Saturday, January 29, 2011

rezki musim hujan

selesai menghantar ewan menaiki bas mlm tu
kami pun menuju ke kereta utk balik..
ewan, anak saudara kami akan pulang  bercuti ke kg..
first time anak yg berada di tingkatan 2 ini,
balik sorang2 ke perak ..




hujan kat luar masih mencurah-curah
kesejukkan mlm terasa mengigit tulang..hehe..


ada lagi satu  urusan nih....


on the way nak balik..
singgah ke majlis kenduri doa selamat di rumah kawan..
tapi dah hampir kul 11.00 mlm...
dan perut pun tidak memerlukan makanan pd mlm2 begini..


tapi....  
tak baik kalau tak singgah  dan..
tak baik kalau  menghampakan hajat kawan....


wah, musim hujan mungkin tak ramai yg dtg kenduri !!


sejuk2 begini....
mata teropong bantal jeeee ....
dah tak ingat benda lain ..


sampai di sana...
rupanya betul...
makanan yg terhidang di umah itu  masih banyak..
laksa johor, nasi ambang ambeng, lauk pauk, kuih muih..
variety ....
ehhhh  akhirnya,sangat tergoda ..


sya memilih menjamah nasi ambeng..
lama tak makan ..
susah nak jumpa...


nasi ambang  ambeng..
sinonim betul nasi tuh  semasa mengandungkan anak ke tiga..
kata org, horman dlm badan tak seimbang ketika  itu....
patut  meragam..
tekak pun ngada2..
kita ngidam nasi ambeng yang  dlm dulang...
tak  nak yang dlm bungkusan atau pinggan  ,
nak dlm dulang jugak..tegas..
anihnya ....


mana nak dapat...
nasib baik jumpa  semasa maulud nabi di masjid..
dapatlah  makan dengan kwn lain dalam dulang.....
kata org tetua kalau  tak dpt makanan yg kita hajati masa pregnant..
nanti  air liur baby meleleh ....betulkah....


selesai makan....
tiba giliran berjabat tangan ngan tuan umah..
terpandang beg berplastik2..
hadiah untuk kita huhu..
ape lagi kalau tak  bontrot  berkat hendak dibawa balik..
itulah rezki di musim hujan..


sampai kat umah, 
masuk semua benda2 nih dlm peti sejuk..
buat kudapan keesokkan harinya....
nampak gayanya makanan itu sampai tengah hari leeee......
banyak..
alhamdulillah...rezki musim hujan ..

Thursday, January 27, 2011

Mengenai air..

Anda suka minum air putih...ketahui kelebihannya.


1. Melancar Sistem Pencernaan 
Memudahkan proses penghadaman.
2. Membantu Melambatkan pertumbuhan  Kanser..
Menurut doktor, dalam badan kita memang ada sel2 kanser,
namun perbezaan didalam tubuh kita ialah ...aktif atau tidak..
terbanyak atau sedikit..
sistem imun kita berupaya boleh megawalnya atau tak terkawal.. 
3. Menambah kecantikan.
Apabila  meminum air putih...
tubuh dapat menyerap kandungan air serta menyihatkan kulit.
4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan pengeluaran hormon testosteron (lelaki) 
serta hormon estrogen (wanita).
Ia juga membantu menyeimbangkan pH dalam badan.
5. Melancarkan sistem peredaran darah
Air  membantu menguat kembali otot-otot,

melancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. 
Air panas membantu pelebaran pembuluh darah, 
meningkatkan jaringan oksigen dan mencegah otot kaku.
6. Menyegarkan badan..
Ya......kita rasa segar sedikit apabila  meneguk air putih, kan...

selain itu, ia menambahkan tenaga...
serta ...meningkatkan keupayaan mental & fizikal.

7. Menguruskan Badan

Bagi yang ingin menguruskan badan, 
minum air hangat sebelum makan boleh membantu  mengurangkan kuantiti yang anda makan.
8. Membuang toksin
Air putih yang diminum membuang toksin dalam tubuh melalui urine.
Ia juga dapat melegakan sakit kepala.


P/S
Saya terbaca satu crita iaitu seorang ustaz telah membacakan air mineral dengan  surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Kemudian air lain pula  dibacakan kata-kata yang tidak elok, ternampaklah di skrin molekul air itu berubah rupa yang tidak menyenangkan....subahanaAllah...



Monday, January 24, 2011

Nak awet muda..

Nak awet muda..selain drp bersenam dan penjagaan kesihatan..makan  ulam juga boleh awet muda..huhu..
Tengok daun selom  ni...ia adalah ulam yg mempunyai  banyak khasiat  dan sedap dimakan. Herba ini adalah sayuran tradisional  yang sering juga dimakan dengan ramuan nasi ulam, nasi kerabu dan ramuan sambal tempoyak.
Saya mula pandai makan ulam ketika dah kerja. Sebelum tu tak kisah pun..kawan2 yg cun2 tu makan ulam2 tu macam makan goreng pisang...selamba jee
ulam boleh awet muda? Betulkah ...... Orang tetua yang kata gitu.. kerana  mereka  bercakap melalui  pengalaman. Org tetua  tidaklah gi makmal sains mengkaji secara saintifik hanya berdasarkan pengetahuan harian dlm kehidupan....
Daun selom mengandungi vitamain ,B DAN C serta mengandungi banyak serat..kolestrol pun kurang..
ulam2  lain yang sekeluarga dengannya seperti....
kacang botol, 
ulam raja..
makan ngan sambal belacan..
Kalau tekak selera kampung, 
makanan tu sedap..dan pasti  bertambah2..
petai..jering.. pula..camna..
eehh siaplah toilet..
Tapi berhati2  apabila anda ada darah tinggi krn ada ulam2  tuh tak sesuai dimakan seperti   kacang botol yang  boleh meningkatkan tekanan..
selamat mencuba..





Sunday, January 23, 2011

oh nuffnang..

Sudah setahun lebih blog ini beroperasi. Rasanya bermula pada Julai 2009. Ia dilahirkan atas usaha sama anak..Alhamdulillah masih bertahan...walaupun kini saya yg up date seterusnya blog nih lantaran anak dah beralih haluan dan arah. ..( sibuk belajar..)

Jujurnya..Sebelum ini saya tak berminat dan nak ambik tahu tentang keistimewaan nuffnang. Oleh kerana  tak minat maka malas nak busy body tentangnya..tak kenal maka tak cinta ..


Menulis pun suka-suka, isi masa singgang..

Hari berganti bulan, bulan berganti tahun... tergerak pulak untuk meletakkan benda nih. Itupun atas cadangan kawan-kawan....


Apa kelebihan nuffnang yg nyata telah anda  diperoleh .... boleh cerita sikit, 

kita berkongsi info....

hanya nak tau...


Friday, January 21, 2011

Minggu Yang Kelam

Di pagi yg hening..
sedikit rajin..
memasak  makanan....
di atas dapur kaca itu..

Saya tinggalkan sekejab dengan api terkawal..
untuk menyiapkan kerja2 lain.

tetiba terdengar bunyi sesuatu..
prangggggggggggggg.
sepantas kilat
saya meluru ke dapur..
kulihat kaca dah bertaburan di atas lantai..
serta merta kututup api  dapur  tu.. ..
tapi  tungku yang di sebelahnya sedikit berasap..
periuk yang bertenggek di atasnya tak ada apa2 pun..
semua ok
dan dlm keadaan yg baik.. 
mungkin paip gasnya bocor, 
menyebabkan darjah suhu kepanasan meningkat
lalu memecahkan kaca .
itu teoriku yg belum disahkan.....

minggu ni , 
kurasakan minggu yang KELAM....
lappy meragam, dapur kaca pecah, pemanas air rosak..
dan beberapa barang lagi 
memerlukan penyelengaraan....
huhu.....

Namun dlm  kesedihan..
Ada  ada juga  penghibur......
kat luar tu..

Puan Comel anak beranak dah menunggu di depan pintu..
Puan Comel tu kepunyaan orang....
Kita  hanya nak tumpang sayang..
dia pun macam ingat  pada kita..


Kalau kubuka pintu, 
maka ternampaklah dia  duduk kat situ..
seolah-olah menunggu..
kalau  tak sibuk maka murahlah rezki dia..,
beri dia  dan keluarganya  makanan ..
kalau dia kenyang,
tentu kita suka hati .

hai comel.......
matamu  biru dan kuyu..
Namun tetap  bersinar..

Wednesday, January 19, 2011

Sangat lambat..

Assalamualaikum..
Kelmarin
saya perasan  something wrong pd laptopku ini
berisiko tinggi  dijangkiti virus..
kebimbingan  menerpa..
kalau2 spisis trojan yg banyak itu menyelinap2 masuk..
dan mengapa2kan dokumen2ku ...


mencari2 anti virus...
terimakasih pada anti virus  lama  yg dah expired..
tapi pernah berbakti  dan berjasa kpd ku....
Searches related to anti virus
norton anti virus
panda anti virus
avast anti virus
avira anti virus 
mcafee anti virus

rakan2 cadangkan  kaspersky

dah bertukar anti virus,
tahulah cammana dia beroperasi....
lambat.....
kurang sikit drp kura2..
agaknya belum mesra alam kot..
ibarat baru nak suai kenal..

Mungkin juga kena buang item2 yg kurang penting..
sayang pulak nak format semula..

Semalam waktu2 kirtikal
untuk menyiapkan paper work ..
kesayanganku ini meragam sesekali ..
aduhai.....bersabarlah ....
kerana kesabaran itu adalah sifat2 terpuji.......

Terima kasih kawan2. 
yg  rata2nya adalah ibu2 maya..
kakak2 maya..
yg masih sudi berkunjung ke sini lagi....

Friday, January 14, 2011

Anak-anak itu

Nun di sana kawasan padang menghijau, 
terdapatnya sekumpulan anak2 pendidikan khas 
yg kurang upaya dari segi intelek sedang menunggu........
Bertemankan gurunya yg setia..
yang tidak pernah jemu2 membimbing..

Sebentar lagi anak-anak itu akan memulakan larian 100m di padang ..
penjaga masa dan pengadil telah pun bersiap sedia dengan tugasnya..

Pengadil  memberi arahan  ....

ke garisan.......sedia.........bummmmmmmm...
anak2 A,B,C,D dan anak-anak  lain yg sewaktu dengannya  berlari 
sekuat-kuat hati..
seupaya kudrat yg ada.. 
Namun
apabila sampai di pertengahan..
kaki A tersangkut pula lalu terjatuh....

Tetiba semua anak-anak itu  terhenti berlari..
pergi mendapatkan A..
Ada yg pegang tangan A,
Ada yg tepuk2 bahu A,
Ada yg  bertanya pada A,' Sakit?'
SEMUA sehati sejiwa  bersimpati untuk menolong  A

Apabila A sudah ok ..
kanak2 tersebut meneruskan semula larian
sehingga ke garisan penamat..

Penonton yg menyaksikan pertandingan itu..
tak dapat berkata apa2 sekejab..
tergamam..
terharu....
sedih..
gelihati....
ketawa..

Itulah gelagat kanak2 istimewa..

Anak2 adalah anugerah.....
Siapapun dia..
Pandai.. agak kurang....hyperaktif...autisme..talkative..
mereka adalah amanah  dariNya....
semestinya kita menjaga amanah tersebut dengan sempurna..
semestinya kita menghargai akan kehadirannya..

Dibawah ini pula 
adalah anak2 smart reader..

cerdik, 
comel, 
pandai bercakap....

bertuahlah ibu2 yang memiliki..

Wednesday, January 12, 2011

cerita semalam

Kelmarin saya dikhabarkan bhw
rakan sekerja lama kami yg strok kat hospital 
dah keluar..
dia dh sihat sikit..
Alhamdulillah.. 
Ramai  dah melawatnya di rumah...
klu kawan2 bertandang, 
dia sangat ramah 
tapi dia tak boleh sembunyikan kesedihan hatinya lalu nangis..


Saya dengar jee cerita mereka....
saya ni macam sibuk sangat..
Hari minggu yg lalu tu  
Lepas  balik kampung..
ingatkan nak melawat dia, 
tapi dah petang.
Saya terfikir2 juga....
Dia dah sihat sikit..
Kalau lambat melawat pun tak pe., 
ada masa lagi....

tetiba ..
subuh subuh dah bunyi telefon
Memberitahu bahawa kawan ini dah  dimasukkan semula ke hospital ..
lalu menghembuskan nafas terakhirnya di sana..

Innalillahi,wainna ilaihirajiuun....

Saya  pun terus bergegas  ke rumah arwah..
Berjumpa keluarganya
rasa terkilan.
tak  dpt melawat masa dia sihat....


JODOH pertemuan ajal maut di tangan Tuhan..

Ini pula saya kongsikan HIKMAH SAKIT  yg didapati dlm FB...
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang  datangnya daripada Allah SWT. Mengandungi  pelbagai hikmah untuk direnung

1.Menghapus dosa
Menurutnya, kesakitan itu salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

2.Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
 
4.Sakit rohani punca kejahatan
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit.Ia adalah penyakit rohani yang berdosa.
 
5.Taubat menyucikan dosa dan noda
Taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang lalu .
Wallahu a'lam
 

Sunday, January 9, 2011

walimatulUrus..

Dalam sibuk2 di minggu ni, 
tak melepaskan peluang 
untuk ke majlis tersebut..

Minggu ni, alhamdulillah
kenyang makan nasi kenduri.

Sempat snap gambar2 bebunga yg terdapat di majlis ini..

datang ke sini waktu pagi
masih lengang..dpt snap.

...................

makan lagi..
lauk yg di bawah
majlis yg satu lagi..
mINGGU NI murah rezki pasal bab makan..

Setelah pulang dari majlis tersebut, terus balik kampung
di kampung..
makan lagi..
syukran dan alhamdulillah..

Friday, January 7, 2011

Sibuk..

Assalamualaikum..
Moga kita semua dirahmati 
dan diberkati Allah di dalam kehidupan kita..

Rindu nak menulis dlm blog ni..
tapi tak berkesempatan kerana disibukkan dgn hal2 lain..
Hari ini, 
mncuri sedikit masa 
untuk menekan bebutang laptop....
alhamdulilah berhasil..


Pagi Sabtu ni, saya disibukkan dengan aktiviti bersama anak-anak  org..
Ini juga tugasku. Perlu mengendalikan sebuah program  ..



Oleh kerana jadual bertembung, 
Tak dpt hantar si along  ke UPM..
Hikmahnya..dia belajar untuk mengurus diri..
moga dia bersemangat kental..
mcm ibunya..huhu....PERASAAaaN..


dan..
serentak pula urusan lain..
Perihal si anak bungsu..
Pagi ini ambil report card...
Si Ibu teruja sangat  nak jumpa guru-gurunya..
sudahnya urusan itu DISWASTAKAN....
Ada Hikmahnya ....
Seronok tengok hubby 
kalau  dia mengambil tahu bnyak 
tentang  perkembangan terkini  si anak di sekolah..

Petang ini pula..
Ada dua majlis sepatutnya dihadiri..
Satu majlis perpisahan rakan setugas
satu lagi majlis perkahwinan anak sahabat..
Kedua2nya patut pergi..
Sedikit keletihan........
Cuba nak menghadirkan diri.....  
Tapi perlu  rush..

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..