Tuesday, March 29, 2011

Sedapnya air..

Sedapnya air…Mungkin  kita akan berkata begitu apabila terpandang minuman berkarbonat atau air gas?


Mari kita share sedikit fact mengenainya…  sekurang2nya mmberi pegetahuan..percaya atau tidak..terpulang..

Minuman bergas contohnya Cok, Pepci, F&N pelbagai perisa? Mirinda pelbagai perisa adalah minuman kegemran  apalagi minum dengan air batu ketika bersantai2.

Kadangkala kita pergi KFC makan ayam dengan cok..uh..nikmatnya..klu ada jamuan2, air tulah yang banyak dihidangkan krn murah dan senang didapati..budak2 memang suka sangat…


Air gas spt cok memang "keras" dan ada "urmph!!"…

Orang Yhudi tak minum Cok ataupun Pepci sebab di dalamnya terdapat bahan kimia yang boleh mengakibtkan kesan sampingan. diorang produce tapi  tak minum, cerdikkan..

Ada orang kata, jika dimasukkan tulang ke dalam satu cawn yang berisi cok, tulang tu akan hancur dalam msa dua hari. Kalau letak cok dlm perut?! 

Kesan hakisan dan karat juga dapat dihilangkan dengan hanya  menggunakan aluminium foil yang telah dicelup dengan coke. Dapat hilangkan pengaratan. 

Pengetahuan drp internet : jika satu tin air coke dijirus di atas najis di dlm mangkuk tandas. Tunggu sejam dan flush. Kesannya better than pencuci tandas yang lain.

Dipercayai juga bahawa kandungan coke adalah 18 sudu teh gula. Standard kita minum kopi atau teh pun, doctor nasihatkan letak 3 sudu jer kan?!


renung2kan...jauhi dia utk kesihatan..




Saturday, March 26, 2011

rahsia cinta suami..

Seorg pemimpin melancarkan buku yg mengisahkan rahsia percintaannya terhadap isteri sepanjang hidup bersama...

Nak tau berapa lama mereka hidup bersama....
selama 48 tahun 10 hari…….

Salah satu petuanya…..

Apb bertentang mata ngan isterinya, beliau sering berdoa…

Doanya..
-       Terimakasih ya Allah, engkau lahirkan aku untuk dia (nama isterinya) dan dia untuk aku..
-       Terimakasih ya Allah,  engkau mempertemukan kami menyemai benih cinta yg engkau tanam pd diri kami
-       Terimakasih ya Allah,  Engkau memberikan kekuatan dan kemampuan menyiram benih cinta itu dgn kasih sayang kami..
-       Terimakasih ya Allah, Engkau perkenankan kami bernaung di bawah titipan cinta..
-       Terimakasih ya Allah, Engkau memberi kami kesempatan merasa, menikmati dan melihat benih cinta kami tumbuh..


Menurut lelaki itu, Beliau  juga sentiasa menyebut doa itu tidak kira di mana saja..



Dan kini ketika menjelang usia senjanya ……Walaupun isteri yang dikasihi telah pergi  buat selama2nya mengadap ilahi, tapi beliau masih merasa bahagia bukan sahaja bahagia bersama  DIA tetapi kerana teguh dan kukuhnya  kasih sayangnya  terhadap isteri..  

ps: wah syahdunya....

Thursday, March 24, 2011

Tahniah kpd yg berjaya

Result SPM telah pun diumumkan, kepada anak-anak yang berjaya diucapkan tahniah. Begitu juga dengan guru-gurunya yang telah bertungkus lumus membantu merealisasikan impian anak-anak didiknya. Juga sekalung penghargaan buat kelian kerana telah memurnikan hasrat dan harapan menggunung mereka dan keluarganya...




Kini student  SPM 2011 pula yang menggalas cabaran  itu.. ...

Anakku, he..he...

Bertuah betul si anak  nih.. .


Dulu, ketika dia tolak tawaran Sekolah Sains Muar, Johor , pelbagai alasan yg diberikan..


sehingga  ibu termakan  pujuk rayunya ..


tapi sekarang, Janji hanya janji......  maklumlah  lappy  lebih mengancam drp buku. fb dan blog apatah lagi......terlebih2 lah pulak....Payah betul..

kpd kawan pendidik, pensyarah, ibu2  prihatin yg ramai di sini,.klu ada tip2, apa2 yg boleh dikongsikan..hulur2kan yee... terima kasih kepada kelian yang sudi membantu..

Monday, March 21, 2011

sakit rupanya......

Saling tolong menolong, bekerjasama adalah nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam jiwa setiap insan..

Salah satu sumbangan yang boleh dibuat adalah  menderma darah. kesedaran  ingin TURUT SERTA menyumbang  menyebabkan mereka datang  demi menyahut seruan itu....PATRIOTISME...Menunaikan tanggung jawab sosial kepada negara tercinta..tenaga muda sgt produktif...

Contoh ayat yg menikam jiwa...(menusuk kalbu)
'Derma Darah Selamatkan Nyawa'

Bukan saja ingin membantu, tetapi  anak2 muda ini sebenarnya ingin berkongsi pengalaman menarik  melalui kempen  menderma darah....FIRST TIME....

Adakah ia satu pengalaman menarik?


???????????????????????





Oh, sakit  rupanya !!!!!!

Kemudian ia menjadi satu  mimpi ngeri...... Macam kes DERAlah pulak........





Sepatutnya tak sakit, kan..........


Agak2 lepas ini diorang nak derma darah lagi tak, KALAU begini ....

Kepada Pihak2 berkenaan ..Lebih prihatin dan  cermat ketika menjalankan tugas.........



Thursday, March 17, 2011

abang hadi..

Sejak akhir2 ini, angah sering bertanya tentang abg Hadi, kan..

Jangan bersedih krn tak dpt turut serta meraikan majlis walimahtulurus mereka.
Angah pun sedia maklum majlis itu dibuat amat pantas .
Diadakan sebelum mereka balik semula ke Mesir pada awal April ini....
Kak Nurul, isteri abg Hadi  ni  mengambil  jurusan yg sama dgn abang cuma lain universiti..
Majlis dibuat secara kecil , simple tapi  meriah juga....
klu ada masa ibu kirim gambar2 perkhwinan di rumah mak ngah pula pd  hari sabtu ni..


Gambar2 yang sempat dirakam..majlis nikah diadakan  di salah sebuah masjid di Shah Alam, berhampiran ngan rumah pengantin perempuan..
bukan saja angah, Kak Along pun tak dpt ikut.... sejak beberapa hari ini dia terpaksa menghabiskan banyak  masa di rumah sebab ...  ah tak payah cerita kak along, angah pun taukan kesibukan dia,  di saat2 akhir menjelang peperiksaan  sem........

Inilah foto si abang   ...doakan kebahagiaan mrk..

maka abang hadi dah pun bergelar suami kpd isterinya....

gambar family,  pengiring2 pengantin tempoh hari....
...
kami sempat  singgah di rumah kak nana ..payah betul nak ambil gmbar budak2 ni....

moga pic ini  dpt mengubat kerinduan angah kpd family kita di kampung ...

Monday, March 14, 2011

masuk kelas...

Pd hari sabtu yg lepas, saya menerima kunjungan saudara dari  KL,
 dulu kami  sekampung . 
Dia balik ke sini  sekejab kerana  ziarah ibunya dan singgah di rumahku...

Lama tak jumpa.. bertanya khabar...
Kami adalah  rakan sekelas yg akrab  semasa darjah 1 hingga 6 dulu, 
Dia berkawin dengan rakan sekelas kami juga ......
Lagilah banyak cerita....

di rumahku, dia bermurah hati untuk  masak nasi baryani,
 lauk rendang ayam   dan dodol. then makan sama2...
Kami anak beranak ibarat  individu2  mengantuk disorongkan bantal..
suka sangat, bukan saja dpt makan 
tapi masuk kelas masak pula secara percuma di rumah sendiri.....
 klu  attend kelas di luar pasti  berbayar....

mana ada free dlm dunia serba moden nihhh ..

first, buat dodol...

Saya ingat masa kecik2 , org buat  dodol bukannya mudah.
Masaknya sangat lama, boleh lenguh tangan. 
Sakit pinggang kerana penangan dodol. 
Kuali pula besar sehingga tak larat nak angkat.
Biasalah kalau saiz kuali  lebih besar drp org .
Masa kacau dodol  pula  kena hati2 .  
Silap2 haribulan terjun dalam kuali .takut...

Itu gambaran dulu..

Sangat  merumitkan dan perlukan kepakaran .....

tapi dengan peralatan moden , org biasa pun boleh buat dodol ni 
dan siap tak sampai 1 jam. Pengetahuan tak perlu tinggi sangat,  
periuk pula ringan. Mudah sikit...

Cara-cara membuatnya....


Sediakan bahan2 berikut :
2 cawan tepung pulut 
1 sudu tepung ubi
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 biji kelapa (4 cawan air santan)


Campur semua dan kacau bahan2 tuh ...


dah likat..
Kacau lagi...

Sorry, pic dodol ni  tak habis snap, walaupun memang sedap....

Tumpuan mata dah ke lain.....
Fokus pd dodol tetiba terhenti...

Mata dah tak berkelip tengok  benda di bawah  ini...

Jatuh cinta...
Sungguh..
Bukan saya seorang, rupanya anak2 pun berperasaan begitu..

Jatuh cinta pd periuk yang dibawanya tuhhh
melebihi  dodolnya.......

MasyaAllah..

Friday, March 11, 2011

Mama tengok nih..


'mama tengok nih Jepun di landa gempa bumi dan tsunami ' tetiba anak saya menjerit memaksa saya mengalih perhatian ke negara matahari terbit itu ...Saya pun segera mendapatkan anak..melihat visual yang sedang dipaparkan melalui sudut  pandangan atas..subahanaAllah..

Visual  dilihat.. Gegaran gempa bumi  paling kuat dengan skala ritcher 8.9 dan menduduki tangga ke lima dalam sejarah dunia sejak tahun 1900..yang paling teruk di  Sendai, Tokyo, Iwate, Fukushima dan beberapa negeri yang berdekatan...

i

Apabila teringat Jepun, pastinya minda kita disetkan dengan pengetahuan bhw  Jepun terkenal dengan penduduknya yang rajin, sangat menjaga kesihatan, warga tuanya semakin ramai berikutan kesedaran tentang pemakanan dan amalan kesihatannya, Bangunan2nya cantik dan kukuh. Teknologinya sangat tinggi.


Tapi……....badai datang tanpa dipermisi, musibah melanda…sekelip mata meranap bandar2 dan penduduknya, angka kematian terus meningkat..…


ombak  setinggi 10 meter tuh meranap rumah2, bangunan, kereta..macam kotak2 berterbangan di bawa arus. Habis musnah.


Firman Allah bermaksud ‘Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.’ (Al-Anbiyaa’, 21 : 35)
  
Allah hu Akbar..


mimpi..

Eh Rindu nak menulis . rindu nak mencatatkan sesuatu . walau kurang penting dan memang tak berapa penting pun..huhu..


Pernahkah anda bermimpi sesuatu sehingga terfikir2 dan susah nak lupa?..
kata org mimpi mainan tidur...
tapi, ada tak mimpi yang memberi kesan positif ...


saya ?
eh, ingatan pd mimpi  hari tuh membuat saya fobia ketika memandu sejak dua menjak nih..siap berpesan2 pd anak supaya membawa kereta dgn cermat...
kira positiflah tu yee.


Kelmarin saya bermimpi membawa kereta, ke destinasi yg saya sendiri kurang  pasti. jalan sempit dan tersangatlah sibuk, di bahu jalan agak sesak pastu  melalui  satu kawasan pasar malam..

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba saya memecut, dan hampir ‘mengena’ gerai orang, lalu saya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya pun tercari2 brek, puas kaki mencari2...…Ehhhh nasib tak baik, brekkk tak berfungsi pulak.Panik sungguh…Dalam kekalutan masih tenang.. dlm minda berligat , apa nak buat nih…..Akhirnya  sempat berfikir untuk capai  handbreak…dapat  tarik  sekuat2 hati.
Syukran kereta  berhenti …selamat…dan tak ada apa2  KES  yg tidak diingini berlaku ...
Saya pun berpatah balik,  memandu perlahan2  dan akhirnya  selamat sampai kat rumah...
aikkkk…, dlm mimpi tu sempat pula saya  repair brekkk dan ok  semula..…
Apabila  tersedar,  beristigfar banyak2…walaupun dlm ruang lengkup mimpi,ngeri  dan  berpeluh juga di dlm kesejukan pagi, terus bangun dan memulakan tugasan subuh....
Selang sehari kemudian rupanya saya terpaksa memandu kereta hubby, memang terkial2 , gearnya agak keras, breknya....uh....berpeluh dlm aircond..
lainkali taaaaaaakut nak pinjam kereta hubby, kereta kita juga yg sedap pakai walaupun biasa-biasa....
Memohon agar terlindung drp musibah. Moga selamat..