Tuesday, January 31, 2012

Tulisan Khat Dia..

Assalamualaikum
Semoga dalam perlindunganNya..


Semasa mengemas-ngemas
ternampaklah handwriting Hani 
tulisan khat lama dia..

Suatu masa dulu
dia suka  menulis-nulis khat
Ini salah satu hasil kerjanya yang masih disimpan.
Yang lain entah ke mana..


 kerana dia minat nak nulis-nulis Khat 
beberapa kali masuk pertandingan sekolah ..


Teringat suatu masa dulu,
dia masuk pertandingan sempena Maulidur Rasul 
kemudian bawa pulang wang tunai RM100.00 dan hadiah iringan
 waktu tu Wang sejumlah itu untuk budak sekolah rendah seperti dia 
besar nilainya  ..senyum sampai ke telinga..


Begitulah ye..klu kita pupuk minat anak-anak, 
InsyaAllah menjadi ..
tapi kini, saya tak pupuk minat dia lagi..
jadi sampai kat situ jee..


Kawan-kawan cadangkan supaya belajar lagi..
ke peringkat yang seterusnya..
tapi masa tu dah sebuk dengan pembelajaran dan lain2 komitmen...


itulah ceritanya kenangan manis anak 
sempena Maulidur rasul dulu-dulu..


Seorang Ibu seperti kita..
terkadang teringat  kenangan bersama anak2 yg disayangi...
iringan doa: Moga ceria, tawakal, beriman..Amin..



Saturday, January 28, 2012

Kembali sunyi..

Assalamualaikum
Moga kita sentiasa dalam rahmatNya

Tak lama lagi sunyilah semula..
anak-anak sudah mengumpul barang-barangnya untuk pulang ke asrama..
meninggalkan penginapannya yg dihuni selama seminggu nih..

Lepas ini terasalah rindu terutama pada Dolly..
buah hati pengarang jantung angah yg diperkenalkan pada ibu
Dolly..Polly..Lorry..entah yg mana satu namanya yg betul..
nama orang putih ni buat ibu tersasul2..

Dolly Lorry  kecik comel..
tak banyak kerenah..senang menjaganya..
pagi-pagi apabila  ibu bangun tidur..
ibu akan intai dia dulu, sihatkah dirinya....
Sejak dua menjak ni rela pula jadi pengasuh Dolly..

Angah bagi air paip..ibu suruh gantikan dengan air mineral
Angah bagi bnyk makan..ibu suruh kurangkan, takut keracunan..
Angah bagi bangku polisterin..ibu suruh gantikan ngan batu-batu 
maka setiap pagi, Dolly suka bertenggek atas batu itu..

Pegang  Dolly sebentar..dia comel..kiut miut..
happy tengok dia..
 Dia bersantai-santai  di sini..
Gendang gendut tali kecapi
 Kenyang perut,
Dolly suka hati....

Menurut pakar, salah satu cara untuk hilangkan stress 
dengan melihat haiwan peliharaan..

Tuesday, January 24, 2012

Cuti CNY..

Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam rahmatNya..

Pagi itu, memulakan perjalanan ke bandar..berpeluang melalui jalan yang lengang..kenderaan agak kurang. Jadi dapatlah menikmati suasana di ibu kota JB yang aman damai. Sudah tentu waktu cuti begini, penghuninya beralih angin, mempunyai destinasi sendiri untuk menghabiskan cuti CNY..


snap..snap..snap..
inilah hasilnya...
ketika dlm perjalanan munculnya mentari pagi..
masih sejuk dan hening...terasa hadirnya membawa ketenangan..
jauh sebentar daripada hiruk pikuk manusia..

Berbeza sekali pd malam kelmarin....kerap kedengaran ' prang..prung..prang prung.'.Paling tercabar apabila sesekali mercun roket dihalakannya  ke rumah ..Aduhai, tersangatlah kuatnya sehingga menyakitkan gegendang  telinga..menyesakkan dada..diam ajalah....hidup berjiran  memanglah kena bersabar...dlm keadaan hingar bingar, tetiba terdetik dlm hati,  siapa.yang kena toleransi nih????  kita yg kurang tahan bunyi kee atau jiran kitakah  yg kena sloww....oppsss..isu ini, tak perlu dipanjang-panjangkan..

Kereta masih bergerak laju...dah sampailah pada lokasi yang dituju.. ke Hotel Puteri Pacific ..duduk di lobi sekejab ..



Hari ini temankan si Hani untuk interview..  teruja sangat dia. Anak  yg seorang ni suka sangat mencuba pelbagai. Terkadang kelakar melihat Hani. Orang dtg interview bawa diploma, digree, master..dia yg sedang menunggu SPM membawa UPSR, PMR..sikit2 sijil  itu dan ini....hehe..

Biarlah......buat seronok2 je sekejab sebab masa tu free. Dari kecik budak ni memang sukakan kepelbagaian, mencuba itu dan ini  sekadar ingin melalui cabaran..Jadi dpt peluang untuk  interview tak salah pergi....tapi  saya rasa sangat bersalah  klu dpt, ewah....sebab  ibunya tak suka dengan glamour... betapa haru biru kehidupannya nanti....hehe..

Yang pasti : Sememangnya baik kalau kita pandai mengatur perancangan hidup kita..tapi redhakanlah Dia menjadi penentu..Dia menghapuskan sesuatu yang kurang sesuai dan menggantikan dengan rencanaNya yang lebih indah. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan memberi apa yang kita perlukan dalam kehidupan....InsyaAllah.

Saturday, January 21, 2012

foto ini..

Assalamualaikum..
Semoga dalam perlindunganNya selalu

subahanaAllah, bayi ini sungguh istimewa..
Moga dia dapat menjalani kehidupan dengan baik.
nota :
~Tidak dijadikan sesuatu perkara itu sia-sia melainkan ada hikmahnya.
~ Bersukur dengan kesempurnaan pancaindera diri...

Monday, January 16, 2012

Teringatlah pulak....

Assalamualaikum..

Aduhai, lucunya hari ini..
Saya terpos  n3 'kategori kawan' ni dalam salsuria..
sepatutnya nak masukkan dlm blog yang lagi satu..
kategori kawan tu macam tak sesuai di sini..
nak buang tak larat pulak..

jadi saya postkan gambar aiskrim ni..
teringat 10 tahun dulu  ketika anak-anak masih kecik2
suka sangat makan aiskrim..
berjenis-jenis perisa..
aiskrim ni disalutkan roti..kenyang..
Sekarang..roti aikrim ni boleh juga digoreng..
buang kulit tepi dulu....
tapi mereka tak suka aiskrim goreng..

Kategori kawan..

Assalamualaikum 

Kita  sedia maklum bahawa  kita  mempunyai ramai kawan...
Kawan-kawan kita boleh dikategorikan kepada 6 jenis:

Mencari kita masa kita senang sahaja.
Mencari kita masa kita susah sahaja.
Mencari kita masa dia senang sahaja.
Mencari kita masa dia susah sahaja.
Mencari kita masa kita susah atau senang.
Mencari kita masa dia susah atau senang.

Oleh itu berhati-hatilah apabila berkawan,
Kawan yang baik adalah kawan yang  sentiasa mahu bersama
kita ketika susah dan senang.
Sering mengajak kita kepada kebaikan. 

Sunday, January 15, 2012

Mama Oh Mama..

Assalamualaikum..
"Mama, , adik baru saja melukis....". Si kecil berlari-lari  megah untuk mendapatkan ibu. Tak sabar dia hendak memberitahu aktivitinya.....

"Adik melukis pakai lapstik mama' si kecil menyambung lagi, lurusnya dia....



"Lapstik mama ??" Si ibu terperanjat..

Si ibu memandang anaknya..tiba-tiba terlihatlah akan laptiknya itu   yang tinggal separuh. .Harga lapstik itu bukan saja mahal tapi ia baru saja dibeli..

Hati ibu  hampa dan kecewa..

'Adik !!!!!!! ' Si ibu mula mengamuk sakan. Dia hilang sabar lebih-lebih lagi apabila melihat baju anak perempuannya sudah dipenuhi dengan warna merah-merah..

Si ibu melempiaskan emosinya. Mengamuk sakan. Hilang pertimbangan. Si kecil menjadi mangsa  amarah. Tanpa rasa belas kasihan..  tanpa menghiraukan jeritan.....Akhirnya anak itu  lembik, kaku dan tidak bergerak lagi.......

Si ibu  tiba-tiba terhenti...

Dia menggoncang-goncang  tubuh si anak sambil menangis dan memohon agar anaknya membuka mata..Namun sudah terlambat kerana jantung anak itu  sudah tidak bergerak lagi..

Di saat itu, si ibu terpandang akan tulisan lapstik di selimut  anaknya  dengan perkataan berbunyi ' sayang mama sampai bila-bila'.....

Cerita ini  dari FB..Moga ia menjadi renungan bersama.. 


Sekian wassalam.. 

buat anak-anak kita

Assalamualaikum
sekadar berkongsi-kongsi..
Untuk anak-anak ..
yang kurang lembut hatinya  nak solat..
ikhtiar ibunya mencuba baca surah ini tiga kali..
terutama semasa mereka sedang tidur..


sedikit ole-ole untuk muslimah pula..
hebatnya dia.....


❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤
Seorg muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, 
apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya. 
Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, 
dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung.
 Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, 
 Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...♥♥
❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`
bersyukurlah duhai muslimah
anda memiliki keistimewaan..

Friday, January 13, 2012

Resepi Steamboat Mudah..

Assalamualaikum..
Moga sentiasa mendapat rahmatNya..


Pagi-pagi ni dah google steamboat..
nampak beriya2 bebeno.. 
sebab dah lama tak makan,  tengok foto..selera..

bahan2 yang diperlukan sebenarnya ikut suka hatilah,kan?
ini sebagai panduan jee..
  • 500g udang sederhana
  • 20 biji fish ball
  • 250g fish cake
  • 15 biji isi udang
  • 15 biji  isi ketam
  • 500g so-un
  • 250g cendawan hitam (rendam daam air sampai lebut)
  • 250g cendawan butang (yang dalam tin tu)
  • lettuce
  • kangkung
  • kobis
  • tomato
bahan-bahan sos:
  • 15 biji cili merah
  • 1 sudu makan cuka makan
  • 1 sudu teh garam
  • 3cm halia
  • 3 sudu gula halus
  • bawang putih
  • perahan air limau(2-3 biji ka suka hati tukang masak)
sup:  
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu teh white pepper
  • 1 sudu makan kicap cair
  • sedikit hirisan halia
  • garam secukup rasa
  • rebusan ayam
cara menyediakan sup:
  • masukkan bahan-bahan sup(kecuali garam dan white pepper)
  • dah mendidih masukkan white pepper dan garam
  • dah tu alihkan sup ke dalam ‘steamboat’ kalau tak da rice cooker pun ok…use ‘warm’ mode instead of ‘cook’
cara sediakan sos:
  • blend cili, halia dan bawang putih
  • masukkan cuka, gula halus dan garam..kacau sampai larut
  • masukkan perahan limau
  • siap
Kalau tak M..insyaAllah akan menjadilah nanti atau esok....
moga impian  jadi kenyataan..hihi

steamboat..

Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam perlindunganNya..

Berkongsi cerita pasal makanan ni..
sebab rindu kat steamboat...
sesekali pekena .... sedap ....
aduhai tekak..napa tetiba ngada-ngada pula??

 esok cuti...buat steamboat???
Sebenarnya terkadang saya masak steamboat ni campak-campak jee,
maksudnya  terlebih bahan tu, terkurang bahan ini..anak2 tak kisah ..
sedap jee..sebab keluarga pun  memang suka makan jenis sup2
..biasanya mereka makan berulang2 jika jumpa nih ....

Steamboat yang meriah ni diambil kat google..
tak sempat nak snap foto dulu kala...

sekian entry ringkas saya..
wassalam.

Friday, January 6, 2012

Hadiah ..

Assalamualaikum
moga Selalu dalam perlindunganNya..

Tak sempat nak berlaman-laman beberapa hari ni..
Kerana sibuk berlaman-laman di tempat kerja..
Agaknya itulah ole-ole tahun baru 
tak menang tangan 
kalau tak sempat nak buat di tempat kerja,
dibawa balik ke rumah ....maka  rumah jadi office kedua..

sebelum mengundur diri ..
renung2kan kata2 hikmah bertajuk 'hadiah' di bawah..
moga bermanfaat..

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .

Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'    

Renung-renungkan... selamat beramal

Monday, January 2, 2012

Belajarlah Nak....

Assalamualaikum..
Beg, kasut, printer dan lain-lain barang dah setia menunggu di ruang tamu menunggu tuan punya badan berangkat pulang ke asrama. Beberapa longgok semuanya, Meriah sungguh. Ibunya terpaksa menutup sebelah mata apb melalui ruang tamu yang nampak tak terurus..biarlah selagi mata boleh bersabar..
Kul 12.30 tengah hari nanti clear...pujuk hati..

Hari ini semua orang mahu kerja sekerat hari. Kul 12.30 tengah hari bertolak ke destinasi yang dituju... ramai-ramai hantar angah balik asrama....excited..
Di ruang tamu tergolek2 sebiji bola. Entah mana datangnya bola merah ni...Ibunya tersenyum sendirian. Nostalgia betul. Bola kepunyaan angah semasa kecil  tergolek2 di ruang tamu seolah2  nak mengiringi cik angah balik......
Printer ini antara khazanah di ruang tamu. Printer  yang baru  sebulan dua dibeli, akhirnya jem  tak boleh guna. Susah payah  ayahnya hantar semula ke kedai ..dulu, upah pasang dakwat tepi tu RM70..kini nak service semula pun RM70 juga..Aduhai !!
Satu lagi, kepunyaan angah ialah AlQuran ini. Tafsirnya dlm bahasa Inggeris yang angah nak sangat beli ditemui di Badan Book Store, Angsana..hari tu tiada pilihan, ini sajalah seketul..Harganya bukan main special : RM180.00. Disebabkan ilmu itu tinggi nilainya dan tak boleh dijual beli, tak nak cakap banyak....beli dan bayar....
 lappy angah..
ini lappy ibunya..lappy lamanya disimpan kemas sampai tak jumpa..

Lappy lama lebih kurang 3tahun lebih..tapi ibunya tergatal mulut nak belikan lappy baru jika dapat kursus yang ini..Ditakdirkan memang rezkinya nak dapat..Janji mesti ditunaikan.... kopak jugalah.. ikhlas....Kamus elektronik pun camtu, kamus pertama hilang gaib tanpa khabar berita sudahnya belikan yg baru.. harganya pun boleh tahan..

'Kalau kamu nak belajar..selama mana kamu nak belajar..belajarlah..bapa tanggung'  teringat kata-kata bapa dulu-dulu semasa saya muda belia...lebih kurang begitulah kata2nya.

Orang tuaku hanya bekerja sendiri di kebun boleh cakap macam tu kepada saya....

Tidak terbalas rasanya pengorbanan generasi tua, ayah dan ibu kita  dulu dalam urusan mendidik . Dah  ada anak  sendiri barulah  perasan ......

Kini kita pula mengalas amanah itu..

 Harap2 anak2 akan mengerti  bhw  betapa tingginya nilai kasih sayang ibu ayah, berkorban untuk membesarkan, melengkapkan keperluan2 mrk  seadanya demi  melihat anak-anak bahagia ........