Assalamualaikum,
Moga sihat dan ceria-ceria selalu..
Kali ini, Laman Salsuria menghidangkan buah2an kepada para tetamu ... Jom..kita bertukar2 selera dengan melebihkan makanan yang tak berapa nak menggemukkan ini. Lagi pun ianya mempunyai banyak serat , vitamin C, A dan lain2. Lebih murah dan senang didapati . Kulit pun boleh cantik dan gebu.
emm, emm yelah tu makcik , gebulah sangat....
Klu kita rasa dah terlebih berat .. elok2lah bertukar corak pemakanan, ye...
Buah ni pun ok juga..tapi
kalau ada darah tinggi, maka jeling2 jelah ye,tak berani nak pelawa....kerana penangannya teramatlah dasyat.. boleh menyebabkan darah terus naik dan susah turun. Tapi bagi yang kurus2 tak ada penyakit, tak ada masalah ..Teruskan usaha.....
Nak tambah muda..mari kita berulam-ulamkan kacang botol. Kacang botol yang muda2 rangup , tapi tergigit yg tua, keras kejung..macam nak tercabut gusi...aduh, nasiblah..
Daun
selum pun sedap..cecah dengan
sambal belacan..silap haribulan tak cukup satu pinggan nasi panas....Tapi ...
baca banyak bismillah..kunyah perlahan2..insyaAllah cukup .
kenyangnya pula sampai ke petang..
ulam raja...yum..yum..
Sebenarnya, melihatkan cuaca yang cerah hari ini, maka teruja nak keluar dari kepompong. Syukran dapatlah selesaikan beberapa urusan.. Balik dari lokasi-lokasi terpilih spt bank, kompleks Islam, Maydin..... singgah kat kip Mart.
On the way nak pergi Kip Mart dah terjumpa jagung kat tepi jalan..entah... mata ni tak boleh tengok jagung.. berpinar2 ...apa lagi, teruslah membeli.....
Kemudian, masuk Kip Mart , seleranya pada epal, anggur , betik.....semuanya beli ....
cukuplah, dah sarat peti aisku dengan buah2an pd minggu ni ......
Masa nak keluar, ternampak pulak buah durian ...geram betul....capai lagi....eh..eh..eh........
Di rumah tak semua orang nak makan buah durian..Jadi 2 biji saya dan penggemarnya makan,
dan dua biji lagi, buat serawa.simpan kat peti ais,.esok cecah dgn roti... insyaAllah habis......
Satu lagi...Ada hidangan ...santapan rohani bagi mereka yg terus sudi membacanya :
Tip : Kalau kita dilanda masalah.....
Kalau ada masalah..
Istiqamah dan bawa bertenang dulu....
kalau serabut, fikiran tak rasional..
kumpulkan tenaga dalaman yang ada..
segelintir kawan2 kita juga boleh jadi pemudah cara....
Apabila terasa dah kuat..
barulah fokus kepada langkah mengatasi masalah...
InsyaAllah ada je idea kalau komited.
Apabila dah berjaya..
Raikan kejayaan itu dengan rasa syukur kepada Ilahi..
juga mengucapkan terima kasih kepada
insan2 yang membantu kita menangani masalah itu..
InsyaAllah..
(Oleh: Ahmad Yassin)
p/s: Selamat hari jadi kepada anak angkat yang jauh di mata nih .. Harapan agar sentiasa istiqamah dalam perjuangan untuk mendalami ilmu pengetahuan.. Didoakan moga menjadi anak yg soleh, cemerlang di dunia dan akhirat..Amin....