Monday, May 30, 2011

selamat bercuti

Oh talian internet  tersangatlah lambat....
blog pula  tak boleh nak akses  ..
lappy  sesekali merajuk...
Semua serba tak kena...
Sabar ya makcik  Sal...sabar...
lalu  membawa anak2  berjln..
jalan2 cari makan...
guna masa berkualiti bersama..
lagipun banyak urusan hendak diselesaikan....
urusan peribadi pun perlu disegera2kan...
ke kompleks Islam, ke bank, ke klinik gigi,
ke Kit Mart, Jusco dan lain2..
berpusing-pusing...
Walaupun hujan renyai-renyai..tetap diredah
bak pepatah..bgi hati yg kental..
bukit didaki
lautan direnangi...
asalkan hajat tak tertangguh lagi..
hehe sampai ke situ pulak ceritanya..
dlm banyak2 objek kat komplek Islam, 
ini je yang termampu untuk di snap..
tak pe..peringatan pd org2 yg berkemampuan...sudahkah..
(ZAKAT)
memang gah klinik gigi spt ini...
utk mendapatkan rawatannya....
boleh tahan ..
sediakan bnyk.. 
RM..RM..RM....
kemudian melepaskan lelah di sini...

Apabila dah petang...
dah keletihan...
Ayuh, pulang segera..


ps: kepada semua  yg sedang  cuti..
diucapkan selamat bercuti..moga cuti2 kelian menggembirakan...

Wednesday, May 25, 2011

wanita muda itu....

Tiba-tiba seorang wanita muda mendekatinya..wajah wanita yang bercahaya itu ingin membawa si kakak itu ke suatu tempat dengan menunggang seekor burung putih yg besar..


kakak itu mengikut sahaja..


Dlm perjalanan,  dia  melintasi  gunung berapi yg sgt panas..tetiba, bergemalah  berjuta2 manusia yg terpekik terlolong , dia juga nampak beribu2 wanita yg menarik rambutnya, jelas kelihatan wajah beribu2 org lelaki  dengan  tangan dan kaki  di atas,  kepalanya pula  di bawah. lebih menyedihkan apabila dia melihat kepala mereka mengelegak akibat tersentuh lantai yg panas..lalu mereka menjerit2 memohon ampun kpd Allah..


subahanallah...tak sanggup dia nak melihatnya...


Dari sudut lain,  dia diperlihatkan pula lelaki yang dibaham seekor ular hitam yg sgt besar..ular itu merenyuk2 tubuh lelaki tersebut hingga hancur..


Sesudah menyaksikan situasi itu,  dia dikejutkan pula dengan pandangan   beribu2 manusia sedang meminum nanah seperti lahar gunung  berapi yg menggelegak... beribu2  wanita mencucuk besi panas di mulutnya hingga tembus ke kepala..


Allah hu Akbar..
Melalui kawasan lain ...dia melihat beribu2 wanita dan  lelaki  menyebat tubuh sendiri dengan menggunakan rantai daripada api hingga hancur segala isi tubuh..


Dia sangat takut..lututnya mengigil..


Namun, kakak  itu masih belum berjumpa apa yg dihajatinya.....ye, ibunya di mana....dia masih tercari-cari dan tertanya-tanya.....


Wanita muda  itu membawanya ke satu tempat lain......


Dia sampai ke kawasan yang sangat tenang...Ada sungai mengalir jernih...melewati sebatang sungai yg penuh dengan air susu yg lazat ..bnyk pohon rendang..buahnya lebat, semua buah2an di situ  boleh dimakan..burung2 berterbangan..sangat tenang dan mendamaikan, tiada bandingannya di dunia ..


Di situ dia dpt melihat  wajah2 manusia yg  nampak muda dan berseri...
Hatinya berbunga riang apabila terpandang akan  ibunya yg dicari-cari....Wajah ibu tua itu nampak muda berseri.....


Seketika si kakak melepaskan rindu..  berpelukan erat-erat...
setelah puas....ibunya pun memohon utk berlalu pergi..


Tetiba kakak itu tersedar daripada mimpi.dia tercari2 wanita muda yang membawanya ke tempat-tempat tersebut dlm mimpinya....dah ghaib...



Itulah sebuah kisah yg dibaca dlm sebuah majalah......kerana menarik,  saya kongsikan..

Kisah ini diceritakan oleh seseorang mengenai mimpi seorang kakak yg baru kematian ibu...lalu si kakak berdoa supaya Allah memperkenankan doa untuk melihat keadaan ibunya di alam barzakh.... .


wallahualam..
walaupun adaptasi dari sebuah mimpi yg dibaca dari majalah...tapi terkesan jugak..


p/s : Berdoa agar kita dan ahli keluarga semua panjang umur..dpt menambah amal ibadah, dpt menambah kebaikan ...ameen..

Tuesday, May 24, 2011

Nak jadi...

‘Angah pergi tak  interview  di IPTA yang nih ?…’ tetiba dia mengejutku  untuk meminta pendapat....di  tangannya ada  sekeping  kertas, surat tawaran temuduga kursus.. ....

temuduga Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling…

‘ nak jdi kaunselor, wah hebat…. ? ku usik angah.


Tetiba  terbayang jika angah ambik kos ini, yg pastinya  dia kena sibuk2....share cerita orng hingga terbawa2  balik ke rumah, then terkadang  pening 2 lalat memikirkan  masalah org  sehingga terganggu  tido  …

‘Kamu memang suka busy body, kan .. suka sibuk2.. ..’saja nak melawak ngn angah, kemudian kami ketawa terbahak2..macam lucu sangat..

‘nak jadi ……….. hello,sayang, Kaunselor tu  sinonim ngan masalah, larat tak....’kataku sambil tepuk2 bahu dia….. ..

 ‘Klien yg  kemurungan..…Klien ponteng…klien yang.......memacam, Nak share tak?’….ku tanya dia lagi ..sesekali ku  lontarkan  fikiran negative…

Ku renung angah jauh-jauh sampai ke dasar hati..dia blur lagi..…

‘ok, angah pergi je interview tu, jangan tak pergi…baca teori2 sikit…baca bab yg  sewaktu dengannya..…buatlah persediaan sikit….kamu nak timba pengalaman, kan’ kumencadangkan padanya....

Angah tersenyum....…
Melihat wajahnya,  dia memang  lebih berminat untuk mendalami Bahasa Inggeris
Surat tawaran belajar  kursus pendidikan TESL yang bru diterima  membulatkan tekadnya..…


Dia  teruja dengan tawaran itu..moga berhasil nanti..

 P/S: lama tak jenjalan alam maya.beberapa hari ni .kabel talian internet disambar petir....baru sehari dua  ni ok ..

Thursday, May 19, 2011

n3 bersawang..

Daripada membiarkan blog ni bersawang..
baik dimuatkan  n3 ini  dengan foto-foto..
teruja tengok air bergerak...
rajin2  betul nak upload foto sebegini..
..
wah cantik...

wah menakjubkan..
air  menuruni lembah....
membayangkan objek dan bunyinya   
yang dpt merehatkan minda..
sembolik kepada ketenangan dan kedamaian..

lama tak pergi ke tempat seperti ini,kaw yg  bertemakan alam semula jadi...
x berkesempatan..

nampaknya dpt tengok air bergerak 
yang ini ajalah yee .....
air paip...hehe..
falsafah minggu ..
kebersihan hati...sejernih air 
sejuknya hati ...spt embun pagi..
Jika ada persengketaan..lupakan
Jika boleh memaafkan kesalahan org....usahakan..
tugas kita hanya berbuat baik sesama insan..
seperti air-air jernih yang terus mengalir itu..
sentiasa segar...

Sunday, May 15, 2011

kursus..

Blog ibu beberapa hari ini  mengalami masalah..mungkin susah nak dilawati..maaflah yee atas kesilapan dan gangguan  teknikal...

Baru2 ini ibu  menghadiri satu kursus ..Namanya  Kursus Profesionalisme....... diwajibkan  pergi selama 2 hari 1 malam...Ada rakan2 tak berkesempatan untuk melihat senarai barang2 keperluan yg perlu dibawa melalui internet... dah namanya pun profesionalisme  ingatkan berkursus di chalet  kee..atau  at least dlm bangunan ...maka ada yang  membawa semuanya  pakaian formal iaitu baju kurung ..kesian juga....

Ibu beruntung sedikit, sempat call rakan2 ...jadi semua pakaian yg dibawa bersesuaian dengan tema kursus...

Tempatnya di lembah Bio-Teck Peladang Johor,Sg Lebak, K.Tinggi...sebuah kaw lembah dikelilingi bukit2 dan tasik...cantik kawasannya.. kursusnya pula  ala2 summer camp gitu. sebuah kawasan lembah yg dijadikan ladang2  ternakan kambing, ayam, buah2an, pokok2 tanaman kacukan spt pokok lada, belimbing,tebu dll...
Cantik sangat kawasan ini dikelilingi dengan tasik semua jadi..dan bukit-bukau..
sumber air di sini ialah air gunung yg sangat bersih...

Aktiviti  yang disediakan  termasuk  lawatan2 di pusat ternakan dan tanaman.....tempat ini merupakan anak syarikat milik Petubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) ...


Selama ini mak2nya  memberi kursus kpd anak2 utk kem2 jati diri, tapi kali ini  mak2nya  pula  yang terpaksa  menghadiri kursus yg sebegini...takpe...positive thinking ..



Teringat kata2 ustazah..klu sicomel2 kita  dihantar pergi kursus yg tempatnya susah2,, bagi je..jgn sekat2 atau takut2kan mereka...jgn..jgn..tawakal.. serahkan pd Allah..biarkan mereka berani, pesannya........

Habis tu mak2nya BERANI tak?


membina  dan menaiki rakit ini secara berkumpulan..

 menyeberangi tasik..
memakai jaket keselamatan dan kedalaman air tasik ini ialah 8 kaki...
boleh tenggelam u..


memegang tali dan bergerak sambil berenang...
tepi...tepi sikit..
beri laluan..
kenderaan berat nak lalu nih...
 walaubagaimana pun pasukan bulan sabit merah sentiasa bersama 
dalam setiap aktiviti yang dijalankan..

 Pemandangan waktu pagi..cantik dengan bukit-bukau yang masih berkabus..
oh sungguh nyaman dan segar...sejuknya hingga menggigit tulang..

Ini pemandangan waktu malam..unggun api dinyalakan...menarik ..

 tempat tapak semaian pokok sawi..subur menghijau..

Ladang ternakan kambing kacukan India..lebih besar drp kambing Malaysia...

Menaiki bukit...dan menuruni lurah..sentiasa berpaut dengan pokok dan akar-akar kayu..supaya tak jatuh di lurah yang dalam dan sangat licin..

Perlahan2 bergerak, jika terasa penat..berhenti sebentar, tarik nafas..
maklumlah yang naik tuh adalah mak2 vateran..

Ambulans ini sentiasa bersedia sekiranya ada kemalangan yang berlaku...
bekalan ubat-ubatan yang mencukupi  disediakan..

Selama 2 hari 1 malam di sana....bersyukur..tidak ada kemalangan yang berlaku..

Thursday, May 12, 2011

ke restoren itu..

Sewaktu berkunjung ke restoren Indonesia di pinggir  kota tu, matahari sudah sedikit condong..
Bahang suhu yg tinggi  menyebabkan terasa panas. Alat penghawa dingin kereta yg berfungsi dengan baik semacam masih terkurang ...Tekak terasa haus dan kering...

Setelah mengambil tempat duduk..Si anak A mula  memesan sayur2an..Si anak B meminta minuman.. Si anak C meminta lauk kegemaran..


Ibu dan ayah membiarkan mereka membuat pilihan..

Sebentar kemudian pelayan  restoren di situ membawa beberapa gelas air..
kopi untuk ayahnya..
orange juice, tea, tembikai susu  untuk anak2..


Plain water untuk ibu....alhamdulillah..
Plain water atau ibu panggil air mekah ni   dah ok, best utk hilangkan haus... minuman kegemaran  .....
Suka sangat dengan air putih bersih ini...suci lagi menyucikan ... tak nampak  tercemar...harap2 begitulah....


Sekarang..macam2 minuman dijual di kompleks membeli belah yee, dgn harga yg best juga...
kreatif betul apb minuman itu dicampur ngan biskut, serbuk milo dan bnyk yg .SEDAP..SEDAP..SEDAP..

Terpandang di akhbar BH Khamis 12 Mei 2011 ms hadapan..

SENDIKET MAKANAN LUPUT....


KELUARGA JUAL SUSU,KOKO, MINUMAN BIJIRIN
yang dikutip dari pusat pelupusan sampah
termasuk susu pekat  dan susu segar yg telah dibuang tarikh luput
Ada juga makanan yg dah rosak dijadikan aiskrim...

MasyaAllah...
berhati2lah yee

Sunday, May 8, 2011

Ibu,kaulah Ratu Hatiku..

Semalam ibu berkesempatan
untuk menghadiri satu majlis ilmu sempena hari ibu..
menarik topiknya iaitu Ibu Kaulah Ratu Hatiku
Ceramah ini disampaikan
oleh Prof Madya Ustazah Dr Farah Wahidah Yusof..

Ibu ke sana bersama angah..
 Seronoknya angah, kerana dia bertemu 
guru-guru dan kawan-kawan lamanya..
dari Sekolah Rendah Islam Hidayah.. 
flashback ketika angah kecik2 (sekolah rendah)
sempat menimba ilmu
 di Sekolah Rendah Islam Hidayah,
 sebuah sekolah  swasta di J.Bahru 

Pembuka majlis
kami dihidangkan dgn bacaan dari petikan surah lokman dan maksudnnya..
teringat lagi...
surah Lokman dan Yasin tu 
ibu baca semasa mengandungkan angah dan Hani
 setiap hari ibu baca  sehinggalah bersalin...
manakala semasa mengandungkan along 
setiap hari baca Surah Maryam dan Yassin ..

sebenarnya membaca surah2 ketika mengandung amat baik

ceramah ‘ibu,kaulah ratu hatiku
mengupas tentang peranan  dan tnggungjawab ibu
 terhadap diri sendiri, keluarga ,masyarakat.
Serta  Kesedaran dan kesantunan  anak terhadap  ibunya...

Sesekali mendengar dan mengikuti majlis ilmu tentang wanita
 terbuka minda dan  kesedaran..

lagipun kita sebagai individu  pun terlalu sibuk dgn kerja
terkadang lupa tentang kebajikan anak2 sendiri (tak semua),
lebih teruk segelintir individu yg bekerja dan berpendidikan tinggi 
lebih rela menghantar ibubapa mrk di pusat penjagaan orang tua
dan yg lebih menyedihkan ada kes 
 tergamak menghalau ibubapa mereka dari rumahnya  sendiri...

Mungkin ini terjadi kerana   
Kita sudah lupa daratan (kebanyakkan kita baik2)
cuma  terkurang  kesedaran akan peranan dan  tanggungjawab kita
terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat..
(bersamalah kita ingat mengingati utk kebaikan)

Friday, May 6, 2011

terima kasih semua....

Kepada semua yang mengingati Hari Jadiku hari ni..
Terimakasih yeee...

syukran..
Apabila terpandang
kuntuman bunga dan coklat  dari along....
syukran..
ada sdikit ingatan dan ucapan di FB juga...
syukran
apabila anak2 beriya2 mengajak ibunya keluar makan..
dengan wang share mrk.. 
(Sebenarnya sya fobia mkn  kat luar sejak dua menjak ni).
.
terimakasih semua..
atas keperihatinan dan ingatan..

Alhamdulillah..
masih bernafas..
masih melihat dunia yg indah ini...
tak terhitung rasanya  nikmat Allah yg diberikan..

Memohon pada Allah
 moga  dijauhi daripada musibah. 
moga peroleh  keberkatan dan kerahmatan
 di dunia dan akhirat.. ..

ameen..ameen yarobbilalamin..

Thursday, May 5, 2011

Tertidur selepas makan..

Kalau ditanya tentang makan malam....Sayalah orangnya yang  tak suka makan malam, kecuali ada hal2 tertentu  seperti majlis kenduri, family belanja, lauk sedap sangat  sampai tak boleh tahan..tak boleh nak ditolak...tapi klu diberi pilihan  samaada tidur atau makan..saya tentu pilih tidur...hehe..bermakna waktu mlm perut dapat  direhatkan...

Namun, Lain padang lain belalang, lain  orang lain keperluannya. cara penyesuaian diri juga berbeza2 antara individu..ada yang suka berjaga sampai lewat dan mereka memerlukan makanan..
Kebiasaaan Saya pula, Kalau waktu mlm kosong...waktu siang penuh ....hehe..


Apabila dah penuh tuh...faham-faham ajalah  ...istimewanya kalau jumpa bantal, memang sah, sejam dua juga tuh......

Sebenarnya kebiasaan ini perlu dihindari  kerana tidur selepas makan  tak elok dari segi kesihatan...

Mengapa...ia boleh menyebabkan penyakit  Gastroesophageal @ rangsangan Gastro Esofagua (GERD). Ia seperti serangan jantung tetapi radang ini berlaku di hati dan sakit dada.
Setiap kali makan perut akan menghasilkan asid hidroklorik utk pencernaan makanan dan membunuh bacteria. Asid ini sepatutnya berada di perut, Tetapi telah mengalir ke atas memasuki esophagus dan ulu hati menyebabkan pedih. Aliran asid yang panas membuatkan dada menjadi panas seperti pesakit jantung.
Oleh itu,cuba ubah tabiat tu.... klu nak tidur, elok tunggu selepas makan 4 jam ..Kalau termengantuk juga tunggu selepas  2 jam ....

hehe..kita berkongsi info ye ibu-ibu dan anak-anak ....

Tuesday, May 3, 2011

ibu sayang kamu..

ibu sayang kamu..
sebab itulah ibu layan kerenah kamu...
dengan meluangkan masa untuk
 bersama merehatkan  minda di luar
 berjalan-jalan di sekitar sini..cuci mata ...
ibu sayang kamu..
sebab itulah ibu ikut korang main bowling..
 walau ibu tak nak main..
kerana dah puas bersenam kat umah (mengemas)
ibu sayang kamu..
sebab itulah ibu ajak kamu membeli beberapa buah buku..
untuk keperluan..
ibu sayang kamu..
sebab itulah ibu tak nak membelikan kamu
kamera DSLR spt yg kamu minta..


kemudian  menggantikan  kamera DLSR tu
dengan kamus elektronik..
kerana ianya lebih bermanfaat buat masa ini ..


ibu sayang kamu..
sebab itu  ibu selalu ingatkan
ada benda yang boleh dibuat
ada benda yg  tak boleh  korang buat..

ibu sayang kamu
sebab itulah ibu rajin berpesan-pesan
supaya peka pd persekitaran..
kemudian rasionalkan diri..
Yg baik jadikan tauladan
yg buruk jadikan sempadan..