Friday, July 31, 2009

Cerita..Kek Coklat


Baru saja nak melangkah masuk ke rumah, Suara Eza kedengaran memecah kesunyian rumah teres ...wajahnya sedikit murung. Mata bulatnya menjadi kuyu berkelip..dia mengeluh membayangkan kekecewaan kerana tak dihiraukan oleh ayahnya apabila berhajatkan sesuatu..

'Ma..ayah tak singgah kedai pun tadi..tapi...nak buat kek petang ni. Hari ni.. hari jadi kawan, Eza nak sambut' Eza bersuara merayu...
Saya memberhentikan langkah..merenung dan fokus ke arah Eza, mendengar apa yang ingin diluahkan....tapi semalam baru beri RM50.00 nak beli bahan untuk kek....layan...Hari ni hajatnya nak beli pemukul telur kerana mesin tersebut telah rosak. Ayah tak turutkan kemahuannya. Memanglah ayah susah nak layan kalau meminta sesuatu yang bukan-bukan. Lainlah kalau minta keperluan sekolah..

Saya menarik nafas..kepenatan pulang kerja apatah lagi mendengar suara Eza merengek. Beg laptop yang disandang diturunkan dan disandarkan ke dinding. Beg tangan coklat yang dipegang pula diletakkan atas meja.

Petang, saya mengalah. Along jadi driver menhntar Eza ke U Mall. Melayan kerenah dia untuk membelikan pemukul telur berjenama Philips...kopak jugalah duit..tapi sesekali membahagiakan si anak..bukan memanjakan dia..Mungkin dia dapat ilmu baru, fikirku..ilmu buat kek..Ilmu tak boleh disamakan dengan wang ringgit. Itupun kalau kek tu menjadi ....kalau kek tu keras sampai dibaling ke arah orang, orang pun boleh pengsan... rugi..em, gasak dialah!!!.

Malam... Eza ke kelas tusyen. Sebelum tusyen di kelas, dia potong kek dan membahagi-bahagikan kek kepada kawan-kawannya. Peliknya kawan Eza, Wani tak buat apa-apa pun. Saja Eza gatal-gatal nak celebrate birthday orang... Wah, Alhamdulilah..Kek coklat Eza gebu macam pipi baby!. Em,Kos kek seratus lebih dah melayang..tak sedap apa!!

Eza tersenyum riang..puas hatinya kerana dapat buat kek dan dapat celebrate Wani.
'Esok bila besar, saya nak buka kedai kek' kata Eza sambil tersenyum riang..
'leee...kedai keklah pulak' bisik hatiku.
'Em..kalau buka kedai kek..sibuklah sangat..nanti lupa nak solat', kataku untuk mengingatkan Eza tentang kehidupan ini lebih bermakna sekiranya bersandarkan ketakwaan dan kesederhanaan...

Kesihatan Kita

Mukadimah..mula-mula ni, nak berkongsi kesihatanlah pulak..tentang buah pinggang kita..maklumlah org lama, pengetahuan tentang diri dan kesihatan adalah penting .....

Apabila semakin berusia..jumlah penapis di dlm buah pinggang semakin berkekurangan..kadang2 penapis tersebut juga rosak disebabkan penyakit dan ubat..Jika penapis ini kurang berkesan maka kotoran mungkin berkumpul di dalam darah.. penyempitan salur darah di jantung juga boleh menjejaskan buah pinggang. Salah satu faktor penyempitan ini adalah kencing manis dan darah tinggi....

Jadi
,renung-renungkanlah.. Sama-samalah kita jaga kesihatan.. betapa bersyukurnya kita dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik..InsyALLAH..