Dia masih termenung di situ, Kesedihan masih terasa mencengkam jiwanya..sunyi sepi rumah itu seakan tidak berpenghuni..
Dia terlihat barang2 permainan anaknya yang bertaburan di sana sini…tak mampu rasanya untuk mengambil, apalagi nak mengemaskan..
Kalau dulu, balik outstation, rumah bersepah, ada tempat dia melepaskan marahnya. Puan isteri bukan sahaja akan menyambut kepulangan, tapi klu ada yang tak kena di depan mata.....puan isterilah yang kena dulu , tersilap sikit keee, tak puas hati kee.. Puan isteri tentu jadi mangsa untuk dia menghamburkan kata2....
Kali ini dia benar2 sunyi....dah tak de sesiapa untuk dia nak lawan bercakap…
Sekali lagi dia terpandang barang2 mainan anaknya di ruang tamu..
Tak mampu dia nak berkata-kata apa lagi..
“kau main kat sana jauh2, jgn bising kat sini ” sergahnya kepada si anak yang sibuk bermain di suatu petang. langsung tidak memberi peluang anak2 itu bersantai2 di depan mata apatah lagi bermanja2 dengannya ..
"ayah , ayah, tolong..…..” kedengaran lagi suara si anak merengek-rengek untuk minta pertolongan ..
“kau nak buat apa kat sana, asyik main game je…habis bil elektrik, siapa nak bayar bil2 tu”…pekiknya suatu hari ketika melihat si anak bermain …
“kalau tak suka pulangkan….jgn menginaya dia” terngiang2 lagi suara ibu .. menganggu lamunannya apabila suatu hari dia menceritakan hal2 si isteri kepada ibu.. ego suami menjadi2…
Pada suatu hari, isterinya meminta kebenaran membawa anak2 utk shopping, seperti biasa si suami sibuk dengan hal2 pejabat , tidak mahu menemani dan lebih rela ditinggal keseorangan di rumah..…
Tetiba telefon berdering dan momentum bekerja terhenti seketika....
‘isteri dan anak-anak awak kemalangan jalan raya dan mereka di hospital sekarang, mereka di…...’ kedengaran suara sayup2 abang ipar memberitahu di talian..…
Dia bingkas bangun dan menuju ke hospital.
Allah hu Akbar…. Dia meraung lalu membetulkan posisi duduknya..entah kenapa dia tetiba sedih dan hilang kawalan sekejap ..
‘Kalau tak suka pulangkan, jangan menginaya isteri kamu’ Terdengar lagi suara ibu menyusup ke tangkai hati….….
Terlalu singkat masa berlalu ..baru kini dia termanggu-manggu untuk mencongak serta belajar bersyukur, menghitung dan memahami erti sebuah pengorbanan, sebuah kasih sayang seorg ISTERI yg pernah dirasai ..itupun setelah PUAN ISTERI DAN ANAK2NYA PULANG KE RAHMATULLAH…..
KINI MEREKA PERGI TAK MUNGKIN KEMBALI..
SI suami terasa sepi…..
ALLAH AMBIK SEMULA APA YANG PERNAH DIA ADA..…..
MORAL OF VALUE :
Secebis kisah seperti ini, boleh membuka mata hati kita..supaya lebih bersyukur,
lebih menghargai individu2 tersayang yg berada di sisi kita, doakan kesejahteraan mereka selalu. ..