Suasana majlis ilmu itu sangat tenang meskipun agak ramai tetamu..hanya terdengar patah-patah perkataan drp penceramah. Semua hadirin wanita di situ sedang fokus mendengar… maklumlah setiap kata2 nasihat itu mencerminkan peringatan…
Kehadiranku sedikit lewat, obsess ? oh tidak..Cuma terpaksa duduk jauh drp penceramah...kerusi-kerusi di depan ibarat tempat duduk kelas pertama telah pun penuh…dan kerusi saya sedikit terbelakang…namun kejelasan suara dibantu mikrofon yg berfungsi dengan baik memperdengarkan bait kata2nya yang lembut. bisa mencairkan hati yg alpa..…walaupun kurang humor , nasihatnya juga terkesan …
‘Sebagai seorg isteri, apakah persiapan kita menjelang ramadhan?” tetiba soalan cepumas yg yg dizahirkan itu membuat saya termanggu-manggu utk mencari jawapan....…
Sebagai seorang isteri apakah pesediaan kita menjelang hari raya? tetiba minda teringatkan hari lebaran ..
Hari lebaran ??? soalan beginikan lebih mudah dijawab ..tak payah berfikir panjang..tentu saja jawapannya sama … Baju baru, kasut baru, langsir baru, kuih muih…huhu....Biasanya para isteri memang sibuk untuk membuat pemilihan....kaum bapa sudah pasti percaya 100% akan kebolehan isteri untuk mengatur persiapan sebegini asalkan budjet yg diberi mencukupi , semuanya bisa diatur………
Apa persediaan kita sebagai para isteri menjelang ramadhan? Wanita islamik itu melantunkan lagi persoalan yg sama.. …
Persediaan? … susah nak jawab…
Bermakna persediaan mental, fizikal dan kerohanian yg kukuh....
Ketika sedang cuba memikirkan jawapan…beliau membantu... ...Antara saranannya ….
.
1. Berpuasa sunat di bulan syaaban .
2. Bersenandung al quran dlm bulan syaaban lagi..
3. Mengingatkan untuk menghadiri majlis ilmu dan membaca kitab2 fikah sempena ramadhan.
4. Menghiasi rumah sempena kedatangan ramadhan
5. Melahirkan kasih sayang terhadap ahli keluarga serta mewujudkan suasana yang mudah untuk beribadat.
6.memperkukuhkan ukhuwah.
7.memperbanyakkan doa..
Banyak lagi kupasan2 terjemahan hadis sahih yg dibicarakan.. ..
Ini buku yang dibeli dari tempat itu.. berharga Rm12.00…….tpi ilmu yg diperoleh dengan membaca buku ini melebihi nilai wang yg dilaburkan…..…
Semarak ramadhan..
bermakna semarak taqwa..
Lambaian ramadhan
mengamit hati-hati untuk bersama2 menyemarakkannya..
Moga kunjungannya membawa perubahan..
Memaut erat hati2 utk tenggelam dalam dakapannya..
Kedatangannya perlu dihiasi dengan wangian istighfar dan
dengan haruman bacaan Al Quran..
Itulah pengabdiaan sejati..