Saturday, August 28, 2010

Mereka Yang Bertuah.

Menghampiri penghujung Ramadan, mengingatkan kita kepada mereka yang bertuah serta menjadi hamba terpilih  kerana mampu untuk mempertingkatkan ibadah pada 10 malam terakhir semata-mata mengharapkan keredaan, pengampunan serta ganjaran pahala yang tinggi.


Masa terlalu singkat berlalu dan masih menjadi tanda tanya adakah kita sempat merenung dan menilai kembali  ibadah yang telah dilaksanakan terdahulu... Lantas itu,  Kesempatan di penghujung Ramadan yang masih bersisa ini ingin berusaha dan bercita2 memperbaiki segala yang masih berkekurangan....


Melalui sumber Al Quran telah diketahui iaitu adanya malam Lailatul-Qadar dalam Bulan Ramadan.

Menariknya pada malam Lailatul-Qadar tersebut...

Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).

Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar).

Rasulullah s.a.w bersabda : “Pada setiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. 
( Kitab Durrah al – Nasihin ).
 
Ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3)

Kerana kemuliaan Lailatul-Qadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. 
p/s : Peringatan diri dan family.

Friday, August 27, 2010

Nak makan apa?

Sememangnya diakui kehidupan di bulan Ramadan ini 
sangat berbeza dengan hari-hari biasa.. 
kerana masa nilah dapat berkumpul untuk makan bersama...
mengeratkan kekeluargaan.
Walaupun tak semua dapat berkumpul..
namun, yang turut serta tu dpt membuat suasana menjadi meriah ..
kalau dah ramai2 
makanan tak sedap pun jadi sedap sebab perut kosong.....
Contohnya Karipap buatan sendiri ni, 
sedap je apabila dah dikunyah..alhamdulillah....

Setiap Ramadan pasti ada juadah ni, 
mee goreng ..
ia mudah disediakan, simple ..
kalau makan makanan berasaskan mee..
tak perlu ada nasi tentu tak termakan  kalau terlebih juadah
sebab dah kenyang..
nasi tu dibawa ke sahur.

Jenis2 mee berkuah2 macam ni  menjadi kegemaran family..
lagipun menyediakan  mee, lebih  mudah 
  bahan2nya pun  main campak2 je.
Letakkan  fish bowl, fish kek, baksoh, ayam n sayur2 ,tahu,
dah ok..
makan pun   bertambah2 lagi....

Kuih muih yang manis begini, beli jee..
setakat makan beberapa keping..
tak ekonomik kalau membuatnya..
lagipun buat penat jee nanti.
Pas tu jadi bahan antik atau bahan pameran kat peti sejuk..
lebih baik beli sikit untuk elak pembaziran..

Di sini , hari-hari jiran hantar makanan..
kadangkala pening juga nak sediakan menu apa..
Kalau dah tak tau sangat nak masak ,
buat nasi goreng  seperti ini...
dan hantar ke rumah jiran
niat nak bersedekah ,
apa yang penting keikhlasan....

Kuih segi  tiga  di atas tu adalah samosa ,
kali pertama  buat tak berapa menjadi
senget sana, senget sini..
sedap rasa tak sedap rupa..
tak terpikat langsung untuk  memandangnya ..
maklumlah orang selalu mementingkan rupa, kan,
buat kali kedua..
wah dah jadi, bolehlah buat tempahan..


Sunday, August 22, 2010

Foto ini

Ibu sangat suka tengok gambar angah yang di bawah ni.
Kawan kamu snap semasa di makmal sains,
ketika angah main bedah2..belah2...
(latihan amali)

Angah tau..
foto ini mengingatkan ibu  semasa angah kecik2 dulu..
kalau ibu pening n sakit
angahlah orang pertama datang kat ibu
layan  ibu macam pesakit
tanya itu dan ini
kasi ubat, picit sana, picit sini
sangat caring dan sibuk-sibuk

ketika itu kamu menyimpan cita2 
memang nak jadi seperti ini..
ibu bagi sokongan moral...

tup..tup..bila tg 4..
kamu dah mengubah fikiran
seiring dengan perubahan fizikal kamu
kamu dah tak nak ambik perubatan...

Pada hal ibu baru nak rancang hantar ke Indon buat medik..
Indon pun tak pe..tu je yg ibu mampu..

dah tak naklah pulak.
oklah, ibu tak paksa..reda..

 pas tu..

lepas SPM angah dapat tawaran interview pendidikan
interview je..tapi kata kawan sebelah kaki dah melangkah ..
angah tak cakap pun ngan ibu, angah dpt....
bila ibu tau, sudah tentu ibu frust tak gi interview,
orang nak dapat interview pun payah,
angah sesenang tolak..

angah..angah.. 
ibu dah maafkan..

ibu redakan kamu belajar di situ, 
Itu yang angah mau..
ibu harap angah buat pilihan yg terbaik

Moga angah berjaya di situ..
menggapai impian dan harapan..Amin

Friday, August 20, 2010

anugerahNya...

Anak2 adalah anugerah  dan amanah Allah.
yang perlu dijaga dan dipelihara dengan sempurna.
mengikut kemampuan kita.

kanak2 dilahirkan suci murni.
kitalah yang mengasuh dan bakal mecorakkannya ..
Memang  ada ibu2  yang belum ada rezki 
untuk dikurniakan Allah cahaya mata 
walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin 
serta berikhtiar ke sana ke sini. 

Beruntunglah  individu yang Allah anugerahkan  ramai anak...
dan dapat memeliharanya dengan sempurna.

Dalam  kes-kes tertentu  seperti faktor kemiskinan..
menyebabkan ibu2 terpaksa menyerahkan anaknya 
kepada orang lain untuk dipelihara kerana kurang berkemampuan . 
itu lebih baik daripada dipersia2kan..
 Lihat anak2 ini..ceria2 dan cantik..
tidakkah kita jatuh sayang kepada mereka....

saban hari ada je kita mendengar kes buang bayi yang tidak berdosa..
dalam masyarakat kita yang tebal dengan budaya ketimuran
mengapa ia boleh terjadi..

kiutkan kanak-kanak ni...
mereka adalah pewaris bangsa..

Didiklah mereka dengan sempurna 
supaya kanak2 ini membesar
menjadi manusia
yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Saturday, August 14, 2010

Sentuhannya....

Oh,  melangkah ke daerah ini.. memang terasa....... Sentuhannya memberi ketenangan dan kedamaian.... Sejak permulaan awal-awal lagi, Pada waktu dini hari...apabila  menapak anak2 tangga , sudah kedengaran suara ustaz mengalunkan nasyid memuji2 nama Allah serta rasul junjungan bergema di seluruh kawasan  ... mendayu2 ,  terasa sangat 'touching'  untuk mengajak hambanya  yang setia....  remember Allah greatness. Allahhu Akbar, Syahdu..

Saya akui  kali ini Ihya Ramadan provides a unique meaning dalam  kehidupan kami sekeluarga   n bring new aspirations . why? I indefinite the answer  .

Walaupun ahli keluarga  yg  be'ramadan' bersama2 di rumah  semakin mengecil, namun .....  Ramadan spirit that never faded...

Di tempat kerja..Ihya ramadan diteruskan  dengan pelancaran bulan tersebut, bacaan yasin hari Jumaat serta takzirah dari naib  ketua   yang seperti bapa menasihati anak2nya , tazkirah  waktu rehat setiap hari, majlis berbuka puasa, bertadarus, majlis berkhatam Quran, berjemaah Zohor.. mohon ya Rabb..mogaku diberi kelapangan untuk turut serta dalam setiap program2 tersebut.. kepada pihak penganjur yang berjaya mengendalikan program, tahniah yek, may get reward from Allah

Rutinku,  Selepas solat berjemaah Zohor, balik. Kemudian sampai di rumah  tidur sebentar. Bangun dah fresh terus bertadarus kerana berazam  khatam sekali  seperti tahun2 lalu. Dapat sekalipun alhamdulilah, . Saya akui  tak sekuat arwah emak yang  katam 2 kali dalam bulan ramadan.

Juadah? sangat simple..sebab kalau terlebih, em memang tak termakan.  jiran2 hantar makanan. Namun,  untuk bab makan, fleksibel  , sekejab masak  , ada kalanya kuih tunjuk ,  tak cerewet.

Suasana malam yang paling meriah, kelihatan wanita2 sudah siap memakai telekung solat berduyun2  memenuhi masjid.  Satu fenomena yang baru je kami saksikan di sini . Sejujurnya, kami jarang berjemaah di masjid pada tahun2 lalu , buat sendiri di rumah. Tapi kali ini  semua bersemangat waja lak. malam pertama hanya buat 8 rakaat terawih. kemudian saya sempat mengintai Hani dah tersandar di dinding masjid belakang , terlentuk akibat kengantukan . barangkali badannya terkejut kot . Malam berikutnya dah kuat ada ketahanan mental dan fizikal  untuk dapat  buat lebih2 .

Lalu...
pada akhir solat itu, kami menadah tangan mohon doa moga sentuhannya sentiasa segar  agar langkahan kaki kami meniti hari2 tersebut sentiasa bertenaga dan dipermudahkan  ....Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

Salam. Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk  mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai , rakan taulan serta rakan2 blogger. Moga kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita hayati  seterusnya berazam dan menyimpan cita2 untuk  upgred amalan2 kita berbanding  tahun2 lalu.

RAMADHAN yang ditunggu-tunggu  membawa sinar  penerang hati. Seluruh umat Islam sejati  tentunya sudah  ternanti-nanti dan  rindukan amalan yang lazimnya dilakukan di bulan puasa  seperti bersahur, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus itu. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Sesungguhnya pada puasa itu mempunyai hikmah yang nyata, faedah-faedah yang besar, sunnah dan adab-adab yang banyak. Bertuahlah sekelian muslim jika mereka diberi nikmat memperolehi faedah dan fadilat puasa yang  telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Tarawih dan solat malam sudah tentu akan dilaksanakan dan mungkin diselangi tadarrus kerana  ingin menjadi hamba-Nya yang ikhlas dan tulus. 

Permulaan itu rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21).

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

' SALAM RAMADAN Al-Mubarak'. Sekian.

Friday, August 6, 2010

Suasana Menjelang Ramadan


    Salam. Dah beberapa hari meninggalkan blog ini. tetiba  teruja sangat hendak menulis .Walaupun tak ada agenda yg menarik pun.Tapi malangnya apabila melihat talian,   internet di sini menghadapi gangguan  teknikal. Sempat  mencuri ruang waktu menggunakan alternative lain. Akhirnya berhasil juga memuatkan sesuatu di sini .....he he

     Bulan syaaban hampir menutup tirainya Kemudian digantikan tirai baru yang indah. Tirai Ramadan yang penuh keberkatan. Tentunya Umat Islam sejati menunggu bulan ini yang penuh limpahan rahmat . Sebagai hamba Allah, terasa sangat  bersyukur kepadaNya kerana dipanjangkan usia  untuk merasa keistimewaan menikmati ibadah puasa …

      Individu yg telah berusia mungkin juga  menyimpan cita2 , target dan hasrat murni untuk mengambil kesempatan  sebanyak mungkin  mengutip fadilat2 yang mampu dilaksanakan di bulan ini ...

      Yang realnya, suasana ramadan yang rancak di luar sana seakan2 baru dan akan rancak.Apa dia kalau tak pesta membeli belah. Sudah banyak jualan2 mega dibuat oleh peniaga yang bijak mengaut keuntungan. Bagi  remaja, ibu2  agak excited dalam window shopping. Sebelum Ramadan lagi, pelbagai pilihan kain baju, tudung telah menanti para pembeli dan pengguna yang ingin cantik dan menawan. Anak2 remaja  sendiri tentu tidak tertahan dengan ancaman dan  panahan  melihatkan baju2 berwarna-warni yg cantik lagi tertarik itu. Sekurang2nya ketika membeli belah satu baju tentu  pasti akan dibawa pulang dan menjadi hak milik...

    Bab2 kuih pun begitu. Berjenis2 jenis kuih raya, bermacam2 pattern, warna, hiasan yang memikat telah menanti untuk ditempah. Tentulah wanita  sangat terpikat dan tergoda lebih2 lagi harga yang ditawarkan berpatutan.

     Bagaimana kita dapat menahan diri daripada aktiviti sosial untuk membeli belah ini... Bagaimana  kita boleh  menjaga keharmonian diri  agar teguh iman untuk menghayati ibadah bulan yang dirahmati ini .. 

Itulah sedikit gambaran awal suasana menjelang Ramadan. selanjutnya diserahkan pada diri sendiri dalam memahami cita rasa diri..SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Tuesday, August 3, 2010

Yang Ini Menghiburkan

Daripada membiarkan blog ini bersawang, 
ada baiknya memuatkan gambar ini....
sekurang2nya terhibur juga..


Minggu ni kami diterjah anak2 saudara along. 
Sebenarnya mereka  adalah anak abang sepupu along.

Suka melihat mereka bermain dan bercakap. 
Sangat menghiburkan. Sempat snap gambar ...
   Avicenna.....
ketika  balik ke sini dulu saya tak faham apa benda yang  dia cakap, 
dia membesar dengan org Arab sana.  
Sekarang dia dah banyak kosa kata.

' Wah hebat !!! ' 
kata2 itu sering  meniti  dibibirnya apabila dia menang 
dalam apa2 jua permainan di rumahku...

      NurShifa' . Dah besar sekarang. 
Dia lahir sehari selepas datuk along meninggal dunia. 
Petang tu kami sebuk mengurus jenazah , 
Subuhnya pula NurShifa' lahir ke dunia. 
Kehidupan ini sememangnya seperti sebuah drama, 
skripnya  telah disusun2kan. 
Perancangan itu datangnya dari Allah Yang Maha kuasa. 
Tulah takdir namanya..

Ya Rab untuk hari2 seterusnya. 
Moga semua  yang datang dariMu yang baik2  belaka. 
Tak terdaya sekiranya ujian yg diterima berat2. 
Permudahkan urusan kami.
Ampunkan dosa2 kami. Amin.
(Sempat meratap & doa.....)

                                             Sarah sofea. Dia dah besar sikit. 5 thn. 
Dah  sekolah tadika dan cerdik bercakap...

Kebetulan pada masa tu  budak2 ni dapat berjalan2 ke Zoo JB
dah puas2 tengok anak2 saudara along. 
Tengok gambar penghuni Zoo pulak . 
Sedikit foto tuu yang  sempat dimuatkan.

Gambar ini pun menghiburkan jugak  ...
Pasangan bahagia, 
makan bersama-sama. 
seiring sejalan ..

bersendiri dik.... 

cantik dan manja..

 wah,yang ini termenung jauh, nampak?
ingat masa depan yek.. 
dah bahagia duduk kat situ. 
Tak payah susah payah cari makanan dik. 
Makanan yang enak2 di situ telah disediakan.

P/S: Apabila Sedang  mengemas2 blog, tetiba terhilang salah satu blog . Penulisnya Nida-Ul-Iman, UK. Saya suka membaca blognya yang Islamik tu..Mungkin juga Cik Nida dah pulang ke Msia dan berkahwin. Tahniahlah. Jika beliau  terbaca blog ini, tinggalkan pesan agar dapat dijejaki serta menyambung silaturrhim.Moga bertemu kembali.. .