Minggu lepas, saya memang kurang mengintai blog.....tumpuan lebih terarah pd camping dan persiapannya....ye program ini menyebabkan sedikit kepenatan krn memantau pelajar-pelajar. Cuti Sabtu dan Ahad dihabiskan di sana...bukan saya seorang yg penat, rakan2 lain pun sama , oleh itu ingin mngmbil kesempatan utk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yg menjayakan program ....
Sebenarnya dlm bnyak aktiviti, flying fox ni agak menarik ....klu dulu2 flying fox terkenal dengan aksi terjun sehingga nak kering darah, tapi pelajar2 ni ber
flying fox mengikut aksi burung terbang melintasi kolam......nampak cantik dari jauh.....walaupun mula2 gerun..
Sejak mlm pertama melayan kerenah pelajar......
Yang rasa tercabar, Semasa kat surau ... ada pelajar2 perempuan yg menangis dan murung....saya pun mententeramkan mereka dan menemankan masuk ke surau, kemudian sama membaca ayat2 lazim..berulang2 supaya mereka kuat semangat..
Apabila saya keluar sebentar ...baru je nak keluar, pelajar2 ini bertangis-tangisan, bersahut2an...macam histeria. pelik sikit...
Dlm keadaan hingar bingar tu. .. ..kami bertiga yg lebih senior dirasakan, ibarat tak ada senduk, sudu pun jadilah...nak mencari org yg mahir dlm perubatan di malam2 itu memakan masa juga.....
Maka.. berusaha dan mencuba...bertawakal untuk memulihkan pelajar yg nampak terganggu ni...pelajar2 lain yg nangis2 dpt ditenteramkan. Kemudian mereka diarahkan ke dewan bgi menjalani aktiviti seterusnya.
Kami meneruskan untuk memberi rawatan
(membaca ayat suci) pd tiga pelajar yg agak murung di surau itu. 2 org lagi telah brjaya dipulihkan dan yg tinggal seorang nih agk susah sedikit..mata tak berkelip dan mulut tertutup, mujur dia tak bersilat atau mengganas
(krn mindanya masih di bawah sedar). Kita ajak mengucap, istigfar , dia tak boleh langsung.....mata tetap tak berkelip..
Setelah kira-kira 45 minit membaca ayat-ayat lazim di hadapannya barulah anak mata dia bergerak-gerak dan mengikut perlahan2 surah yg kami baca..kemudian menyebut dgn lancar...syukran akhirnya dia sedar...
Yang anihnya, selepas itu, ada aktiviti burung hantu antra 12.00 mlm -3.00 pagi..budak ni nak join pula, dah segar bugar dan boleh tersenyum ....
Itulah secebis kisah semasa di sana...
Pengajarannya.. klu pergi ke rumah2 penginapan untuk bercuti , menginap di mana2 hotel, calet dan lain rumah2 penginapan janganlah suka2 sangat, sentiasa membaca surah ya anak2....kita tak perasan tempat yg kita pergi tu mungkin keras, maklumlah yg duk kat tmpt2 begini pun bersilih ganti orgnya ......wallahhualam...