Monday, November 28, 2011

Pagi ini..

Pagi ini, Hani dah siap berkemas-kemas dengan seragam sekolah......Setelah bersalaman dengan ibunya..dia pun meloncat kat kereta si ayah...
.
Perjuangan..perjuangan..

Perjuangannya dalam SPM belum selesai....pagi ni ada Kertas Kimia  ..berserah dan bertawakal, itulah ubat mujarab....

Takut ???? biasalah....time periksa ni, dia betul-betul  insaf , last minutes pulun..Seawal kul 3.00 pagi  dah gosok-gosok mata, biar berkaca..duduk di atas meja dan mengadap selonggok buku yang setebal 3 cm, 2cm ,1/2cm, 1/4 cm memacam ...biarlah...ku hanya mahu hadir di sisinya ... simpati pun melimpah . Anak, kan... susah dia, susahlah kita.......senang dia, lapanglah dada kita....

kereta dah menderu......Anak pun dah selamat pergi ke sekolah....

Time  buka lappy....jenguk2 laman.....hik2...

Hari ni nak kongsikan petua kecantikan dari seorang ustaz dalam internet, rahsia dia nampak muda ....dia amalkan..

1.  Jaga pemakanan,  tak ambil ais dan ambil banyak air kosong
2.  Bersenam..
3.  Bergaul dengan org2 muda..(tang ni yg isteri gerun lihat suaminya balik muda)
4.  Banyak senyum (lagi bahaya nih)
5.  Banyak baca Al Quran ..(Al hamdulillah)
6.  Banyakkan berzikir..
7.  Banyak berwuduk
9.  Pakai pelembab muka sebab jika muka kering, cepat berkedut
10.Ikhlaskan hati dalam apa jua pekerjaan
11.Kurangkan stress..belajar menguruskan diri..
12.Banyakkan makan ulam-ulam, buah-buahan dan sayur-sayuran...


Setakat ini perkogsian ... Moga bermanfaat, InsyaAllah..

Perjuangan itu..

Assalamualaikum..
Duhai anak-anakku..
Perjuangan itu..
bagai menempuh onak dan duri
Hebat dan dasyat..
tapi bagi kamu..
di situlah maknanya, di situlah nilainya..

Perjuangan itu..
semestinya melalui kepayahan..
 Ibarat sampan di tengah laut
Lapang tanpa berlindung..
Dilambung ombak tinggi menggunung
Ditiup angin menderu-deru
Didatangkan hujan dan badai.

Jangan pernah  mengundur
Jangan ucapkan selamat tinggal..
Jangan mudah mengalah
Jangan mudah berputus asa
kuatkan iltizam..
titipkan doa..
kuatkan harapan..

Sunday, November 27, 2011

Majlis Undangan..

Assalamualaikum
cantiknya, foto pelamin ini ..

Cuti-cuti sekolah begini, 
kita memang banyak menerima kad jemputan kahwin....
Alhamdulillah..syukran pd anak2 yg telah sampai jodohnya..

Hari ini pun, ada satu undangan ..
bukan majlis nikah kahwin..
Tapi jemputan majlis pertunangan di rumah jiran..
Majlis itu  bermula pukul 12.00 tengah hari..
jadi, sempat bangun pagi untuk menyediakan sedikit kek dan pulut panggang 
untuk di berikan kepada jiran tersebut...
 kek coklat yang telah dihiaskan....
kalau dibantu anak-anak, cepat je siap..
pulut panggang .....

TERUJA pula untuk mengambil foto-foto hantaran
 daripada pihak perempuan..
segala macam barangan untuk diberikan kepada
 bakal pengantin lelaki
kesemuanya ada sembilan buah dulang  hantaran 
sirih junjung..
senaskah Al Quran
coklat ini hadiah daripada rakannya.
sejadah dan songkok
manisan dan gula-gula di dalam bekas kedap udara..

walaupun simple tetapi menarik dan kreatif..
itulah sebabnya nak snap..snap..

Pada kesempatan ini 
ingin mengucapkan selamat pengantin baru
kepada anak-anak yang akan 
dan bakal melangsungkan perkahwinan
dalam masa terdekat ini
semoga kekal bahagia selamanya..Amin..

Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah


Hijrah dengan redhaNya..
Moga roh Maal Hijrah
membina lembaran-lembaran baru
yang lebih bermakna dan membahagiakan
dalam kehidupan..

Thursday, November 24, 2011

Masih Bersisakah ..

Apabila terlihat paparan-paparan foto ..
lantaran, terkesan menatap yang satu ini..

Aduhai insan....
masih bersisakah simpati...
di lubuk hati??
atau telah terhapus
di dalam air yg tenang ini..
Yang baik itu panduan..
   Yang buruk itu teladan.....

Renung-renungkan. Selamat beramal......

Monday, November 21, 2011

baiknya hati....

Semalam, ketika anak balik dari sekolah selepas menjawab kertas SPM,
dia mengulurkan satu bungkusan beg plastik berisi pelbagai barang..
masyaAllah....banyaknya ole2 ....Mula-mula nampak tasbih.

kemudian nampak pelbagai jenis manisan..
Ada gula-gula, serbat dan coklat...
Ada kismis yg besar-besar,  sebesar ibu jari kanak-kanak darjah 1..
kismis ni masam2 manis., Sedap..di kedai kismis ni RM40 sekilogram..
Kemudian tengok ada kurma dan satu peket buah tin kering..
Hari tu baru cerita tentang kesedapan buah tin ni...hari ni dapat pulak merasa..


Minyak wangi pun ada....
Paling disukai ramai benda nih lah...
sebentar lagi tentu kehabisan stok...
laris macam goreng pisang...
dikerjakan oleh anak2 di rumah nih..
pastu kuku2 masing-masing macam pengantin baru..
merah menyala2....silau mata den..

sejadah hijau yg cantik.....
bagi motivasi sikit pada si kecik dlm rumah nih.....
beg sejadah pun ada.....
bolehlah klu nak bawa telekung ke mana2..




kemudian si kakak test yg ini pula....
jubah hitam....
apabila dia dah pakai,
nampak cantik ....
berkenanlah pula..



si angah nak jugak....
nak suruh dia diam..
hulurkan satu lagi jubah simpanan..
pemberian rakan hari tu
suruh dia pakai..
emmmm..jawabnya jadi hak miliklah tu....
si ibu memang suka mengalah..takpeee...cian...

Murahnya rezki hari ini..
Ole-ole yg di atas tu kiriman Puan Mah, cikgu  matematik  anak ,
Dia baru balik menunaikan Haji..
syukran,  moga beliau dapat haji  Mabrur..

Saturday, November 19, 2011

kenangan 2011..

Assalamualaikum..

Banyak tak peristiwa 2011  yang  bakal menjadi kenangan
apabila tahun ini menutup tirai???? ..
Bagi saya, persekitaran 2011 dan 2012 mungkin berbeza....
coz  penghijrahan..
Semangat hijrah tetiba meresap dlm kalbu, 
membuka lembaran mendatang ..emm emm emm!!

Apa2 pun, kita percaya takdir ketentuan.. 
  mempunyai hikmah tersendiri ..
Hikmahnya akan dirasakan apabila  melangkah nanti..
jadi persediaan awal itu perlu ada 
dengan menguatkan tapak2 kasut   ..
InsyaAllah baik-baik saja....

Ditanya  apakah persiapan untuk ke tahun 2012..
kepada anak2 dewasa kita???
anak2 dewasa kita pastinya lebih banyak cabarannya, kan..
harap2 mereka semakin matang...
punya ketahanan mental dan fizikal..
hakikatnya orang muda
 lebih gagah perkasa berbanding kita..hik2..
InsyaAllah kuatkan iltizam
untuk merintis jalan ..
moga akhirnya tercapai cita2 kalian..

Inilah  kenanganku bagi 2011 yg bermakna .......
Banyak lagi yg terpahat dlm lipatan..
tapi yg  mutakhir ini saja sempat dirakamkan..
Saya masih teringat ketika menyampaikan ceramah remaja 
pada anak2 thn 6 ni....
siap bersajak2..semata2 nak merasa feel..
bhw mereka ni penting dalam pembinaan negara di masa hadapan..
masa itu, kita yg kini berada di fasa makcik ni
dah berada di fasa nenek pula.....insyaAllah
jadi masa nilah menyedarkan mereka
betapa pentingnya menjaga kualiti dirinya... Semangat lagi !!!!
kenangan menerjah di majlis ibu bapa, 
tetiba pula menjadi pengacara majlis secara bidang terjun..
tak sampai hati nak menolak tawaran....
 pd minggu ke2 akhir persekolahan ada majlis jamuan  anjuran KEBIRUS,
 terpaksa meredah hujan lebat dalam sedikit kegelapan mlm 
kerana tak mahu ketinggalan kerita api
 untuk turut serta dengan rakan2 sekerja....basah2 tak peduli..
 di lobi  Pulai Spring .....
berhenti sebentar mengelap badan dan baju yg basah tu dulu,
sebelum sampai ke majlis....
bersama rakan2 sekerja sedang leka  mengikuti agenda yg disediakan 
di majlis jamuan dan perpisahan.Selepas itu barulah menjamah makanan..
lokasinya di Pulai Spring Resort, JB.. 
bersantai2 sekejab di sini sebelum pulang....
tapi kena balik cepat..
esoknya anak SPM....
 merenung cenderahati...terimakasih rakan2..
foto ini diambil ketika menyampaikan ceramah anti dadah
 pada murid tahun 6, 2011...
dlm slot program selepas UPSR
bagi sikit handout..
teringatkan anak-anak cemerlang ni..
moga mereka terus berjaya
mencapai hala tuju yg disasarkannya ..AMIN.

Monday, November 14, 2011

Duhai Isteri..

Saya tertarik membaca ingatan ustazah dlm FBnya: bahawa isteri yg bekerja, memiliki  wang sendiri jangan sombong dgn wang dimilikinya  sehingga merasakan tidak perlu meminta nafkah kepada suami..

Setiap kali suami menghulurkan rezki utk diri dan keluarga, pandang dgn rasa cinta dan syukur..perlu menghargai dia kerana pengorbanannya mengeluarkan keringat untuk menyara diri kita dan keluarga walaupun jumlah yg diberikn tidak bnyk mengikut kemampuan..mudah2an Allah memberi ganjaran kpdnya di atas kebaikan itu ..

Saya juga pernah mendengar kata2 penceramah bahawa dlm rezki kita (pendapatan sendiri) ada sedikit kepunyaan org lain..lantas jangan lupa bersedekah terutama kepada insan yang memerlukan..


Melalui  pengalaman  bersedekah, dirasakan rezki yg datang jauh lebih bnyk  drp yg telah dikeluarkan  ... mudahan kita perolehi keberkatan drp sikap dan  semangat kita  untuk bersedekah..Amin..

Friday, November 11, 2011

Apb Dalam Kesusahan..

Pernah tak...
Tersusah....
Disusahkan..
Tak sengaja cari susah ???

Renungkan kata-kata ini sebentar...

dizikirkan berulang-ulang..
moga ianya menjadi penawar..
moga ketenangan akan hadir ke sisi semula.....
moga yg susah2 menjadi  normal....
Amin..

Tuesday, November 8, 2011

Kos Membantu Ibu..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan makan malam..Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas untuk si ibu, Isi kandungan suratnya......

KOS MEMBANTU IBU
- Tolong pergi kedai = RM4.00
- Tolong jaga adik =RM4.00
- Tolong buang sampah =RM1.00
- Tolong kemas bilik =RM2.00
- Tolong siram bunga=RM3.00
- Tolong sapu sampah =RM3.00
  JUMLAH KOS = RM17.00 


Selesai membaca, si ibu mengesat air matanya
terharu dengan jumlah tuntutan yg diminta..
lalu berfikir sejenak...
kemudian si ibu mencapai pen...
membalas surat anaknya di belakang kertas tersebut....

- Kos mengandungmu 9 bulan = percuma
Kos menjaga kamu di waktu malam = percuma
Kos air mata yang mengalir keranamu = percuma
Kos menyediakan makan, minum dan keperluanmu = percuma
Jumlah keseluruhan kasihku  = percuma

Setelah membaca  surat tersebut
si anak bergegas  mendakap ibunya dengan berkata....
SAYA SAYANGKAN IBU..

Si anak merasa sedih...
sekali lagi dia mencoret di muka surat yang sama ditulis dengan perkataan....
TELAH DIBAYAR..

CUMIL,  KAN cerita ini..
tergelak pun ada..
sedih pun ada..

ITULAH KEHIDUPAN SEGELINTIR ANAK2 ZAMAN SEKARANG...
YANG SINONIM DENGAN UPAH MENGUPAH..

P/S: cr to adik Ahmad yassin , kerana kakak share cerita yg ini..

Masa kecederaan..

Tinggal ada masa kritikal..
Tinggal ada masa  kecederaan..
Tapi kalau dimanfaatkan sangat berguna..
Jadi ibunya berusaha untuk duduk2 kat sebelah dia..
manalah tahu kot..kot..
Darjah Keselarasannya meningkat..
Darjah motivasinya menaik...
Manalah tau......

kata along..kawan menangis payah ditemui..
kawan bersedih-sedih  susah dicari..
takpe..ibunya hadir untuk menangis bersama ..
jangan risau kalau tak jumpa  kawan menangis ..hik2

SPM..SPM..
yang stress biasanya cikgu  dia kat sekolah tu..
Merekalah penggerak..
menyalakan lilin..
menjadi tulang belakang....

Memetik kata2 adik (Ahmad Yassin) :
"Ramai pelajar kita yang gagal dalam peperiksaan sekolah rendah, sekolah menengah atau IPTA kerana tidak dapat mendisiplinkan diri dengan masa. Solat pada awal waktu jadi kayu ukur. Biasanya pelajar yang solat awal waktu itu adalah pelajar yang berjaya dalam kehidupannya..Oleh itu kalau nak berjaya dalam pelajaran maka jayakan solat  dulu......."


SPM.. SPM..
Masa-masa kecederaan begini..
bnyk pulak dugaan...


Sekian Wassalam..

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha..

Berseri wajah dengan senyuman
Manisnya kasih dengan pengorbanan
Indahnya ukhuwah dengan keikhlasan
Sucinya hati meredhai kemaafan..
luhurnya budi tanpa balasan !!!!

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA..
Moga perjuangan dan pengorbanan yang pernah kita lakukan
mendapat ganjaran dan rahmat dariNya..Amin...

happy ..happy..happy..
kejap lagi ku mendengar derai tawanya....
Macam nilah kita  yg tak berapa nak muda ni..
sering ternanti2 akan kepulangan si anak

kemudian
menderu2 nak balik ke kampung ..
Jumpa kakak,abang ,
jumpa anak2 saudara, cucu2 saudara di desa permai....
terasa dedaun kelapa  dah  melambai2..
mengajak pulang..
untuk merayakan AidilAdha  ..
sesingkat manapun percutian
harus dimanfaatkan bersama..
(yang bebenonya dah lama tak balik kampung..hik2)..