Saturday, November 27, 2010

Penemuan menakjubkan

Pada suatu pagi, ketika Angah sedang tekun menjalankan kajian tentang peringkat pembahagian sel  tumbuhan (mitosis) di makmal sains....

Memerhati sel tumbuhan  di dalam mikroskop yang diletakkan dalam piring kaca...
Tetiba ternampak sesuatu yang menakjubkan ..
kalimah 'Allah" dalam sel tumbuhan tersebut jelas kelihatan...


Beberapa  sel lain yang angah temui hampir serupa ....


Kerana terpegun melihat tulisan itu maka ia sempat merakam..Lihat  foto yang  ini  kelihatan jelas  kalimah "Allah" .  ..Subahanallah....
...mengkagumkan dan moga ia memberi keinsafan dan petunjuk untuk mendekat Dia di hati.......


Katakanlah: "Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat; maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya". (Al-An’aam, 6 : 149)
Amin amin..

Wednesday, November 24, 2010

cuci mata...

Selesai membaca yasin malam tu....kononnya nak pejamkan mata untuk tidur..tapi payah sangat nak lelap ..

Lantas mencapai camera dan melihat-lihat objek apa yang ada dalam camera ini..
Oh ade foto ..sambil menunggu  mata  untuk jadi layu, berkongsi cuci mata dengan gambar2 ini..sekurang2nya free juga minda melihat item2 dapur yang cantik ........

Ibu n along snap semasa melawat Ikea tempoh hari. Suka2.....

Mempamerkan rak-rak buku..kalau rak2 yang seketul begini  sudah tentu sesuai untuk  ruang besar..
tapi kalau rumah kecik tentulah ruang pun comel dan rak2 pun kena cari  yang kiut je, xleh gedabak......

Lampunya simple tapi cantik dan besar pula..
Rak2 buku begini kena pandai susun,
Kalau tidak nampak bersepah dan  tak kemas..

Almari ini bertutup..warna gelap..
Bukan sahaja sesuai dimuatkan buku2 tapi juga barang2 hiasan..

.Mempamerkan  pinggan mangkuk..
x digalakkan letak di atas meja kalau ada budak kecik sebab sekali baling je..selamat..

 Dapur elektrik menjadi alternatif....xde jelaga.x berasap...
Ruang tamu..dengan bantal2 tergolek2..
Memang sesuai untuk beristirehat dan melelapkan mata sekejab...

Dapur moden  elektrik..
Istimewa untuk org2 yg kurang masak di ruang dapur kering spt ini ..
Dapur nampak  bersih jek buat perhiasan.....
Singki yang belum digunakan,  masih berkilat. Boleh wat cermin......

Dapur lagi...lengkap dengan ketuhar elektrik dan peti sejuk..cantik memang cantik..

Tempat sudu dan garpu yang bergantungan..
Kena pandai dan rajin jaga..
Sebab lama2 air bertakung dalam baldi alumunium  tu .
Penat nak cuci, tapi kalau rajin no hal.....

Ketuhar elektrik lagi..boleh wat kek coklat..

Wah...eksklusifnya bilik termenung ni.....

Mencuci  mata di  Ikea..
Selama 4 jam bas rombongan Cik Kiah  singgah kat  sini hari tu....

Dah tak larat  berjalan, tempat ini tersangatlah luas
Sangat penat  menapak.... ..

K, sampai di sini dulu yg sempat dipost ... salam..

Sunday, November 21, 2010

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam

Hidup dirundung malang
"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

 Berjumpa lelaki tua
 Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Rahsia lelaki tua kelihatan tenang
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

Makna perumpamaan
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

Nasihat
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Senyuman
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
sumber : iluvislam.com + discover the beauty of islam   

Thursday, November 18, 2010

Tugas Adik Minggu Ini...


Salam..
Terlebih dahulu diucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha.. 


Aidil Adha baru berlalu. Moga kita mengambil iktibar daripada sejarahnya kerana kelebihan Aidil Adha itu  telah diketahui umum dikaitkan  dengan nilai2 murni  pengorbanan . 

Pengorbanan kepadaNya demi  mengukuhkan  keimanan dan ketakwaan. 


Bagi muslim sejati, semestinya pengobanan terhadap Ilahi menjadi keutamaan kerana kita sangat mengerti terlalu banyak  rahmat yang diberikan kepada kita..dari ujung rambut sampai ujung kaki,  semua hadir atas rahmatNya.....syukur sesangat....

Pengorbanan dalam kehidupan
Penghayatan tentang pengorbanan  dilanjutkan di dalam kehidupan seharian . Berkorban sesuatu untuk diri sendiri serta berkorban untuk  insan-insan tersayang demi mewujudkan sebuah kegembiraan . Moga  pengorbanan kita berakhir dengan kejayaan kerana itulah yang didambakan..…

Apa yg istimewa, mungkin juga satu kepuasan....kita tentu merasa gembira jika kita dpt melakukan pengorbanan dan pertolongan  selagi tenaga kita diperlukan. Walau sekecil mana sekalipun yang kita mampu lakukan...…oleh itu, buatlah  dengan hati yang ikhlas tanpa meminta ganjaran dan penghargaan..

Pengorbanan adalah sesuatu yang suci murni , bermatlamat  serta bagi yang muslim tentulah memohon   keredhaan  Allah dan  kepadaNya  kita serahkan segala urusan....

Hu..hu.. cerita tentang pengoranan melerek-lerek nih  dan bersemangatlah pulak .. jauhnya ....


Cerita Ibu dan Tugasan Pertama Adik
Cerita ibu yg berikut ini berkaitan dgn pertolongan. Belumlah sampai ke tahap pengorbanan …
Minggu ni..minggu kedua terakhir, bermakna minggu hadapan  ada seminggu lagi bertugas  di tahun ini  sebelum  bercuti  panjang...

Sebelum bercuti, nak pastikan si adik dah ada  tugasan masa cuti ..kalau tidak, dia  main internet tanpa kawalan..

Tugasan kedua....

Tugasan ini istimewa sikit......   lebih kurang  mengambil masa 2 minggu jee....

Adik jadi bibik di rumah kawan ibu.. LAGIpun dia memang suka bebudak kecik....Kebetulan cuti awal krn SPM sedang bermula....

Anak2 ibu  diminta untuk menjaga 4 orang anak kawan kerana bibiknya balik kampung..umur bebudak yang dijaga 6 tahun dan yang kecil 5 bulan..kawan minta tolong kerana darurat....jadi, ibu  cuba menolong dengan meminjamkan si adik , hanya dia yang free ketika itu.. 

Pepagi lagi dah bangun awal  untuk memastikan si adik nih bersiap2. Membuat sedikit sarapan untuknya  . Walaupun tahu rumah kawan ada makanan..still masak dan bekalkan sedikit sebelum ke rumahnya.

Lepas tu,   keluar rumah 6.15 pagi. Masih gelap.. 30 minit lebih awal daripada biasa..

Jaga Baby
Di rumah kawan, adik  mandikan baby, kasi makan, basuh kencing berak, buat susu n salinkan pampers kalau basah….kemudian kalau baby tidur , sempat mengajar bebudak yg tiga orang lagi, layan mereka makan  , ajar melukis, belajar  n  apa2 je yang buat diorg senyap dan tak berlasak..….

'Wah, kalau dah passss  n    g-a-t-a-l ..adik dah boleh kawin,
Kan? '  . Hu..hu..hu……….menjeling dia..

‘Adik suka tak tolong......’tanya ibu pd  pagi tu di dlm kereta..
‘Bolehlah’ ..dia bersuara..


Bermakna Untuk Orang Yang Memerlukan
‘Adik….hari ini, kita menolong orang. Pertolongan itu sangat bermakna untuk orang yang memerlukan....manalah tau suatu hari nanti kita pula ditimpa kesusahan , mungkin ada pula orang lain yang sudi menghulurkan bantuan..dunia ini berpusing macam roda sayang,kejab di atas kejab di bawah......terkadang senang , tetiba susah. Mana tahu, Semuanya boleh terjadi..

kita tentu gembira dapat  menolong  orang yang sangat2 memerlukan ..…..’ ibu bertazkirah. ….. 

Si adik senyap dan berfikir…

Wednesday, November 10, 2010

Majlis itu Menggamit Memori


Ke Majlis Jamuan
Hampir pukul 8.00 malam. Ibu menaiki anak2 tangga  GoodHope Hotel untuk menuju ke dewan . Bahagian pendaftaran telah dibuka seawal 7.45 malam untuk menerima kunjungan rakan-rakan setugas ..
 Selesai pendaftaran, kami pun masuk . Sebentar lagi Majlis Jamuan Akhir Tahun akan bermula dengan pembuka bicara, ucapan alu-aluan ..

Beberapa buah meja yang bersalut warna putih sudah dipenuhi tetamu, lampu  hias bergemerlapan walaupun cahayanya tidak begitu kuat namun menampakkan wajah tetamu yang berseri –seri terdiri daripada rakan setugas…
Meja2 buffet dihias indah berwarna kuning n hijau muda dengan  hidangan ala werstern  food dan malaysian food..campur dengan dessert.. 



Sampai pada acara cabutan bertuah..Kedengaran pengacara mengumumkan ..… ' Ini nombor kawin… …nombor 22' kata beliau . Ibu mencapai nombor  di dalam handbag, bangun dan melangkah perlahan2. Dari jauh sudah terlihat... mata jadi silau n berkelip sekejab . Rupanya Sebuah bekas alumunium  buffet segi empat tepat yang menjadi milik ibu…Alhamdulillah..



Ucapan diteruskan dengan orang yang dirai. Bersikap tenang. Sepatah demi sepatah keluar dari bibir sahabat ini . Bait2 perkataan disusun indah dan berhati2 supaya tidak berlaku gangguan emosi.  Wajahnya yang ceria itu bersahaja dan bersemangat… tetiba, di luar hujan lebat mencurah2,  seolah-olah mengiringi kesedihan  di malam itu….

Perpindahan STAFF hujung tahun..

Ya..rakan ini dapat tawaran kenaikan pangkat dan bertugas di tempat lain. Ibu terharu dan gembira.

Berpisah Dengan Sahabat
Wahai Sahabat, sudah lama kita sama2 di sini, esok pula kamu akan bertugas di tempat lain… kuatkanlah semangatmu semasa  di sana, dipanjatkan doa  agar dapat menjalankan tugas dgn baik  dan cepat serasi2 di tempat baru..

Sahabat yang baik adalah hadiah yang berharga untuk kita. ..Teringat kata2 tu..

 Teringat Sahabat Lama
Sahabat yang baik? Teringat zaman muda2 . Semasa menunggu SPM ibu teruja sangat nak kerja kilang di Singapura . Setelah berjaya meyakinkan org tua , akhirnya ibu diizinkan bekerja di sana..selepas traning, dugaan pertama ditempuh apabila ibu dicampakkan ke tingkat  dua. Di situ  rata-rata pekerja china tak pandai nak  communicate Malay language . Mereka guna bahasa Mandrin n bahasa Inggeris..….

huh, berpeluh di dalam air cond sebab takde kawan Melayu….

Tercari2 kawan..akhirnya jumpa sahabat, gadis cina yg hampir sebaya ...malu?  Cuba buang rasa malu.  Berani-beranikan diri  bercakap . Rezki kerana  rakan itu baik hati , tak kisah , dia difaham,  sabar, prihatin, pendengar . Suka menolong walaupun ada banyak perbezaan latar belakang dan budaya....em,  memang teringat..   tapi sayangnya dah lost contact dengan sahabat ini....

Kucing dan Anak Anjing
Tentang persahabatan binatang pula…....pernah terbaca….En Bell telah memelihara seekor anak anjing dan kucing. Haiwan ini  akrab dan ke mana2 sahaja  bersama. Si kucing dewasa bernama Author, selalu membantu si puppy memanjat sofa..


Pada suatu hari Author menemui ajalnya dan ia  ditanam di belakang rumah. Si Puppy  kehilangan lalu senyap2 ia pergi ke belakang rumah bersusah payah menggali kubur Author, mengeluarkannya dan membawa balik ke rumah tuannya. Ia  menjilat2 untuk membersihkan badan Author , akhirnya puppy tertidur  di sisi Author kerana kepenatan …haiwan pun sayang sahabat.. imagine.
Sahabat adalah rakan kita yang sanggup susah dan senang bersama….teman kita di kala suka dan duka.. always listen to us.. Listen
Read phonetically
Read phonetically

Sahabat di Rumah
Kalau di rumah , tentulah suami dan isteri. Beliau yang paling akrab dengan peranannya sebagai  pelengkap dan penyeri ,  sahabat yang sanggup bersusah payah, berkorban apa sahaja demi kebahagiaan bersama di samping menerima kekurangan dan kelebihan  kita..…

Mencari Shabat (Jodoh)
Kepada anak2 pula yang tercari2  sahabat merangkap jodohnya. kalau masih muda  penuhkan ilmu di dada dulu sebagai persediaan, yeah, must be sufficient knowledge  …. when married, you already mature,   strong  mampu hadapi cabaran.

 Keupayaan itu membantu  anak2  mengenali dan menghargai kehadiran  sahabat sebenar2nya  .Kemudian  barulah anak2 merasa erti dan kemanisan bersahabat..…

Moga suatu hari nanti, anak2 mendapat yang baik, setia, serasi .  saling ingat-mengingati ke jalan Allah..moga barakah tersebut, dapatlah  mengecapi kebahagiaan dan permaufakatan yang disinari cahaya keimanan..
Persahabatan yang dijalin atas rasa persaudaraan kerana Allah akan kekal lama dan memberi manfaat kepada diri ... Malah, auranya boleh mendorong kita melakukan kebaikan dan kebajikan...
…….mampukah anak2…InsyaAllah…….

Wednesday, November 3, 2010

Ke Tanjung Piai


Salam ..
Hari Sabtu yang lalu, ibu ke Taman Negara Tanjung Piai kerana menjenguk pelajar yang mengadakan perkhemahan di situ.... Sambil menyelam minum airlah kira-kiranya ni..


Tanjung Piai
Tanjung Piai merupakan kawasan pelancongan kerana tempat ini ialah  tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang selama 1  1/2 jam dan singgah2 sekejab.. Berdasarkan lokasinya pula, ia terletak   90km ke selatan dari pusat Bandar Johor bahru  .

Kali terakhir ke sana beberapa tahun yang lalu kerana gathering keluarga. Tapi tidak ke Taman Negara  sampai  di Tanjung Piai Resort  jeee untuk menikmati udara laut  segar . Di waktu petang berBBQ dengan anak2 / anak2 saudara dan memancing pada waktu malamnya.  

 Resort itu terletak di atas air, maka  senanglah  ahli keluarga yang lelaki memancing.  Meskipun ibu tak suka dengan aktiviti tersebut tapi sekadar menemankan mereka bersantai2 dan berbual2 sambil di tiup angin laut dingin..


DI Taman Negara..
Perjalanan yang melewati rumah2, kebun kebun di kiri kanan jalan. Jalan  kampung yang sempit itu tidak mematikan semangat untuk bertemu rakan2 setugas di sana. Akhirnya Sampai  juga pada destinasi yang dituju. 

Kelihatan  pelajar2 sedang girang menjalankan aktiviti permainan di kawasan terbuka dengan jurulatih.  Beberapa orang guru duduk memantau  pelajar2 ini mengadakan aktiviti..

Mereka Kepenatan? Memanglah terasa penat  kerana dari pagi  bersama murid2..namun  kedatangan kami disambut dengan senyuman.. kesabaran guru2 ini boleh dikagumi... Mereka tidak mengeluh, tidak merungut. Apa saja yang dibuat dianggap  tugas yang telah diamanahkan, maka mereka melakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa berkira sangat.  Waktu itu sepatutnya digunakan bersama keluarga terutama dengan anak2nya ..terfikir pula..kalau kita menganggap kerja itu ibadah..maka lahirlah  keikhlasan  ..



ADVANTAGE…
Cuaca kurang panas seperti satu bonus untuk kami  melangkah meninjau2 kawasan sekeliling.. cuaca redup  itu membantu kami  menikmati keindahan  alam semula jadi dengan pemandangan hutan paya bakau  . Ada banyak juga spisis pokok2 hutan yang ditanam dekat tempayan di situ.
Sebenarnya ibu tak asing dengan kawasan hutan. Kampung keluarga ibu  berhampiran dengan laut dan hutan, Semasa zaman kanak2 dulu ibu pernah  pergi ke hutan paya bakau, mencari  kerang, siput..bersama emak dan jiran2  . Ibu pernah merasa kaki  bersalut dengan lumpur dan pasir serta pernah tercedera dan luka berdarah di cucuk duri pasir tajam .....

Kehidupan ketika itu tidaklah sukar, kerana ibu anak bungsu perempuan....tapi zaman ibu kakak agak susah..seperti kais pagi makan pagi.. balik sekolah mereka berkebun . Menanam pelbagai tanaman di belakang rumah. Tapi  pelik, walaupun banyak berkebun mereka  pandai belajar jugak..tiada kemudahan  ketika itu..tapi dia tetap cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Kemudian apabila tamat belajar mudah  dapat kerja…..

Berbanding sekarang..banyak kemudahan belajar disediakan.. buku rujukan bertimbun dibelikan, kelas tambahan  sana sini.. semua mencukupi..salah satu cabaran belajar, kalau malas dan leka ketinggalan kereta api...

Ibu sering  nasihatkan anak2/murid  ..supaya rajin2 ..sekarang  ayah /ibu/penjaga  masih kuat  bekerja, masih boleh bergantung harap  ..Tapi suatu hari  nanti , apabila mereka dah tua, mereka tak berdaya lagi, dan anak2  harus pandai berdikari dan berusaha sendiri ..oleh itu persiapkan langkah daripada sekarang dengan menimba pengetahuan sebagai persediaan  untuk berdikari di masa  hadapan…tulah nasihat ibu pd mereka..

Langkah Kaki diteruskan
Hari semakin petang, Kami meneruskan  langkah... mengintai hutan paya bakau yang mempunyai  batang yang agak kecil, dan  ranting2 halus dengan daun menghijau lebat.. ....

 Taman negara ini merupakan destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu kerana keindahan kawasan semulajadi yang dilindungi . lautnya, tumbuhannya dan haiwannya berada dalam harmoni, tanpa gangguan manusia.  Pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam menginap di sini...

Cerita sebiji epal
Tiba-tiba ternampak seorang lelaki pertengah usia mengunyah sebiji epal .. tanpa disedari ada 5 ekor kera berjalan menuju ke arahnya menghampirinya  untuk mendapatkan makanan, terkejut....akhirnya jurulatih di situ menasihatkan lelaki  itu supaya mencampak epal yang dikunyahnya supaya tidak diserang..

 Kejadian yang sama berulang ketika pelajar2 selesai minum petang meninggalkan kami sekeluarga bersama beberapa orang guru lain telah didekati oleh peminat kita nih….  beberapa ekor kera itu tetiba sampai ke arah kami mencari makanan.. nasib baik ada seorang guru  membawa kayu panjang. Dia menghayun2 kayu itu agar tidak didekati peminat (kera)..

 
Panorama senja
Akhirnya Kami  sampai  ke sebuah jeti  . Kawasan ini  juga merupakan  penghujung Benua Asia. Dari sini, akan terlihatlah akan bangunan pencakar langit.  Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor…

Kini  pandangan mata beralih arah,  melihat ombak ganas.....angin pun  bertiup kencang, menyebabkan bukan sahaja baju  bergoyang2 malah badan ini rasanya berbuai2 di tiup angin....tetiba sempat membayangkan ombak tsunami yang ganas dan tinggi menggulung. Ombak itu hanya sekelip mata  meranap dan membunuh banyak jiwa...subahanallah……


 Begitu halnya dengan manusia,  sekelip mata jika Allah ingin menjemput..tak ada signal..tak ada warning....sekiranya tak membuat  persiapan untuk ke alam tersebut..alangkah ruginya..Ya Allah panjangkan umur kami dalam imanMu dan jauhkan diri  dari kerugian..

 Demi Masa.  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Al-Asr:1-3)

Ya..kerugian masa, kerugian tenaga yang sentiasa dibazirkan..leka dengan hal2 dunia..sehari dirasakan singkat kerana dipenuhi aktiviti dan kesebukan ciptaan sendiri..sehingga waktu bersama Dia  sangat limited.... sedangkan kita mengerti keindahan bersama Dia terlalu  syahdu bagi orang  yang bertakwa dan tinggi penghayatannya...

Sesungguhnya kami  'insan' , yang sering lupa dan memerlukan peringatan….
Mata masih terpaku ke arah laut…kelihatan air lautnya   membiru menyebabkan terdetik seketika di hati rasa kedamaian ....apabila berdiri atas jeti itu terasa  betapa kecilnya kita di sisi Allah di tengah2 laut ini…..…kalaulah tergelincir,  adakah kita berupaya untuk berenang.. Adakah kudrat yang  dipinjamkan ini dapat mempertahankan diri  lalu  berenang2 ke tepian untuk mencari tempat perlindungan….Allah hu Akbar


Lihatlah pokok-pokok paya bakau yang kuat akarnya  setia berpaut di bumi, walau dilanda ombak beberapa kali ia masih berupaya  untuk mengukuhkan kedudukannya.  Walaupun masih  bergoyang2  mempertahankan dan melindungi batangnya dari tiupan angin tapi masih tetap berdiri  kuat  untuk meneruskan kehidupannya..