Wednesday, October 27, 2010

YEAH..ANGAH BALIK…


Pagi yang ceria ..

Aku bangun awal untuk memulakan tugas ……Syukran dapat bersama Allah yang Maha Pencipta.. ,dapat membereskan  kerja2 di rumah ... Terasa bertenaga pula untuk meneruskan tugasku di sana..waktu2 begini amat fresh . Berlapang dada untuk menerima apa saja tugas yang diamanahkan , terbuka minda untuk mendapat ilmu2 baru jika ketemu......
 

Tetiba angah telefon ..mohon restu dan doa ibu..suaranya yang serak2 basah dan lembut memulakan bicara untuk memberitahu bahawa pagi ini  ada paper terakhir untuk ditempuhi sebelum bercuti panjang........

Buat elok2 sayang..ibu bersuara dan mencelah, menyempatkan diri untuk berpesan di hujung talian....

Oh, terdengar suaranya dari jauh mula rindu-rinduan..banyak  patah perkataan yang diucapkan..aku diam untuk menjadi pendengar  setia. Aku faham, pada siapa lagi dia nak luahkan.. baru beberapa hari tak berbicara, dah banyak yang mahu dilaporkan, kalau surat dah tentu berjela-jela panjangnya...namun, aku mencadangkan agar menghentikan perbualan tersebut untuk   memberi laluan kepada exam yang akan ditempuh sebentar nanti. Sekurang2nya  ada masa untuk dia fokus dan tenangkan fikiran..

Harap dia bersabar menanti pukul 12.30 tengah hari. Setelah selesai ujian, boleh sambung call dan berbual panjang.. dia akur ..

Biasalah anak2 yang tidak kerasan duduk berjauhan..

Perkataan ‘nak balik’ sentiasa bermain dan meniti2 di bibir.

Kalau anak2 luar negara, yang dah biasa di perantauan  terbaca cerita ini, tentu tersenyum2 kambing dan sinis. Malu… Mereka yang telah matang, alah bisa tegal biasa. Pepatah Melayu yang menggambarkan kebiasaan ….Tapi bagi orang  yang kurang biasa, agak payah  untuk memulakan hidup berasingan . 

Bagi anak2 seperti dia  yang sebelum ini semuanya  telah terhidang tapi apabila berpisah, dunia ini menjadi seperti tertungging  sekejab. Kelainan budaya hidup menyebabkan mereka bersusah payah survive sendiri.  Banyak perkara memerlukan  kewarasan dan kekuatan diri . patut, tak patut, boleh, tak boleh. Semuanya kena fikir. dari perkara kecil hingga pekara besar, apa  yang dilalui memerlukan pertimbangan dan budi bicara ….. Bersabar yek nak menerima ujian…

Kesulitan yang diceritakan sebenarnya perkara kecil2  sahaja bagi kita…...namun pada si anak pengalaman seperti itu menganggu kehidupannya yang memang semacam  belum bertenaga.. ..tapi sebagai ibu, aku hanya memberi teguran dan nasihat kalau dia menangis teresak2. Kalau perkara2 seperti itu sukar untuk ditempuh, apatah lagi untuk meneruskan kehidupan & berjalan di muka bumi Allah ini.....

Eh..Dah kul 2.00 ni…..aku pasti Angah  dalam perjalanan pulang...

Dia balik sendiri naik bas bersama kawan-kawan. Pengalaman pertama dia naik bas pun tak seronok . Mengapa? mana nak seronok kalau membawa barang banyak ... segala macam benda dia nak pikul, tangan kiri pegang barang, tangan kanan bawa beg, di bahu sandang beg..satu lagi yang membuat aku tersenyum apabila mengingatkan peristiwa dulu. dia balik ke rumah  dengan memakai baju kurung dan kasut sukan..ha..ha....kami sekeluarga  terbahak2 tengok telatahnya.cian…  aku nasihatkan dia supaya lain kali membawa barang yang penting saja balik ke rumah……


Alhamdulillah..dia belajar erti susah di sana....kesusahan itu satu pengalaman menarik bagi orang yang hendak  matang ..kesusahan itu harap membuat dia kuat...kesusahan itu adalah pelajaran yang bermakna dalam kamus hidup..mudah2an sebagai pendidikan yang berupaya untuk membantu diri bersemangat kental dan waja..amin..



Kalau angah balik ke sini tentu banyak cerita .Bakatnya memang suka bercerita.. mulutnya macam murai pasti ada saja perkara yang mencuit hati …pasti hilai tawanya memecah  ruang tamu rumahku… ..

kalau mulutnya itu  boleh dimanfaatkan mengeluarkan hujah2 dan patah2 perkataan yang bernas  alangkah baiknya. Bukan mencurah air ke daun keladi, yang sia-sia. Tapi kalau ia tercurah kepada insan-insan yang memerlukan seperti yang pernah ku lihat dia melakukannya dulu, percubaannya menampakkan bakat  dan kematangannya melahirkan kata2..…..tentu baik sekali.he…he…dah sampai ke situ pulak....lamunanku tersangatlah panjang..

Allah hu Akbar

Aku hanya mampu berdoa agar ilmu yang diterima masuk ke ruang2 dadanya..memanfaatkan ilmu itu untuk kesejahateraan hidup dunia dan akhirat. Membentuk jati diri menjadi anak2 yang beriman dan beramal soleh..

Amin..amin Ya Rabbal Alamin…

…………..Angah akan sampai sebentar lagi.InsyaALLAH....rindu seorang ibu hampir  terubat…

Wednesday, October 20, 2010

Pelangi Dalam Kehidupan Kita


Telah beberapa kali ibu terjumpa kata2 hikmah ini, menyebabkan terfikir2 sejenak untuk  merenung2 kata hikmah ini semula.

………."Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Dia turunkan petir dan hujan. Kita tertanya-tanya di manakah matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi."….


Untuk anak2 yang  merasa dirinya  selalu dirundung malang akibat kesedihan di hati , ayat2 ini merupakan satu perkongsian yang  menarik untuk dihayati . Ia bukan sahaja menimbulkan keinsafan malah menyedari  akan had keupayaan manusia yang terbatas yang kadangkala pasrah dan reda, namun penuh pengharapan....….

Dalam meniti perjalanan sememangnya kita temui hujan dan petir, kita sering berdepan dengan ujian, menemui ranjau dan duri..bahagia dan  derita adalah rempah ratus, adalah asam garam hidup . Semua yang berlaku  dalam hidup ini bukanlah  kebetulan tetapi  ada hikmah tersendiri supaya  Allah mengajak kita berfikir.


Ujian2 yang diterima pula bukanlah seperti exam yg dilalui di sekolah yang mana dapat diselesaikan  dalam jangka masa tertentu dan boleh dikuasai melalui IQ , keupayaan intelek dan kemahiran yang tinggi..
 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.” ( Ali Imran : 190 -191)

Allah datangkan hujan dan petir..dia sembunyikan matahari..kita tertanya2 di mana matahari..

Tiada yang Allah ciptakan itu dengan sia2 melainkan dengan hikmah. Allah sembunyikan matahari dengan hikmah. Allah turunkan  hujan dengan hikmah , Allah datangkan petir dengan hikmah . Walaupun pada hakikatnya ia kadang2 menyakitkan dan memedihkan  namun  untuk meneruskan kelangsungan hidup ia menuntut kesabaran dan kecekalan …

Melihat sejarah asal usul manusia, Adam dan Hawa pun yang Allah telah ampunkan dosa-dosanya, juga terpaksa menjalani liku2 kehidupan di muka bumi ini , Allah campakkan ke bumi untuk menjadi khalifah. dipisahkan untuk beberapa ketika,  dengan serba kepayahan menempuh onak dan duri barulah mereka bertemu semula..
 
Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya.”  (HR. Bukhari)

Mengapa kita dipilih untuk menerima sesuatu  ujian, mungkin kita tertanya2…
Terlalu banyak rahsia Allah yang tidak dapat diungkapkan…sedangkan llmu yang kita peroleh daripada Ilmu Allah  pun ibarat setitis air  yang dicampakkan di lautan luas terbentang….

Jika Allah membenci seorang hamba maka Allah jadikan dia mencintai  harta dan Allah mudahkan baginya untuk memperolehnya, Allah ilhamkan kepadanya dunianya, Allah serahkan dia pada hawa nafsunya, maka ia mengendarai al-‘inaad (keras kepala), ia mudah berbuat fasad (kerosakan), dan menzalimi hamba-hamba (Tuhan)” (Bihar al-Anwar 103 : 26.) 

Ironinya,  jika  kita mudah mendapatkan sesuatu, boleh jadi kita lupa diri, boleh jadi kita alpa, boleh jadi kita tidak menghargai sesuatu yang diperoleh  itu serta mudah pula kita  membuat kerosakan dengan menzalimi diri sendiri..

Maka ujian yang diterima itu adalah satu ketaatan, supaya kita menjadi hamba yang benar-benar bersyukur dengan nikmatNya.
”Jika Allah mencintai seorang hamba, Allah ilhamkan kepadanya ketaatan,  Allah biasakan ia dengan qana’ah (menerima apa yang ada), Allah kurniakan baginya pemahaman agama, Allah menguatkannya dengan keyakinan, Allah cukupkan baginya dengan sifat al-kafaf (merasa cukup dengan rezeki yang memadai) , Allah memakaikannya dengan sifat al-‘afaf. (Bihar al-Anwar 103 : 26.)
  
Dia memberi nikmat kefahaman agama  agar kita memperoleh  keyakinan yang tinggi..

Dia menganugerahkan keistimewaan pancaindera agar kita berupaya merasai dengan berfikir serta bertakwa..

‘Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa  kepada Allah, niscaya Dia akan  menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai Kurniaan  yang besar.” (Al Anfaal :29)

Kita mengharapkan keampunan
kita mengharapkan kurniaNya yang tinggi
Kita mengharapkan nikmat dariNya..
of course kita hendak hadiah pelangiNya

Sungguhpun makna pelangi,  boleh diintepritasi  dengan pelbagai pengertian yang  simbolik namun rumusnya bahawa pelangi  itu tentulah  sebuah harapan tinggi yang disandarkan  dengan  kegembiraan.. 

Pelangi yang diharapkan itu  juga adalah sebuah hadiah daripada Allah SWT atas kesabaran kita menempuh ujian-Nya . Adakah pelangi itu benar2 telah muncul dalam kehidupan kita..…yang pasti, jangan berputus harap  untuk meminta kurniaan daripadaNya.

Ketika kamu meminta pertolongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankanNya permintaanmu (Al-Anfaal: 9) 

 Allah  maha pemurah,  adil dan penyayang kepada hamba-hambaNya....

Wednesday, October 13, 2010

Aunty Sal

Selepas selesai makan-makan di rumah kakak sepupuku sempena majlis perkahwinan anaknya, saya menghampirinya kerana mahu permisi  pulang. kulihat  'sis' tersenyum melihat kelibatku. Saya sedar hari itu saya datang lewat ke majlisnya disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Walau lambat sekalipun saya pasti datang..Itu janjiku di dalam hati....

Dia menegurku walau hanya beberapa patah  perkataan sahaja yang sempat diucapkan. Saya membiarkan dia melayani tetamu..teruskanlah.....
Saya pasti, hatinya tentu girang menyambut orang baru dalam keluarganya..

Saya melihat dia sekali lagi, betapa  seronoknya dia melayan tetamu yang datang..

Apabila ada kesempatan..
kupeluk dia serta  bersalaman dengannya untuk pulang.. .....

Saya memang menyedarinya. lama benar tak ke rumah 'sis'. kakak sepupuku itu masih cun....walaupun dah berusia dan bercucu..

Kami hanya dipisahkan dengan  ratus2 km sahaja..tapi jarang jumpa anak2nya....bukanlah sibuk sangat....tapi macam tak cukup masa untuk berjumpa..kecil hatikah dia..

Dulu  di tingkatan 4, saya bermukim di sana..waktu itu, 'sis' mengajar berhampiran dengan sekolahku..Oleh kerana berjauhan dengan ayah dan emakku , Mereka mengamanahkan  'sis' memantau perkembanganku di rantauan..Saya mengaku ...dia menjagaku macam adik-adiknya sendiri..itulah yang menyebabkan saya tak akan melupakan jasa2nya..

Walaupun kurang mengunjunginya kini...tapi sebenarnya ingatanku padanya tetap teguh.. seteguh summit prade yang ada di belakang rumahnya itu kerana saya tak pernah lupa pada orang yang pernah berjasa padaku...


'sihat semua?
Saya memulakan perbualan dan bersalaman dengan anak2 lelakinya....
'sihat kak Sal' kata anak2nya sambil tersenyum...

'Apa, kamu panggil kak sal?'....kumemulakan perbualan serta sedikit terperanjat dan rasa cukup tersentuh. ..

kesian anak2 sepupuku ini..makcik sendiri pun dia dah panggil kakak....silapnya di mana? hatiku tertanya2...

Tiba2  terbayang ketika mereka masih kecil2 dulu berlari2   dengan manja serta mulutnya kumat kamit memanggilku aunty Sal....Nama yang cukup sinonim bagiku ketika itu dan menjadi panggilan manja daripada anak-anak saudara sepupuku untukku ini. Namun, kini panggilan itu seakan2 lenyap dari ingatannya dan seakan2 ada jurang tali persaudaraan antara kami ... Yang saya nampak jelas,tubuh mereka sudah melebar, berbading dengan makcik dan pakciknya ini......

Bukan dia yang bersalah..tapi mungkinkah saya kurang memesrakan diri. Kiranya itu jawapannya.....maafkan aunty Sal....
..

Friday, October 8, 2010

Hari Ini Dan Semalam....

Petang semalam, ibu disebuk2kan dgn hal2 lain yang perlu dibereskan cepat... Di sebelah paginya, ibu  ada tugasan untuk menyampaikan input2  tertentu pada anak2 di sini...
 

Oleh kerana  terfokus pada beberapa  tugasanku  ... ibu  tak sempat nak buat pape untuk  along, lagipun tiada sesiapa kat umah........hayat pula ada kursus pagi ini........


Tapi ibu berazam kalau banyak tenaga tersimpan yang belum diguna pakai, maka esok kubercadang, nak jadi tukang masak bersama2 dia sekejab, Suka2 untuk masak lebih2 sikit, bersedekah sempena hari jadi along........makan ramai2 di tempat kerja . Bermakna sikit, rasa2nya masakan ibu sedap apeee.....he..he, insyaAllah..

Petang nanti,ada masa terluang, bolehlah jalan2 ngan ibu ....nak freekan minda n  release stress kerana Hayat baru habis periksa..konon2..

Sejujurnya ibu dah lama tak berkesempatan jalan2. hayat sebuk memanjang ngan pembelajaran projeklah,  kuliah,tutorial,assignment,dah break sem ni, ada pulak kursus .........

Untuk along, pada kesempatan ini ibu ucapkan, selamat hari jadi ...



Muhasabah diri....
(bukan sahaja utk hayat , juga untuk anak2 ibu yang lain,
anak2 saudara,anak2 yg terbaca blog  juga)


Bersyukur pada Allah kerana  dipinjamkan kudrat ..
dapat menjalankan urusan harian dengan sempurna. 
Diberi kelapangan untuk belajar ....

 
ada  rakan yang baik2..


bersama ahli keluarga..
yang sentiasa mahu membantu......
rasa bertuah,kan..
syukur sesangat..
terima kasih padaNya.


Muhasabah diri  lagi...

Walau Sesukar mana pun laluan yg ditempuh
seberat manapun cabaran yang dirintangi
hadapi ia dengan tabah.
“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, 
seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” 
(Surah al-Baqarah, ayat 155) 

moga lulus  cemerlang

harap, melangkahlah  dengan tenang dan tabah
untuk menempuh  hari2 mendatang..

 
dan Berserah padaNYA...
dengan doa serta harapan  
bahawa suria itu  bersinar..
menerangi alam semister...InsyaALLAH .Amin..
"Dan sepenuhnya urusanku ini, 

kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah,
sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya
.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)

  

Saturday, October 2, 2010

Untuk remaja..

Khusus untuk  remaja n belia mari kita  berkongsi doa dengan Ustazah Siti Nur Bahyah Mahamood dalam FBnya......
1. Doa mendapat jodoh & keturunan yg baik  (al-anbiya' ayt 89).
2. Doa agar tenang akibat putus cinta/tunang/kasih ( ar-raa'd ayt 39).
3. Doa pendinding diri dr sihir/ilmu hitm (albaqarah ayt 285-286).
4. Doa untuk membatalkan sihir/ilmu hitm (yunus ayat 81-82).

moga bermanfaat...

Friday, October 1, 2010

Makanan kita...

Kita mungkin penggemar Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili kerana ia menambah selera makan serta sering disajikan dalam makanan kita...



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, ada di antara soso tersebut mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi yang boleh bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.

Ia juga menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.

Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.

Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan menyebabkan bertambahnya  penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

p/s: sedap memang sedap n ringkas memang ringkas..

Sumber: RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT :