Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum..
Moga ceria-ceria  selalu..
dan sentiasa dalam perlindunganNya..
Selamat menempuh Tahun baru  2012 
Mengharapkan agar kehidupan sepanjang tahun baru ini
dan hari-hari mendatang.. 
akan menjadi lebih baik daripada semalamnya..

Friday, December 30, 2011

kuih Frozen

Assalamualaikum..
Semoga kita semua dalam perlindungan-Nya.

Berhampiran dengan rumah, ada sebuah kedai bumiputera  menjual kuih-kuih  frozen. Sudah setahun beroperasi tetapi baru kali pertama  dikunjungi kerana tak perasan kewujudannya dalam dunia maya  dunia nyata..dekat dengan rumah pulak tu..
kuihnya boleh tahan sedap...
Senanglah ...jika emergency case,  saudara mara  datang secara terjah-terjah,  tak beritahu awal-awal maka berpeluanglah makan yang frozen-frozen..Lainlah kalau beritahu awal-awal dapatlah sediakan apa-apa..
Foto kuih-kuih frozen  ni diambil daripada pakcik google, tak sempat nak upload gambar sendiri..tapi inilah antara kuih-kuih yang dijual. Roti canai segera pun ada. Hari itu sekeluarga mencuba roti canai segeranya,  sedap dan tebal pula..kuah karinya pula buatlah sendiri..
Sebenarnya di rumah pun anak2 tak pemakan, kalau buat kadangkala tak habis..lasly masuk kat peti sejuk kemudian....membazirkan..kalau kita masak tak dimakan rasa penat, lebih baik beli seketul dua dari gerai berhampiran......kalau ramai-ramai makan baru semangat sikit nak masak-masak kuih....

Roti  yang di bawah ni pula adalah roti buatan sendiri ..bukan frozen....
sekian wassalam..

Tuesday, December 27, 2011

Bicara Dengan-Nya...

Assalamualaikum..
Bicara dengan-Nya
Ditemukan kelapangan..
Menghilang keresahan..

Bicara dengan-Nya..
Ditemukan ketenangan
Saat dihimpit kegundahan..
Jiwa lega dihambat kesakitan..

Bicara dengan-Nya
Mencari keredhaan
Merenung kebesaran...
Menemukan pengajaran..

Ps: sedang menyiapkan kerja2 kesetiausahaan dan print kerja2 di rumah pg ni, 
sempat pula mencorat-coret  sebelum bergegas  ke tempat kerja ..

Sunday, December 25, 2011

Kunjungan Lewat Pagi..

Assalamualaikum..
Oleh kerana kunjungan kami ke situ untuk menyelesaikan  urusan berdekatan dengan Senai Airport, maka hati pun terdetik2 untuk  membuat lawatan sosial ke sana sekejab. Dah lama tidak pergi situ....

Nak cari buku dan majalah-majalah ..nak cari kat kedai biasa, jalan sempit dan parking penuh. Hujan renyai2, terasa sejuk macam elegik dengan air hujan pagi tu ...alasan kuat nak pergi ke airport....

Tak semestinya nak fly je datang ke sana yeek...

Yang sebenarnya ada sikit2 kempunan. Hari tu mencuba2 isi online sykt tambang murah AirAsia. Kesilapan teknikal, cuti pun dah hampir ke penghujungnya. Akhirnya cancle...hehe takde jodoh nak jln jauh....duhai anak2ku .. try lain kali yee..Jangan cepat mengalah...

Kemudian kereta pun meluncur terus ke Sultan Ismail Senai International Airport .Di sini memang ada kedai buku. Jalan menghala ke tempat itu selesa....entah, hari tu mahu nak selesa aje....
Bolehlah tahan bnyk buku di kedai tu sehingga terasa penat juga mencari2 ..Sempat Snap..snap di ruangan majalah tapi  tak jadilah  nak post kat sini....sebab baru perasan, tetiba ada cover majalah dlm foto tu ..  ada2 seksi2 sikit,  bulat pula biji mata....

Malas nak membelek2, terus tanya anak2 kat kaunter tentang majalah yang dihendaki .Dia tunjukkan ruangan majalah yg  bercampur2. Ada majalah ilmiah dan ada majalah yang santai2. Saya nampak solasi dan lain2 yg diminati....tarik..
Lapangan terbang ni baru je renovated .Menambah lagi koleksi  premis jualan . Namun di dalamnya agak lengang..di luar kawasan pun tak banyak kereta, hanya beberapa buah dan teksi ..
Gerimis di luar menambah kesejukan pagi, Apa lagi hajat seterusnya ke bilik airlah ..kemudian tanya perut samaada memerlukan something untuk dikunyah2..  masih kenyang lagi..  belum memerlukan makanan pada lewat pagi itu.....sarapan pagi  memang agak berat.  Dah berkudapan dengan nasi lemak dan kuih muih yg dibeli  dari  kedai berhampiran rumah, membuat perut belum mahu menjamah makanan.....

Selepas itu kami menuju beberapa tempat lain untuk membuat urusan peribadi....kemudian kami pun pulang..

MUTIARA KATA :
Hidup ini umpama subjek matematik..
di dalamnya penuh dgn operasi tambah, tolak darab dan bahagi.
terasa bertuah jika bijak..
Menolak perbuatan yang tidak disukai  Allah ..
 menambah pula amalan dan pahala ....

walaupun kesibukan melanda..
tapi tidak lupa  membahagi-bahagikan masa
 antara dunia dan akhirat.....
keindahan dan kepuasan hidup dapat dinikmati
sekiranya jika kita dapat melalui dan memanfaatkan
Operasi tambah, tolak, bahagi tersebut dengan sebaik2nya. 
Mudah2an...Amin..
Peringatan untuk diriku , anak2...

Saturday, December 24, 2011

Masa Pertemuan dengan-Nya..

Apabila sejadah telah dibentangkan dan kedua-dua kaki berdiri tegak.
Jangan biarkan dunia terlepas masuk ke dalam benteng hati.
Kunci segala pintu  angan-angan dunia sebentar ...
Fokuskan hati  untuk pertemuan dengan Ilahi...
Tekun melakukan dan menghayati rukunnya dengan tertib..

Rahsia Pergerakan  dalam solat :
1.  Niat solat : Sebenarnya memelihara taubat kita di dunia dan akhirat
2.  Berdiri betul: Fadilatnya : meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.  Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya :Sebagai pelita menerangkan di dalam kubur.
4.  Fatihah : Sebagai pakaian indah2 di dalam kubur.
5.  Rukuk: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.  I'Tidal : Akan memberi minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7.  Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8.  Duduk antara 2 sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9.  Duduk antara 2 sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang
     dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Memberi salam: Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Sumber: Tazkirah Jumaat .
Wallahualam.

P/s : Sebagai peringatan dan motivasi untuk diri dan anak2.

Wednesday, December 21, 2011

Hikmah Ayat 1000 Dinar

Antara kelebihan ayat 1000 dinar..

Dengan izin Allah..
bertawakal, bertaqwa dan membaca ayat ini..
mudah2an..
Allah mengadakan jalan keluar dari kesulitan...
Hikmahnya lain:
- Untuk memohon rezki
- Memohon terlindung daripada musibah
- Memohon dilindungi daripada syaitan dan iblis.
Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

Monday, December 19, 2011

Kesan Duduk Terlalu Lama

Duduk terlalu lama di depan komputer  kerana menghabiskan kerja berjam-jam.
boleh mengundang kesan buruk iaitu otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan mata pedih.
Laporan Hasil Kajian Inst. Perubatan New Zealand yang disiarkan dalam New Zealand Medical Journal mendapati bahawa individu yang duduk terlalu lama berisiko tinggi mengidap darah beku.

Satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap  darah beku (DVT)
adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.


Persekitaran yang sejuk mempercepatkan lagi pembekuan darah yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

Cegahan Darah Beku..
1. Memakai stokin boleh mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah .
    Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam


Wednesday, December 14, 2011

Hari Terakhir....

Merenung kembali setiap peristiwa serta fragmen penting hidup ini yg berlaku dlm era di tahun 2011, nampak complicated ..namun Allah selalu memberi kemudahan pada diri untuk melaksanakan tugas.

Sebagai HAWA diakui, bukan mudah kita menggalas pelbagai tugas , semuanya perlu diurus dengan bijak...tugas utama sebagai Hamba Allah, manakala tugas yg tak boleh ditolak tepi adalah sebagai pembantu rumah suri rumah, sebagai insan biasa, ibu dan isteri, sebagai pekerja untuk mencari rezki...  peranannya  berbeza2, justeru mengharapkan lantera hidup dpt digalasi dengan mudah......ikhtiar kita selalu tawakal dan berdoa terus-terusan dan mengharapkan yg  lebih baik untuk menyambung hayat dan memperbaharui nafas 2012....

Hari ini merupakan hari terakhir Hani menjalani peperiksaan SPM.... baru  boleh menarik nafas lega..setelah berkurung membataskan  pergerakan hanya di daerah2 yg dekat  shj, tak boleh  terbang jauh sikit spt burung ....

'Nanti, tolong bawa barang yang saya mahu tu ye'  pesan Hani   ..

Kul 1.00 ptg, kami dah tercegat di sekolahnya. Dia muncul sekejab untuk memberitahu bahawa dia lewat sedikit kerana berurusan dengan guru SPBT untuk memulangkan buku teks. berkilo jugalah beratnya buku teks itu, dlm keretaku pula  ada kubawa sedikit kuih muih yang dipesan untuk sambutan birthday kawannya,  satu beg berisi hadiah untuk guru kesayangan.....semuanya layan....bertuah..

Bosan menunggu Hani, ku keluarkan handphone dan snap  gambar sekolah dari dalam kereta, terlupa pula bawa kamera .........tiba-tiba terasa nak renung sekolah itu puas-puas.  Memang di sini terhimpun satu kenangan manis  ..Si Hani sendiri pada mulanya kurang selesa berada di tempat ini, sentiasa berkeluh resah, tetiba jadi sayangkan sekolahnya..aneh..
Selama 2 tahun menjadi penunggu setia ...  Apabila Hani pulang..terkadang dia keluar 1/2 jam awal, dia yg tercanguk di depat gate macam menunggu buah tak jatuh, terkadang pula dia balik lewat sehingga 45 minit, maka saya pula jadi  makcik jaga . Mencongak masa 45 minit tu kalau masak nasi sudah  boleh dijamah......Sesekali terfikir2 mengapalah Hani  menolak tawaran sekolah berasrama penuh dulu..tak apalah semuanya telah berakhir dan yang pahit itu akan jadi manis jika terselitnya hikmah untuk dikenang ......
Walaupun sejak cuti  sekolah tugas driver diambil alih oleh  angah dan along yg kebetulan sama bercuti.Tapi kalau angah drive , tak harapkan 100% lagi,  masih dalam pemantauan , Belum berani nk  lepaskan dia bawa sorang-sorang kerana  melalui  jalan yg bertali arus dengan kereta....

'Brum2...' Angah menekan pedal kereta untuk meninggalkan kawasan sekolah ..

Selamat tinggal SMKTUN dan warganya..terima kasih semua krn mendidik Hani di sini...jasamu dikenang, Moga keredhaan,  keikhlasanmu menabur bakti  mencurah ilmu mendapat ganjaran yg tinggi dariNya, Amin.!!!!

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu..

Sejujurnya saya bukan peminat filem Melayu, lagipun saya tak begitu mengambil tahu tentang perkembangannya tapi bukanlah betul-betul zero, adalah sebuah dua filem yang pernah ditonton melalui CD atau TV ..

Entah mengapa ..hari tu anak-anak ajak menonton, Lagipun cerita ini diberi publisiti yang meluas melalui media arus perdana. Akhirnya saya akur dengan ajakan anak. Cuti sekolah, anak-anak  pun bercuti, jadi dapatlah berkumpul mengisi masa lapang  pergi menonton Ombak Rindu ni ...Berjiwang-jiwanglah sekejap.
Ombak rindu...dari kaca mata wanita seperti saya, memfokuskan persoalan wanita. Bagaimana kecekalan hati seorang wanita utk survival hidupnya di  bandar. Hidup bersendirian tak ada tempat untuk mengadu. Tak ada tempat untuk meminta pertolongan..hehe ramainya  pengulas yang tak bertauliah.

Kemudian, Izzah bertemu Hafiz,  akhirnya terdesak untuk mengahwini Hafiz  semata2 tak mahu terus-terusan diburu dosa !!!!!.

Lumrah, sebuah rumah tangga yang dibina tidak didasari dengan cinta dan kasih sayang bukan sahaja  bermasalah, malah tidak menjanjikan  kebahagiaan, mahupun masa depan.


Izzah wanita tabah, sabar, pasrah dan redha menerima ketentuan Ilahi !!!!

Menariknya watak Hafiz, Seorang ahli korporat yang kaya, menganggap Izzah seperti pembantu rumah, seperti perempuan desa, lama kelamaan berubah persepsi menerima  Izzah seadanya,  simpatinya melimpah ruah lalu dalam diam-diam dia tak boleh membohongi diri  mencintai  isterinya sendiri... Banyaklah episod-episod sedih..yang tak cukup sehelai tisu !!!! (terujalah pulak nak ulas)

Cuma ada beberapa pemandangan yg mencolok mata ....credit to Maya Karin, Aaron, Bront Palare  yang menyampaikan watak , menjadi semantik serta artikulasi emosional dalam menggarap watak masing2. Maya Karin pelakon utama cukup versatil menghayati Izzah....

Lisa (Mila) membawa watak antagonis...berkeras untuk berkahwin dengan Hafiz kerana kesetiaan, marah kerana menangguhkan perkahwinan tapi kalau tak marah kasar sangat boleh tak !!!!. Hanya perlu resionalkan kepada hafiz mengapa dia bertindak sedemikian (eh,macam pengarah filem)
Tahniah  kepada Osman Ali kerana filem arahannya mendapat sambutan hanget,  filem ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashaari.

Saturday, December 10, 2011

Kisah Budak Kecil..

Beberapa hari lalu, cucu-cucu saudara berkunjung ke teratakku..
Meriah suasana kami di kelilingi budak-budak ..suka pula melihat aksi-aksinya..
maklumlah sesekali berjumpa mereka...
Berusaha untuk mesra alam  dengan benda tu... Mula-mula pandang2 dan jeling2...
 Usaha Tangga kejayaan. Ke arah melahirkan generasi muda celik  IT.
 neneks, boleh pegang lappy????.
Hello encik ..cepatlah..dah dapat kad kuasa....
Bolehlah start sekarang, bila nak mula ???
tu dia... dah berani.....
tap..tap..tap.....$ # @ % &...
fokus..
berjaya dapat program kegemaran: superman......

 Pada cuti sekolah, Kalau cucu2 saudara datang..
berpeluanglah kami untuk bermain dan  berinteraksi dengan mereka yg petah bercakap..
sesekali juga mencuri ruang waktu untuk tengok IT bersama-sama...

Sebenarnya apa saja Imej  yang sesuai ditonton oleh kanak2  menjadi terapi
untuk menajamkan pengamatan serta  merangsang gerakbalas positifnya ...
meningkatkan fungsi kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak.
Harap-harap dimanfaatkan dan tidak disalahgunakan
dengan menyaksikan perkara-perkara yang melekakan,
 merosakkan akhlak dan pemikiran kerana mereka cepat meniru...

Wednesday, December 7, 2011

Tak Nak Berputus Asa....

Dalam aktiviti seharian ..perkara simple pun terkadang tak dapat dibuat dengan baik..
Kita bukan pro, Tapi eloklah jgn cepat patah semangat.. contohnya semalam..


Teringin nak buat roti .. sedap kalau  makan dengan kari ayam ..
Lagipun cuti beginilah banyak masa untuk mencuba resepi..
dapatlah kurangkan membeli, keringat sendiri lebih bermakna!!!

Akt buat roti, dimulakan dengan membubuh gula, tepung, susu, minyak, 
gaulkan spt dlm sukatan..Cairkan yis..masukkan ke dalam adunan  tadi..


Kemudian tinggalkan dalam setengah jam..excited nak tengok dia kembang comel..

Lepas 1/2 jam....Apb diintai dia masih kurus  melempeng...
tak tembam-tembam  pun..

Semangat macam nak merajuk juga. Tapi tak apalah..
Nak gembirakan hati....layan ajelah roti cantik milik orang ni  ..

Mungkin Yis dah berusia... lama kaku dalam peti sejuk, kot..
Tak nak berputus asa....Mungkin esok lusa, tulat.. 
manalah tahu melalui kaedah cuba jaya...
lelama roti milik sendiri  naik gebu....montok  dan menyelerakan....nak sedapkn hati.


Begitulah dengan diri kita ni yang  seringkali berdepan dengan
perkara senang dan perkara yang merumitkan ..
Perkara senang itu menyenangkan hati ..
Tapi perkara yg merumitkan  pula menganggu emosi dan menyusahkan ..
Namun jika bermuhasabah.....perkara yang susah dan merumitkan hidup..  
kalau dicuba jaya boleh jadi selesa dan mendatangkan hikmah tersendiri!!! 

Mutiara kata..
“Rasulullah saw bersabda : Apakah seseorang di antaramu tidak mampu berbuat

 seribu kebaikan setiap hari? Lalu ada seorang bertanya kepada Beliau :

Bagaimana mahu membuat seribu kebaikan ?.


Rasulullah saw menjawab : Membaca tasbih (Subahanallah ) seratus kali, 
maka akan ditulis seribu kebaikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahannya”
(H.R. Muslim)
wallahualam..

Tuesday, December 6, 2011

Mengapa Mereka Cerdik..

Assalamualaikum.
Moga kehidupan ini sentiasa dirahmati Allah.
(Istimewa untuk ibu2 muda  dan yg bakal berumah tangga )
sekadar untuk berkongsi info.
Mengapa Orang Yahudi cerdik.
Kebanyakkan Org Yahudi adalah cerdik,  mahir dan menguasai  pelbagai bidang seperti perniagaan, perhotelan, senjata, hartanah, saintis, engineering dan lain-lain.

Seorang pelajar  telah datang ke Israel untuk menyelesaikan tesis PHD mengenai mengapa orang Yahudi cerdik. Beliau mendapati bangsa ini mempunyai amalan-amalan tertentu sejak mengandung lagi.

Semasa  hamil,  Segelintir ibu sering menyelesaikan masalah matematik bersama suami  sebab mahu melahirkan anak genius, kebiasaan ini dilakukan sehingga melahirkan anak.

Semasa mengandung juga, mereka gemar makan kacang badam, kurma bersama susu, tengah hari pula makan roti bersama ikan tanpa kepala. Menurut kepercayaannya kepala ikan mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan pertumbuhan dan perkembangan otak bayi.

 Selain itu, pengambilan  pil minyak ikan ketika hamil diutamakan .

Ikan dan daging tidak diambil serentak ketika makan kerana makanan laut dan darat  mempunyai isi kandungan ion yang berbeza iaitu  satu -ve dan +ve apb bercampur dalam perut mengalami masalah penghadaman.

Memakan buah-buahan dulu sebelum makan hidangan utama, kepercayaan: jika makan kabohidrat spt nasi dan roti dahulu  menyebabkan rasa mengantuk dan susah nak fokus. Jika makan buah di waktu akhir pula  ia akan mengeluarkan asid dan angin berlebihan. Oleh itu, makan buah2an lebih awal sebelum hidangan utama memudahkan proses penghadaman

Tidak merokok, kerana  rokok melemahkan otak dan keturunan.

Sejak di tadika, makanan cukup dikawal. Makanan awal adalah buah2an dan kacang badam, Pil minyak ikan juga penting untuk dimakan.

Anak-anaknya diajar muzik, spt piano dan violin: Mereka percaya dengan belajar muzik dan memahami nota-notanya dpt meningkatkan iq kanak2, gegaran muzik  spt  satu senaman pd otak. (Kita pun boleh, dengan bernasyid memuji Allah,  bukan shj mengaktifkan otak tapi memohon rahmat dan keberkatan hidup!!!).

Sejak awal2 lagi,anak2 mereka  mempelajari matematik yang berkaitan dengan perniagaan .


Itulah sedikit info tentang amalan mereka...
Sekian, Wassalam..

Sunday, December 4, 2011

Sarapan Roti Canai...

Assalamualaikum
moga sihat dan ceria-ceria selalu.
drp google..tak sempat nak snap..snap..

Dah lama tak makan  roti canai. ...

Pagi semalam, semuanya  seiya sekata, sehati sejiwa nak sarapan ni...
Jadi.... lebih mudah diatur, 
cuma pergi ke sebuah restoran jee ..

Tapi....nak makan dekat area sini, terasa malu-malu....
Perasaan je.... nak buat macam mana ..
Nak makan jauh2 sikit, tak kuasalah pulak nak gerak pagi2 ....
Pemutus bicara:  membawa balik sebungkus roti canai kosong untuk seisi keluarga..

Sampai di rumah..si anak  terlebih rajin dan kreatif...
Dia panaskan kuali, masak semula dan tepekkan dengan telur.
Wah..lebih tebal ..lebih enak
makan pun terlebih-lebih...


Teringat: Arwah emak pandai buat roti canai sedap..
Melalui pemerhatian  pula di restoren :
Untuk lebih rangup, mereka menguli  tepung guna banyak minyak ...
eh eh..eh..
tapi dah ramuannya gitu !!!!....

Info..
Roti canai mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi..
Kandungan kalori dalam 1 keping roti canai menyamai 5km berjogging
sesekali kira ok..
tapi, kalau  terlalu kerap memakannya ....terfikir jugak yeee...


Ziarah..
Semalam ziarah laman  kak Ani (klik sini),
Beliau tak sihat..
Didoakan semoga kak Ani cepat sembuh..
dan tabah menghadapi dugaan..Amin..

Friday, December 2, 2011

Petua Untuk Wanita

Assalamualaikum..
moga kita dirahmati Allah  dan ceria2 selalu hendaknya.
Suka tengok wanita2 seperti ni yee..Walaupun semakin matang dan berusia.
Tapi tetap anggun dan berseri..
Macam manalah dia mengekalkan kecantikan aslinya....hik2
 drp google
Apa-apa pun kita bersyukur ke hadrat Ilahi diberi kesihatan yg baik, 
moga kita  berlapang dada untuk mengerjakan suruhan dan perintahNya...
drp google..
Tadi jalan2 di alam maya ternampaklah petua ni..kita kongsikan yee..
Saya tak tahu kemujarabannya sebab belum cuba lagi..
sekadar pengetahuan dan alternatif...boleh juga kalau mencuba petuanya..

1.Petua Seri Muka:
 Basuh muka dgn air basuhan beras yg ketiga. Bilas dgn air bersih setelah 10 minit.

2. Wajah berkedut: 
Gaulkan 1 biji kuning telur,1 sudu kecil minyak zaiton dan 5 titis perahan limau nipis.
sapu 10 minit pd muka. Buat 1 minggu sekali.kulit lebih segar.

3.Hilangkan bintik2 hitam pd muka: 
Tumbuk 10 helai daun pegaga yg telah dicuci air garam.
Campurkan bedak sejuk. Sapu pd muka sehingga bintik2 hitam hilang.

4.Haluskan muka:
Petua a: kisar Buah tomato dan lumurkan pd muka seketika.
Cuci dgn air suam.Tomato berfungsi untuk bersihkan kulit.
Petua b: Bancuhkan sedikit asam jawa, air dn sesudu tepung ubi.
Kacau. Pupurkan pd muka selama 15 minit
Petua C:Didihkan susu segar atau susu tepung dan air. 
Apb sejuk  sapu pd muka. Biarkan kering seketika dan basuh dengan air bersih.

5.Tegangkan Muka:
Petua a: Campurkan air, tepung ubi kayu dan timun yg disagat atau hancurkan.
Sapu pd muka.
Petua b: Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. 
sapu pd muka.

6.Melembapkan muka:
Petua a: Ambil bbrp kelopak kobis, tumbuk lumat dan campur madu.
Tepek pd muka. Amalkan seminggu sekali
Petua b: Tomato  yang dikisar, Lumur pd muka seketika. Tomato membersihkan kulit.


wassalam, moga bermanfaat.

Thursday, December 1, 2011

Jom Makan..

Assalamualaikum,
 Moga sihat dan ceria-ceria selalu..
Kali ini, Laman Salsuria menghidangkan  buah2an kepada para tetamu ... Jom..kita bertukar2 selera dengan  melebihkan  makanan yang  tak berapa nak menggemukkan ini. Lagi pun ianya mempunyai banyak serat ,  vitamin C, A dan lain2.  Lebih murah dan senang didapati . Kulit pun boleh cantik dan gebu
emm, emm yelah tu makcik , gebulah sangat....

Klu kita rasa dah terlebih berat ..  elok2lah bertukar corak pemakanan, ye... 

Buah ni pun ok juga..tapi kalau ada  darah tinggi, maka jeling2 jelah ye,tak berani nak pelawa....kerana penangannya  teramatlah dasyat.. boleh menyebabkan  darah terus naik dan susah turun. Tapi bagi yang  kurus2 tak ada penyakit, tak ada masalah ..Teruskan usaha.....
Nak tambah muda..mari kita berulam-ulamkan  kacang botol. Kacang botol yang muda2 rangup , tapi tergigit yg tua, keras kejung..macam nak tercabut gusi...aduh, nasiblah..

Daun selum pun sedap..cecah dengan sambal belacan..silap haribulan tak cukup satu pinggan nasi panas....Tapi ...baca banyak bismillah..kunyah perlahan2..insyaAllah cukup  .
kenyangnya pula sampai ke petang..
ulam raja...yum..yum..

Sebenarnya, melihatkan  cuaca yang cerah hari ini, maka teruja nak keluar dari kepompong. Syukran dapatlah selesaikan  beberapa urusan.. Balik dari  lokasi-lokasi terpilih spt bank, kompleks Islam, Maydin..... singgah kat kip Mart.

On the way nak pergi Kip Mart dah terjumpa jagung kat tepi jalan..entah... mata ni tak boleh tengok jagung.. berpinar2 ...apa lagi, teruslah membeli.....

Kemudian, masuk Kip Mart , seleranya pada epal, anggur , betik.....semuanya  beli ....

cukuplah, dah sarat peti aisku dengan buah2an pd minggu ni ......

Masa nak keluar, ternampak pulak buah durian ...geram betul....capai lagi....eh..eh..eh........

Di rumah tak semua orang nak makan buah durian..Jadi 2 biji saya dan penggemarnya makan, 
dan dua biji  lagi, buat serawa.simpan kat peti ais,.esok cecah dgn roti... insyaAllah habis......

Satu lagi...Ada hidangan ...santapan rohani bagi mereka yg terus sudi membacanya :

Tip : Kalau kita dilanda masalah.....

Kalau ada masalah..
Istiqamah dan bawa bertenang dulu....
kalau serabut, fikiran tak rasional..
kumpulkan tenaga dalaman yang ada..
segelintir kawan2 kita juga boleh jadi pemudah cara....
Apabila terasa dah kuat..
barulah fokus kepada langkah  mengatasi masalah...
InsyaAllah  ada je idea kalau komited.

Apabila dah berjaya..
Raikan  kejayaan itu dengan rasa syukur kepada Ilahi.
juga mengucapkan terima kasih kepada
insan2 yang membantu kita menangani masalah itu..
InsyaAllah..
(Oleh: Ahmad Yassin)


p/s: Selamat hari jadi kepada anak angkat  yang jauh di mata nih .. Harapan agar sentiasa istiqamah  dalam perjuangan untuk  mendalami ilmu pengetahuan.. Didoakan moga menjadi anak yg soleh, cemerlang di dunia dan akhirat..Amin....