Sunday, September 25, 2011

Jalan-jalan Cari Makan..

Assalamualaikum...
Moga kita selalu ceria-ceria dan dalam perlindungan Allah..


Kalau difikirkan tentang kekangan masa ..rasanya macam  tak boleh nak gerak. Minggu ni, ada je hal dan aktiviti di musim2 raya  ......


Tapi, kerja memang tak pernah  habis,sesekali buka minda kita, lupakan  kerja buat seketika  kemudian jalan-jalan  cari makan..... 


 Berkunjung ke Cameron Highlands.......Akhirnya, sampai juga hajat....... 


Memang tak dapat nak santai2 sangat  sebab memantau bebudak yang kecik2....hik2


Almaklum..bebudak ni, fitrahnya merengek...kejap2 dalam bas tu nak buang airlah..nak muntahlah..nak itu, nak ini..lelama maknya pening.........tak pee ye anak2......maknya larat lagi nak melayan......
inilah wajah  anak2  yg dibawa untuk jalan-jalan..

Syukran, Sepanjang berada di sana cuaca  cerah..lawatan pertama  ke  Ladang Teh Cameron Valley.
cameron valley.....hijau2..cantik dan memikat hati...
maknya dah penat...duduk rehat2  kat cafe sambil menikmati keindahan panorama ladang teh...


Dah puas berada di Cameron Valley,   kami meneruskan perjalanan menuju ke Ros Chalet  utk  melihat strawberry dan bermalam di sana..

 kawasan persekitaran..penuh pokok bunga.Suka tengok.....
strawberi merah2 .
bawa balik dlm kuantiti yg bnyk untuk diberikan kepada kengkawan 
 tapi sampai kat umah..dah berair..

Pada malamnya pula,  kami ke Pasar Malam Berincang...macam2 benda di jual di sana..ini yang menarik perhatian kami....bunga-bungaan dan  jenis2 sayur...


 Hari kedua, Hari sabtu, singgah di Bee Farm,  kemudian masuk ke ladang untuk  melihat  sendiri lebah-lebah yang  berterbangan di sarangnya.....
Dalam kotak2 tu adalah rumah-rumah lebah....
 lebah menghasilkan madu....

Apabila petang, kami meneruskan perjalanan menuju KL . Bermalam pula di sana. Di sebelah malamnya  kami sempat juga  membawa anak2 ke sini...
Cantik sungguh pemandangan waktu malam..




Inilah sebahagian anak-anak yg dibawa ...


Selama 3 hari 2 malam  di dua tempat itu......
Akhirnya kami tiba pd hari Ahad malam kul 8.00 mlm...Alhamdulilah... selamat sampai...

Wednesday, September 21, 2011

Mencuit hati...

Musim tengkujuh..ke mana alirmu, mencuit singgah di hati-hati manusia...(pinjam ayat org)


Memang mencuit hati  ...


kelmarin  sebuk  memenuhi undangan majlis perkahwinan dan open house..
tak sedar rupanya hujan  lebat mencurah-curah. Selesai makan-makan dan bersalam2an dengan tuan rumah,  balik cepat-cepat . Sampai di rumah, 
entah kenapa   teringat nak  tanggalkan plug tv,  plug  modem wireless di ruang tengah....


'prangggg....' tetiba dlm masa 5 minit tu kedengaran bunyi  kuat  diikuti dengan keadaan rumah   gelap gulitaaaa.....


Terkejut...... lalu pergi memeriksa main suis .. rupanya dia menendang..buka main suis semula....  terang benderang ...alhamdulillah..


Kemudian,  pergi periksa  tv di ruang tamu ...pelik kerana dia dah diam membisu....


hik2  ... terbakarrr...


Nasib baik tv kat ruang tengah,  modem dan leptop dah ditanggalkan plugnya ..syukran, selamat......


Di rumah adik pun sama, tapi lagi banyak yg rosak ..tv, komputer, modem dan lain2 semua terbakar ...


PENING juga  nak gi membetul2kan, Itu pun klu boleh betul......klu tidak, letihlah nak  menganti2kan....


Redha....


Pada sesiapa yang kawasan rumahnya berlaku fenomena alam spt ini berhati-hati  dan fikirkanlah langkah2 keselamatan  supaya tidak terjadi ' mencuit hati' macam kes ini............


Friday, September 16, 2011

Dia Masih Sedih..

Ketika kami melawatnya dua minggu lalu, kakak itu masih bersedih dan murung. Meskipun telah dua bulan suaminya meninggal dunia.  Hari Raya pun macam tak berseri. Persiapan raya dilakukan sangat sederhana.. sekadar yang termampu...


Ingatannya masih kuat pada orang yang disayang. Selama puluhan tahun hidup bersama tetiba  suaminya pergi tanpa meninggalkan pesan..... siapalah yang tak sedih..sudahlah anak sulung yang dirinduinya  masih di UK kerana menyambung pengajian PHDnya..tiba-tiba pula suaminya........eh, dia benar2 kesunyian ......


'Bersabarlah kak..' itu saja yang sempat diluahkan sambil menepuk-nepuk bahunya di awal pertemuan....


Semalam ketika sedang menonton rancangan sempena Sambutan  Perayaan Kemerdekaan Malaysia..kami dikejutkan lagi  dengan deringan telefon  bahawa ayahandanya pula pulang  ke rahmatullah..


Berturut2 dua orang yang dikasihi pergi meninggalkan kakak itu  buat selama-lamanya..


Ayahandanya adalah bapa saudaraku...bermakna Pakcik tu adalah adik  ayah ...kini semua adik beradik ayah telah menemui ILahi..


Kami bergegas pulang...kepantasan orang-orang desa mengurus jenazah menyebabkan  kami hanya sempat berada  di sisi pusaranya mendengar bacaan talkin.. 


Berjabat tangan sambil berpelukan..


'bersabarlah, Allah lebih sayangkan  pakcik' sedikit ucapanku terkeluar untuk meredakan emosinya semasa hendak pulang...


'Orang tua kita semua sudah tiada,  tali persaudaraan tak akan putus...' katanya menyebabkan saya  sedikit sebak......


Tiada apa yang kekal di dunia ini..semuanya adalah pinjam-pinjaman..


kepada yang masih ada orang2 kesayangan di sisi, terutama ayah dan ibu, suamI isteri hargailah  mereka... Jangan persia-siakan pengorbanannya yg pernah dicurahkan kerana..siapalah kita kalau bukan mereka... 

Monday, September 12, 2011

Selamat menjalani UPSR..

Assalamualaikum ..

Pada 13 September merupakan hari yang bersejarah bagi anak-anak kita yang mengambil  UPSR.

Di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani peperiksaan untuk anak-anak UPSR. tidak ketinggalan untuk ibu2nya  yang menjadi tenaga  penggerak dan tulang belakang  di rumah. Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan anak2 kita,  memberkati  usaha dan penat lelahnya yang selama ini dicurahkan demi untuk mendapatkan ilmu. Kepada Dia kita berserah, bertawakal dan berdoa.

Lain pula ceritanya puteriku yang nak berSPM ni..
Ini kes berlaku beberapa hari  yang lalu..

sibuk-sibuk dan nak cepat-cepat sangat pd suatu pagi ..
sehingga lupa nak tutup suis.....
hasilnya,  memberangsangkan...


nak marah?...
taklah, senyum je....

Hai,  nasib baiklah macam ni jek dan tak merebak...
sampai jadi hitam elegan !!!

p/s: Moga kita semua  dijauhkan  daripada  musibah...

Friday, September 9, 2011

Catatan Raya..

Cahaya bebola api menyinari malam yg gelap
Bunyi mercun roket kedengaran memecah kesunyian…

Bebudak kecil berlari di halaman rumah dengan kegirangan..
Sementara anak menantunya mengawal kanak2  supaya langkahan kakinya tidak tersasar jauh..
Itulah antara situasi ceria di rumah kak Ngahku ketika  menjelang hari raya ke dua..

Foto di atas: anak, menantu dan cucu2 kak Ngah..

Semua adik  kak Ngah berkumpul di rumahnya pd hari raya kedua…termasuk ibu anak-beranak...yelah kat mana lagi nak bermanje2 klu bukan kakak...(di sebelah: foto raya anak,  menantu dan cucu-cucu kak Ngah)


                                                

Sementara itu, menantu-menantunya dan anak2 saudara sibuk di dapur menghidangkan juadah hari raya....dengan hidangan utamanya  burasak dan lepat luih....ibu tahu anak2 merindui makanan tersebut . 
Nak menyediakannya bukannya mudah , memerlukan bnyk daun dan cara memasaknya pun mengambil masa yg lama..

Jadi nak makan burasak dan lepat luih balik rumah kakak ibu.....

Agenda  penting ialah melawat abg Long pd raya pertama...klu hari2 biasa  abg tu tinggal berdua je..macam pengantin baru semula ..
eh..terfikir juga, klu pnjng umur  apb dah tua2 esok..rumah kita pun akan kekurangan penghuni juga cam rumah abang....hehe !!!








Kemudian meluangkan masa untuk  melawat sepupu-sepupu  di kampung ..apabila melalui halaman rumahnya yg macam taman tu.. snap...snap..




Jalan Jem...Perjalanan kurang lancar...kereta bergerak perlahan..itulah antara situasi yg dihadapi dalam kemeriahan raya kami tahun ini...
Samalah seperti perjalanan hidup kita  yee.....
Dalam kesusahan tiba2  laluan kita dipermudahkan....
Dalam kesenangan terkadang menempuh pula kepayahan...
Semuanya adalah rezki kita...
moga kita sentiasa beringat2.....


Sekian catatan raya kali ini, wassalam..


Monday, September 5, 2011

ukhwah

selesai punch..capai kunci kereta dlm beg..
pergi ke tempat parking dan  terus drive laju sikit..
mood raya?
oh, mood bantal..


ukhwah..ukhwah..
mengingatkan diri bahawa 
manisnya pengalaman  berukhwah ..


Semalam sepupu2  dari kampung berkunjung ke rumah....


telefon  kul 9.00 pagi..
janji nak datang kul 2.00 ptg..
tapi kul 11.00 pg dah berada  di muka pintu....
Janji nak datang dengan 4 buah kereta..
tapi  sampainya  7 buah...


Tak kisah..
Tapi tuan rumah belum  ready ..


Kesian tetamu..
Nasibnya kurang baik hari tuh......
terpaksa sama-sama membantu menyediakan popia, karipap..memotong tembikai..
Alhamdulillah..siap juga hidangan mee sup dan kuih muih tu.....


Walau tetamu disambut  dlm keadaan  seadanya..
namun...  
happy..happy...happy...
mereka datang jauh2..
kerana  mengingati kita.....syukran..


dan petang ni,  selepas pulang dari kerja...
Agenda utama: nak  rehat dulu 
sebelum memulakan tugasan lain..