Topeng....
Sedey si ibu kalau anak tak nak pakai topeng...
Habuk melekit2 elegek tau.....
Dulu-dulu bolehlah kebal !!!
Sekarang........dah  insaf..tak berani, jika bentan...seminggu demam tak baik....payah..

Selesai kerja2 pembaikpulih, kerja2 pembersihan pula dijalankan...
MasyaAllah..banyaknya simen yg melekat..hitam kelabu bertompok2..
sabar jelah..

p/s :Apabila diselubungi nikmat, terkadang kurang menghargai..Apabila ditimpa sesuatu musibah baru sedar betapa sesuatu nikmat keselesaan itu sgt bererti dlm hidup..Mari kita menjadi hamba yang bersyukur...





Tuesday, July 3, 2012

Nisfu Sya'ban

Assalamualaikum..
Moga dalam perlindunganNya 
lebih-lebih lagi saat menghampiri malam Nisfu Sya'ban..