Saturday, September 25, 2010

berperasangka baik

Dalam meniti bulan syawal yang mulia ini, tentunya matlamat kita ialah memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan, lebih-lebih lagi masa kini yang paling sesuai untuk kita bermaaf-maafan dengan mengambil pendekatan 0-0...


Tentunya kita mengharapkan hubungan ukhuwah  itu terjalin dengan baik,  dipenuhi  husnuzh zhan (berbaik sangka) ....

Lupakan sengketa sekiranya  masih bersisa tanggapan2 negatif akibat penilaian kita pada seseorang dari sudut luaran yang dilihat dari kulitnya sahaja.  Almaklum kita sesekali terlebih kreatif untuk mencipta persepsi2 baru terhadap rakan2 kita tanpa disedari ianya kurang tepat dan tidak adil . Sekiranya ada...

Mempercayai sesuatu informasi yang tidak berasas mengenai sahabat kita juga harus dielakkan kerana berkemungkinan ia tidak menggambarkan apa yang sebenarnya terjadi serta boleh melukakan hati kawan..

Allah SWT. berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. [QS. Al-Hujurat (49): 6]

Ramadan dihayati, Syawal disyukuri.. bermaaf2an serta sentiasa berperasangka positif  sambil menadah tangan memohon yang baik daripada Ilahi....

Monday, September 20, 2010

Wajah2 di hari Lebaran

Sejujurnya raya kali ini sangat bermakna bagi ku..
kerana raya kali ini mempertemukan ramai  ahli2 keluargaku ..
HJ Lauto's fAMily..
amat payah mengumpulkan mereka.
tapi kali ini kami berjaya  beraya bersama-sama...
di rumah abang long...
ceria semua bersama emak saudara, bapa saudara,anak saudara, cucu saudara.....
adik beradikku...
oleh kerana bilangan ahli keluarga yang ramai, 
di rumahku, bukan shj diadakan merhaban  keluarga
tapi diteruskan dengan bacaan tahlil
lagipun entah kenapa termimpikan arwah ayah n emak sejak 1 ramadan lagi...
bacaan tahlil dipimpin oleh abdul Hadi (anak kakak) yang pulang bercuti...
budak ni sempat jadi imam terawih lagi sepanjang ramadan di masjid...Alhamdulillah..
bacaan tahlil  disampurnakan juga bersama2  abang  bacok @ pak ngah
marhaban keluarga diketuai adikku @ Pak su (tengah)  serta abang Jalil..
Abang Long (kiri)  sedang bertafakur...
anak saudaraku rudin  dan isterinya..
pd hari sabtu hari tu,walaupun sekolah
tapi mereka sempat datang dan dapat join
abang ipar dan anak2 saudaraku..
edy, azzad, nahar dan isterinya ...
azzad tak jadi pulang KL hari sabtu kerana  ingin turut serta....
nahar n maria, thns kerana datang..
walaupun duduk kat seremban tapi dpt meluangkan masa bersama2 kami.. happy sgt
 dua orang kakak kandungku 
yang sentiasa berdiri di sisi memberikan sokongan..
anak saudara dan cucu saudaraku....
anak saudara dan cucu saudara (baby naufal rayyan)
yang dah besar sikit..
cucu saudara sulungku , kat UIA sekarang..
yg di belakang sekali hani hanani
dan nurin kawan angah yg sempat beraya kat rumah..
 anak saudaraku, edy dan daeng azmi serta anaknya..
cucu saudaraku yang tinggal kat KL juga Sempat datang..

Moga raya2 ni dan raya2 akan dtg
adalah peluang untuk kami mempereratkan silaturrahim
antara keluarga, sahabat handai dan rakan taulan. Amin..

Wednesday, September 15, 2010

Kelebihan Susu Kambing..

  • Ia mengandungi molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam.  Sesuai bagi mereka yang ada masalah penghadaman.
  • Bersifat menyah acid, sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastric.  
  • Kandungan pH beralkali, dapat meneutralkan acid dalam badan (Acid yang lebih dalam badan boleh  menyebabkan sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi). 

  • Mengandungi asid lemak baik yg mencegah kesan jangkitan kulat serta meningkatkan sistem pertahanan badan dan tenaga manusia.
  • Kaya dengan Mineral Selenium yang membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. 
  • Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bahan tersebut digunakan  untuk rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan serta mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  • Mempunyai kalsium yg tinggi serta kandungan sodium menbantu tekanan darah jadi normal serta meningkatkan fungsi hati. 
  • Mengandungi riboflavin serta merawat simpton penyakit  asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Susu kambing bersifat anti barah. 

KHASIATNYA ...
    Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:  
  • Penyakit deman kuning. 
  • Penyakit lemah jantung. 
  • Penyakit darah tinggi. 
  • Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala. 
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang. 
  • Penyakit batuk kering atau TB. 
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis. 
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut. 
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin. 
  • Sesuai diminum diwaktu pagi(sebelum bersarapan) dan malam(sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja).  

    Tuesday, September 7, 2010

    SELAMAT HARI RAYA.

    Salam . Moga sentiasa dirahmati Allah..
    terasa amat singkat dan cepatnya masa berlalu..
    suka atau tidak terpaksa menerima hakikatnya
    bahawa Ramadan mahu melangkah pergi
    meninggalkan kita ....

    Kehadiran Shawal di ambang pintu..
    mengucap salam takbir..
    dengan wajah keceriaan..

    Oleh itu,  
    dengan rasa rendah diri
    ingin mengucapkan
    SELAMAT HARI RAYA..
    MAAF ZAHIR Batin
    Tak lupa, yang berada di perantauan....
    jaga diri baik2....
    pasti,
    tetap ceria menyambut Shawal..
    berpeluang beraya di sana

    untuk menimba  pengalaman2 baru 
    yg berharga dan bermakna 
    walaupun tanpa kehadiran keluarga di sisi.
    di hari lebaran, hari  kemenangan..
    menadah tangan penuh kesyukuran.

     Yang jauh berkirim salam.
    Yang dekat dihulur tangan.
    memohon keampunan.
    Sekali lagi diucapkan..
    SELAMAT HARI RAYA
    MAAF ZAHIR BATIN
    DARI KAMI SEKELUARGA..