Kalau kita memandu, apa yg terbayang di ruangan mata???..
first, mesti kita fikirkan faktor2 keselamatan yee ..
sebab itu klu ke tempat kerja , saya mesti pastikan persekitaran dah terang sikit, baru bertolak....maklumlah pemandu veteran pengelihatan pun dah tak sama macam org muda ....
Ada petua tak untuk memandu ?????..
Di waktu pagi, saya sukakan keadaan yg tenang apabila
drive..tak ada apa bunyi2an pun, sunyi sepi krn biasanya masa tulah nak ambik berkat baca Al fatihah, Al Ikhlas dll di sepanjang jalan sebab kat rumah tak sempat nak menghabis2kannya.. ....berbeza jika memandu waktu tengah hari balik kerja, buka lagu2 untuk menyegarkan minda yg serabut..klu dengar lagu2, minda dpt rehat sebentar..begitulah rutin ..
Pemandu lesen muda remaja, macam mana pula???..
sentiasa membetul2kan kedudukan.walaupun dah betul....
Tak apa anak2...stail..
gantung 'P' besar-besar...biar orang nampak jelas...minta simpati...
beri laluan pada kereta untuk jalan dulu.....
klu ada motor pun, suka hatilah klu nak jalan dulu....
lesen muda belia , slow n steady sebab lutut masih mengigil2 lagi..
Ibunya yg duduk sebelah pun sama, lututnya tergigil2 ......
Ini lesen yang dah beberapa tahun....
nampak macam confident..tpi dalam hati dia, mana kita tau..nntahlah...
apa yg penting ibunya dpt duduk sebelah..
ronda2 keliling JB....
Sempat mengintai JB ..Dah beberapa bulan tak lihat bandar itu..dah berwajah baru..
melalui hospital...jalan di tempat ini memang sibuk..
Sebenarnya naik bas dan teksi lagi mahal berbanding membawa kenderaan sendiri, namun sentiasa ingatkan anak2 supaya berwaspada ketika berada di jalan raya..maklumlah bnyk kejadian yg tidak di sangka2 berlaku jika tidak berhati2...
For me, lepas anak2 SPM, perkara pertama yg bermain2 di minda ialah nak ajar diorang memandu...sebab ibu ayahnya dah penat jadi
driver hantar ke hulu ke hilir...dah tiba masanya anak2 yg dah besar perlu berdikari..
barangkali beberapa potong ayat ini,
boleh jadi penawar ketika memegang stering kereta.....
'PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT'...
'ANDA MAMPU MENGUBAHNYA'..
sekian dulu..